foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, December 17, 2008

BUSH Bersilat dengan sepasang kasut...?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

16 DIS
Sejak malam semalam hampir seluruh tv di dunia memapar dan mengulang peristiwa bersejarah yang amat memalukan bagi seorang gengster bertaraf dunia Mr. Bush diperlakukan sedemikian rupa oleh seorang wartawan biasa di bumi arab. Yang menarik dari insiden ini bukan cara Bush bersilat mengelak dari kasut tapi liputan dan berita yang diperolehi dari insiden ini amat meluas bahkan di dunia arab mereka meraikan di jalan raya atas peristiwa ini. Lalu saya mula terfikir beberapa poin di bwah:

1. Dunia memerlukan lebih ramai lagi insan seperti Al Zeidi dari segi keberanian dan kecerdikannya menggunakan momen untuk menyampaikan mesej kepada dunia lain betapa marah, luka dan peritnya mereka yang menjadi mangsa peperangan. Seorang Bush mungkin dia demam 2 ke 3 hari aje tapi bagi sebuah negara USA, impaknya kepada kehormatan US benar-benar terpuruk. Orang sudah benci hingga ke tahap itu dan tidak mustahil jika tanpa kawalan ketat sudah lama Bush mati ditembak atau dibom. Ini sebuah mesej yang jelas hanya dari sepasang kasut dunia boleh bangun untuk bersatu demi maruah negara dan bangsa mereka. Alangkah beruntungnya jika kita dapat menanamkan sifat berani seperti ini kepada anak-anak kita.

2. Pemimpin dunia harus lebih berhati-hati dengan strategi dan kemitmen mereka, kerana manusia makin hari makin berani dan keberanian ini adalah terhasil dari proses kematangan manusia itu sendiri. Jangan samakan sekarang dengan zaman dahulu kala. Dulu tenguk pemimpin takut dan bermacam perasaan yang timbul tapi sekarang berbeza. Jadi ini juga peringatan kepada PM dan TPM di Malaysia kerana tindakan seperti ini tidak mustahil akan terjadi terutama apabila rakyat yang sudah memberi teguran yang jelas tapi tidak diindahkan sama sekali. Ini musibah dari satu aspek tapi sebenarnya inilah yang sepatutunya diterima oleh para pemimpin yang zalim dan jahat terhadap rakyatnya.

3. Tindakan berani dari seorang Al Zeidi sudah pasti ada perhitungan yang panjang kerana akibat dari tindakan beliau para macai Bush pasti akan membelasah beliau tapi itu semua tidak menjadi masalah kerana lebih dahsyat dari itu beliau sanggup lalui. Inilah semangat juang yang seharusnya ada pada kita dan patut ditiupkan kepada jenerasi muda demi menegakkan kebenaran dan menyampaikan mesej kepada dunia harus ada yang sanggup berkorban serta terkorban. Tanpa tekad yang kuat kasut takkan terbang ke arah Bush...maka semua nya akan tunduk kaku kepada Bush yang jahat dan zalim itu. Dari jauh kita bakar fotonya tapi bila berdepan semua tunduk seperti patung, maka inilah sejarah yang patut diingat sampai bila-bila!!.

Dari bogel lebih baik baling kasut ye!!! Mari kita contohi Al Zeidi dan pengayuh basikal Jerit...!!
Jika nak power pijak dulu pada tahi ayam candu...jika kena di dahi tumbang yop!!

Antara berita dari berbagai media....

Al-Zeidi pernah ditawan militan, AS



Muntadhar al-Zeidi

BAGHDAD: Wartawan televisyen Iraq yang melempar kasut ke arah Presiden George W Bush pada sidang akhbar kelmarin pernah ditawan militan dan tentera Amerika Syarikat sebelum ini.

Muntadhar al-Zeidi, 28, lelaki Syiah yang masih bujang kini ditahan pihak berkuasa Iraq dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda.

Beberapa ribu orang semalam menyertai tunjuk perasaan di Baghdad dan beberapa bandar lain menuntut al-Zeidi dibebaskan.

Kasut yang dilempar al-Zeidi tidak mengenai Bush tetapi setiausaha akhbar Rumah Putih Dana Perino cedera di mata apabila terkena mikrofon dalam kekecohan yang menyusuli insiden berkenaan.

Sehari selepas itu, tiga saudara kandung lelaki dan perempuan al-Zeidi berkumpul di pangsapuri wartawan itu di barat Baghdad.

Ahli keluarganya bingung dengan perbuatan al-Zeidi dan bimbang terhadap keselamatannya ketika ditahan. Namun mereka berasa bangga terhadap perbuatannya yang membayangkan kebencian orang Arab terhadap presiden Amerika Syarikat itu.

Demi Allah, adik saya adalah seorang wira,” kata kakaknya yang hanya mahu dikenali dengan nama samarannya Umm Firas (ibu kepada Firas, anak sulungnya).

Keluarganya berkata perbuatan al-Zeidi tidak dirancang, tercetus oleh penderitaan yang dilihat wartawan itu setiap hari ketika membuat liputan di sekitar Iraq.

Al-Zeidi mula bertugas di stesen televisyen Al-Baghdadia pada September 2005 selepas lulus daripada Universiti Baghdad dengan ijazah sarjana muda komunikasi. - AP

Muntazer diberi anugerah berani menghina Bush

TRIPOLI - Wartawan Iraq yang membaling sepasang kasut kepada Presiden George W. Bush diberikan anugerah keberanian oleh sebuah pertubuhan kebajikan Libya yang dipengerusikan anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Pertubuhan amal, Wa Attassimou menggesa kerajaan Iraq membebaskan wartawan Muntazer al-Zaidi selepas dia ditangkap kerana membaling kasut ke arah Bush dan memanggil Presiden AS itu dengan perkataan `anjing’.

“Pertubuhan Wa Attassimou memutuskan untuk menganugerahkan hadiah keberanian kepada Muntazer kerana apa yang dilakukannya merupakan kemenangan terhadap hak asasi manusia di seluruh dunia,” kata badan itu yang diketuai Aicha Gaddafi.

Menurutnya, pihak berkuasa Iraq sepatutnya memberikan penghormatan kepada wartawan itu kerana tindakan beraninya.

Sementara itu, penasihat media perdana menteri Iraq, Yasin Majeed berkata, Muntazer akan dibicarakan berhubung dakwaan memalukan negara Iraq.

Bekas peguam Saddam Hussein, Khalil al-Dulaimi berkata, beliau akan membentuk sebuah pasukan untuk membela Muntazer.

Setakat ini 200 peguam Iraq dan lain-lain termasuk dari Amerika memberitahu mereka sanggup melakukan pembelaan terhadap Muntazer secara percuma,” katanya.

Rakyat Iraq tuntut wartawan dibebaskan

BAGHDAD - Ribuan rakyat Iraq mengadakan tunjuk perasaan kelmarin untuk menuntut pembebasan wartawan yang membaling kasut kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush.

Penduduk Arab di seluruh Asia Barat menyifatkan Muntazer al-Zaidi sebagai hero dan memuji perbuatannya menghina Presiden AS itu.

Muntazer yang berumur dalam lingkungan 20-an, membaling sepasang kasut yang dipakainya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki hendak berjabat tangan sempena perjanjian keselamatan AS-Iraq.

Perbuatan menunjuk kasut kepada seseorang dianggap satu penghinaan dalam budaya Arab manakala tindakan membaling kasut adalah sesuatu yang lebih buruk.

Inilah ciuman perpisahan untuk kamu anjing...inilah hadiah daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer dalam bahasa Arab ketika membaling kasutnya ke arah Bush.

Bush, yang mengarahkan serangan Amerika di Iraq pada 2003, berjaya mengelak daripada terkena kasut tersebut.

Muntazer ditangkap dan disiasat sama ada dia menerima bayaran untuk melakukan perbuatan berkenaan, kata seorang pegawai Iraq.

Sementara itu, stesen televisyen Al-Baghdadia yang menjadi majikan Muntazer merayu supaya wartawan tersebut dibebaskan.

Arab rai 'kasut terbang'


BERIBU-RIBU penunjuk perasaan menunjukkan kasut sebagai lambang bantahan mereka terhadap Bush di Baghdad, kelmarin.

Rakyat bergembira kejadian dianggap berjaya hina Bush

BAGHDAD: Rakyat Iraq dan negara Arab lain semalam menyambut dengan gembira berita Presiden George W Bush dilempar dengan kasut pada sidang akhbar di Baghdad kelmarin.

Ramai di Asia Barat tidak menganggap insiden itu sebagai gurauan.

Sebaliknya ia adalah perbuatan seorang wira yang menggambarkan kebencian peribadi dikongsi ramai orang Arab terhadap pemimpin Amerika Syarikat itu yang dianggap bertanggung jawab ke atas pembunuhan, kacau-bilau dan penderitaan ditanggung bertahun-tahun oleh penduduk Iraq.

Rakaman memaparkan Bush mengelak ‘kasut terbang’ pada sidang akhbar di Baghdad itu diulang tayang di rangkaian televisyen satelit serantau dan menjadi saluran bagi orang Arab melepaskan geram terhadap Bush. ‘Padan muka Bush,’ kata seorang peniaga Jordan,

Saya harap dia faham maksud perbuatan itu iaitu beliau dibenci atas perbuatannya membunuh wanita dan kanak-kanak Muslim di Iraq, Afghanistan dan Palestin,” kata kontraktor berusia 52 tahun itu.

Membaling kasut ke arah seseorang adalah satu penghinaan besar dalam budaya Arab. Ia seumpama memberitahu seseorang: “Awak lebih hina daripada kotoran di tapak kasut saya.”

‘Kasut terbang’ itu menjadi imej terakhir Bush di Iraq sebelum berundur sebagai presiden 20 Januari ini.

Wartawan stesen televisyen Iraq, Muntadhar al-Zeidi yang melempar kasut berkenaan dan ditangkap oleh pihak berkuasa selepasnya, dianggap sebagai seorang wira di negara Arab.

Semua rakyat Iraq harus bangga dengan lelaki berani ini. Sejarah akan selama-lamanya mengingati beliau,” kata seorang guru sekolah rendah di Baghdad.

Seorang profesor sains politik di Universiti An Najah di Tebing Barat, Abdel-Sattar Qassem menulis secara online dalam kolumnya:

Bush mahu mengakhiri kepemimpinannya dengan pujian dan kata-kata aluan daripada konconya di negara Arab dan Islam.

“Tetapi kasut pula diterimanya daripada seorang lelaki Arab sebenar menandakan sejarah hitam Bush dan membolehkan orang Arab berasa bangga semula.”

Seorang pelajar berusia 23 tahun pula berkata di Kaherah: “Saya berulang kali melihat video kasut terbang itu di dalam You Tube dan berasa seronok setiap kali melihat (al-Zeidi) berdiri dan memanggil Bush anjing.

Tetapi, sayang kasut itu tidak mengenai Bush,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!