HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
21 FEBR
Amat memalukan sebagai warga asal Perak terpaksa melihat dan mendengar kisahnya digaungkan seantero negara melalui media BN. Hari kedua saya berada di Perak masih belum reda isu speaker dan istana, isu MB dan cerita-cerita berat sebelah dari media BN. Saya tidak peduli sangat soal media BN kerana rakyat majoriti telah faham bahawa berita mereka adalah berita sampah yang hanyir. Tidak ada kualiti langsung dan amat memuakkan. Lalu saya cuba bertemu dengan rakyat biasa di beberapa tempat di kampung dan bandar Ipoh.Antara komentar mereka:
1. Salah seorang Imam di Kg. Ulu Chepor terus bertemu saya selepas solat Jumaat dan menyatakan kekesalan beliau terhadap politik di Perak. Salah satu yang beliau infokan ialah tentang adanya teks Khutbah Jumaat sempena menyambut jubli perak pemerintahan Sultan Azlan yang ditulis oleh Jabatan Agama Islam Perak yang menyimpang jauh dari aqidah Islam. Saya akan dapatkan teks tersebut yang menyebutkan bahawa "Sultan adalah tuhan di langit dan tuhan di bumi" yang secara kasar maknanya amat salah dan menyesatkan. Menurut imam berkenaan beliau ketika diminta untuk membacakan khutbah tersebut tidak membacanya dengan melangkah ayat tersebut. Saya rasa teks ini wajib dibetulkan dan dilaporkan ke pihak berkenaan agar tidak berulang lagi. Sebagai seorang muslim hal ini wajib ditegah dengan apa cara sekalipun kerana ianya memberi implikasi rosak aqidah dan boleh meranapkan iman seseorang.
2. Bertemu dengan salah seorang guru sekolah menengah yang memberi info tentang betapa perlunya raja melupakan cara pemerintahan feudal atau cara Firaun. Jika negeri Perak mahu diurus dengan raja berpelembagaan maka semua wajib akur termasuk sultan juga. Dan jika mahu diurus dengan cara otokrasi maka tak perlulah diadakan pilihanraya. Sultan lantik sajalah dan tukar sesiapa yang dia mahu. Tapi sekarang rakyat jadi keliru dan kami golongan terpelajar merasa amat tercabar. Bila rakyat turun demo media BN buat berita macam zaman feudal dan rakyat diarah supaya jadi bodoh.
3. Salah seorang pegawai di salah sebuah anak syarikat PKNK juga merasa bimbang dengan kondisi sekarang kerana semuanya jadi kacau. Serba tak kena dan aktiviti ekonomi tergendala . Kenapa masih ada syak wasangka di kalangan orang Melayu terhadap bangsa lain terutama orang China dan India di perak? Pada hal jika kami serahkan projek apapun kepada orang Melayu, mereka tidak mampu melaksanakannya bahkan ada beberapa kes wang dari pinjaman bank habis dan projek yang diamanahkan tak selesai bahkan sampai sekarang berhutang pula. Ini bukan bermakna kita anti Melayu tetapi kita harus sedar betapa jauhnya kemampuan Melayu dan sewajarnya ke semua bangsa ini bersatu untuk membangunkan Perak. Saya sempat membayangkan betapa rosaknya pemahaman pemimpin Melayu terutama UMNO terhadap makna petriotisma. Saya rasa amat senang melihat bagaimana politisi Indonesia mampu memahami dan melaksanakan erti petriotisma dalam semua gerakkerja politik mereka. Mereka boleh bersemuka di TV, di radio dan di mana sahaja menjelaskan misi mereka tanpa melecehkan mana-mana pihak apatah lagi menyerang peribadi sesama mereka. Prioriti mereka ialah bagaimana membangun negara dan bangsa Indonesia mereka. Perbezaan menjadi asam garam perjuangan mereka dan mereka dilihat amat arif untuk menanganinya. Beza betul dengan politisi kita...?? Yang ada hanyalah wajah-wajah politisi katun yang hodoh dan bengis..
Mari kita renungkan!!!
Tindakan Zambry jalankan tugas MB subjudis Abdul Aziz Mustafa
Sat Feb 21, 09 9:19:30 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar Perak hakikatnya bersifat subjudis kerana perlantikan beliau sebagai Menteri Besar sudah dicabar kesahihannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar juga menyifatkan kedegilan Dr Zambry untuk menjalankan tugaas sebagai Menteri Besar sebagai percubaan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah.
"Siri-siri dakwaan para pemimpin Umno bahawa tindakan mendapatkan keputusan mahkamah menidakkan kuasa Sultan Perak, perhimpunan-perhimpunan yang kononnya mempertahankan raja-raja Melayu setelah raja-raja Melayu mereka hina dan cerca termasuk menggunakan perkataan 'natang' atau binatang serta kedegilan Dr Zambry menjalankan tugaas sebagai Menteri Besar ketika mahkamah belum membuat keputusan, semua itu adalah percubaan mempengaruhi keputusan mahkamah supaya mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar," kata beliau.
Mahfuz menyifatkan perbuatan Zambri itu sebagai keengganan menghormati mahkamah apabila bertentangan dengan keinginan dan kepentingannya.
Hari ini, Dr Zambry mendakwa, kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan negeri Perak adalah jelas tetapi telah cuba diberi tanggapan yang sebaliknya oleh pihak tertentu.
"Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak, ini proses yang jelas tetapi ada yang putar-belitkan," dakwa beliau.
Ditanya kenapa Penasihat Undang-Undang Negeri Perak tidak memberi kenyataan untuk menjelaskan kedudukan daripada segi perlembagaan dan undang-undang, Dr Zambry berkata sebagai pegawai kerajaan, beliau terikat dan tidak boleh membuat kenyataan kepada media.
Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar hari ini - "nyahkan Sivakumar" - dipercayai dilemparkan ekoran keputusannya menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco Kerajaan Negeri lain daripada menghadiri sidang Dewan.
Mohammad Nizar berkata, ugutan 'nyahkan' Sivakumar telah digunakan oleh www.mykmu.net, laman web yang digerakkan oleh penyokong-penyokong Umno.
"Perkataan 'nyah' boleh membawa apa juga maksud... ia boleh membawa makna menyembunyikan, menghilangkan, malah membunuh," jelas Nizar di Ipoh hari ini.
"Jika apa-apa berlaku ke atas Speaker (Sivakumar), ini adalah tindakan mereka (Umno)," kata beliau sambil menambah, Sivakumar telah mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk melindungi keluarga beliau.
HR9808: Kenytaan atau komentar di bawah adalah bukti betapa rendahnya pemahaman mereka tentang undang-undang dan adat istiadat Melayu. Mereka bukan sahaja tidak petriotik bahkan amat dungu tentang perkembangan sosiopolitik Malaysia.....Mungkin mereka ini tinggal dalam tempurung kaca nasionalis Melayu yang racist. Jauh sekali dari Islam dan keindahan islam..Ini masalah besar yang berlaku dalam UMNO kerana apa yang mereka faham dan amalkan telah terpesong jauh dari islam sebenar. Siapa yang harus dipersalahkan?? Mahu atau tidak..sultan yang menjadi penaung adat dan Islam wajar dipersalahkan. Begitu juga dengan pemimpin Melayu yang hanya memikirkan kuasa tanpa fikir nasib generasi Malaysia akan datang.
Dalam tulisan muka depan laman web itu, editornya berkata:
"Adalah menjadi harapan patik-patik sekalian rakyat jelata agar Tuanku Sultan Perak mengambil tindakan segera ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan mereka yang bersama beliau menggantung Menteri Besar Perak dan Barisan Exconya dari menghadiri sidang DUN Perak.
"Tidak pernah ada dalam sejarah orang Melayu ada manusia bukan Melayu boleh membuat keputusan bawa barang sesiapa yang hadir Majlis Tuanku Raja Melayu sebagai satu tindakan menghina negeri jajahan takluk tuanku sendiri.
"Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.
"Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Diampun
"Sejak April 2008, cacing sudah menjolok mata. Apakah Tuanku ingin membiarkan cacing ini terus bermaharajalela tanpa batasan?
"Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak.
"Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.
"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan.
"Apakah guna seorang rakyat negeri tuanku jika majlis tuanku pun dianggap haram dan hina? Cukuplah orang Melayu menjadi bacul jangan sampai penaung orang Melayu pun dilihat tiada bertaring.
"Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun!
"Sembah dari Rakyat Marhaen EDITOR MYKMU."_
Saturday, February 21, 2009
PERAK JADI GELANGGANG PESTA POLITIK KATUN..
HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
21 FEBR
Amat memalukan sebagai warga asal Perak
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
21 FEBR
Amat memalukan sebagai warga asal Perak
Labels:
Nizar MB Perak
Subscribe to:
Posts (Atom)