IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
17 fEBR
Ada beberapa orang Melayu tersenarai sebagai orang terkaya di Malaysia membuat kita berfikir bahawa mereka naik kerana nasib atau taqdir. Ada benarnya cuma mari kita singkap satu persatu dari sudut pandangan rakyat biasa:
1. Mereka tidak peduli siapa yang kaya atau tidak yang penting mereka boleh hidup. Rakyat kelas bawah begini masih wujud dan bilangannya bukan sedikit. Inilah persaolan yang perlu dijawab oleh para milionir kita di atas sana!!. Apakah kamu faham dan sedar keadaan begini? Saya tidak lihat bukti kukuh yang mereka benar-benar ikhlas melihat masalah kemiskinan ini. Yang mereka kejar adalah kekuasaan ekonomi semaksima mungkin.
2. Akibat dari situasi ini ialah semakin melebarnya jurang status hidup rakyat. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin papa kedana terus merempat. Apakah wajar menyalahkan sepenuhnya sistem kapitalis? Ya ada pengaruhnya, cuma bukan itu semata-mata. Yang lebih penting ialah kesedaran individu tersebut. Inilah yang akan merubah situasi sdr-sdr kita yang miskin. Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak dulu masih belum mampu memberi khidmat terbaik buat golongan ini. Seharusnya para milionir kita membuka pintu seluas mungkin untuk bekerjasama dengan Jabatan kebajikan Masyarakat dan memberi bantuan tanpa pandang bulu.
3. PR yang masih belum dapat memerintah sepenuhnya sekarang hatus membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mampu lakukan kordinasi para milionir dengan golongan miskin. Pencapaian di beberapa negeri PR sehingga sekarang masih menunjukkan kemampuan jauh lebih baik dari UMNO yang telah memerintah lebih 50 tahun.Khasnya dari segi pengagihan kekayaan di kalangan rakyat. Inilah semangat yang harus dikekalkan sehingga ke PRU 13 agar rakyat memilih PR sepenuhnya pada tahun tersebut. Rakyat boleh berharap atas PR adalah tanda positif dan jika sebaliknya PR bersiaplah untuk kalah lagi.
4. Rakyat kelas menengah sepertinya malas nak ambik tahu sangat soal milionir kerana mereka sangat faham bahawa mereka ini terhasil dari sebuah proses kurang sihat Kronisma, nepotisma dll adalah acuan kerja sehingga mereka dapat naik ke atas. Proses kurang sihat nilah yang memberi dampak negatif kepada sistem ekonomo itu sendiri. Rasanya jika rakyat diberi peluang bersaing secara sihat dan terlibat dengan perniagaan segara jelas, mungkin lebih ramai lagi yang akan sukses dari kalangan rakyat biasa. Inilah bezanya jika rakyat diberi peluang bersaing secara sihat. Yang berlaku berbeza sekali. Kontrak besar dan mega hanya diberi kepada mereka yang sudah ada talian dengan ahli politik atau penggerak politik.Jadi apa yang perlu difikirkan lagi?
Info di bawah membuat rakyat senang dan geram..
Adik PM antara terkaya di Malaysia
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Majalah Malaysian Business menamakan Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak (Gambar) sebagai antara orang Melayu yang terkaya di Malaysia melalui senarai 40 orang terkaya di Malaysia.
Orang Melayu terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) yang memiliki harta sebanyak RM6.01 bilion, kedua adalah Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian).
Turut tersenarai adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin iaitu pemilik syarikat Sapura Holding iaitu Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin.
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir turut termasuk dalam senarai 20 orang terkaya di Malaysia.
Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.
Malaysian Busines mendedahkan senarai 40 orang terkaya di Malaysia melalui kajiselidik yang dibuat oleh majalah perniagaan itu.
Orang terkaya di Malaysia, menurut majalah itu adalah Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang dinyatakan memiliki harta sejumlah RM42.76 bilion meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.
Berikut adalah 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.
1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)
3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)
4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)
5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)
8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)
9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)
10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)
12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)
13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)
14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)
16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)
17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)
18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)
19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)
20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)
21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)
22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)
23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)
24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)
25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)
26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)
27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)
28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)
29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)
30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)
31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)
32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)
33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)
34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)
35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)
36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)
37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)
38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)
39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)
40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)
Tuesday, February 16, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)