foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, December 14, 2008

BUKTI DARI ALAM YANG KERAJAAN BN-UMNO TELAH MENZALIMI RAKYAT..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15 DIS

Hampir 15 minit saya dapat bercakap melalui telepon dengan salah seorang kawan yang juga mempunyai kondominium di lereng Bukit Antarabangsa. Beberapa info yang diberi dan keluhan beliau membuatkan hati terasa begitu pedih. Beliau biasa sahaja kerana tidak menjadi masalah jika hilang satu ada lagi harta yang lain tapi bagaimana pula yang hanya punya satu tempat tinggal. Sudah pasti hidup mereka gelap dan dihantui mimpi ngeri pada setiap bulan terbayang surat bank akan berdatangan tanpa henti menuntut bayaran ansuran yang belum selesai. Suasana hening damai dan hijau bertukar menjadi kepanasan api membakar.
Jadi saya simpulkan seperti di bawah:

1. Alam telah berani membuktikan betapa busuk dan kotornya tangan-tangan manusia mengurus alam ini sehingga kerana wang RM nyawa tergadai. Tangan-tangan sebelum ini ialah dari BN-UMNO yang kebanyakan perut mereka buncit mengembung setelah melantak wang rasuah berabad-abad lalu. Ada juga yang nak cuci tangan dan buat seperti rakyat di Malaysia tak pernah bersekolah dengan sepenuhnya menyalahkan alam. Kita patut ludah kahak ke muka mereka ni..!!

2. Projek boleh lulus bukan kerana hasil kajian tapi kerana ketebalan fulus yang masuk dalam kantong pemerintah sebelum ini. Pemaju berani buat kerana dapat izin, dapat izin dari siapa? Semua akan dapat jawapannya. Jika hasil pada 19 Dis ini dikemukan oleh JKR bercanggah dengan hasil kajian sebelum Kerajaan PR maka confirm ada penyelewengan dari semua agensi yang terlibat. Toyo wak tempe yang berlagak macam gensgter di DUN oatut diheret ke mahkamah atas kelalalaian beliau mentadbir Selangor sebelum ini. Jangan lepaskan mereka yang terlibat kerana ianya amat merbahaya kepada kepentingan rakyat terutama di lereng bukit sekitar Selangor. Tampungan air akan pecah salah siapa? Rakyat patut bogelkan pemimpin yang telah melakukan kebejatan kepada masa depan alam dan rakyat.

3. Semoga semakin banyak lagi bukti alam yang muncul supaya rakyat lebih faham betapa rosaknya sistem pemerintahan yang diasaskan dari rasuah dan penipuan. Jadi penduduk sekitar yang terlibat mohon bersatu dan bekerjasama untuk menuntut hak sdr-sdr semua. Jangan hanya bising di media dan bergaduh sesama sendiri tapi bersatulah untuk nasib sdr semua!! Lantiklah peguam yang berkebolehan untuk menangani dari sudut undang-undang. Ini bukan isu politik tapi ini isu kebajikan rakyat dan masa depan rakyat. Nasib mereka digadai untuk sebuah impian di negeri mereka sendiri. Harapkan pagar makan padi, harapkan menteri dia cabut lari.

4. Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus siang dan malam membantu terutama kerajaan PR yang mengambil inisiatif bertindak cepat tanpa menanti-nanti dari pusat.

Kebenaran mendiami rumah Kerajaan Negeri umum selepas kajian
Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Dec 14, 08 | 9:07:37 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan hasil siasatan berhubung kebenaran mendiami rumah mereka yang terlibat dengan runtuhan tanah di Taman Bukit Mewah dan lima kawasan yang berhampiran dengan runtuhan tersebut.

Image

Pengumuman tersebut akan dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 19 Disember iaitu selepas hasil siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Persekutuan dengan Kumpulan Ikram.

Menurut beliau, JKR Persekutuan dan kumpulan Ikram akan membuat kajian bagi menentukan mana-mana kawasan yang boleh didiami semula.

"Jika didapati kawasan tersebut tidak boleh didiami atas sebab risiko tanah runtuh kerajaan negeri akan memberi penerangan dan membantu menyelesaikan masalah penduduk terlibat," katanya dalam sidang media di Taman Bukit Mewah. Image

Khalid mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penduduk runtuhan tanah Bukit Antarbangsa jam 4.30 petang tadi untuk mendengar rintihan masalah yang dihadapi.

Menurut beliau dalam tempoh satu bulan selepas mengumumkan hasil kajian tanah di Taman Bukit Mewah, kerajaan negeri akan mengumumkan pula risiko mendiami kawasan di persekitaran Bukit Antarabangsa.

Lima kawasan yang terbabit tidak boleh didiami kondominum Impian Selatan, rumah teres Jalan 6 Taman Bukit Cahaya, Jalan Wangsa 9 dan Jalan Wangsa 11. Image

"Beberapa kemudahan kita telah sediakan antaranya tempat tinggal sementara di sekolah kebangsaan Ulu Klang dan hotel anak syarikat kerajaan negeri D'Palma Ampang dengan diskaun sebanyak 50 peratus," jelasnya.

Bagi menyelesaikan masalah penduduk yang kurang mendapat maklumat akibat runtuhan tanah Khalid berkata, penduduk boleh membuka website www.bukitantarabangsa.com.

Beliau turut mencadangkan kepada Pegawai Daerah supaya setiap rumah pangsa akan diadakan satu kabel maklumat. _



Beberapa bukti yang kerajaan BN-UMNO sudah hilang pedoman dan haluan untuk membela nasib rakyat sebelum ini sehingga beberapa strategi mereka yang tak masuk akal.....(maaf ..boleh tergolong dalam ketegori dungu..Cot.Melaka..)

Ali Rustam terdesak tarik balik larangan lawat Kelantan
Lanjusoh
Sun | Dec 14, 08 | 6:28:29 pm MYT

KOTA BHARU, 14 Dis (Hrkh) - Lapan tahun lalu, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melarang kakitangan kerajaan negeri terbabit melawat Kelantan, namun beberapa hari lalu tegahan itu tiba-tiba ditarik balik.

Apakah motif tersebut, sedangkan tindakannya sebelum ini jelas bersifat dendam politik.

Biar pun larangan itu mengambil masa selama lapan tahun, namun ia seperti tidak pernah diendahkan kakitangan kerajaan Melaka apabila banyak rombongan datang di sini ketika larangan masih berkuatkuasa.

Malah, Mohd Ali sendiri keluar masuk kampung di Pasir Mas ketika berlangsung pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada Disember 2005.

Bagi Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Menteri Melaka itu disifatkan sebagai seorang yang hipokrit dan menjadi pengampu besar dalam Umno.

"Negeri-negeri lain yang juga diperintah Barisan Nasional tidak pernah melarang kakitangan mereka melawat Kelantan seperti dilakukan Mohd Ali.

"Tindakan terbarunya tidak lain lagi kerana mahu menonjolkan diri kononnya sebagai seorang pemimpin yang terbuka bagi melayakkannya dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan," katanya di sini.

Baru-baru ini Mohd Ali mengumumkan menarik balik larangan kepada kakitangan kerajaan Melaka daripada melawat Kelantan ketika melancarkan Tahun Melawat Melaka di sini.

Abdul Latif berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri tidak nampak Ketua Menteri Melaka itu ikhlas apabila tiba-tiba menarik balik larangan kakitangannya daripada melawat Kelantan.

"Sebenarnya keputusannya itu mempunyai hasrat terselindung bagi mencari penyokong di kalangan perwakilan Umno di negeri ini untuk mencapai impiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya.

Bagaimanapun beliau menyambut baik tindakan dilakukan Mohd Ali dan mendoakan semoga diberi hidayah oleh Allah Taala supaya kembali ke landasan Islam sebenar. - mj _

Terengganu masih teruskan saman royalti
Suhaimi Taib
Mon | Dec 15, 08 | 12:20:35 pm MYT

KUALA TERENGANU, 15 Dis (Hrkh) - Kerajaan Terengganu belum menarik balik saman terhadap Kerajaan Pusat berhubung royalti petroleum dan gas tahun 2000 kerana perundingan penyerahan royalti masih berjalan.

Bagaimanapun agak meragukan apabila Kerajaan Terengganu dilaporkan menerima wang royalti minyak secara langsung daripada kerajaan Pusat sejak 2000, berjumlah RM6.218 bilion sebagaimana dijelaskan Menteri Besar Dato' Ahmad Said.

Apa yang dimaksudkan secara langsung tidak diketahui kerana sejak tarikh itu kerajaan Terengganu tidak lagi menerima wang royalti berkenaan seperti sebelumnya melainkan lebih RM400 juta diawal tahun berkenaan.

Bagaimanapun Dato' Ahmad berkata bayaran itu termasuk RM408.6 juta yang dibayar pada majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di sini, semalam.

"Pada masa ini, kerajaan Terengganu sedang menunggu senarai penuh perbelanjaan digunakan oleh kerajaan Pusat, yang melibatkan wang royalti minyak itu," katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu jumlah wang royalti minyak yang diterima kerajaan Terengganu dari 2000 hingga 2008, pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di sini semalam.

Ahmad berkata setakat ini, Kementerian Kewangan mengesahkan sebanyak RM700 juta wang royalti minyak digunakan kerajaan Pusat untuk membina rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri lain.

Beliau berkata RM800 juta lagi, dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di negeri lain.

"Jumlah keseluruhan wang yang digunakan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion.

Wang ini akan dituntut kembali kerana beberapa senarai lain yang kita kehendaki masih belum disahkan oleh Kementerian Kewangan.

"Insya-Allah, setelah kita mendapat senarai lengkap ini, rundingan terakhir dengan kerajaan Pusat untuk menuntut kembali hak kita, iaitu baki yang ada dapat dilaksanakan," katanya.

Ahmad berkata kerajaan Pusat telah bersetuju menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan Terengganu dan rundingan untuk menyelesaikan beberapa perkara masih dijalankan.

"Sebab itu, sehingga kini kita belum menarik balik saman kerajaan Terengganu terhadap kerajaan Pusat," katanya menjawab soalan tambahan Dato' Harun Taib (PAS-Manir), yang ingin tahu kenapa wang royalti itu disimpan kerajaan Pusat.

Saman terhadap kerajaan Pusat berhubung isu wang royalti tersebut difailkan di mahkamah oleh PAS pada 2000 ketika memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004. - mns_

Pakar akui kerajaan memang tak serius patuhi garis panduan
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Harakahdaily
Tue | Dec 16, 08 | 9:39:54 pm MYT

Pakar alam sekitar dari sebuah Universiti Awam memberi pengertian 'tanah runtuh' sebagai tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.

Beliau yang enggan namanya dikenali menyatakan, tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek.

Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain yang menyebabkan tanah runtuh, katanya.

Antaranya hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam, cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat.

Cerun lemah

Selain itu gempa bumi yang menghasilkan ketegangan juga boleh menyebabkan cerun lemah runtuh, letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah, katanya.

Aktiviti manusia seperti penggunaan mesin atau jentera yang mempunyai gegaran, kesan aliran trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah, katanya.

ImageBeliau melihat dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku 6 Disember lalu antara lain disebabkan beberapa faktor yang disebutkan tadi.

Beberapa hari sebelum kejadian, hujan yang lebat melanda Lembah Kelang yang menyebabkan beberapa rekahan mula terbentuk di beberapa cerum atau kawasan berbukit.

Namun ujarnya, kejadian di Bukit Antarabangsa juga tidak terlepas daripada kecuaian manusia dalam membangunkan kawasan berrisiko tinggi.

Walaupun sebelum ini selepas beberapa kejadian tanah runtuh kerajaan melarang pembinaan di kawasan berkecerunan atas 25 darjah, namun hal ini masih dilanggari.

Siasatan demi siasatan telah dijalankan bersama-sama kajian ilmiah dan profesional dihasilkan bagi mengenalpasti punca kejadian tetapi saranan dan cadangan yang dimaju seolah-olah diketepikan, katanya.

Setuju dengan Azmin

Beliau sependapat dengan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali berhubung ketidakseriusan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan yang terbabit dalam memastikan garis panduan yang telahpun diwartakan itu tidak dipatuhi.

Beliau melihat pembangunan dikeliling kawasan runtuhan sedikit sebanyak menyumbang kepada kejadian tersebut.

Katanya lagi, ia ditambah dengan berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan dan struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil.

Aktiviti penebangan tumbuhan hijau berakar dalam yang mengikat 'colluvium' kepada batu asas juga menyebabkan tanah mula tidak stabil, katanya.

Dalam kes ini bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur yang seterusnya campuran pekat batu dan lumpur menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, katanya.

Khir Toyo perlu ambil tanggungjawab

Bagi Ahli Parlimen DAP Kapar, Charles Santiago pihak pentadbiran kerajaan di bawah bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo perlu mengambil seluruh tanggungjawab sungguhpun projek-projek lereng bukit di sana menerima banyak bangkangan penduduk sekeliling yang khuatir keselamatan mereka.

Menurut Charles, arahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya untuk membekukan projek-projek lereng bukit adalah gimik politik dan suda terlambat umpama �nasi telah pun menjadi bubur�.

Beliau juga menggesa agar kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pembangun yang menjalankan projek maut tersebut yang langsung tidak menitikberatkan kepentingan rakyat tetapi keuntungan material semata-mata.

"Kerajaan juga perlu mendapatkan kumpulan pakar termasuk ahli geologi bebas untuk memeriksa semua kondominium di sekitar Bukit Antarabangsa agar perisitwa sedemikian tidak berulang", jelas Charles.

Beliau juga bersyukur atas pembekuan projek lereng bukit yang dipersetujui Kerajaan Pusat termasuk pembangunan Bukit Gasing yang tetap berdegil untuk meneruskan sehingga penduduk di sana terpaksa memohon penilaian semula dari mahkamah.

Sementara itu Menteri Kerja Raya, Dato' Ir Mohd Zin Mohammad pula menyatakan terdapat takungan air pada cerun yang runtuh yang berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak beberapa hari sebelum kejadian.

"Kita akan mencari punca bagaimana takungan air ini terjadi dan cara untuk mengatasinya. Bagaimanapun, CKC akan tetap memulakan kerja-kerja pembersihan tersebut sebelum Ahad ini dan dijangka siap dalam masa sebulan," katanya.

Siasat segera

ImageBeliau berkata, kerja-kerja siasatan tapak dan pemetaan kerosakan pula akan bermula pada minggu depan.

Katanya, sementara itu, tugas-tugas pemantauan cerun dan pergerakan tanah pula terus dilaksanakan sejak kejadian berlaku dengan menggunakan peralatan penandaan tanah dan bangunan yang dipasang di kawasan perumahan dan permukaan cerun tanah di situ.

"Dari pemantauan awal, didapati berlaku tanah gelongsor yang menyebabkan runtuhan kira-kira 120,000 meter padu tanah dengan jarak 200 meter panjang dan 100 meter lebar serta sedalam 10 meter di kawasan itu,"jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk di kawasan terlibat di Bukit Antarabangsa dapat bersabar sementara pihak JKR menyelesaikan siasatan dan kerja-kerja pembersihan.

"Kerja-kerja ini mengambil masa kerana ia memerlukan siasatan dan kajian terperinci. Ia tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana jika tersalah perhitungan, kejadian sama boleh berulang,"katanya.

Mohd. Zin berkata, pihaknya faham bahawa penduduk mahu pulang ke rumah masing-masing ditambah dengan musim persekolahan yang akan bermula tiga minggu lagi namun aspek keselamatan perlu diutamakan.

Usah buat spekulasi

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tahap keselamatan cerun di kawasan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, JKR juga akan mengkaji untuk membuka laluan pada jalan utama yang telah tertimbus akibat kejadian tanah runtuh itu.

"Kita akan cuba membuka laluan tersebut tetapi dengan penuh berhati-hati kerana jika ada sedikit pergerakan tanah ia boleh menyebabkan keadaan lebih buruk,"katanya.

Jelasnya, sementara kerja-kerja membuka jalan utama itu dilaksanakan, JKR telah membina jambatan baru kekal yang akan membolehkan penduduk keluar masuk menggunakan kenderaan mereka.

Dalam kejadian di Bukit Antarabangsa, sekurang-kurangnya 14 banglo ranap sama seperti melihat tayangan semula tragedi Highlands Tower berdekatan hampir genap 15 tahun lalu.

Pada 11 Dis 1993, satu blok kondominium di projek Highlands Tower tumbang seperti susunan kad, menimbusi 48 orang hidup-hidup.

Tragedi itu adalah satu ingatan tegas dan pembuka mata tentang bahaya pembangunan perumahan di lereng bukit di sekitar Lembah Klang, kawasan kediaman paling sesak, dan tempat kediaman golongan kaya dan terkenal.

Banyak risalah dihasilkan yang selalunya menuding jari kepada pihak mana harus dipersalahkan, tetapi apa yang jelas tidak ada orang yang belajar dari tragedi seumpama itu.

Memori Highland Towers

Sebelum ini belumpun memori Highlands Tower lenyap dari ingatan rakyat satu lagi kejadian tanah runtuh awal pagi di Taman Hillview juga berhampirakan tempat tragedi Bukit Antarabangsa, menimbusi rumah bekas Panglima Angkatan Tentera Jen. (B) Tan Sri Ismail Omar pada 21 Nov 2002, mengorbankan enam anggota keluarga termasuk isterinya dan dua pembantu rumah Indonesia.

Walaupun agensi kerajaan dan pihak berkuasa telah mengeluarkan pelbagai jenis garis panduan dan undang-undang mengenai pembangunan lereng bukit.

Namun, kegiatan tarahan dan penggondolan bukit yang satu ketika lalu indah dengan flora dan faunanya terus dilakukan samada dengan izin atau tanpa izin pihak berkuasa.

Paling mengecewakanj banyak pihak ialah mereka yang menggondolkan kawasan bukit termasuk yang pernah berlaku di Taman Cahaya Sri Alam kadangkala bebas dari menghadapi sebarang hukuman.

Sedar atau tidak, semua pihak bertanggungjawab dalam menempa bala Allah ini yang datang tanpa disedari. _