foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, December 17, 2009

Pertemuan Tahunan Teras "Demokrasi dan masa depan Umat Melayu"



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


18 Dis

Berangkat dari dari KL sekitar jam 12 malam tiba di Ipoh jam 3 pg dan berangkat terus ke Alor Setar jam 5 pagi. Solat subuh di tepi sg Perak. Berhenti sebentar di Gurun. Tiba di Pendang sekitar jam 9.45 pg.

Alhamdulillah ramai yang hadir di dewan Pendang Lake Resort.

Ucapan dari Cikgu Azmi:

WAHAI KAUMKU...

Ucapan Bertindak

Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan Ke 12

1 Muharram 1431H / 18 hb Disember 2009

oleh

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Dengan rasa penuh bangga dan sangat gembira kami menyambut kehadiran para aktivis penggerak Melayu dengan semangat kehangatan ukhuwwah dan silaturrahim seaqidah . Perhimpunan buat kali ke 12 ini menyegarkan lagi rasa kebersamaan kita untuk saling bertanya khabar dan berkongsi pengalaman , sejauhmana kita telah membawa kesan perubahan untuk kaum yang telah diamanah sebagai pendokong risalah nubuwwah. Perjalanan 12 tahun kewujudan TERAS dipersada bumi Melayu ini , diharap bukan hanya sebagai penambah bilangan sejumlah pertubuhan yang sedia ada, akan tetapi sepatutnya mula berfungsi sebagai pembawa perubahan dan penggerak kebangkitan yang sangat didambakan oleh umat.

Kita sengaja memilih dan mengekalkan tarikh keramat 1 Muharram setiap tahun sebagai tarikh berhimpunnya seluruh penggerak Melayu dalam suatu usaha menyuntik iltizam dan menyegarkan ruh perjuangan kita dengan mengambil semangat dari peristiwa Hijratur Rasul yang membawa segala mesej jihad yang tidak ternilai harganya .

Dalam usaha untuk menjayakan perjuangan mencetus perubahan ini kami tidak akan berputus asa dengan pelbagai isu-isu spontan yang timbul di tanah air ini sehingga dianggap sebahagian teman-teman sebagai penghambat cita-cita besar kita untuk merealisasikan sebuah negara umat Melayu yang berdaulat sebagai negara Islam yang dapat dicontohi diseluruh persada dunia.

Disinilah kekuatan kita teruji. Disaat simpang siur satu demi satu isu yang meledak dalam keadaan kita tidak cukup bersedia inilah mengingatkan kita betapa perjuangan Rasulullah s.a.w sahaja yang dapat meleraikan kekusutan yang muncul.

Ketika Rasulullah s.a.w merasai hampir kecewa dan hilang punca menghadapi karenah kaumnya yang mengambil sikap degil dan tidak mahu menerima kebenaran Al-Quran , Allah merawat hati baginda dengan kisah yang sangat menyentuh sanubari. Lihat seluruh inti dalam Surah Syua’ara yang terserlah pedoman pelbagai senario yang diharungi para Rasul terdahulu. Bukan sahaja Baginda diingatkan bahawa menjadi sangat mudah bagi Allah untuk menundukkan hati kaumnya yang degil , akan tetapi Allah membentangkan seerah para Nabi sebelum Baginda agar diambil ibrah yang besar dalam perjuangan ini. Lalu di ingatkan Baginda bahawa menjadi seorang pencorak zaman dan penggerak reformasi manusia bukanlah suatu perjuangan yang mudah. Walaupun dengan jaminan Allah bersama kaum Muslimin, ia tetap merupakan suatu pergelutan yang sengit kerana hakikatnya pertembungan yang sebenar ialah pertembungan antara haq dan batil.

Kami terpanggil untuk mengambil kesan dari panggilan Allah S.W.T. melalui Nabi-nabiNya lewat beberapa ayat yang khusus menyeru kaum mereka masing-masing:

1.“Katakanlah (Muhammad) “ Wahai kaumku ! berbuatlah menurut kedudukanmu , aku pun berbuat (demikian) , kelak kamu akan mengetahui , siapa yang akan memperolehi tempat terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan beruntung” -Al An ‘am :135

2.“Dan kepada penduduk Madyan , Kami telah mengutuskan saudara mereka Syuiab , dia berkata “ Wahai kaumku ! sembahlah Allah , harapkanlah pahala hari akhirat , dan jangan kamu berkeliaran dibumi berbuat kerosakan” -Al Ankabut 36

3.“Wahai kaumku ! Sesungguhnya kehidupan didunia hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu) , dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal” Ghafir 39

4.“Sungguh , kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya , lalu dia berkata “ Wahai kaumku , sembahlah Allah tidak ada Tuhan bagimu selain Dia , sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang dahsyat (Qiamat) “ Surat Al ‘Araf 59

5.“Dan sesungguhnya , sebelum Harun telah berkata kepada mereka “ Wahai kaumku ! sesunguhnya kamuhanya sekadar diberi cubaan (dengan patung anak sapi) itu dan sesungguh , Tuhanmu ialah (Allah) Yang Maha Pengasih, maka ikutilah aku dan taatilah perintahku” -Toha : 90

Demikian kami melihat betapa kerja menangani nasib kaum sendiri adalah suatu yang sangat berat namun tetap perlu dilaksanakan. Kita boleh mengambil jalan mudah dengan hanya menjadi pemerhati atau paling maksima menjadi pembicara lantang semata-mata. Akan tetapi yang jelas ialah bagi sesiapa yang sensitif dengan kebejatan dan kepincangan kaumnya sendiri pasti akan rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu .

Sememangnya kita tidak ada pilihan . Mahu tidak mahu kita pasti perlu mengusahakan agar bangsa kita tidak dibelenggui terus oleh kepincangan yang ada. Seberapa rumit sekalipun , setiap aktivis tidak akan berani untuk menyatakan bahawa mehnah yang dihadapinya adalah jauh lebih berat daripada yang dihadapi oleh Rasullulah s.a.w. dan para Nabi sebelumnya. Lantaran itu penggerak perubahan kaum hendaklah bersiap untuk menghadapi kedegilan dan tantangan bukan sahaja dari kaumnya sendiri malah dari kalangan kerabat yang terdekat sekalipun.

TERAS melihat bahawa setelah pelbagai usaha untuk menyedarkan kaum Melayu mengenai kedudukan mereka dilaksanakan, masih sangat sedikit yang mengambil berat dan masih sangat kecil yang mahu bertindak untuk merubah keadaan. Akan terlihat keadaan mereka yang diistilah oleh Al Quran sebagai berperangai “sawaa ‘an alaihim” iaitu sama sahaja bagi mereka , samada diberi peringatan atau tidak , mereka tidak akan berubah.

Namun tanggungjawab untuk kita melakukan perubahan tidak samasekali akan luput dari tuntutan Allah S.W.T . Kita tetap dipikul beban untuk melakukan islah ke atas masyarakat semada berskala kecil atau besar . Semada di Bandar atau di desa , semada di tingkat lokal atau nasional.

Sungguhpun hambatan yang mendepani kita sangat berat dan rumit akan tetapi kita harus yakin bahawa masih ada harapan untuk kita membuka lembaran baru buat bangsa ini. Hanya senya yang kita perlu sedar ialah proses untuk keluar dari kondisi terkongkong yang telah membelenggu kita oleh sebuah sejarah penjajahan yang sedemikian lama akan menuntut kita untuk mempunyai kekuatan dan stamina rohani , emosi , mental dan fizikal untuk mengharungi perjuangan yang akan mengambil masa yang sangat lama juga.

Bila kita berbicara soal al mustaqbal bangsa Melayu iaitu masa depan yang bakal ditempoh oleh bangsa kita ini , kita tidak akan lepas dari berbicara kondisi bangsa kita masakini. Berbicara soal kondisi masakini inilah yang paling memerlukan kerahan fikiran , kesungguhan bertindak dan keiltizaman mengatur dan merencana strategi . Kita tidak akan boleh melakar perubahan bangsa jika kita tidak bersedia untuk menyiapkan kondisi yang cukup subur bagi menumbuhkan perubahan . Tapaknya mahu tidak mahu bermula dari sekarang dan bermula disini.

Lantaran itulah para penggerak bangsa ini harus bersedia menjadi pencetus kebangkitan yang murni dalam semua lapangan . Kita tidak boleh bersikap bersahaja dalam perjuangan ini jika kita jujur mahu melihat bangsa ini menjadi teras kepada pendokong kalimah Allah di rantau ini. Langkah kecil harus berkembang menjadi langkah besar , riak kecil harus bergerak menjadi gelombang besar.

Sesungguhnya bangsa Melayu sudah lama berada dipinggiran dan sedang terus meminggir. Bukan sengaja kerana mahu menjadi sedemikian . Akan tetapi bangsa ini seolah-olah sudah melengkapkan dirinya dengan syarat-syarat yang layak untuk menjadi terpinggir.

Masakan tidak , lihat sahaja betapa secara umumnya masyarakat bangsa kita maseh leka dengan gejala berhibur berlebihan, Juga sindrom kebergantungan yang masih sangat ketara ,budaya membaca yang sangat kurang , institusi keluarga yang semakin rapuh , daya keusahawan dan berswadaya yang belum cukup terbudaya , semangat kepenerokaan yang belum meluas , gejala sosial dengan hal-hal yang negatif yang tidak mereda , disiplin dan etos kerja yang tidak mantap . Malah resepi bangsa terpinggir kita melangkap lagi apabila kita dihadapkan dengan realiti ketidakyakinan terhadap keupayaan sendiri.

Sementara begitu banyak agensi formal pemerintah diwujudkan untuk memberi fokus kepada pengukuhan bangsa Melayu , namun tahap peningkatannya masih jauh dari memuaskan.Realiti bangsa menjadi lebih rumit tatkala sikap bersandar kepada bantuan menjadi faktor yang sangat melemahkan. Sindrom berpuas dengan apa yang ada menyebabkan bangsa ini belum mampu menjadi kaum peneraju dalam ertikata sebenar.

Sangat malang , yang mempercepatkan peminggiran ini adalah gara-gara mereka yang memegang teraju kepimpinan dipelbagai peringkat. Pemimpin-pemimpin bangsa secara umumnya belum dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang merdeka dari sindrom mentaliti terjajah. Sebagai natijahnya kelihatan pemimpin-pemimpin bangsa terus menyumbang kepada kelesuan dan sikap bebal yang menjangkiti masyarakat Melayu.

Jika adapun secebis kesedaran untuk benar-benar memperjuangkan nasih bangsa Melayu , yang jelas pemimpin-pemimpin Melayu masih bersifat retorik dengan slogan yang tidak bernilai selain hanya penambah halwa telinga. Bukan tidak ada pemimpin-pemimpin Melayu yang serius dan iltizam dengan kepemimpinan rakyat , namun yang menjadi persoalan sangat pokok ialah menterjemahkan komitmen kepada tindakan rata-rata tidak dimiliki oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin Melayu.

Bangsa Melayu sangat memerlukan revolusi kembali kepada Islam bukan sahaja dalam horizon berfikir malah dalam sikap dan budaya tingkahlaku seharian. Penghijrahan yang jelas perlu segera dilakukan ialah untuk mengembalikan Islam hidup dalam setiap saraf , otot , lidah dan pancaindera tubuh insan Melayu seluruhnya. Islam yang hidup dan berdarah-daging dalam kehidupan seharian manusia Melayu itulah yang perlu kembali menghuni ditanah air Melayu ini. Tidak ada formula lain. Kita menyeru bangsa ini dengan bermula dengan Islam , berlafaz dan bertindak dengan Islam dan berdestinasikan perjuangan untuk menegakkan Islam. Ini sahajalah yang bakal menjamin survival bangsa ini.

Memang ada halangan dan hambatan yang akan kita tempuh. Termasuk kemelut politik Melayu yang tidak menunjukkan tanda-tanda mereda.

Sebenarnya politik Melayu yang sering menjadi perbahasan hangat dewasa ini bukan suatu yang terlalu kompleks untuk dileraikan.Pada hakikatnya gara-gara khilaf pemikiran yang menyebar kepada khilaf politik dan menghujung kepada krisis perpaduan adalah justeru bangsa ini gagal menjaga adab dalam berkhilaf.

Bukankah seharusnya kita cekap dalam berstrategi dan bijak dalam bertarung sepatutnya menyebabkan keutuhan kesatuan umat Melayu tidak berserakkan dan dalam masa yang sama benang perselisihan ditarik dengan penuh hikmah.

Kami berpandangan bahawa kerana terlalu galak dalam merebut kuasa dan kedudukan inilah yang menyebabkan tepung kesatuan ummah kini tumpah berselerakkan untuk kemudian dipijak dan disapu bersih oleh seteru yang menunggu peluang menambah-hinakan ummah ini.

Sejak perseteruan dalam politik kita semacam kehilangan perhitungan sehingga adab susila dan aib lawan diheret ke mahkamah , dibicara di media dan akhirnya dibunuh karier politiknya

Tradisi mendahului kesatuan ummah di atas serakah nafsu untuk berkuasa kini terhakis. Politik kembiri hanya kerana merasa terlalu layak untuk menjawat gelaran wakil rakyat telah mengakibatkan politik penting diri dan politik kumpul kekayaan menjadi jangkitan yang semacam tidak terpulih lagi dikalangan bangsa Melayu. Walhasil kelihatan politik Melayu menurun ke darjat politik murahan hanya untuk meni’mati kesedapan sesaat.

Tiada yang dapat diinspirasikan dari watak-watak politik Melayu selain politik saling mencela dan memfitnah sehingga kehilangan adab. Asalkan pesaing dapat di’bunuh’ , sudah cukup untuk dia merasa bahawa survival politiknya akan dapat dipertahankan. Merasa selesa dan berfikir diri sebagai tuan empunya kuasa telah menyesatkan ramai ahli politik.

Namun yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila harga yang terpaksa dibayar akibat amalan politik durjana ini ialah keutuhan umat Melayu itu sendiri terjejas . Bukan sedikit kepentingan bangsa telah tergadai akibat politik sempit pemimpin-pemimpin Melayu yang sangat dangkal dan tidak bermoral.

Siapa yang telah menghakis asset tanah Melayu sehingga penempatan Melayu di kawasan strategik di kawasan Bandar telah hampir pupus , jika tidak orang-orang elit Melayu sendiri , yang hanya melihat keuntungan sebagai pertimbangan yang satu-satunya ingin diraih dengan demikian rakus. Siapa yang telah membunuh tulisan jawi dipersada tanah air ini sehingga tulisan jawi terkubur dengan segala implikasi ilmu yang dideritai umat Melayu sekarang , jika tidak pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang dirasuk arus kemodenan . Siapa yang menyebabkan anak-anak Melayu menjadi generasi sampah dengan kemasukkan budaya jijik yang dilesenkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Siapa yang telah memporak-perandakan ekonomi Melayu sehingga berbilion-bilion ringgit yang disalurkan kepada birokrat dan konglomerat Melayu berakhir dengan projek-projek terbengkalai dan wang yang akhirnya masuk ke kocek segelintir Melayu. Siapa yang telah mendirikan pelbagai projek mega mewah sehingga orang Melayu hanya berputih mata melihat kesenangan beberapa kerat Melayu yang akhirnya lupa diri. Siapa yang telah menyalahgunakan kuasa sehingga pelbagai agensi yang telah diswastakan terpaksa diselamatkan bila menanggung kerugian jutaan ringgit , dan matlamat untuk membantu Melayu di kawasan Bandar berkecai, kalau tidak keputusan oleh dua tiga kerat elit Melayu.

Demikian kita menyaksikan kepincangan yang tidak terperi gelagat dan gejala orang-orang Melayu yang seolah-olah tidak terawat lagi.

Sesungguhnya kaum Melayu yang sering menjadi bahan percaturan oleh para elit Melayu telah menyebabkan segala formula memulihkan bangsa ini berhujung dengan kegagalan.

Jika jelas 52 tahun kemerdekaan yang dini’mati oleh orang-orang Melayu hanyalah sebagai “fatamorgana” (dilihat dari jauh seperti bayangan air yang sepatutnya menghilangkan haus namun kosong bila didekati) maka tidak ada jalan lain melainkan merubah seluruh formula yang terbukti gagal.

Kami tidak mungkin dapat menerima betapa akibat kelalaian bangsa Melayu kini bukan sahaja hak bangsa sudah dipersoal malah haknya untuk melaksanakan hukum Allah bagi menyantuni hidupnya sendiri sudah dicabar. Semenjak isu IFC yang berniat untuk menundukkan Islam kepada kehendak dan restu agama lain , sehinggalah kepada gerakan Artikel 11 yang berselindung disebalik Perlembagaan Persekutuan untuk menuntut agar undang-undang murtad dimansuhkan dan kebebasan bertukar agama dikalangan umat Islam dijadikan hak tidak pernah sunyi dari persada bumi yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Demikian dokongan dari golongan elit dikalangan kerabat pemimpin Negara telah memberi laluan atas nama kebebasan bersuara untuk golongan yang mengutarakan pemikiran liberal menyebarkan aliran yang kononnya dianggap progressif.

Kini akibatnya pemimpin-pemimpin turut menafikan autoriti dalam ilmu Islam. Lalu mereka turut terheret dengan keghairahan untuk mempersoalkan pandangan ilmuan Islam tanpa mempunyai disiplin ilmu yang layak.

Sayangnya dalam hal-hal yang dianggap bukan bidang para ulama , pandangan ulama sering diminta untuk mengabsahkan pendapat mereka. Namun dalam hal bidang agama yang mereka tidak punyai latarbelakang dalam keilmuan Islam , dengan mudah pula mereka memberi komen yang tidak menghormati autoriti agama.

Akibatnya apa yang berlaku ialah satu demi satu kes mencabar hukum syariat diheret ke mahkamah sivil oleh golongan yang mendalangi gerakan menyudutkan hukum-hukum Islam hanya dipenjuru soal peribadi semata-mata.

Kes penggunaan Kalimah Allah oleh akhbar Herald , penyebar agama Nasrani , kes sebatan ke atas Kartika berdasarkan enakmen agama Islam Pahang dan kes Redzuan Abdullah dan pengislaman anak-anaknya menjadi perdebatan umum seolah-olah hukum Islam dan mahkamah Syariah sudah hilang wibaya.

TERAS menyeru kaum Melayu untuk bekerja keras kembali kepada paksi kehidupan menyembah Allah seutuh dan semurninya . Dengan paksi ini TERAS ingin mengajak seluruh teman-teman Teras supaya memahami gerakerja berikut:

MEMBENTUK NEGARA BERTAMADUN TINGGI

TERAS berpegang kepada budaya bertamadun tinggi sebagai asas membentuk sebuah jati diri negara. Budaya bertamadun tinggi merujuk kepada tamadun yang terjelma dari nilai keinsanan yang murni menetapi maksud kedudukan insan yang menanggung beban amanah kekhalifahan untuk mengendali kehidupan berkeluarga,bermasyarakat dan bernegara , selaras dengan kehendak Penciptanya. Tanpa usaha untuk mempertahankan nilai keinsanan dan tradisi murni yang menjadi teras kepada kebudayaan kebangsaan dan tanpa keprihatinan mengembangkan budaya tinggi sehingga menjadi darah daging dalam setiap perjalananan dan proses pembangunan negara,maka akan terdedahlah negara dan rakyat kepada krisis dan kepincangan kemanusian yang parah. Negara akan dihuni oleh warga yang rosak nilai dan hilang jati diri sehingga jatuh kegaung tamadun yang rendah dan penuh Zillah.

MEMBELA RAKYAT

TERAS menyeru supaya semua penggerak kaum Melayu membentuk arah tuju dan corak kehidupan seharian masyarakat. Kami mengusulkan agar teman-teman Teras memahami bahawa ketika budaya murni menjadi sesuatu yang abstrak dan tidak mengalir dalam kehidupan praktis masyarakat maka budaya sampah dan budaya imperialisme dan budaya autokratik akan mengambil tempat dan mendominasi kehidupan masyarakat. Setiap teman TERAS seharusnya menjadi benteng yang mengawal rempuhan budaya manipulatif dan budaya menindas. Untuk yang demikian teman-teman perlu cepat mengenal erti kepalsuan , kepura-puraan dan kezaliman. Mereka juga harus segera menangkap kemungkaran yang tersirat dan merasa kegelisahan yang terselindung dalam benak masyarakat. Maka teman-teman seharusnya menyuarakan rintihan masyarakat mustadhafin . Nasib masyarakat terpinggir dan tersisih akan segera menjadi maudhu’ bicara dan luahan rasa paling pertama kepada seorang teman Teras yang merakyat. Jeritan batin rakyat terpuruk itulah menjadi gelanggang bicara seorang Teman Teras yang bertindak untuk membangkit semangat hidup dan semangat memberontak ke atas ketidakadilan.

MEMANDU ARAHTUJU PEMBANGUNAN

Pembangunan sebagai suatu konsep yang diterima umum perlu dihadamkan ertinya secara mendalam dan kritikal. Keghairahan untuk membangun dalam kerangka dan falsafah kebendaan yang sarat dengan nilai komersialisme yang kapitalistik akan memporak perandakan masyarakat. Pembangunan mengikut petunjuk angka-angka seperti KDNK , Indeks Komposit , Nilai matawang , kadar CPI dan inflasi , kemasukan FDI bukan pengukur mutlaq untuk mentarafkan pembangunan sebenar. Pembangunan negara perlu dita’rifkan dalam maksud dan kerangka budaya dan tradisi pembangunan bangsa berteraskan nilai dan falsafah hidup yang betul dan tepat seperti yang teracu dalam ajaran samawi. Teman Teras semestinya beriltizam untuk memastikan pembangunan negara tidak tergelincir dari landasan keimanan ,keinsanan , kebenaran dan keadilan dan akhlaq unggul sehingga peranan setiap warga untuk mencorakkan kemajuan dalam bentuknya yang murni akan diusahakan secara penuh iltizam dan istiqamah.

MENGUSAHAKAN PEMANTAPAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM SEMUA SEKTOR PEMBANGUNAN.

Bahasa bukan sahaja jiwa bangsa malah ia adalah penta’rif kepada erti dan makna diri. Bangsa yang gersang bahasa akan gersang jiwa dan menjadi bangsa meraba-raba. Bahasa membentuk makna budi dan menyampaikan maksud “li ta’arafu” yakni saling berkenalan dan hidup harmonis berkongsi dan saling menghormati. Bahasa Melayu sebagai bahasa bertamadun tinggi memenuhi ciri sebuah bahasa yang dapat menyampaikan makna diri dan makna bernegara. Lantaran itu Bahasa Melayu semestinyanya diperkasakan dalam semua sektor kehidupan formal mahupun tidak formal.Bahasa yang hidup ialah bahasa yang berinteraksi langsung dengan sumber ilmu yang murni sekaligus mengalir dalam kehidupan sehari-hari. Teman Teras memikul beban ini supaya semua lapisan masyarakat dididik dengan menghidupkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang menjadi arus utama disemua sektor tanpa kecuali. Kekuatan penggunaan Bahasa Melayu sudah pasti bermula dari penggunaannya disemua tingkat dan lapisan kepimpinan negara dengan bersungguh semada pemimpin politik , pemimpim birokrat, pemimpin teknokrat, pemimpin professional, pemimpin intelektual, pemimpin korporat mahupun pemimpin akar umbi.

Jatidiri rakyat hanya akan terpupuk dengan menempatkan kedudukan bahasa pada tempatnya yang tepat lagi benar. Martabat Bahasa Melayu akan mencerminkan jatidiri bangsa. Manakala martabatnya berada di maqam yang rendah maka jatidiri bangsa sekaligus akan mencermin kedudukan yang sama. Lantaran itu adalah menjadi tanggungjawab Teman Teras untuk menjadi penyangga kepada Bahasa Melayu. Tunjang jati diri bangsa adalah pada bahasa yang menggunakan nilai tamadun keinsanan yang tinggi yang berpunca sumber dari makna dan ta’rif keinsanan yang murni . Teman Teras menjadikan tugas ini sebagai madah kerjanya lantaran mengukuhkan jatidiri bangsa adalah awlawiyyat yang tidak boleh dikesampingkan.

MEMPERJUANGKAN PRINSIP KEBENARAN DAN KEADILAN .

Prinsip kebenaran dan keadilan adalah maudhu’ awla dan perkara dasar yang bersifat usul. Agenda Teman Teras adalah untuk menyerlahkan kedua-dua prinsip ini . Gerakerjanya adalah menjurus kepada pengungkapan prinsip al haq dan al adl. Lantaran kedua-dua prinsip inilah yang paling ternoda dan dirempuh oleh kebejatan dari unsur al batil dan al zulm , maka Teman Teras akan memberi perhatian khusus untuk mendaulatkan kebenaran dan keadilan. Ketika kezaliman berleluasa rakyatlah yang sering menjadi mangsa tatkala prinsip al haq dan al adl dilempar keluar oleh pemimpin-pemimpin serta penguasa bejat yang yang lupa diri. Teman Teras berada di medan rakyat dan tatkala rakyat diperbudakkan oleh golongan mustakbirin , merekalah yang segera bangkit menyuarakan hak rakyat.Teman Teras akan sangat teliti dan mengamati gelagat pemimpin dan para niagawan.Mesej kerakyatan menjadi tema jumhur para Teman Teras kerana sementara para budayawan berada dialam pemikiran penuh abstrak namun Teman Teras-lah yang paling dekat merasai nadi dan benak rakyat.

MENGGERAKKAN DAYA KETAHANAN BUDAYA UNTUK MEREALISASIKAN KEMERDEKAAN DALAM ERTIKATA SEBENAR PADA SETIAP KEHIDUPAN WARGA.

Erti merdeka tidak membawa makna sehingga kemerdekaan budaya tercapai.Sememangnya antara penjajahan militeri atau penjajahan politik dengan penjajahan budaya , penjajahan budayalah yang paling mendalam kesannya. Penjajahan budaya bermula dengan membunuh keyakinan terhadap budaya sendiri. Rasa kagum dan kaget dengan budaya penjajah bertolak dari penjajahan pemikiran lewat skima pendidikan yang dirangka dalam semangat kagum kepada apa yang ada budaya penjajah. Teman Teras mendidik dan mencetuskan rasa yakin dan bangga setiap warga dengan tradisi murni yang dicorak oleh jiwa yang merdeka. Gerakan kebangkitan budaya mencetuskan gerakan kemerdekaan jati diri. Teman Teras mempelopori gerakan kemerdekaan sejati.

MEMBINA ZURIYYAT PELANJUT - MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA PEMBINAAN GENERASI MUDA SEBAGAI PELANJUT PERJUANGAN NUSA DAN PEWARIS BUDAYA BANGSA.

Melaksanakan gerakerja menyelamat kaum hanya bermakna dengan wujudnya kesedaran membina generasi pelanjut. Gagal mendidik generasi pelanjut akan gagal-lah usaha membina tamadun bangsa. Generasi pewaris menentukan kesinambungan. Teman Teras memahami tugas dan tanggungjawabnya adalah untuk melahirkan zuriyyat yang mempunyai kesiapsiagaan. Teman Teras sering mengingatkan amaran agar jangan terjebak dengan kealpaan sehingga meninggalkan zuriyyatan dhi’afa. Lantaran itu tumpuan bersungguh akan diberikan untuk mendekati golongan pewaris bangsa. Gerakerja yang bernuansa kepemudaan sekaligus menanam benih idealisme dalam berfikir serta dinamika aktivisme dalam bertindak diharap akan menyiapkan generasi pelanjut yang bakal berada di saf depan memperjuangkan budaya nusa dan bangsa. Kebejatan budaya berpoya-poya dikalangan generasi muda akan dibendung melalui pendekatan mencegah , mendidik dan merawat . Budayawan akan sentiasa mengingatkan masyarakat dan golongan penguasa agar berwaspada dengan rempuhan budaya yang sedang merosakkan generasi pewaris.

KHATIMAH

Wahai kaumku , tiada imbuhan yang kami harapkan melainkan hanya imbuhan dari Allah Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya kami hanya menyeru kamu kepada satu kalimah sahaja iaitu sembahlah Allah dengan sembahan yang sempurna. Bahawa kami menjanjikan bahawa kaum bangsa Melayu ini akan menjadi kaum mulia hanya dengan Islam. Kami menyeru dengan tulus ikhlas bahawa tiada yang lebih baik dari mengembalikan bangsa ini kepada izzah Islam. Dan tiada yang lebih buruk dari mengheret kaum ini kepada selain Islam. Dengan hati penuh ikhlas kami menyeru semua pemimpin-pemimpin Melayu supaya beristiqamah dengan Islam dalam memperjuangkan nasib bangsa. Adalah besar kemurkaan disisi Allah S.W.T. manakala bangsa ini bersifat angkah terhadap kalimah kebenaran yang dijamin Allah untuk mendapat kejayaan dan kemenangan.

Wahai kaumku , bersegeralah bertindak menghapuskan semua kemungkaran yang menghijab bantuan Allah dari bangsa Melayu. Bangkitlah untuk memastikan seluruh fasad dan mungkar tidak lagi menjadi sinonim dengan bangsa kita. Kenalilah betapa generasi masa depan akan tidak punya kekuatan untuk menghadapi cabaran mendatang jika kita tidak segera memerangi keruntuhan akhlaq yang berleluasa dikalangan anak muda bangsa ini.

Kepada Allah kami pasrah dan kepadaNya sahaja kami menundukkan seluruh kehendak kami.

Alallahu Akbar , Allahu Akbar , Allahu Akbar Walillahil Hamd.



HIJRAH menurut pandangan ulama UMNO...

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


18 dis

Terus terang setiap kali membaca hujah ulama UMNO, rasa marah bercampur kesian. Marah sebab ianya bukan realiti dan hanya mainan dibibir sahaja. Kesian kerana mereka ini adalah dari golongan yang tahu agama dan sanggup menjadi balaci pemimpin Melayu yang hipokrit.

Saya tampilkan di sini agar para relawan dapat memerhatikan akan kebejatan fahaman yang sedang melanda umat ini. Umat yang sedang sakarat semakin terpuruk akibat dari bentuk dan acuan fahaman sesat dari para ulama yang menjadikan agenda nasionalis melebihi dari segalanya. Jadi berhujah dengan mereka adalah sebagai tanda tidak setuju dengan pendirian mereka terutama terhadap masa depan umat.
Para relawan harus mengambil pendekatan begaimana jika fahaman bentuk ini bermunculan di tengah umat. Kita harus meluruskannya semula dan memberi kembali pencerahan tentang konsep hijrah yang sebenar. Hijrah hanya semata-mata ke hadrat Allah dan rasulNya. Inilah hakikat hijarah bukan sebaliknya.

Sewaktu balik dari KL ke Alor Setar sempat memberi komentar di FB Ust KJ..Mari kita ikuti fahaman dan hujah dari ulama UMNO..Sila berikan komen anda..!! Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuknya!! Amin
Khairi Jalalluddin

Khairi Jalalluddin tidak ada hijrah (fizikal) lagi setelah pembukaan kota Mekah. Justeru, ana menyeru kepada diri ana dan rakan-rakan facebook yang budiman, marilah kita berhijrah ke arah Satu Malaysia, mengeratkan perpaduan sesama kita, kita kuat kerana bersatu, kita lemah kerana berpecah, bersatu teguh becerai kahwin lagi.

11 hours ago · ·
زين الدين الحاج
زين الدين الحاج
tidak ada hijrah (fizikal) lagi setelah pembukaan kota Mekah. Justeru, kami menyeru kepada diri kami dan rakan-rakan facebook yang budiman, marilah kita berhijrah ke arah Satu Aqidah (addeen), mengeratkan ukhuwah sesama kita, kita kuat kerana bersatu, kita lemah kerana berpecah, bersatu teguh becerai jng diminta.
10 hours ago
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin
Aqidah dah satu :) tak ada dua..
10 hours ago
زين الدين الحاج
10 hours ago
Ariff Hakimi Zulkifli
Ariff Hakimi Zulkifli
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku, untuk Allah swt! InsyaAllah!
10 hours ago
Sufian Al-Siddeq
Sufian Al-Siddeq
Hijrah Itu Pengorbanan. Hijrah Itu Perjuangan. Hijrah Itu Persaudaraan. Hijrah Membentuk Perpaduan.
10 hours ago
Junaidi Omarali
Junaidi Omarali
seruan diterima ....... Allah hu akbar ... jauhi perceraian ... kerana perkara yang harus tetapi dibenci allah
9 hours ago
Tuan Nazirah Tuan Cherit
Tuan Nazirah Tuan Cherit
Elok cakap hal hijrah ni pd pemimpin2,kita yang di bawah ni dah lama sedar....
9 hours ago
Hisham Abdullah
Hisham Abdullah
Betul ke ustaz tak der hijrah fizikal? Cuba terangkan sikit. Ramai yang nak tahu tu!
7 hours ago
Junaidi Omarali
Junaidi Omarali
Kita ingat hijarah fizikal tu berpindah dari mekah ke madinah ... kot ... namun hijarah kita harai ini luas maksud dan tafsiranya
7 hours ago
Rich Fozi
Rich Fozi
Harap2 Ustaz berhijrah dari menjadi batu api. Sebaliknya menjadi pengalak perpaduan untuk kejayaan, kesejahteraan dan keamanan
6 hours ago
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin
bila kritik Pembangkang dicap batu api.. biasalah tu Rich ...
6 hours ago
Rich Fozi
Rich Fozi
Kita tak payahlah kritik pembangkang ataupun kerajaan. Kita tak payahlah menaikan perasaan negetif. Kan baik kalau kita perkatakan yang positif ataupun bagi dorongan untuk orang lain berjaya di jalan yang betul
6 hours ago
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin
Khalifah di zaman Islam pun dikritik, PM kita pun dikritik, ... PAS tak boleh dikritik? , pelik..
5 hours ago
San Hass
San Hass
apa saja mereka nih, PASti tak bolih dikritik, mereka saja yng betul, pelik sungguh,
4 hours ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
tak perlu gimik lah..sejak dulu Malaysia ni satu kan..jadi apa yang nak dihebuhkan sangat ni,,!! Benda dah satu nak buat dua pula? idea katun..sorry tak masuk akal..

HUJAH KEDUA>>>


Khairi Jalalluddin

Khairi Jalalluddin Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.. membangunkan Madinah sehingga digelarkan Kota/Bandar Bercahaya ( Madinah al-Munawwarah), banyak pembangunan yang nabi bawa ke Madinah, Nabi membina Masjid tanpa dipersoalkan oleh orang kafir, Nabi membina Ekonomi (Pasar) sehinggakan umat Islam menguasainya dan Nabi membina persauda...raan sesama insan, bukan mendoakan laknat sesama mereka. Renung2kan.

See More6 hours ago · ·
Mohd Fahmi
Mohd Fahmi
Nabi membina madinah dengan menegakkan tauhid first.. Nabi menyatukan kaum dengan Islam.. Bukan dengan madinah..
5 hours ago
Herman Samsudeen
Herman Samsudeen
Islam Hadhari @ Islam satu Malaysia...Ust Mahzab mana satu
5 hours ago
اخي زم
اخي زم
khairi.. btol ke xleh doakan laknat sesama mereka walaupun dizalimi? mcm mana mantan mufti ni boleh tunjukkan hadis yg menunjukkan wujud doa laknat sesama mereka?: http://drmaza.com/home/?p=868
5 hours ago
Mohd Fahmi
Mohd Fahmi
bukan menyatukan kaum dengan 'satu madinah'..
5 hours ago
Herman Samsudeen
Herman Samsudeen
Dr. Maza mana ada tauliah kata Ust Khairi
5 hours ago
Muhd Amirul
Muhd Amirul
lain kali pikir bnyk kali dulu kalau nk post pon...malu la blaja bdg agama kt jordan...tp aku x nk pggl ko ustaz la...
5 hours ago
Muhd Amirul
Muhd Amirul
1 Malaysia plak mcm mane fahmi...??
5 hours ago
Syed Roslan Jaafar
Syed Roslan Jaafar
Banyak perkara yang disebut sebagai ijmak ulama itu padahal hanya pendapat beberapa orang ulama atau ulama mazhab tertentu, atau negara tertentu, atau aliran tertentu, atau majlis fatwa tertentu bukan ijmak sebenar yang wajib kita mematuhinya.
5 hours ago
Bard Bhm
Bard Bhm
salam ma'al hijrah :)
5 hours ago
Khairi Jalalluddin
4 hours ago
Syed Roslan Jaafar
Syed Roslan Jaafar
keberkahan dan keahlian itu muncul dari amalan. Kalau hanya bil lisan, penjual ubat malah lebih pintar berceramah. Banyak orang retorikanya bagus tapi tidak ada berkahnya,
4 hours ago
Hatta Hassan
Hatta Hassan
sunnah Rasul yg 1 ni jer PAS x ikut...Pembangunan
4 hours ago
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin
Hatta mereka mampu membangunkan sepanduk sahaja, itupun dah o.k.. dari tak ada apa2.
4 hours ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
betul hijrah nabi dan shbt shga dpt daulah...kemudian yg mnghncurkan daulah ini siapa? buknkah mustafa kmal.attk? siapa dia ni/..nasionalis mcm mhathir dn najib kan?
4 hours ago · Delete
Din Burasa Albugisi
Din Burasa Albugisi
Pembangunan umat D Madinah dilandasi oleh ajaran islam yang sebenar sehingga manusia yang hidup di bumi Madinah merasa aman dan tenteram. mengapa kita tak nak mencuba prinsip perundangan Madinah di malaysia
3 hours ago
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin
sebab mereka yang berjuang atas nama Islam hanya mementingkan undi dari orang bukan Islam.
3 hours ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
bukn islam mhukan keadiln,..umno mahukn kezaliman..jd nak jd apa? madinah atau punah?
3 hours ago · Delete
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin
kezaliman? :) macam pelik bunyinya.. rasanya rakyat kat Malaysia aman dan damai tak ada pembunuhan macam kat Iraq, Israel. anta mungkin terpedaya kot Mustapa.
3 hours ago
Din Burasa Albugisi
Din Burasa Albugisi
Malaysia memang aman dan damai di mata kasar. tetapi bom jangka boleh meletup bila2 masa. Bom jangka inilah yang kita perlu hapuskan dengan segera. satu prinsip dalam piagam Madinah semua umat sepakat mempertahankan negara ketika dalam perang. apakah kita melihat semua bangsa di Malaysia sanggup mempertahankan maruah Malaysia selepas menjadi warganegara Malaysia. Adakah jaminan nie ustaz, kalau ada syukur
3 hours ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
oh ya ust..ana merujjuk kita b yg la lain tadi..ok skrg ana rujuk kitab umno ye..ktab yg nabi tglkan nak letak di mna ust?
3 hours ago · Delete
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
ana nampak ust yg terpedaya dgn dunia...?? apa kaitanya iraq d israel dlm hal zalim..? permqainkan islam tu zalimlah..bom org, tangkap org dll tu tak zalim ke?
3 hours ago · Delete