foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, April 18, 2008

RESOLUSI DARI PERTEMUAN HR9808 DI KL

R9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.


Bendera Malaysia

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Lambang Negara

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.



20 Apr 2008

Alhamdulillah, majlis dialog berjalan lancar dan mendapat sambutan dari semua pihak khasnya reformis baru dan lama. Kehadiran hampir 100 orang sebenarnya sudah amat bererti bagi ajk penganjur kerana matlamat untuk membentuk kesefahaman antara Reformis dan YB Pakatan rakyat telah tercapai serta pada masa yang sama telah diwujudkan sebuah jawatankuasa sekretariat HR9808 sementara mendapatkan izin IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat). Hasil dari persefahaman ini maka kami berjaya mencapai RESOLUSI tersebut:

RESOLUSI PERTEMUAN DIALOG REFORMIS (HR9808) DENGAN YB PAKATAN RAKYAT SEPERTI BERIKUT:


1. TERCAPAINYA KESEPAKATAN UNTUK MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PERJUANGAN REFORMASI DI MALAYSIA YANG BERSESUAIAN DENGAN PASCA PRU-12.

2. KAMI BERKOMITMEN SEPENUHNYA BAGI MEMPERJUANGKAN HAK, KEADILAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT MALAYSIA

3. SENTIASA MENDOKONG DAN MENJUNJUNG KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4. KAMI TERUS KONSISTEN MEMPERTAHANKAN HAK ASASI MANUSIA DAN MENENTANG SEGALA BENTUK KEZALIMAN SEJAGAT

5. KAMI MENYOKONG PENUH VISI DAN MISI PAKATAN RAKYAT

6. BAGI MELAKSANAKAN AGENDA DI ATAS KAMI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN PEMBENTUKAN JAWATANKUASA SEKRETARIAT HR9808 (bagi urusan rasmi bermula dari 22 Apr - IKRAR).

Tarikh: 19 Apr 2008 Bertempat: KL International Hotel KL

JAWATANKUASA SEKRETARIAT

IKRAR (IKATAN KEBAJIKAN RAKYAT)

Pengerusi: Mustapa Mansor

HP: 012 3333825

mustm99@hotmail.com

Jawatankuasa baru akan diinformasikan dalam waktu terdekat.






RESPONS KEPADA KL POS, BLOG NORA dll.....

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

Benarkah aktivis reformasi mencari arah baru? Cetak E-mail
Oleh Mohamad Mukhreez
Jumaat, 18 April 2008

KL: Selepas akhbar internet Malaysiakini menyiarkan berita kononnya aktivis reformasi sedang mencari arah baru, KLpos.com menerima beberapa panggilan daripada penyokong reformasi yang terkejut dengan kenyataan tersebut.

Malaysiakini melaporkan satu forum dianjurkan oleh aktivis reformasi yang memetik kata 'jurucakap penganjur Mustapa Mansor,' bertujuan membincangkan peranan baru aktivis gerakan itu sebagai kumpulan tanpa parti, termasuk menegur kerajaan-kerajaan negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Menurut seorang pemanggil, beliau terkejut kerana tiba-tiba membaca perkara tersebut sedangkan sebelum ini beliau langsung tidak diberitahu mengenai majlis yang akan diadakan itu.

"Saya tidak kenal siapa yang menjadi penganjur tersebut?" katanya.

Malaysiakini melaporkan seorang yang bernama Mustafa Mansor mendakwa mewakili kumpulan aktivis reformasi akan menganjurkan forum 'Mensyukuri Kemenangan Pilihanraya Umum ke-12: Menganalisis Strategi dan Memperkukuhkan Komitmen'.

Pertemuan di hotel KL International kononnya sebagai mengenang perjuangan selama satu dekad yang digelar 'Himpunan Reformis 1988-2008'.

Sementara itu, aktivis reformasi terkenal, Nasir Isa memberitahu KLpos.com, beliau ada dimaklumkan oleh penganjur mengenai program tersebut.

Ditanya apakah beliau menyokong majlis tersebut, Nasir berbelah bagi, "hendak kata sokong pun tidak, hendak kata tidak sokong pun program tersebut baik," katanya.

Namun Nasir yang pernah dilokap berbelas kali kerana menyertai perhimpunan reformasi berkata, "Lebih elok jika program tersebut tidak menggunakan nama aktivis reformasi"

Ini kerana, kata beliau, aktivis reformasi terlalu ramai dan jika hendak menggunakan nama tersebut, penganjur perlulah melibatkan sebahagian besar mereka.

 Seorang lagi aktivis reformasi, Norazimah Mohd Nor, (gambar) atau lebih dikenali sebagai Nora berkata, Gerakan Reformasi tidak mempunyai pemimpin khusus.

"Program tersebut baik, tetapi saya berharap jangan ada pihak yang menggunakan nama aktivis reformasi untuk menggambil kesempatan terhadap pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh golongan reformasi.

Ditanya apakah benar aktivis reformasi kini mencari arah baru selepas Pakaran Rakyat menang besar dalam pilihanraya lalu, kata Nora, itu adalah kemenangan rakyat dan golongan reformasi akan meletakkan kepentingan rakyat sebagai kepentingan utama perjuangan beliau dan rakan-rakan.

"Itulah arah perjuangan kami," katanya.


RESPONS....


AJK HR9808@IKRAR: Terima kasih atas muatan artikel dari Kl pos, BLOG Nora dll.Izinkan kami menjelaskan beberapa kekeliruan dari hal tersebut:

1. Kami mohon pihak yang keliru dengan HR9808@IKRAR sila datang ke majlis (yang terdekat 11 May 2008 jam 2 petang di Masjid Jamek). Pertemuan lalu pada 19 Apr adalah baru peringkat nak berbincang dan bertukar-tukar pandangan demi kemaslahatan rakyat pasca PR -12. Jika mahu info lebih sila baca teks ucapan wakil HR9808@IKRAR dari blog kami. Kami mohon KL pos dapat memuatkan teks ini supaya kekeliruan tidak berpanjangan (MASA ITU KELUAR DI KL POS).

2. Kami tidak menyatakan bahawa kami wakil reformis tapi kami hanya AJK penganjur majlis dialog Reformis bersama Pakatan Rakyat HR9808. Kami sedar akan hal ini dan atas sebab inilah juga sebagai bukti kami amat menghargai perjuangan reformis lalu kami anjurkan program ini dengan harapan reformis dari semua kalangan dapat memahami tujuan serta hasrat kami DAN mari kita bersatu.

3. Mustapa Mansor@ABU Miqdad (penulis buku "Rakyat Menuntut Keadilan tahun 1998-1999"), Bekas Ketua PKN Batu, Bekas Timbalan Ketua Perhubungan WP 1999, selama 10 tahun ulang alik Indonesia-Malaysia cari rezeqi dan belajar, blog beliau-www.aziim2008.blogspot.com- adalah salah seorang AJK Penganjur HR9808 dan jika mahu kenal beliau sila datang bertemu bila-bila masa di Masjid India. Kami tak salahkan sesiapa kerana tidak mengenali beliau tapi setahu kami perhimpunan ADIL yang pertama di KL adalah di rumah beliau dan beliau pengerusi perhimpunan tersebut. Saran kami agar anda dapat membaca teks ucapan beliau di www.hr9808.blogspot.com atau hadir sesi dialog dengan beliau.
4. Kami bersetuju dengan pandangan Nora tentang betapa pentingnya perjuangan yang bertujuan untuk kebajikan, keadilan dan kesejahteraan Rakyat (dan terima kasih sebab bagi peluang kami komen).

5. Kami menyeru kepada semua pihak terutama reformis agar bertenang dan berkepala dingin kerana nasib rakyat bukan ditentukan oleh satu golongan atau nama atau parti atau tokoh atau apa sahaja tapi ianya ditentukan oleh KEDAULATAN RAKYAT. Ayuh mari kita berbincang dengan baik dan lebih bijak kerana sejak dulu kita sudah kenal dengan musuh RAKYAT, kezaliman dan kebejatan mereka maka apakah ada waktu untuk kita berfikir di luar dari kerangka itu? Ahlan wasahlan kepada para penyokong UMNO-BN jika mahu berdialog sama kami siap sedia untuk itu pada bila-bila masa.

6. Soal tegur kerajaan negeri atau tegur sesiapa memang sejak dari dulu komitmen kita untuk menegur jika ada perbuatan yang bercanggah dengan hak dan kebajikan rakyat sekalipun dengn Sultan atau Raja Melayu. Tapi kami lebih memilih untuk beretika dalam menegur kerana ianya lebih mendekati kepada matlamat dan tujuan menegur. Apatah lagi untuk menegur guru-guru dan senior kami.

7. Semoga anda semua sudi menerima segala kekurangan dan kesilapan dan jauh dari sudut hati kami...kami tidak mahu melukakan hati sesiapa terutama warga reformis samada dalam parti atau di luar parti. Kami siap sedia ditegur jika ada yang salah dan inilah tujuan program pada malam itu bukan semata-mata dialog tapi lebih jauh dari itu iaitu untuk memastikan kemenangan di pihak Rakyat di bumi Malaysia.

AJK HR9808@IKRAR
info lengkap:www.HR9808.blogspot.com





TEKS UCAPAN LENGKAP WAKIL HR9808 - Mustapa Mansor


HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

KENAPA PERLUNYA SEBUAH WADAH REFORMIS YANG BEBAS

Salam Reformasi buat semua,

Dengan penuh hormat kami dari beberapa teman di Masjid India KL ingin mewujudkan sebuah wadah Reformis yang kami namakan Himpunan Reformis 1998 - 2008 (HR9808). Malam ini kita semua dapat berbincang bersama dan dapat bertemu langsung dengan dua orang YB Pakatan Rakyat yang juga adalah senior kita dalam reformasi di Malaysia.

Sdr dan sdri para pejuang sekalian,

Secara ringkas ada beberapa poin utama yang menjadi pertimbangan kami sehingga kami memberanikan diri untuk mewujudkan wadah HR9808 ini:

1. Era selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu adalah era baru politik Malaysia yang memerlukan dokongan padu dari para reformis khasnya yang pernah bersama gerakan tersebut pada tahun 1998. Ini bukan bermakna reformis 1998 mahu memunculkan diri untuk dikenali bagi mendapatkan pengiktirafan dari Pakatan Rakyat. Lebih jauh dari itu semua ialah kita mahukan kemenangan PRU 12 ini menjadi satu lonjakan perubahan yang dapat dipertahankan demi hak kebebasan, erti keadilan dan makna kehormatan rakyat di bumi Malaysia ini sampai bilapun. Titik 8 Mac 2008 adalah noktah seluruh reformis untuk merenung kembali sejarah perjuangan lalu dan mengatur strategi untuk terus berjuang bersama di belakang Pakatan Rakyat.

2. Kepedulian Reformis 1998 tentang isu kezaliman dan ketidakadilan BN - UMNO bukan basi dengan tempuh waktu bahkan makin matang menilai isu serta memberi solusi jitu untuk perjuangan ke depan. Walaupun mungkin ada yang gugur, atau sudah tidak berdaya, ini bukan bermakna semangat atau ruh reformasi sudah hilang, cuma ianya hanya bagaikan bom jangka yang kapan saja bisa meledak. INilah benih reformasi yang ditanam oleh guru kita DSAI sepuluh tahun lalu. Pesanan keramat dari guru bagaikan sebuah acuan yang makin membesar dan terbentuk sesuai dengan apa yang telah diacu masa itu. Rialitinya sekarang, arogan UMNO-BN sudah hampir sampai ke penghujung jalan dan rakyat semua kaum telah membuktikan komitmen mereka dalam PR-12 yang lalu serta mereka juga telah bulat menerima DSAI sebagai pengganti PM Malaysia. Kami dari HR9808 mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada DSAI, seluruh pemimpin Pakatan Rakyat dan jentera parti (PKR, PAS, DAP) dan seluruh pejuang rakyat yang berani membuat keputusan pada 8 Mac yang lalu.

3. Reformis yang tidak pernah menagih apa-apa sebelum ini mahu dihimpunkan semula agar terus hidup keikhlasannya dan berperanan sesuai dengan kehendak era baru ini. Alangkah ruginya rakyat dan Pakatan Rakyat jika puluhan ribu tenaga reformis masih terabaikan dan kontribusi mereka tidak dioptimalkan untuk rakyat. Kami yakin reformis sejati adalah reformis yang terbentuk dari gelombang kesedaran rakyat yang meletakkan halatuju untuk rakyat di depan mereka. Inilah karektor seorang reformis dan mereka perlu ditemukan lagi untuk kali yang terakhir. Kami menyedari penyatuan visi dan misi, bukan suatu kerja yang mudah tapi kami yakin ianya akan terbentuk secara bertahap setelah segala keraguan dan syak wasangka antara satu sama lain mencair dalam sebuah keyakinan. Keyakinan inilah yang menjadi paksi kepada kekuatan bagi sebuah perjuangan. Maka syarat utama kemenangan rakyat di Malaysia sebenarnya sudah hidup subur dalam diri anda semua… anda semua adalah pejuang rakyat..Inilah hakikatnya bahawa ..Pejuang Reformasi belum mati!

4. HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan. Tanpa mempersempit pengenalan diri dari segi agama, bangsa, warna kulit, bahasa dll. Yang penting reformis yang mahu berjuang bersama dalam sebuah sistem yang dasarnya adalah untuk memperjuangkan keadilan dan menentang segala bentuk kezaliman selari dengan dasar Pakatan Rakyat. Bukan menjadi wadah upahan atau semata-mata wadah jalanan yang hilang pedoman ketika berdepan dengan keadaan tertentu. Kita juga, asasnya telah punya jalinan dan akan meningkatkan kerjasama dengan reformis di beberapa Negara ASEAN seperti di Indonesia, Thailand, Fillipina,Singapura dan beberapa Negara lain. Bahkan perkembangan terbaru di Indonesia, golongan reformis muda dari PKS dan PAN diterima baik oleh rakyat di Jawa Barat (jumlah pengundi yang layak mengundi sekitar 39 juta jiwa dan yang keluar mengundi 27 juta jiwa- Reformis memperolehi lebih 40% undi) sehingga memenangkan pemilihan Gabenur dan Wakil Gabenur serta mengalahkan calon dari partai politik senior di Indonesia iaitu GOLKAR dan PDIP. Ini semua adalah berkat kerja padu/solid dari seluruh elemen yang ada dalam masyarakat bersama dengan kebijakan umum yang konsistan dari partai tadi. Sebagai reformis sudah tentu model dan pengalaman reformis di Indonesia dan beberapa Negara ASEAN yang lain patut dikaji terutama oleh HR9808 dan kita berharap akan dapat mengadakan diskusi antara reformis di peringkat NUSANTARA di masa akan datang. Ini juga memberi erti bahawa makna reformasi amat luas dan bukan milik seseorang atau sesuatu kaum atau zaman tetapi reformasi adalah suatu gerakan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan, menentang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan di mana sahaja di bumi ini. Maka mari kita lupakan fahaman sempit yang mengongkong kita untuk terus berjuang dalam satu barisan yang tersusun rapi, sambung bersambung sejak dulu sampai kita pastikan nikmat keadilan, kebebasan dan kesejahteraan rakyat dapat dikecapi melalui jalur undang-undang yang sedia ada khasnya di bumi Malaysia yang tercinta ini. DSAI pernah mengungkapkan kata-kata keramat kepada kita semua di tahun 1998.. Jika tidak minggu ini, minggu depan, jika tidak bulan ini, bulan depan, jika tidak tahun ini tahun depan..” ianya pasti tiba insyaallah..Dan sekarang ianya makin terasa amat dekat….

Sdr dan sdri yang dihormati,

5.HR9808 masih diperingkat awal dan memerlukan nasihat, teguran, pandangan, kerjasama dari seluruh warga reformis samada yang aktif atau tidak. Terutama dari guru-guru kita yang terdahulu, DSAI dan pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dua tokoh yang bersama kita pada hari ini, YB Tien Chua dan YB Tn Hj, Saari Sungip yang telah membuktikan komitmen mereka kepada perjuangan rakyat sehingga saat ini. Dan kita juga tidak akan melupakan tokoh-tokoh pejuang reformasi sebelum dari 1998 yang ikhlas berada dalam PAS, DAP, JIM, ABIM, Haluan, Isma, Suaram dan terlalu banyak NGO yang masih konsistan hingga sekarang. Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang tidak terhingga ke atas mereka dan jika yang telah meninggal dunia pahala yang berterusan dari benih perjuangan mereka datang mengalir tanpa hentinya. Aminnn (alfatihah buat mereka semua Allahyarham Tuan Guru Fadhil Noor, Pak Lang, Omar Tan dll…)..

Sdr dan sdri yang berbahagia,

6.Semoga melalui HR9808, para reformis yang mahu terus berkhidmat kepada rakyat dari luar parti dapat menyalurkannya dengan meletakkan komitmen taat setia kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Marilah kita bersatu dan memfokus kepada gerakerja yang bijaksana, lebih tersusun dan tidak terkeluar dari kerangka strategi umum Pakatan Rakyat.Kita juga berharap dengan adanya pedoman ini segala aktiviti yang mungkin boleh merugikan rakyat dapat dielakkan.Kita mahu menjadi pemangkin dan turut bantu dari luar parti untuk mempercepatkan proses mencapai kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Malaysia. Kita tidak mahu potensi besar ini dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (UMNO-BN) atau menjadi tenaga upahan pihak tertentu untuk merosakkan nama baik Pakatan Rakyat atau reformis di mata rakyat. Sekalipun rakyat jelas menolak golongan seperti ini tapi kejadian fitnah yang dilontar oleh Dr. Chandra, Roslan Kassim dan yang sama dengannya terlalu konyol, amat menyakitkan hati reformis dan pada hari ini kita berikrar melalui HR9808 kita akan memastikan kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi dengan cara yang terbaik. Kita menyeru kepada semua pejuang reformasi agar saling hormat menghormati, saling menghargai dan dapat kembali semula ke landasan perjuangan dengan penuh besar hati…

Sdr dan sdri yang mulia,

7. Reformis yang tidak berparti dan masih kental dengan semangat perjuangannya perlukan sebuah wadah bersistem yang dapat meningkatkan kualiti keperibadian diri, terbina adunan berfikir yang jauh dan matang, berkomitmen dan berdisiplin dengan agenda perjuangan, memahami kaedah berorganisasi yang kukuh/solid serta akur dengan ketentuan strategi wadah sekalipun bercanggah dengan kepentingan peribadi. Ini semua akan disusun mengikut modul yang telah teruji keberhasilnnya di beberapa negara di dunia dengan ubah suai acuan lokal.

Akhirnya, kita bermohon agar pertemuan kita pada malam ini mendapat keberkatan dari Allah swt dan tekad perjuangan kita terus hidup subur dalam jiwa kita sehingga samada kita menang di dunia atau gugur sebagai pejuang.

Terima kasih kepada para tamu pejuang yang turut hadir pada malam ini dari seluruh Malaysia dan segala kekurangan dari pihak panitia kami memohon maaf.

Mustapa Mansor

Ajk Hr9808




TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MEDIA RAKYAT..

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

Kami (AJK HR9808) mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada media rakyat atas kerjasama mempromosikan info tentang Majlis Dialog Reformis bersama YB Pakatan Rakyat. Semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua pihak terutama perjuangan menegakkan keadilan di bumi Malaysia bersama Pakatan Rakyat akan tercapai. Antara media yang telah memberi kerjasama:

1. KUALA LUMPUR, 17 APR (Tvpas)-Majlis Dialog Reformis bersama dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan diadakan pada 19 April 2008 bertempat di Dewan Hotel KL International Kg. Baru Kuala Lumpur.

Majlis dianjurkan Himpunan Reformis tahun 1998 hingga 2008 atau singkatannya (HR9808) bakal menampilkan panel dua ahli parlimenl Pakatan Rakyat iaitu Saari Sungip dan Yang Tien Chua.

2. Himpunan Reformis 1998-2008: Dailog dengan YB Pakatan Rakyat
Harakahdaily
Fri | Apr 18, 08 | 4:46:53 pm MYT

Bagi mensyukuri kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 12, sekali gus untuk menjana generasi berkualiti bersama Pakatan Rakyat di era Malaysia Baru, Laman Web HR9808.blogspot.com menganjurkan himpunan reformis di tempat dan masa seperti berikut:

Tarikh: 19 April 2008 (Sabtu)

Jam: 6.00 ptg � 11 malam.

Tempat: Hotel KL International. Kg. Baru, KL.

Orang ramai yang berminat menyertai dijemput hadir.

Untuk pendaftaran sila hubungi Pusat Informasi: Gerai 59 dan 60, Jalan Melayu/ Jln. Masjid India. Kuala Lumpur. Dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menelefon Norzairi 019-3066016, Nora 012-3804575, Pak Mad 017-3467927, Syed Azizul 017-3491980 atau Nasir 012-3921976. - mns

3.MAlaysiakini.com
Aktivis reformasi cari arah baru
Apr 18, 08 2:19pm
Kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali "aktivis Reformasi" menganjurkan dialog dengan pemimpin mereka yang menang dalam pilihanraya umum 8 Mac untuk mencari hala tuju baru gerakan itu.

saari sungibPertemuan itu, sebagai mengenang perjuangan selama satu dekad yang digelar 'Himpunan Reformis 1988-2008', akan disertai ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib.

tian chua 03 240505Kedua-dua mereka, bersama lapan yang lain, pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan didakwa di mahkamah atas kesalahan terlibat dalam siri-siri perhimpunan di Kuala Lumpur.

Lebih 1,000 orang ditangkap semasa berdemonstrasi antara 1998 hingga 1999 sahaja.

Menurut jurucakap penganjur Mustapa Mansor, dialog itu juga akan membincangkan peranan baru aktivis gerakan itu sebagai kumpulan tanpa parti, termasuk menegur kerajaan-kerajaan negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Pertemuan di Hotel KL International jam 5 petang esok dimulakan dengan tayangan video perjuangan gerakan itu selama 10 tahun mulai 1998 dan diikuti forum 'Mensyukuri Kemenangan Pilihanraya Umum ke-12: Menganalisis Strategi dan Memperkukuhkan Komitmen'.

HR9808: Kepada semua aktivis reformis, kami juga mengucapkan terima kasih atas kesudiaan menghadiri program dialog ini. Semoga perjuangan mulia ini akan diberi balasan sebaik-baiknya oleh Allah swt.