foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, July 21, 2008

SERIINGKALI KITA TERLUPA.....?.

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

22 JUN
Saya sempat merujuk kitab Dr. Abdul Karim Zaidan "Usuluddakwah" dalam bab " Sistem Kemasyarakatan dalam Islam" di tajuk kecil " Kewajiban Individu Terhadap Masyarakat";

1. Bebanan membaiki masyarakat wajib dipikul oleh setiap individu Muslim dan ianya juga wajib mengajak masyarakat lain ke arah hal yang sama. Surah AlMaaidah 3, " Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya." Jadi kewajipan bertolong-tolongan di sini merujuk kepada membaiki masyarakat dan melarang masyarakat dari melakukan kerosakan. Inilah inti "taawun alalbirri wataqwa" dan "alal ismi waludwan". Pejuang kebenaran wajib memahami hal ini kerana se4gala gerak aksi kita dalam berpolitik dan bermasyarakat adalah berasaskan dua hal ini.

Sebenarnya jika isu PAS atau parti mana pun bermuzakarah dengan siapapun jika berasaskan dua hal di atas rasanya tidak masalah cuma sayangnya hal tersebut dimanipulasi oleh UMNO sehingga kelihatan pemimpin-pemimpin PAS cuba beraksi sendiri. UMNO gunakan isu ini bagi mendapatkan poin di dalam parti mereka dan menggunakan isu ini untuk menghilangkan rasa saling percaya di kalangan PR dan penyokong PAS. Cara UMNO menginformasikan ke khalayak juga dilihat sangat tidak fair/wajar kerana motif utama muzakarah bukan itu yang diharapkan terutama oleh PAS. Jadi sekali lagi ini adalah bukti bahawa pemimpin UMNO tidak ikhlas dalam bermuzakarah dan membela nasinb Melayu Islam yang selama ini dilupakan.


Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat
Lanjusoh, Mohd Yusri Amin
Mon | Jul 21, 08 | 4:29:10 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS dan Umno sebagai agenda politik Umno.

Ketuanya, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno cuba untuk mengheret PAS menangani masalah dalaman parti tersebut setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

"Kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah, sedangkan muzakarah ini telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tapi tidak pernah disambut Umno.

"Pernah PAS menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tetapi tidak disambut. Kenapa semasa Umno kuat dahulu pemimpin mereka tidak sambut baik cadangan muzakarah.

"Dan kenapa sekarang dalam keadaan Umno nazak baru sibuk menghulur tangan untuk muzakarah dengan PAS," katanya ketika dihubungi di Kaherah, Mesir, hari ini.

Hari ini Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, isu muzakarah merupakan satu tindakan licik politik Umno politik selepas Umno sedang tenat sekarang.

Katanya, Pemuda Kelantan mengharapkan agar pemimpin parti bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi parti sebelum berunding dengan Umno.

"Pimpinan juga kena ingat macam mana kelicikan politik Umno yang suatu masa dahulu melamar PAS bergabung dengan Umno untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam peristiwa 13 Mei 1969.

"Apabila PAS menyertai BN, Umno semakin kuat lalu mereka menendang keluar PAS dari BN. Cukup hebat tindakan licik Umno, adakah kita akan terkena tendangan kedua selepas ini,"katanya.

Sehubungan itu kata beliau Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu muzakarah dengan Umno dengan meletak syarat tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, semua keputusan bermuzakarah perlu difikir bersama.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku perselisihan dalam sesuatu isu apabila pemimpin tertinggi membuat keputusan mengenainya.

"Ahli dan penyokong parti hendaklah menerima segala keputusan dibuat kerana kita sayangkan parti bagi membangunkan negara,"katanya. - mj/mks. _

PAS Johor sambut baik muzakarah PAS-Umno
Salman Hussin
Mon | Jul 21, 08 | 5:06:48 pm MYT

BATU PAHAT, 21 Julai (Hrkh) - PAS Johor menyokong penuh sebarang usaha mengadakan muzakarah antara PAS-Umno bagi membincangkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.

"PAS tidak pernah sekali-kali menutup pintu muzakarah dengan Umno bahkan, sejak dulu pun PAS sentiasa membuka ruang untuk bermuzakarah dengan mereka, malah sebelum pilihanraya yang lalu pun PAS telah menghantar surat kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk mengadakan muzakarah bagi membincangkan soal perpaduan melayu dan Islam," kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung kesediaan PAS mengadakan muzakarah dengan Umno, yang mendapat liputan meluas media-massa tempatan mutakhir ini.

"PAS Johor yang mengadakan Mesyuaratnya hari ini juga telah mengambil ketetapan menyokong kenyataan Presiden PAS berhubung muzakarah ini," katanya.

Bagaimana pun menurutnya, antara muzakarah dan kerjasama adalah dua perkara yang berbeza, PAS memang sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Umno tetapi bukan mengadakan kerjasama dengan mereka, oleh itu tidak timbul sama-sekali soal kerjasama antara PAS-Umno.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, turut menafikan dakwaan kononnya berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan ini sebagai dakyah pihak-pihak tertentu yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat.

"Hubungan kita dalam Pakatan Rakyat di peringkat Pusat dan Negeri sangat baik dan kerjasama ini akan dipereratkan lagi sehingga ke akar umbi, ini bagi membolehkan Pakatan Rakyat benar-benar mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

"Justeru kerana itu kita ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa khabar-khabar angin yang mendakwa kononnya hubungan Pakatan Rakyat retak, adalah tidak benar sama sekali dan rakyat jangan mudah tertipu dengan propaganda jahat pihak-pihak tertentu ini," ujarnya lagi. - mks._