foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, September 15, 2008

PANDANGAN MUFTI PERLIS LEBIH WAJAR TENTANG ISA...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15 SEPT.
Sibuklah hari ini media berbicara soal 16 Sept, yang sokong BN bermati-matian cuba merendah-rendahkan perancangan PR dengan bermacam cara sehingga kelihatan keanak-anakan. Lucu melihat kelibat pemimpin BN-UMNO yang benar-benar panik dan kelihatan seperti cacing kepanasan. Malam ini ada lagi perhimpunan doa beramai-ramai di Stadium Kelana Jaya akan mengeringkan dan menghanguskan gelagat cacing kepanasan sehingga menjadi debu.

Apa yang takut sangat jika tak bersalah?

Rakyat mahukan perubahan bukan pemberontakan dan jika Malaysia stabil siapa yang dapat keuntungan? Semua kita dapat kelebihan termasuk para pemimpin BN-UMNO, anak mereka dan kaum kerabat semua. jadi jika masih gelisah bermakna ada hal lain yang membuatkan hati gundah gulana?..Simple sahaja sebenarnya..jika para pemimpin BN-UMNO mahu bertaubat dan menyerah diri kepada kehendak tuntutan rakyat hanya lakukanlah seperti di bawah:

1. Segala bentuk niat penindasan dan kezaliman lupakanlah!!! Bersihkan dengan clorox jiwa 50 tahun yang berkarat tu!!!

2. Segala wang rakyat atau rasuah atau apa sahaja yang bukan hak sendiri atau hasil rompakan atau penipuan wang rakyat..declare secara terbuka dan kembalikan kepada negara tanpa tinggalkan walaupun satu sen. Redhakanlah kerana semakin lama kamu kaut dan makan wang tersebut mak semakin berserabutlah otak dan jiwa kamu!!!

3. Kalau rasa sakit dada atau pening yang berpanjangan segeralah ke hospital pakar dan bayarlah mengikut kadar yang ditentukan. Jangan lari kemana negara atau menyorok dalam telaga atau lubang seperti Saddam Hussin. Berdepanlah dengan rakyat dan tunjukkan sikap seorang petriotik yang berjiwa besar sekalipun rasa macam jiwa seekor tikus.

4. Sedarilah sekarang sebelum masa yang lebih teruk berlaku kepada diri dan keluarga. Mengaku bersalah lebih dihormati dari menyombong jahil depan rakyat. Ikutilah aturcara mahkamah jika diminta hadir ke mahkamah sekalipun dengan menutup muka dengan guni beras. Akhirat lebih parah lagi jika di sini tak selesai..

Bila direnung solusi di atas sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu susah tapi alamaak...tuhan sahaja yang tahu..ini yang menyebabkan ada yang mati berdiri..

Sempat membaca artikel tentang ISA dari Mufti Perlis...terbayang betapa mudahnya solusi berlaku jika semua mahu menerima hakikat sebenar berdasarkan ilmu dan Islam yang adil.

ISA tidak diperlukan untuk bela Islam - Mufti Perlis
Suhaimi Taib
Mon | Sep 15, 08 | 2:17:39 pm MYT

PETALING JAYA, 15 Sept (Hrkh) - MStar melaporkan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok ke bawah peruntukan akta itu.


Ketika ditemui di Damansara sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

"Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

"Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salah faham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

"Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia."

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

"Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

"Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam," kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?" jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

"Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

"Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan melalui pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja," jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

"Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

"Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?" soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

"Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?" kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

"Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

"Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

"Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.- mns_

HR9808-Tahniah kepada Datuk Zaid...inilah sikap orang yang berilmu dan punya kredibilitas bukan macam Tok Hamid..harapkan nama aje Syed..tapi akhlak alamak.....Malulah sikit pada keturunan syed tu!!! Jangan lantik lagi Tok Hamid ni..memang bengap dan tak ada hati budi.....Malulah!!!


Syed Hamid jawab Zaid

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin adalah keputusan kerajaan dan ia tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi peringatan itu sebagai reaksinya kepada kenyataan Zaid di Kota Bharu hari ini bahawa kerajaan tidak sewajarnya menggunakan ISA untuk menahan mereka sebaliknya perlu diadili mengikut sistem perundangan negara.

Menurut beliau, tindakannya meluluskan penahanan di bawah ISA itu adalah bagi pihak kerajaan yang memerintah, selaras dengan kedudukannya sebagai menteri Kabinet, bukannya ‘orang di luar kerajaan’.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa Malaysia akan berdepan krisis pemerintahan jika setiap menteri yang ada pandangan tersendiri mula mempersoal dan membahaskan tugas menteri yang lain secara terbuka melalui media.

Zaid ada dalam Kabinet, jika dia ada pendapat yang tersendiri, dia seharusnya membawa kepada Perdana Menteri. Jika setiap ahli Kabinet yang ada pendirian sendiri berbahas secara terbuka dalam media, kita akan berdepan dengan krisis pemerintahan.

“Kalau seorang ahli Kabinet melaksanakan tugasnya, yang lagi satu mengkritiknya secara terbuka, saya tak tahu ke mana kita dan saya tak tahu apa akan terjadi,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kenyataannya kepada pemberita hari ini, Zaid yang tidak bersetuju dengan penggunaan ISA dalam penahanan terbaru itu memberitahu, pelbagai undang-undang terdapat di negara ini yang boleh digunakan bagi mengadili atau menghukum individu yang dikatakan menimbulkan ketegangan kaum.

Zaid juga sama sekali tidak menerima alasan Syed Hamid untuk menahan ketiga-tiga individu terbabit iaitu dilakukan selepas polis mendapat cukup bukti bertujuan mengelakkan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

Kelmarin, tiga orang ditahan di bawah ISA dalam satu operasi polis ke atas individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

Syed Hamid mengakui bahawa di kalangan anggota Kabinet perlu ada tanggungjawab bersama tetapi katanya, sebagai anggota Kabinet, Zaid tidak sepatutnya mengkritik dirinya secara terbuka.

Saya faham berkenaan apa makna tanggungjawab bersama. Saya percaya yang terpenting adalah disiplin untuk memelihara keutuhan Kabinet.

“Mesti ada semangat setiakawan dan berpasukan dalam kerajaan, saya bertindak sebagai kerajaan, lain pula kalau saya di luar,” jelasnya.

Zaid Ibrahim letak jawatan

15/09/2008 2:29pm


Datuk Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.


Kita sibuk sekali berbincang soal politik katun di Malaysia tanpa kita sedari sdr kita di Palestin, Mindanao, Iraq dan berbagai negara yang dilanda krisis, nyawa menjadi perhitungan setiap detik. Soal mereka makan atau tidak, soal rehat atau tidak, soal anak dan wanita yang terlantar siapa agaknya yang memikirkan??? Rasa malu bila kita bertarawikh di bilik dingin..dan tercungap-cungap kekenyangan dengan beryani, ayam panggang, ikan bakar dll.

Apakah qualiti agaknya puasa kita di sisi Allah?? Terasa begitu kecilnya kita dengan membayangkan bagaimana sdr kita berlari ke sana sini menyelamatkan diri dari intipan dan peluru musuh..Aduhhai teman..marilah kita renungkan nasib sdr kita juga...!!! Silalah lihat poster di bawah...dan bacalah...!!!