foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, July 8, 2008

SAPP JADI REBUTAN..BN TERTEKAN dan NAJIB, Musa Hasan dan Ghani Patail..(3, 2, jus) mesti digantung jawatan..!! ... .


HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)


8 jUN



Sapp sec-gen: We stand firm
Jul 8, 08 5:54pm
Sabah Progressive Party (Sapp) has made it clear that it has not dropped its plan to move a no-confidence motion against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

jELAS KENYATAAN TERBARU DARI SAPP terhadap BN tapi di media BN berbeza sekali...? Inilah politik desperado....

iNI KENYATAAN DARI MEDIA BN......

SAPP yang mempunyai dua anggota di Dewan Rakyat sebelum ini diuar-uarkan mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Selain Soon Bui, seorang lagi Ahli Parlimen SAPP ialah Datuk Eric Enchin Majimbun (BN-Sepanggar).
Sementara itu, Nazri berkata, Soon Bui ingin tahu sama ada ketidakhadirannya di Dewan Rakyat sepanjang dua minggu lalu boleh dikenakan tindakan tata tertib.
Saya jawab tiada tindakan. Ada sembilan lagi wakil rakyat BN tidak hadir sewaktu pengundian semasa perbahasan usul kenaikan harga barang baru-baru ini. Tidak hadir itu (perkara) biasa.
“Beliau masih anggota BN, tidak ada perubahan apa-apa,
” jelasnya.

KENYATAAN YANG TERKINI IALAH DARI Setiausaha SAPP di atas...

Richard berkata, laporan akhbar bahawa Soon Bui mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan menarik balik keputusan tersebut adalah tidak benar.
"Kenyataan beliau disalah tafsir oleh media. Soon Bui tidak pernah menyatakan yang SAPP akan menarik balik keputusan untuk mengemuka usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri," katanya.

Pak Lah perlu gantung Najib

Selasa, 8 Julai 2008 • Kategori: Parlimen
Parlimen, 7 Julai (SK) –

Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantung timbalannya, Najib Tun Razak bagi tujuan memberi laluan penyiasatan terhadap tuduhan dan akuan bersumpah ke atas beliau dalam isu berkaitan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Perkara itu ditegaskan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang merujuk kepada tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang bertindak tegas menggantung Pegawai Tugas-tugas Khas beliau berikutan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam menyerahkan kontrak pungutan sampah bagi memudahkan siasatan dilakukan.
Selain itu, Khalid juga mengambil contoh tindakan yang ‘terpaksa’ diterima Anwar Ibrahim ketika memegang jawatan yang sama telah dipecat Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun lalu berikutan terdapat tuduhan melakukan kesalahan liwat dan salahguna kuasa.
Mengapa ketika itu Anwar terpaksa dipecat tetapi Najib tidak dilakukan dengan tindakan yang sama. Setidak-tidaknya beliau perlu digantung bagi memudahkan proses siasatan dilakukan” tegas Khalid sewaktu memulakan ucapan perbahasan beliau dalam sesi perbahasan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9).
Gesaan beliau itu mendapat bantahan hebat ahli-ahli parlimen BN termasuklah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang juga menantu kepada Perdana Menteri.

IKRAR dan beberapa NGO lain patut mengadakan desakan dan bantahan aman di depan Istana YDP Agung supaya kes ini diberi perhatian dan dinasihatkan oleh YDP Agung. Pak Lah nampaknya tidak peduli dan tiada apa-apa respons maka wajarlah bantahan dan desakan dilakukan oleh rakyat.. Wakil BN seperti KJ di Parlimen buat semak aje dan lebih poyo untuk calon ketua pemuda. Tin kosong berbunyi kuat tapi jika disepak terpelanting jauh........Kami menyokong kenyataan Ramlan Roes...


Adakah Khairy sanggup bersumpah terhadap dakwaan skandalnya?

Wan Nordin Wan Yaacob Tue Jul 08, 08 5:39:56 pm MYT
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilihat cuba mencari publisiti dengan menunjukkan belang menjelang Perhimpunan Agung Umno Disember ini. -->
Exco Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ramlan Roes dalam satu kenyataannya hari ini menegaskan kegalakan ini termasuk usaha menantu Perdana Menteri itu untuk berterusan mencabar Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dengan menjunjung al-Quran untuk menafikan dakwaan liwat.
Ramlan melihat, hal ini sebagai usaha terdesak Khairy untuk menonjolkan diri sebagai calon Ketua Pemuda Umno yang berwibawa dan radikal.
Sedangkan Khairy sendiri menerima undi tidak percaya di kalangan akar umbi Pemuda Umno di bahagian Rembau.
"Cabaran Khairy itu hanya memalitkan imej beliau di saat Anwar sendiri telah menyatakan komitmen untuk melawan kes ciptaan Umno ini habis-habisan dan bersedia mengemukakan pembuktian dan alibi yang kukuh dan sahih," ujar bekas Ketua AMK Negeri Sembilan itu.
"Apakah beliau (Khairy juga) sanggup sama bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam pelbagai dakwaan skandal penyelewengan ekonomi dan politik yang melibatkan 'tingkat 4' pejabat PM?
"Apakah Khairy berani bersumpah bahawa beliau tidak menerima sebarang laporan perisikan tentera berkenaan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibuu?" ujar Ramlan.
Sehubungan itu, AMK mengingatkan Khairy supaya terlebih dahulu menyahut seruan AMK sebelum ini yang menggesa Najib Tun Razak, Tan Sri Musa Hassan dan Abdul Gani Patail untuk turut sama bersumpah mengikut syarat yang digariskan mengikut hukum syarak dan bukannya mencemuh dan mencela orang lain. - mks. _

Siasatan BPR terhadap Ketua Polis, Peguam Negara diragui

Selasa, 8 Julai 2008
Parlimen, 7 Julai (SK) – Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang bakal dilakukan terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hasan dan Peguam Negara, Ghani Patail sebagaimana yang diputuskan kerajaan diragui Pakatan Rakyat dan rakyat di negara ini.
Perkara ini timbul berikutan wujudnya ‘konflik kepentingan’ antara badan itu dengan individu terlibat yang dilihat dengan siasatan itu. Isu ini dibangkitkan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (KeADILan-Balik Pulau) dalam sesi soal jawab lisan.
Menurutnya, seperkara yang mungkin mempengaruhi hasil siasatan itu adalah tiadanya kuasa pendakwaan bagi BPR sedangkan individu yang hendak disiasat badan itu terlibat dengan institusi yang mempunyai kuasa melakukan pendakwaan. Oleh itu ada kemungkinan berlaku ‘konflik kepentingan’ di sini.
Berikutan itu, Pakatan Rakyat mendesak agar diwujudkan satu suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat kedua individu tersebut bagi mengelakkan berlakunya konflik kepentingan itu.
Dalam jawapan kepada soalan berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz cuba menafikan kewujudan konflik kepentingan itu memandangkan pihak yang mempunyai kuasa pendakwaan itu bukanlah dilihat dari segi individu tetapi dari segi institusi.
Namun begitu, dalam nada yang separuh yakin, beliau mengakui bahawa mungkin akan berlaku konflik kepentingan itu dan percaya tindakan menubuhkan suruhanjaya itu akan dilakukan jika ia diperlukan kelak.