IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
5 OKT
Berdendam dengan rakyat yang tidak sehaluan dengan fahaman UMNO sudah menjadi sesuatu yang biasa dan tanpa rasa malu pemimpin UMNO masih terus menggunakannya. Banyak kes sebelum ini hal yang sama diamalkan. Jadi sebenarnya rakyat hanya dapat bemimpi yang kononnya Malaysia semakin demokratik dan toleransi. Betul-betul khayalan dan memang kita sebenarnya hidup di negara mimpi. Kes DSAI, RP, HINDRAF, JI, DI, ahli politik pembangkang dari PAS, PKR, DAP dan banyak lagi adalah bukti nyata yang UMNO belum keluar dari kepumpung politik dendam kesumat. Amalan feudal seperti ini sebenarnya amat memalukan bagi sebuah negara yang sudah merdeka lebih 50 tahun lalu dan negara penjajah juga melirik sinis betapa bodohnya pemimpin negara yang dijajah masih candu dengan dengan cara mereka menjajah negara ini dahulu.
Bukti terakhir ialah lawatan HINDRAF ke rumah terbuka PM...sampai hari ini masih belum selesai dibicarakan oleh UMNO..Alahai sempitnya perjuangan kome dan busuknya hati yang dendam terhadap rakyat kamu sendiri .. Renungkan kenyataan di bawah...(NANTI KITA SAMBUNG LAGI..NAK ke Jakarta sekejap.)....
Tindakan tegas diperlukan
BATU PAHAT 5 Okt. – Tindakan penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) membuat kecoh pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam baru-baru ini amat keterlaluan dan perlu dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad menyifatkan berkata, kekecohan tersebut telah mengganggu keharmonian kaum di negara ini termasuk mereka yang hadir untuk bersama-sama meraikan majlis berkenaan.
Menurutnya, tindakan penyokong Hindraf itu juga tidak wajar kerana mereka mempunyai saluran lain yang lebih sesuai untuk menemu dan menyampaikan sesuatu perkara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Menemui pemimpin untuk menyampaikan sesuatu perkara sehingga menimbulkan kekecohan pada majlis itu tidak sesuai sama sekali,” katanya semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Bintang, Peserai di sini hari ini.
Noraini yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, negara ini mempunyai undang-undang dan semua pihak perlu mematuhinya.
Ekoran itu, menurutnya, sesiapa sahaja yang didapati melanggar undang-undang patut dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa agar tidak diikuti pihak lain.