IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
17 Febr
Saya tidak terlalu berminat untuk menegur terutama yang sudah senior dalam politik tetapi sejak kebelakangan ini rasanya suasana seperti menuntut untuk berbuat sesuatu. Mohon maaf jika ianya menyentuh mana-mana pihak. Saya cuba melihat dari beberapa sudut terutama dari segi kebajikan rakyat secara umum:
1. Gelagat Yb Zul sebenarnya telah lama saya suarakan di blog ini. Ketika itu ada beberapa insiden yang bagi saya amat ganjil boleh dilakukan oleh seorang YB PR. Maaf walaupun dia dari PKR tapi dalam kontaks ini saya lebih berharap dia dari PR saja. Teguran ikhlas masa itu bukan bermakna saya cuba memadamkan seluruhnya kebaikan seorang Zul tapi dalam medan perjuangan yang getir rasanya cara beliau tidak pantas lagi bersama dalam PR atau YB PR.
2. Kenapa YB Zul jadi bebal dan sukar dikendali?.Saya sempat bertanya dengan beberapa teman lama ketika reformasi 1998, itulah adalah Zul rata-rata komen yang diberi. Saya faham hal tersebut. Sempat ARM (sebuah parti yang cuba didaftarkan oleh beberapa teman reformis dari grup Kg Baru. Angkatan reformasi Malaysia sekalipun sampai la tidak dibenarkan daftar oleh pihak tertentu) bermesyuarat di office peguam Yusuf Abd Rahman. Adalah sesekali dia muncul..Ya itulah pengalamn dengan beliau. Tapi memang beliau salah seorang peguam bantu kes DSAI. Sejauh mana komitmen beliau saya tak faham dan tidak mahu faham kerana pada masa itu kita fokus kepada menggerakkan rakyat untuk demo hampir setiap minggu. Soal bagaimana dan siapa sebenarnya yang menggerakkannya wallahuaklam..Semua jiwa rakyat terbangun untuk membela DSAI.Bagi saya semua ada peranannya dan berharap dari Allah sahaja balasannya. AMIn..
3. Setelah beberapa orang YB PR seperti cacing kepanasan, rakyat mula terfikir beberapa hal. Pertama, khasnya PKR pilih calon Yb dari tangkap muat. Kedua, YB belum cukup tersaring dan diuji selepas menjadi YB.Program pembinaan jati diri mungkin dianggap sepele oleh sesetengah pihak. Hingga kem pertahanan ditembusi musuh-musuh rakyat. UMNO bukan jujur untuk menjaga rakyat tetapi nak bagi rosak kepercayaan rakyat terhadap PR. Maka sasaran paling ampuh ialah dengan rosakkan pertahanan dalaman ini dahulu. Mereka masuk semua parti. (DAP, PKR dan PAS). Mereka laga=lagakan antara penyokong, pemimpin dan para YB dengan hal yang sangat konyol.Lebih malang lagi, kita terpikat pula dengan gendang mereka dan pemain gendangnya diupah dari dalam parti itu sendiri.
4. Jika nasi sudah menjadi bubur betul untuk Perak. Tapi untuk negeri lain rasanya PR harus pertahankan segalanya hatta dengan nyawa sekalipun. Ini adalah amanh berat dari rakyat dan bukan mainan politik sem,ata-mata. Jadi jika ada lagi Yb yang teringin dan sudah terpancing untuk melompat jangan ditahan lagi. Menahan mereka bermakna kita menampung air najis yang semakin hari semakin berat untuk ditampung. Biar mereka hanyut dengan style renang mereka. rakyat lebih senang melihat mereka berenang di kolam yang mereka kata lebih bagus. Ya mungkin banyak wangnya dll. Terserah mereka mahu berendam dalam sungai wang atau apa asalkan jangan ganggu kehidupan rakyat. Mereka ini mengganggu sekali sehingga tenaga PR tersedut untuk meyelesaikan masalah dalaman yang tiada hentinya. Akibat inilah juga menifesto tergendala dilaksanakan secar sempurna.
5. Perilaku biadab terhadap rakyat ini tidak boleh dimaafkan oleh siapa sahaja. Musuh rakyat gelak dan berpesta melihat situasi ini. Konyol sekali jika para YB yang khianat ini diberi muka manis dan harapan baru. Mereka sudah khianat dan hukumlah sebagai seorang yang khianat dalam politik. Rakyat tidak akan merinduinya bahkan mendoakannya agar mereka segera taubat dan mati dalam karienya.
Harapan rakyat hanya satu, musuh rakyat wajib diturunkan dalam PRU 13. Siapa sahaja yang menghalangnya akan menerima akibat kebodohannya. Maka fahamilah harapan ini wahai pemimpin rakyat!!!
Wednesday, February 17, 2010
PERINGATAN IKHLAS BUAT PIMPINAN RAKYAT...!!
IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
17 FEBR
17 FEBR
Subscribe to:
Posts (Atom)