foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, May 13, 2008

BELAJARLAH DARI YANG LEBIH TAHU!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

13 DAN 14 May,

Maaf kerana 2 hari tak sempat update. Kami dikunjungi tamu Reformis dari Indonesia. Alhamdulillah kami dapat banyak ilmu dari beberapa siri pertemuan dengan Pak Tubagus. Saran dan nasihat beliau akan memicu kami untuk terus maju ke depan terutama dalam biro Perniagaan dan Keusahawanan. Azlan, Zairi dan Saleh mewakili biro Perniagaan berpeluang mengikuti training keusahawanan selama 2 jam pada malam Isnin 13 May di Kuchai Lama. Mereka mengakui bahawa walaupun simple, tapi trainingnya amat berkesan. Rasanya IKRAR patut juga mengadakan sesi short training untuk semua ahlinya bagi memantapkan komitmen dan disiplin ahli. Tanpa training maka sebuah pergerakan dan perjuangan tidak akan memberi kesan positif jangka panjang bahkan banyak yang hanya bertahan beberapa bulan sahaja akhirnya hancur. Terima kasih kepada pak Tubagus dan kami berharap setiap bulan akan ada pertemuan lagi sehingga kami memahami bagaimana bisa sukses sebagai pengusaha dan pejuang kebajikan rakyat.

Hidir, Abg Radhi, Abg Bakar dan sdr kita dari Baling sempat bertemu dan berbincang dengan Pak Tubagus. Ada alat yang boleh mengembangkan apa yang patut berkembang dan semalam Abg Bakar terkejut kerana dalam masa 8 minit ibu jarinya besar sebelah setelah dipakaikan pada ibu jarinya. Sambil melawak, Pak Tubagus berkata..."itu jari ada tulang...gimana jika tidak ada tulang?.." Inilah salah satu contoh produk yang hebat yang boleh memberi kesan dalam tempuh beberapa minit sahaja tanpa kesan sampingan.

Selepas rombongan utara balik, Saleh dan Zairi sekali lagi mendapat penjelasan dari Pak Tubagus dan Pak Susanto tentang bagaimana beliau boleh mendapat pendapatan yang amat tinggi setiap bulan tanpa bekerja sepenuh masa. Pak Tubagus pendapatannya sekitar RM 70,000 - 80,000 sebulan dan naik terus hampir 10,000 sebulan. Pak SUsanto pendapatannya sekitar RM 450,000 ke 500,000 sebulan. Nasihat mereka simple, buatlah bersungguh-sungguh apa yang anda yakini yang boleh menaikkan diri anda ke puncak kejajayaan. Jangan toleh kiri kanan tapi terus lakukan dengan sungguh-sungguh. Pasti anda akan sukses.

Selepas maghrib kami berangkat ke majlis kesyukuran Pak Amjal dengan YB PR, YB Nurul Izzah dan YB Tian Chua. Ramai juga yang hadir dan kami selepas itu terpaksa balik lebih awal kerana ada mesyuarat penting. Alhamdulillah ramai juga teman reformis yang lama datang dan bertemu sambil makan juadah yang ada.

14 May
Pak Tubagus pulang ke Jakarta hari ini dan kami doakan agar beliau terus bersemangat untuk membantu Biro Perniagaan dan keusahawanan IKRAR sehingga berjaya. Kunjungan balas akan diatur untuk semua ahli IKRAR dalam sedikit masa lagi.
Kepada sdr/sdri yang berminat untuk menambah pendapatan dan membantu IKRAR dari segi bisnes sila hubungi Sdr Zairi 019-3066016.

Sempat berbincang sebentar dengan Saleh di restoran Ali Kg. Baru sebelum beli vcd dialog hr9808 dengan YB PR. Sesiapa yang berminat untuk membeli dan membantu IKRAR sila hubungi Zairi (Bendahari merangkap AJK Biro Perniagaan dan keusahawanan) No. 59 Bazar DBKL Masjid India. 2 CD hanya RM 10. Ucapan YB. Saari Sungib, YB Tian Chua dan Sdr Mustapa Mansor (Pengerusi IKRAR). Berkisar kepada konsep Reformasi, hala tuju dan cabarannya selepas pasca PRU-12. Sesuai untuk reformis menilai dan meninjau semula persepsi dan strategi ke depan.

Selepas zohor,kami sempat bertemu membincangkan beberapa program yang asas spt pelancaran IKRAR, struktur dan jalur tugas AJK IKRAR. Minggu depan seluruh struktur dan buku panduan IKRAR akan disiapkan oleh Abg Nurdin selaku penolong S/U IKRAR.

Selepas Isya bersurai...(ada beberapa hal yang menarik utk kita renungkan bersama dari segi pendekatan yang lebih profesional dalam IKRAR...akan menyusul.)