22 NOV
Sebelum ini saya cuba membawa beberapa fakta bahawa dakwah Islamiah berdepan dengan beberapa cabaran dalaman yang sangat tajam dari aspek kefahaman. Faham terlalu keras sehingga mengkafirkan golongan lain dan faham terlalu fanatik golongan sehingga cara lain untuk islah ini hanya dari mereka sahaja. Dan ada yang lebih bahaya ialah faham asobiah yang jelas-jelas menolak ISlam dan segala yang datang dari Islam. Saya mahu mengajak sdr sdri melihat aspek ini agar kita tidak terkeliru dengan dakwaan sebahagian dari golongan ini yang mempersempitkan makna Islam sehingga Islam jadi "unpopular".
1. Faham kebangsaan atau asobiah jelas menjadi faham yang dianut oleh ramai tokoh yang beragama Islam di dunia hari ini. bahkan mereka telah menjadi pemimpin di beberapa negara seluruh dunia termasuk Malaysia. Banyak teori tentangnya tapi yang jelas faham inilah yang telah menolak Khilafah Islamiah di Turki di bawah strategi barat menjadikan si Mustafa Kamal At taturk sebagai barwa mereka. Kemudian faham ini berkembang terus ke negara umat Islam dan mereka menuntut kemerdekaan juga berasaskan dari semangat faham ini. Maka akhirnya Islam terpinggir dan hanya menjadi agama sampingan bukan lagi mengatur segala urusan bernegara, bermasyarakat, bersosial dan bermuamalah. Ulama masa itu hanya diundang sebagai pembaca doa pembuka dan penutup majlis. sekalipun dalam program majlis ada seribu macam amksiat di dalamnya.
2. Faham ini selesa dengan barat dan penjajah kerana mereka mampu berlakon seperti talam dua muka. Di depan rakyat Muslim mereka sopan seperti berjalan semut tak mati tetapi ketika bersama dengan penjajah mereka dapat mengalahkan berapa banyak botol arak yang di minum oleh penjajah sendiri. Mereka mabuk sampai berpapah untuk dibawa pulang. Maka golongan inilah yang paling selesa dan dengan mudah menyerahkan hidungnya untuk diikat tali oleh penjajah. Selepas penjajah pergi merekalah yang menjadi pengendala negara umat Islam. Ramai yang faham dan tahu hal ini terutama para pemimpin mereka sekarang tetapi dengan trik baru mereka masuk ke tengah rakyat dengan bernada slogan lain yang hampir dilihat oleh rakyat bahawa inilah faham Islam yang terkini. Munculnya slogan Malaysia Boleh, Islam Hadhari dan Satu Malaysia adalah mata rantai kepada program mempersempit faham Islam yang sebenar. Yang menjadi aktor utama di depan adalah pemimpin ini tetapi yang menjadi kreator dan konseptornya adalah mereka yang belajar agama yang sudah disuntik dengan faham palsu ini. Ust tapi sudah celaru. Mufti tapi masih senang dengan upti. Inilah golongan yang merisaukan umat kerana di tangan mereka ada madu dan racun.
3. Yang menjadi masalah dan cabaran dakwah apabila mereka mula bersama dalam media mencorak kelansungan faham ini. Termasukdi Fb dan media perdana. Di sinilah mulanya pertempuran fahaman. Dari sini kita akan lihat bagaimana pertempuran ini semakin sengit. Lalu yang memerhati dari belakang ialah para pembayar strategi ini terdiri dari para pemimpin faham ini. Saya menyedari dan melihat telatah mereka bahakan ada yang sudah declare shidup semati dengan faham sesat ini. Di tengah pertempuran apa yang seharusnya [ara dai lakukan?..Apakah kita hanya menjadi penonton atau kita mahu bergerak mengalihkan semula pandangan ini kepada Islam?..Inilah caran dakwah yang para dai jangan ambil mudah kerana ialanya racun buat fikrah umat..
4. Seruan ikhlas kepada semua gerakan Islam di Malaysia, ayuh mari kita melihat realiti ini. Mari kita duduk bersama dan mencari jalan bagaimana racun-racun ini dapat dibuang atau dicairkan sehingga fikrah umat Islam dapat dikembali bersih. Memang perlu sedikit masa tetapi yang lebih penting perancangan ini wajib berjalan dari sekarang dengan perincian yang strategik. Semoga Allah memudahkan langkah kita dan memberi laluan yang jelas kepada matlamat Islam sebgai deenul hayah..Amin Ya Rabb..!!
Mari kita renung ucapan dari golongan faham ini..
Mat Nasir Mohamed melayu dalam fb yg kutuk pak mat juga berjaya kerana umno.
Putri Adriana Batrishia
no no no..tinggalkan PAS selagi hukum Islam x terlaksana..mengerti??
5 hours ago
Putri Adriana Batrishia
Tun M geliga otak keje pun jalan, tapi TGNA hanya sibuk umpat sini sana je keje lembap!
5 hours ago
Mustapa Mansor
Otak geliga penipu sama naik dgn geliga merapu..nak jadi apa ?..Pengikut Mustafa Kamal Attaturk..kan? U nak jadi mcam dia jg silakan tak ada siapa yg larang tapi i hanya mengingatkan..itu saja..ada org yg rela diikat hidungnya spy menjadi hamba kpd fahaman kebangsaan sesat ini?. Bukti Mahathir penipu besar:
1. Ketika dia suruh Rahim Noor tangkap Anwar dan dia suruh Rahim Noor kata dia ... tak pukul Anwar
2. Anwar pukul badannya sendiri di TV masa itu u kecik lagi mungkin.
3. Eric Chia songlap duit Perwaja siapa yg cover dia?..Hujah dgn fakta ok
.4. nak laksana hukum Islam apa ? U tak tahu siapa yg perintah skrg di Malaysia ni?..UMNO ke PAS?..tolong berfakta..?
5. Hujah lain dah tak de dan org Melayu dah meluat dgn UMNO skrg terhegeh-hegeh pemimpin Melayu melutut dgn rakyat agar sokong mereka semula..Sya yakin jika UMNo masih sombong dan memaksa rakyat dgn bermacam agenda penipu mereka maka PRU 13 PR akan berjaya tumbungkan UMNO...!! Tunggu masa akan tiba..!!
6. Budak-budak upahan UMNO, bukan gunakan otak tapi semua nak gunakan otot tunjuk kuat..ini berlaku di Perak..sila tenguk video nya..sape nak peduli otot sekarang atau nak tunjuk keris..sape nak takut?..Ini yg i kata ..politik kampungan..atau politik ulat guling taik namanya..
1. Ketika dia suruh Rahim Noor tangkap Anwar dan dia suruh Rahim Noor kata dia ... tak pukul Anwar
2. Anwar pukul badannya sendiri di TV masa itu u kecik lagi mungkin.
3. Eric Chia songlap duit Perwaja siapa yg cover dia?..Hujah dgn fakta ok
.4. nak laksana hukum Islam apa ? U tak tahu siapa yg perintah skrg di Malaysia ni?..UMNO ke PAS?..tolong berfakta..?
5. Hujah lain dah tak de dan org Melayu dah meluat dgn UMNO skrg terhegeh-hegeh pemimpin Melayu melutut dgn rakyat agar sokong mereka semula..Sya yakin jika UMNo masih sombong dan memaksa rakyat dgn bermacam agenda penipu mereka maka PRU 13 PR akan berjaya tumbungkan UMNO...!! Tunggu masa akan tiba..!!
6. Budak-budak upahan UMNO, bukan gunakan otak tapi semua nak gunakan otot tunjuk kuat..ini berlaku di Perak..sila tenguk video nya..sape nak peduli otot sekarang atau nak tunjuk keris..sape nak takut?..Ini yg i kata ..politik kampungan..atau politik ulat guling taik namanya..