IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
11 Sept
Mohon maaf kerana tidak sempat update 2 hari lalu. Ya..sebabnya kerana tidak sempat. Berada di pesawat hampir 12 jam dari KLIA-Bombay-Cairo. Hari ini barulah dapat broadband dari salah seorang pelajar tahun akhir di Kaherah. Alhamdulillah walaupun tidak selaju di Malaysia sekurang-kurangnya dapatlah menjawab fitnah dari U M dan memperjelaskannya melalui blog dan media. Saya bentangkan kenyataan Najib di bawah agar teman-teman boleh memberi pandangan berdasarkan kenyataan tersebut. Sebagai ringkasan mungkin saya berikan gambaran..
1. Jika benar Najib berani maka para Mufti perlu bersidang dan dapatkan hasil fatwa tanpa pengaruh sesiapa terhadap isu ini. (walaupun saya yakin para mufti akan berpihak kepada siapa yang membayarnya). Tetapi langkah ini amat penting kerana melibatkan soal Islam atau tidak Islam. Syurga atau neraka.
2. Pemimpin dan penyokong UMNO harus bertenang sehingga majlis fatwa bersidang dan memberi jawabannya. Risiko bubar sangat tinggi selepas mesej diumumkan tetapi lebih baik
dari cara yang salah sebelumnya.
3. Sempena kedatangan saya ke Universiti Al Azhar di Kaherah, saya memohon agar pelajar di sini dapat bantu menjawab persoalan yang besar ini. Begitu juga di beberapa negara Arab yang lain. Jadi jangan sampai retorik ini sebagai senjata rapuh buat UBN dan para ulama, dai yang ikhlas untuk menjelaskannya!!!
UMNO parti Islam - PM
Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI, OPAT RATANACHOT dan SHARIZA ABDULLAH utusankedah@utusan.com.my
SIK 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.
Perdana Menteri berkata, ini kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.
Beliau berkata, perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.
''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?
''Walaupun tidak ada label Islam tapi kita telah melaksanakan tuntutannya, melakukan perubahan sehingga mengubah nasib peneroka Felda.
''Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam,'' tegas beliau
HR9808: Sayang sekali ada juga ulama backup UBN sampai sanggup hingga ke Mesir...(nanti kita dedahkan ...tunggu ya!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Imbasan dari fb..
ReplyDeleteMustapa Mansor UMNO parti Islam..fatwa siapa? Najib atau Mahyudin..!! Cabaran buat para ulama!!
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
Source: hr9808.blogspot.com
9 hours ago · Comment · Like / Unlike · Share
Pas Sekijang
Parti Islam Hadari atau Parti Islam 1Malaysia?
9 hours ago ·
Nordin Ismail
Tunku,Tun Razak,Tun Hussein Onn tak pernah mengaku umno parti islam.Ghafar Baba mengistiharkan umno parti sekuler.Mahathir kata islam fundermentalist.Tun Abdullah islam hadhari.Sekarang Najib sudah lawan bapaknya, parti islam.Yang mana satu betul?
9 hours ago ·
Mustapa Mansor
Sy baru selesai tarawikh di Cairo..hebat sekali imam dan makmumnya. masjid penuh melimpah sampai di tepi jalan..nama masjidnya salam.dlm hati sy berdoa agar Allah berikan hidayah kpd semuanya!!! mereka sesat sdr ku!!.
9 hours ago ·
Aisah Lamsah
najib memang menderhaka...sebab tu macam2 musibah kita rakyat kene tanggung dik sikapnya itu...lemas betul dengan mamat ni..
9 hours ago ·
Farah Afzan
ehhh...betul lah tuuu naajjiiiiibbb kan dah pandaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bab bab QURAN NIIII....
9 hours ago ·
Mustapa Mansor
ye..kalau dia yg lemas tak pe tp rakyat yg lemas..wajib tumbangkan pru 13 nanti..ye..kita kerja dari sekarang..
9 hours ago ·
Farah Afzan
hmm...betul...betul....attack PRK Negeri 9....
9 hours ago ·
Emaliano de Barco
Emaliano de Barco
sape nak bayar
8 hours ago ·
Muhammad Sulaiman
Ini semua nak pancing kat Bagan pinang NS. semua dah tau lah.........Najib mesti tak nak turun sebab takut Ghost lah
8 hours ago ·
Adli Yahya
Najib kata UMNO parti Islam...plzzzzzzzz
46 minutes ago ·
Mustapa Mansor
kami skrsng otw ke Rafah sempadan Gaza..doakan ye..!!
2 seconds ago ·