foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, November 30, 2008

KONGRES KE LIMA PKR....BERWARNA WARNI...TAHNIAH!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28,29,30 NOV

Pada hari Sabtu 29 Nov saya sempatkan juga untuk hadir ke Stadium Melawati Shah Alam bersama dengan Bro Zun Arif teman yang pernah aktif dalam PKN (masa itu). Dari jauh terlihat gedung stadium yang megah dan sepanjang jalan bendera PKR berkibar gagah sebagai isyarat untuk memudahkan para tetamu dari luar untuk hadir ke Kongres. Tidak ada ucapan yang dapat saya lafazkan melainkan dengan rasa syukur kehadrat Allah PKR akhirnya berjaya menawan sebuah lagi stadium rakyat yang sebelum ini hanya dinikmati oleh para atlit dan acara sukan negeri Selangor.

Jauh di hati saya ialah perasaan gembira melihat siri kejayaan ini dapat disaksikan ribuan para aktivis parti dan bukan parti dari seluruh Malaysia dengan berbagai kaum turut hadir bersama. Di luar saya sempat bertemu dengan teman-teman lama dan baru yang bergaya, bersemangat serta akrab. Bersalaman sambil bertanya khabar membuat nostalgia bau amis gas dari jalan batu sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman menyengat ke ingatan. Terasa letih tapi nikmat kerana usaha sepanjang 10 tahun sudah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Tahniah sekali lagi para pemimpin PKR yang masih konsistan sampai ke saat ini.

Semoga semangat ini terus diwariskan kepada para pelapis sehingga ke akhir zaman.
Saya yakin para pelapis akan datang silih berganti dan perjuangan menegakkan keadilan akan terus disambut oleh rakyat yang cintakan keadilan dan membenci kezaliman. Saya lebih yakin bila melihat dan mendengar sesi penggulungan sepanjang 2 jam petang tadi. Tanda-tanda positif makin jelas kelihatan dari semua peringkat. Inilah makna sebuah perjuangan dan makna sebuah komitmen. Sekali lagi syabas dan tahniah.!!

Soal perbezaan pandangan dll sebenarnya adalah sebuah proses kekentalan fahaman tentang makna sebuah perjuangan. Proses ini harus diacu dengan sukatan yang tepat mengikut kemampuan dan sarana yang ada dalam struktur sebuah parti. Berlebihan atau berkurangan dari fomular mesyuarah akan menjahanamkan masa depan perjuangan itu sendiri. Maka hanya dengan pemahaman dan komitmen sebuah perjuangan sahaja yang dapat membuahkan hasil cemerlang buat generasi akan datang. Mesej ini telah dibahaskan dengan panjang lebar oleh semua pimpinan. Maka ayuh..para pejuang jangan tunggu atau hanya lihat sahaja teman-teman kita berjuang dan kita berpeluk tubuh menunggu siapa yang gugur di medan perjuangan. Jadikanlah kita calon pertama yang siap sedia untuk gugur di mana sahaja dalam medan perjuangan ini demi mempertahankan kedaulatan dan makna sebuah keadilan.!!

Soal pejuang nak berebut harta rampasan setelah berjaya sebenarnya biasa kerana pernah berlaku para pejuang di Uhud seperti itu tapi akibatnya..mereka kecundang. sama jugalah dengan kita..Jika itu sahaja yang kita harapkan maka tunggulah masa dan saatnya kita juga akan tumbang. Ada juga yang bertanya soal cara berjuang sehingga sanggup berbogel..ya saya katakan ..jika niat kita berjuang untuk berbogel maka bogellah yang keluar dari idea perjuangan kita. Sebenarnya malas nak jawab..tapi bila ditanya saya jawablah."Sdr kenalkah siapa yang memberi kenyataan tersebut?" Saya jawab serius.." Sorry bro..saya tak kenal.." .."Mungkin fizikalnya saya kenal tapi hati dan idea perjuangannya saya tidak kenal..".Lalu yang bertanya terdiam dan saya pun minta izin bicara hal lain yang lebih penting..

Beberapa foto yang dapat diabadikan dari harakah...

Zaid dan Yong hadiri kongres, nafi sertai KeADILan
Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Nov 30, 08 | 9:18:55 am MYT

SHAH ALAM, 30 Nov (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee terus mencetuskan persoalan mengenai fahaman politik mereka apabila muncul membuat kejutan di majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di sini semalam.

Bagaimanapun Zaid yang ditemui selepas itu tetap menafikan penyertaannya sebagai ahli parti berkenaan.

"Ya, saya masih ahli Umno, saya masih belum dipecat," katanya ringkas.

Jelas beliau kehadirannya ke kongres berkenaan kerana menerima jemputan dan atas dasar minat yang mendalam tehadap politik.

Ditanya sama ada kekerapannya yang dilihat sering menghadiri majlis-majlis anjuran parti pembangkang sejak akhir-akhir ini adalah kerana bagi menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, beliau tetap menidakkannya.

"Saya sekadar tunjukkan minat dalam politik...itu saja," katanya.

Menurut beliau, pakatan pembangkang bukanlah musuh namun sekadar kelompok masyarakat yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.

Diminta mengulas sama ada beliau sedar bahawa dengan kehadirannya hari ini akan menyebabkan Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau berkata tidak takut mengenai perkara itu.

Image"Saya rasa saya tak takut mengenainya (tindakan), saya lebih takut akan kesihatan saya sekarang ini...saya tak berapa sihat," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Sallehuddin Hashim turut mengesahkan bahawa hingga kini PKR masih belum menerima sebarang permohonan kemasukan Zaid mahupun Yong.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin./wann_



Dengan harapan rakyat, kerajaan baru Pakatan Rakyat akan direalisasikan - Wan Azizah
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Nov 29, 08 | 11:42:20 am MYT

SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan dengan harapan rakyat dan kerjasama yang tinggi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, usaha untuk membentuk kerajaan baru di peringkat pusat akan direalisasikan juga akhirnya.

Semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam ketika ini, Dr Wan Azizah menyatakan, rakyat terus berharap agar terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang diusahakan.

ImageUjarnya, kerajaan Pakatan Rakyat akan terbentuk dengan 'izin Allah' dan kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang prihatin, selamat dan bebas dari belenggu rasuah, campur tangan kehakiman dan dikenali wibawanya di seluruh dunia.

Presiden KeADILan itu juga berjanji jika terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat ini, semua manifesto yang diucapankan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 lalu akan dilaksanakan.

Beliau menyebut, pengguna dan rakyat akan mendapat nikmat barangan pada harga yang rendah dan bersesuaian, harga perkhidmatan pada harga yang rendah dan pelbagai kebajikan lain yang kini dinafikan oleh kerajaan Umno/BN.

Beliau menyelar tindakan kerajaan BN yang tidak mahu mengubah dan membentangkan semula Belanjawan 2009 di Parlimen walaupun berlakunya kemelut ekonomi dan penurunan harga minyak.

Beliau menyebut antara kelemahan kerajaan BN hari ini ialah terjadinya aliran keluar FDI (pelaburan dari luar) yang semakin tinggi.

Selain itu Wan Azizah juga menyebut permasalah yang membelenggu dasar-dasar kerajaan yang ada hari ini antaranya, pengganguran, kelemut akhlak remaja, kemiskinan, kemelut ekonomi yang melampau dan permasalahan rakyat yang tidak pernah terlerai.

Beliau juga mengkritik sistem pendidikan hari ini yang sebenarnya perlu dikaji semula bagi meningkatkan taraf rakyat.

Dengan kemelut tersebut, selain kepinggiran warga luar bandar oleh kerajaan Umno/BN, beliau melihat bahawa rakyat kini mula mendampingi KeADILan terutamanya di Sarawak.

"Saya yakin dengan penambahan ahli KeADILan di Sarawak, pilihan raya negeri di peringkat Sarawak tidak lama lagi akan menjadi medan kepada KeADILan untuk membentuk kerajaan baru," katanya.

Justeru beliau mengharapkan usaha yang sedang dijalankan oleh Pakatan Rakyat hari ini akan membentuk satu kerajaan baru berdasarkan kepada 'Harapan Rakyat'.

ImageBeliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat dalam membina gagasan pakatan ini sebelum dan selepas pilihan raya hingga kini ia mantap.

"Terima kasih kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS," katanya.

"Terma kasih juga kepada Lim Kit Siang, Karpal Sing dah rakan-rakan dalam DAP kerana kerjasama selama ini hingga Pakatan mantap," katanya.

Kejayaan pada pilihan raya umum ke-12 telah menyebabkan kerjasama dalam Pakatn Rakyat semakin tinggi, an kepercayaan antara pemimpin telah menyebabkan penubuhan sekratariat kepimpinan pakatan.

"Kita telahpun berjaya merentasi idealogi parti antara kita yang sebelum ini amat berbeza semata-mata kerana rakyat, dan kerana rakyatlah kita membentuk pakatan ini," katanya.

Justeru beliau mengharapkan dengan kerjasama ini, impian membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di peringkat pusat akan direalisasikan akhirnya.

Ucapan Wan Azizah bagaimanapun tidak menyentuh isu kegagalan Anwar untuk menukar kerajaan persekutuan pada 16 September lepas.

Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengkritik pelan penggantian kuasa perdana menteri kepada timbalannya yang dianggap "sebuah pentadbiran yang mirip kepada regim lama" yang menyebabkan "kemusnahan dahsyat" kebanyakan insitusi pentadbiran dalam negara.

Semalam, sewaktu merasmikan kongres Wanita dan Angkatan Muda parti itu, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali menjangkakan isu pertukaran kerajaan yang sedang diusahakan oleh Anwar akan disentuh oleh Dr Wan Azizah dan Anwar.

ImageAnwar akan menyampaikan ucapannya, yang dijangka menyentuh beberapa isu penting PKR dan nasional, tidak lama selepas ucapan presiden.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok. _


Anwar beri amaran akan 'gempur' Sarawak dalam lebarkan pengaruh
Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Nov 30, 08 | 9:28:54 am MYT

SHAH ALAM, 30 Nov (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan memulakan langkah drastik 'menggempur' Sarawak bagi memastikan pengaruhnya dapat menembusi negeri berkenaan bemula bulan hadapan.

Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan sentiasa didengari dan akan diberi perhatian yang serius.

"Mudah-mudahan kita dapat menjana kekuatan yang lebih dan seruan rakan di Sarawak juga kita dengar dan kita sudah putuskan mulai bulan hadapan ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PKR untuk 'bertempur' di Sarawak," katanya semasa menyampaikan Ucapan Khas Ketua Umum KeADIlan di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini semalam.

ImageAnwar juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang dianggotai KeADILan, PAS dan DAP akan terus bekerjasama bagi memastikan perubahan besar akan berlaku di Sarawak malah terus memberi harapan untuk membentuk kerajaan.

"Kita percaya pimpinan PAS dan DAP akan sama-sama membantu kita supaya kita saksikan perubahan besar di Sarawak dan mudah-mudahan ada juga perubahan besar lainnya yang akan berlaku di negara kita," katanya sambil disambut tepukan gemuruh penyokongnya.

Kongres berkenaan dihadiri kira-kira 10,000 penyokong parti itu yang terdiri datipada 1927 perwakilan, 1200 pemerhati dan hampir empat ribu pemerhati terbuka yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata harapan seluruh rakyat masih tinggi untuk melihat perubahan dalam kepimpinan politik negara.

"Saya percaya harapan kita masih tinggi kerani kita janjikan perubahan walaupun perubahan ini masih belum capai sepenuhnya.

"Harus ingat, perubahan ini bukan untuk politik peribadi tetapi untuk tegakkan satu sistem yang bebas," katanya.

Tegas beliau walaupun perubahan kuasa masih belum berlaku pada 16 September namun semangat perjuangan yang diperjuangkan rakyat tidak akan tergugat walaupun menghadapi cabaran dari pelbagai pihak.

"Saya percaya walaupun dengan sepak terajang mereka tak mungkin akan gugat semangat kejituan dan kepahlawanan rakyat jelata," katanya.

Tambah beliau lagi, sentimen perkauman yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN) seolah-olah 'jaguh Melayu tulen' yang mempertahankan hak kaum Melayu. Image

"Padahal mereka sendiri yang melakukan pembohongan...merekalah pemimpin Melayu yang pecah amanah," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata pakatan itu tidak akan sekali-kali mempertikaikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita janjikan suara rakyat...suara keramat. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai soal kedudukan bahasa Melayu, agama Islam, kuasa Raja-raja serta hak keistimewaan orang Melayu tidak akan kita pertikaikan," katanya./wann_


Kuasa Raja perlu diluaskan
Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Nov 30, 08 | 9:04:15 am MYT

SHAH ALAM, 30 Nov (Hrkh) - Anggota Parlimen Pakatan Rakyat harus mengusulkan supaya Raja-raja Melayu diberi peranan lebih besar dalam penggubalan dasar negara.

Demikian kata Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin yang mengulas sokongan kepada cadangan presiden parti itu Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam kongres nasional kelima KeADILan di Stadium Malawati dekat sini.

ImageWan Azizah dalam ucapan dasarnya berkata, beliau ingin mengembalikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang atau pindaan akta seperti sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1983.

Pindaan itu, seperti diamalkan sekarang, memberikan tempoh selama 30 hari kepada Agong untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang atau, jika baginda tidak memperkenan, secara automatik rang tersebut diluluskan.

Zuraida berkata rakyat ingin Raja-raja dilihat sebagai ketua kepada semua kaum, bukan semata-mata ketua orang Melayu.

Mengulas bidang penglibatan istana yang patut diperkukuhkah, Zuraida berkata penguasa tertinggi dalam negara itu patut campur tangan memutuskan dalam isu kelemahan kaum seperti tuntutan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Naib Presiden KeADILan Dr Lee Boon Chye pula berkata Raja-raja perlu diberi peluang memainkan peranan lebih besar sebagai agen semak dan imbang terhadap keputusan yang dibuat pihak eksekutif.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas cadangan Dr Wan Azizah secara terperinci sama ada bermaksud kekebalan daripada aspek undang-undang atau proses meluluskan undang-undang.

Dr Lee berkata, isu sebenar ini perlu dibincangkan lebih lanjut.

Sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden, seorang perwakilan meminta status Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang dikekal dan tidak dipinda.

Image"Mengenai Raja-raja, kita minta apa yang disebut dalam perlembagaan dikekalkan. Saya juga meminta kebijaksanaan pemimpin-pemimpin dalam hal berkaitan institusi raja-raja.

"Status quo seperti yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang termaktub pada hari ini (perlu) dikekalkan. Ini penting.

"Kita minta dipertahankan, bukan dipinda," kata perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid.

Ditemui media selepas ucapannya itu, Ahmad Nizam yang juga peguam kepada imam Ramlang Porigi yang menjadi saksi sumpah laknat isu liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata:

"Perlembagaan sedia ada sudah cukup untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah Raja-raja Melayu."/wann _