foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, September 10, 2009

UMNO PARTI ISLAM..FATWA DARI SIAPA?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

11 Sept

Mohon maaf kerana tidak sempat update 2 hari lalu. Ya..sebabnya kerana tidak sempat. Berada di pesawat hampir 12 jam dari KLIA-Bombay-Cairo. Hari ini barulah dapat broadband dari salah seorang pelajar tahun akhir di Kaherah. Alhamdulillah walaupun tidak selaju di Malaysia sekurang-kurangnya dapatlah menjawab fitnah dari U M dan memperjelaskannya melalui blog dan media. Saya bentangkan kenyataan Najib di bawah agar teman-teman boleh memberi pandangan berdasarkan kenyataan tersebut. Sebagai ringkasan mungkin saya berikan gambaran..
1. Jika benar Najib berani maka para Mufti perlu bersidang dan dapatkan hasil fatwa tanpa pengaruh sesiapa terhadap isu ini. (walaupun saya yakin para mufti akan berpihak kepada siapa yang membayarnya). Tetapi langkah ini amat penting kerana melibatkan soal Islam atau tidak Islam. Syurga atau neraka.

2. Pemimpin dan penyokong UMNO harus bertenang sehingga majlis fatwa bersidang dan memberi jawabannya. Risiko bubar sangat tinggi selepas mesej diumumkan tetapi lebih baik
dari cara yang salah sebelumnya.

3. Sempena kedatangan saya ke Universiti Al Azhar di Kaherah, saya memohon agar pelajar di sini dapat bantu menjawab persoalan yang besar ini. Begitu juga di beberapa negara Arab yang lain. Jadi jangan sampai retorik ini sebagai senjata rapuh buat UBN dan para ulama, dai yang ikhlas untuk menjelaskannya!!!

UMNO parti Islam - PM
Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI, OPAT RATANACHOT dan SHARIZA ABDULLAH utusankedah@utusan.com.my
SIK 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.
Perdana Menteri berkata, ini kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.
Beliau berkata, perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.
''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?
''Walaupun tidak ada label Islam tapi kita telah melaksanakan tuntutannya, melakukan perubahan sehingga mengubah nasib peneroka Felda.
''Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat
Islam,'' tegas beliau

HR9808: Sayang sekali ada juga ulama backup UBN sampai sanggup hingga ke Mesir...(nanti kita dedahkan ...tunggu ya!!!