HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
27 Apr.
Sekitar jam 11 pagi, kami berbincang beberapa hal dengan Syed, Abang Ahmad Bungsu , Abang Jalil, Zairi dan Syafiq. Abang Mad Bungsu juga adalah sebagai ketua bahagian Perniagaan. Perdagangan dan Keusahawanan IKRAR banyak memberi nasihat kepada kami. Antara poin yang menarik untuk difikirkan:
1. Melalui pengalaman beliau berkecimpung dalam persatuan perniagaan China dan Melayu ada sesuatu yang amat ketara dari segi kesungguhan dan komitmen antara ahli dalam persatuan. Yang Melayu belum kerja dah nak duit dan semua projek ada % komisyen. Tak jauh beza dengan kultur di Indonesia. Berbeza dengan orang China, berniaga dulu sehingga sukses dan nanti pasti dia akan bagi peluang cukup besar kepada sesiapa yang pernah tolong dia satu hari dulu.
2. Penyakit dalam persatuan Melayu ialah hasad dengki dan tamak kuasa. Kalau tahu buat kerja tak masalah tapi udahlah nak jawatan yang tinggi dan ditambah pula dengan masalah malas serta sikap bertangguh-tangguh sesuatu urusan sehingga akhirnya gagal. Walaupun nampak macam masalah kecil tapi jika telah berpuluh tahun akhirnya jadi barah. INilah yang terjadi hampir seluruh persatuan Melayu.
3. Jika mahu sukses tolong fokus kepada hal yang termampu buat masa sekarang. Contoh, IKRAR mengadakan kerjasama dengan pihak yang sudah stabil dari segi struktural dan organisasi di mana sahaja.
Banyak poin lain tapi dengan 3 ini cukup untuk membuat kita merenung kenapa selalu gagal??
Terima kasih abang Mad kerana idea yang bernas dan ikhlas untuk IKRAR.
3.30 Petang
Bertemu dengan reformis asal dari Masjid Jamek, iaitu Sdr. Dolah Parit. Biasanya jika orang Perak bertemu kami akan berbicara menggunakan telo Perak. Yop, kome, mike dll. Sambil minum teh, kopi dan milo di Cafe Kak Long, ada topik yang sangat menarik untuk diulas lebih lanjut. Misalnya soal PR-12, soal pandangan berbeza tentang 30 melompat ke PR, berbondong-bondong rakyat ke PAS, PKR dan DAP, pentingnya sistem duplikasi kepimpinan dalam melahirkan generasi penerus perjuangan, pentingnya prinsip dalam perjuangan, kenangan sumpah pemuda di Kg. Medan dll.
Yop Dolah ni hebat berhujah tapi dia tak pernah menonjolkan diri samada di parti atau di mana-mana. Alhamdulillah beliau mendokong IKRAR kerana ini memang sealiran dengan prinsip perjuangan beliau. Beliau juga menyeru jika ada yang mengenali beliau sila hubungi supaya dapat bertemu semula. Bukan sahaja menjadi ahli bahkan beliau sanggup untuk menjadi AJk IKRAR. Suara beliau yang parau ketika menjerit dari kawasan masjid Jamek ke bangunan mahkamah cukup memberi semangat kepada DSAI ketika lalu di situ dan juga reformis yang berpengkalan di masjid. Yang menariknya ialah mereka (Yop, Nasir Isa, Syed Gombak, Pak Din dll) sanggup berhenti kerja semata-mata mahu pastikan DSAI mendapat layanan yang sewajarnya di mahkamah dan di penjara masa itu. Ini suatu hal yang sangat ajaib ..dan patut menjadi contoh kepada generasi penerus.
Nak ulas satu persatu bahan yang dibincangkan petang tadi perlukan sedikit waktu tapi asasnya jelas iaitu ...IKRAR wajib diteruskan dengan apa cara sekalipun dan diteruskan sehingga musuh rakyat tunduk kepada rakyat......bersambung.....
28 Apr
Dari perbincangan petang semalam, ada 2 perkara yang sangat penting:
1. IKRAR betul-betul memilih AJK yang berpegang kepada prinsip dan menghormati prinsip walaupun di mana sahaja. Jangan ulang kesalahan lalu, kita hanya bersemangat mendokong mereka yang berani menghentam berlebihan tanpa fakta yang jelas. Kata Yop ini pemimpin makan diri. Hampir 90% dari pasukan ini sudah tenggelam punca dalam debu, ke kiri tidak ke kanan juga tak pasti. Jika ingatkan bicaranya dulu, langitpun runtuh. Inilah pelajaran yang sangat bernilai buat kita semua. Kenalkan dulu kepada semua AJK tentang prinsip dan tolong hormati prinsip ini. Prinsip utama IKRAR "Menuntut keadilan dan menentang kezaliman" 10 tahun lalu sampai sekarang ianya tidak akan berubah cuma mungkin strategi dan teknik disesuaikan dengan PR -12. Pejuang yang fatin (bijaksana) adalah pejuang yang tidak kaku dalam memenangkan suatu keyakinan dalam apa cuaca dan iklim. Strategi Sun Tzu patut ditelaah lagi berkali-kali di samping kitab-kitab strategi yang lain.
2. IKRAR harus meletakkan posisi yang tepat dalam kondisi sekarang bagi memastikan proses pemantapan perjuangan terus berjalan tanpa henti. Yang mampu berpolitik silakan dan jangan ada rasa hasad bagi mereka yang tidak berkemampuan di arena politik. Begitu juga yang mahir di bidang yang lain maka ini juga adalah dalam kerangka sebuah perjuangan. Ianya tetap mulia dan agung dengan syarat kita lakukan dengan ikhlas, penuh sedar serta konsisten. Jangan rosakkan amal kita dengan niat kita sendiri sehingga kita tergolong dalam golongan yang merugi di dunia dan di akhirat.
28 Apr.
Jam 9 pagi minum bersama pengusaha pasar malam di Greenwood. Apa yang menarik ialah, hasil dari usaha beliau sudah berjaya memiliki rumah tanpa berhutang lagi. " Tapi sekarang berniaga di pasar malam tidak seuntung dulu jadi sekadar cukup makan aje" keluh beliau. Soal politik beliau berharap agar PR mampu buktikan yang terbaik untuk rakyat. Jika khidmat PR terbaik untuk rakyat maka selamat tinggallah UMNO-BN buat selamanya kecuali mereka berubah arah. Tak jauh beza dengan pandangan dari seorang penyelia Kemas dari Ipoh ketika ketemu beliau di KL semalam. "Pening sekarang Kemas, orang kampung dah mula kata, memang PR lebih mesra rakyat dan prihatin kepada rakyat, alamat bungkus le UMNO-BN untuk PR-13 nanti" Ini pandangan mereka yang sudah bertahun-tahun dalam arena politik masyarakat kampung. Saya juga memberi saran agar adakan dialog supaya kekeliruan pegawai Kemas yang kononnya pegawai UMNO-BN dapat diperbetulkan. Dah berpuluh tahun sebuah jabatan yang sepenunhnya ditanggung oleh kerajaan membuat kerja-kerja parti pemerintah secara tidak adil. Ini amalan sesat sebenarnya dalam konteks sebuah negara demokrasi. INilah level pemimpin UMNO-BN yang amat ketinggalan dalam memahami erti sebuah negara demokrasi. Jadi tak salah sebenarnya kalau rakyat merasa meluat dengan UMNO-BN bila fikiran mereka lebih terbuka dan dapat membuat perbandingan antara BN dan PR.
Jam 12 bertemu dengan Persatuan Usaha-usaha Penjaja (Foto: Mustapa, Ramlan dan Pak Mad) dan beberapa kesepakatan berhasil diwujudkan terutama yang berkaitan dengan kebajikan penjaja di kawasan Masjid India. Kesepakatan ditandatangani bersama dan kedua pihak berharap ada ikatan kesefahaman yang berterusan.
Jam 2.30 petang
Ketemu dengan salah seorang pengusaha dan pemandu teksi dari KLIA yang sudah lebih 7 tahun berulang alik dari KLIA ke seluruh Malaysia. Penderitaan pemandu teksi semua orang tahu tapi tidak ada satu solusi yang jelas. Jadi kami sarankan agar beliau mewujudkan sebuah pertemuan dan dialog dengan IKRAR dalam masa terdekat agar hak pemandu dapat diperjuangkan bersama. Jangan biarkan hanya segelintir saja dari kaum kerabat UMNO-BN yang menghisap darah rakyat terus leka dan gembira dengan pemilikan permit sampai beratus bahkan jika dikumpulkan semua mungkin sampai beribu permit. Di depan rakyat mereka ni berlagak macam prihatin sangat kepada rakyat tapi sebenarnya merekalah ular sawa yang menelan semua permit teksi ini sejak dulu. Inilah perbuatan kejam yang terus menerus dilakukan oleh mereka bahkan sudah diwariskan ke anak cucu mereka. IKRAR menyeru kepada semua pemandu teksi agar mahu bergabung sama dalam menuntut hak ini dan kita wajib hentikan kezaliman ini dengan cara terbaik. Kepada seluruh pemandu teksi sila hubungi AJK yang ada di blog ini untuk dapatkan info seterusnya terutama tentang majlis dialog "Nasib dan kebajikan Pemandu teksi, siapa yang tentukan? "
Jam 6 ptg..selesai..
Sunday, April 27, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)