Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
24 FEBR
Pada 23 febr, saya pusing bandar Ipoh sekali lagi bagi melihat dan mendapatkan info direct dari rakyat sebelum saya kembali ke KL. Dari sudut pembangunan terutama di area Greentown memang jelas sudah tidak green lagi tapi berubah ke pemandangan hutan batu yang kaku. Jadi hilanglah identiti kehijauan yang dibanggakan sejak zaman peninggalan Inggeris lalu. Kebetulan Sekolah Anderson Ipoh (x sekolah menengah saya) juga adalah sebahagian dari landskap hijau Greentown. Sejuk, damai, segar dan sihat sudah tidak diperhitungkan lagi. Ya inilah peninggalan konsep pembangunan UMNO BN. Mereka tak peduli hijau asal fulus lebat dalam kocek mereka. INilah kebanggaan para pemimpin Melayu yang senak fikirannya. Saya sempat rakamkan beberapa foto bagi menghimbau suasana lama yang sudah hilang.
Di Geentown Mall saya sempat bertemu dengan beberapa orang peniaga Melayu yang menyewa di situ. Tanpa dipaksa setelah saya kenalkan diri saya mereka bocorkan beberapa info yang sangat menarik untuk direnung:
1. "U tau tak YB Noh yang lantang tu isterinya oghang Perak dan sekarang dia telah mengarahkan mana-mana kedai kosong atau apa sahaja yang kosong untuk diambil oleh YB Noh dan diserahkan kepada keluarganya." ungkap salah salah seorang pengusaha perempuan muda dengan nada kesal. " I geram betul dengan sikap BN UMNO sekarang..sebab mereka di depan umum berlakon aje macam tolong rakyat..tenguklah di sini mana ada depe tolong. Kamilah sendiri.." Dalam hati saya berkata-kata, memang teruk betui UMNO..pergunakan isu China dan PR di Perak. Seolah macam PR nak jual Perak ke pihak orang China. Bagi saya memang jelas UMNO telah sesat dan jauh terpesong dari landasan. mereka sanggup buat apa sahaja asalkan tetap berkuasa. Media BN juga memainkan peranan munafik tanpa rasa berdosa dan bersalah.
2. Saya sempat meninjau di "food court Taman Kanak-kanak" yang terkenal dengan ais kacang atau ABC yang lazat dan sate endut telah agak sepi. Memang mereka juga mengakui bahawa bisnes tidak seperti dulu setelah banyaknya mall di sekitar mereka. Kebanyakan peniaga di situ ialah orang Melayu. Jadi di mana pembelaannya? Tempat yang berpotensi dari segi ekonomi tidak diberi perhatian kerana mereka orang kecil dan tidak memberi fulus kepada para pemimpin UMNO maka mall menjadi alternatif. Berbeza dengan beberapa kota di dunia yang terus memperhatikan tempat tradisi ekonomi sehingga pelancong datang berkunjung tanpa henti. Usahkan pengunjung luar..orang lokal pun takkan datang adan akhirnya tempat begini akan jadi tempat sampah. Aduhai pemimpin UMNO yang hipokrit, insaflah dari kelalaian ini dan kebodohan yang kamu sengajakan. Rakyat pasti menghukum kamu dalam tempuh terdekat ini.
3. "Tak tahule apa nak jadi dengan Perak..kawan-kawan saya bagi info dari pejabat SUK ketika PR memerintah tak ramai bangsa lain datang berkunjung berbeza ketika Tajul Rosli, penuh bangsa lain yang mendapatkan bermacam projek dari balak sampailah kutip sampah.." Salah seorang ibu pencen memberi komentar tentang gelagat BN dan UMNO sekarang di Perak. Saya tak heran sangat info ini pada awalnya tapi setelah saya renungkan ini isu penting yang dipermainkan oleh UMNO kononnya PR nak jual negeri ke pihak asing. Jadi ini jelas sekali bahawa UMNO yang telah melakukannya sejak puluhan tahun lalu. Saya bukan racist tapi tidak fairnya UMNO dalam berpolitik sehingga mereka yang sebagai pelaku khianat kepada bangsa dan negeri ini menuduh pihak PR melakukannya. Sama juga hujah saya ketika berdailog dengan pimpinan UMNO di kampung " Mari kite kire berapa juta PR katakanlah gunakan wang rakyat di Perak selama 11 bulan?..dan kita bandingkan berapa banyak UMNO kebas wang rakyat selama 50 tahun? " Mereka terdiam dan saya tetap menekankan betapa tidak adilnya tuduhan UMNO kepada PR. Saya tidak emosi dan saya jamin matematik simple ini anak darjah satu pun tahu.
Malam semalam saya berangkat ke KL dan meninggalkan bandar Ipoh yang penuh misteri politik dan wajar dinobatkan sebagai sekolah pertama "Menangani risiko demokrasi dan beraja berpelembagaan "
Zambry, Exco dapatkan 'pendapat' Peguam Diraja di London
Harakahdaily Mon | Feb 23, 09 | 10:35:32 am MYT | |||||||||
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Menurut laporan sebuah laman akhbar online beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini dengan disertai oleh salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit. "Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata sumber. Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Kata sumber itu, pasukan tersebut ke London bagi pihak Zambry dan enam Exco berkenaan dan ditanya sama ada Peguam Diraja akan mewakili mereka di mahkamah, sumber itu berkata: "Tidak. Selain mendapatkan pandangan kedua, mereka juga mahukan pandangan berhubung kedudukan bidang kuasa Komanwel yang lain, selain kes-kes di Sabah dan Sarawak di sini." - azm _ Lucunya nasihat PM supaya Zambry buat laporan polis kes gantung
|
Rakyat nilai perangai pembangkang
IPOH 23 Feb. – Penduduk Perak perlu menilai sikap berdolak-dalik pakatan pembangkang di negeri ini yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa mereka masih berkuasa.
Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ‘permainan’ mereka itu semakin terserlah dengan wujudnya cubaan memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) secepat mungkin.
‘‘Dulu mereka kata masih berkuasa, selepas itu kata mahu pulang kepada rakyat untuk mengadakan pilihan raya semula, kemudian orang yang mendakwa masih menjadi Menteri Besar ambil tindakan mahkamah dan sekarang mahu ke DUN pula.
‘‘Saya malas nak komen banyak-banyak. Dalam dua, tiga minggu ini mereka cakap macam-macam. Mereka ini cuma mahu main sentimen akhirnya dengan ‘permainan’ begini, rakyat lebih maklum dan boleh tengok sendiri perangai mereka,” katanya.