Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
22 FEBR
Media BN tetap degil sama seperti pemimpinnya yang sangat tak masuk akal mempertahankan sesuatu yang sewajarnya tidak ada yang boleh dipertahankan. MB dan Kerajaan BN tidak sah di Perak maka apa yang yang mahu dipertahankan??? Saya bingung dengan gelagat semua pemimpin UMNO teratas sehinggalah ke ceruk kampung tetap mengatakan hal yang tidak wujud sama sekali. Di TV 1,2 dan 3 hal ini diulang-ulang interview dengan dr. Zambry yang "Saya adalah MB Perak dan saya serahkan ke bawah Duli Tuanku segalanya" sehingga dah rasa nak muntah. Ketua Editor Berita Harian juga sama senada dengan mengambil tafsiran undang-undang tubuh negeri Perak yang keliru. Oghang dah bincang hal lain dia dok ulang benda tu aje..Aduhai penyokong UMNO..belajarlah undang-undang dan bertanyalah dengan orang yang tahu. Bukan takSUB dengan pemimpin yang kantoi macam Pak Lah, Najib dan Khairi. Depa dalam hal ni tak faham, BUAT-BUAT TAK FAHAM dan tersilap LAGI MENYESATKAN...
Pakatan Rakyat Perak pilih pendekatan perundangan, bukan kekerasan - Nizar
Johari Jaafar Sun Feb 22, 09 11:18:26 am MYT
IPOH, 22 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat nengeri ini berhubungan rampasan kuasa BN adalah menerusi perundangan bukannya melalui kekerasan dan melakukan kacau bilau seperti di negara yang pernah terjadinya 'rampasan kuasa'
"Kita tidak memilih mengadakan demontrasi jalanan atau melakukan kekerasan dengan melakukan huru hara apabila Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan dengan cara yang tidak berakhak dan biadap dengan merampasan hak rakyat, tetapi kita memilih pendekatan undang undang, kerana itu kita failkan saman terhadap Datuk Zamry," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis tahlil dan doa selamat sempena perpisahan 'sementaranya' di kediaman Menteri Besar di sini semalam.
Turut hadir di majlis itu Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim dan Mohd Zainudin Yusuf, Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki, Ketua Pemuda Perak, Nur Azli Musa dan Ahli Jawatankuasa PKR Negeri, Ismail Yusuf.
Pendekatan perundangan yang dipilih oleh Pakatan Rakyat menerusi mahkamah agar kemelut politik di negeri dapat berakhir secepat mungkin, jelasnya.
"Biar mahkamah yang menentukan Menteri Besar mana yang sah dan Menteri Besar mana yang haram," katanya.
Beliau turut meminta ahli-ahli parti PAS, KeADILan dan DAP serta penyokong penyokongnya termasuk rakyat yang bersimpati dengannya agar menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya mengenai kemelut politik di negeri ini.
"Tolong sebarkan maklumat kepada orang ramai, dengan sms, email, telefon dan sebagainya, saudara wajib telefon kepada saudara yang UMNO dan beri penjelasan yang sebenarnya," katanya.
Beliau menyeru semua pihak supaya memberikan sumbangan bagi menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. - mns _
'Kuasa Speaker tidak boleh dicabar' - Nizar
Azamin Amin Sun Feb 22, 09 4:03:51 am MYT
FELCRA SERIGALA, SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) - Tanpa diduga, bidang kuasa Speaker yang luas pernah 'dicipta' dan diguna-pakai oleh Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun khususnya membabitkan negeri Perak,akhirnya telah 'memakan diri' apabila kuasa yang sama dilaksanakan untuk mengenakan tindakan gantung 18 dan 12 bulan ke atas Menteri Besar baru dan enam exco kerana didapati menghina Dewan.
Demikian dinyatakan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya kepada lebih 1,000 penduduk dan pengundi Dun Behrang di Felcra Kg Serigala dekat sini semalam.
Dengan pengantunggan itu katanya kerajaan BN yang hanya mempunyai 21 ahli dewan boleh dianggap 'lumpuh' apabila majoriti kerusi kini diperolehi oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan kesemuanya berjumlah 28, yang secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah yang sah memerintah negeri ini.
Apatah lagi, sekiranya sidang Dun tidak dilakukan pada Mei ini, maka secara automatik pembubaran DUN sekaligus menyaksikan pilihan raya diadakan di seluruh negeri Perak.
"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.
"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar dengan penuh semangat sambil menggesa para pengundi menolak Umno dan BN dalam pilihan raya yang akan datang.
Nizar sekali lagi menegaskan kepada hadirin bahawa beliau adalah Menteri besar yang sah, yang dilantik Sultan dan tidak menerima sebarang pembatalan ke atas jawatannya itu.
"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.
Beliau menjelaskan jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.
Sebelum itu beliau mencabar Umno-BN untuk berhadapan secara 'jantan' dalam pilihan raya dan bukannya melakukan kerja-kerja yang tidak beretika yang disifatkan sebagai pengecut dan melalui pintu belakang tanpa mengambil kira hak rakyat untuk memilih kerajaan sedia ada.
"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.
"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" lantang suaranya dengan di sambut sorakan, laungan takbir dan tepukan gemuruh hadirin.
Sambil mencebis ayat al-Quran yang berbunyi antaranya:" Mereka merancang tipu daya, Allah juga lebih hebat perancangan tipu daya-Nya," katanya dan menyeru kepada para penyokong supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan terjebak dengan hasutan pihak-piahk yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum itu, ceramah yang dimulai jam 9.00 malam anjuran Markas PAS Kg. Serigala ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor Dato' Zainal Abidin, Adun Gopeng Lee Boon Chai, Adun Sungkai Sivaratnam dan Setiausaha Politik MB, Misbahul Munir.
Kehadiran luar biasa orang ramai yang disertai oleh puluhan masyarakat kaum Cina dan India menunjukkan sokongan padu terhadap kerajaan Nizar masih utuh dan mantap.
Biarpun, terpaksa melalui dua sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa, meletakkan kenderaan sejauh satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki jauh ke pelusuk kampung, namun masyarakat setempat masih terus berpusu-pusu memenuhi pekarangan markas PAS itu untuk mendengar amanat dan kata-kata semangat daripada Nizar dan rakan seangkatannya.
Turut menarik perhatian di markas itu digantung sehelai kain rentang yang bertulis:" Ya-Allah, Ya Tuhanku. Engkau berikanlah pengajaran pada Jamaluddin pengkhianat yang telah mengkhianati manah pengundi-pengundi Dun Behrang. Amin."
Nizar sebelum mengakhiri ucapannya selama satu jam itu menggesa supaya penyokong dan ahli Umno meninggalkan parti itu yang terang-terang melakukan penyelewengan dan kezaliman kepada rakyat, sehingga sanggup merampas hak rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri ini.
Beliau memetik surah al-Haj yang bermaksud:" Jangan sesekali kamu cenderung kepada kezaliman, nanti kelak kamu akan di sambar api neraka..."katanya memberi ingatan kepada penyokong kepada kemungkaran dan kezaliman.
"Esok (hari ini) saya akan tinggalkan kediaman rasmi Menteri Besar jam 11.00 pagi. Biarlah mereka nak ambil rumah itu sebab bukan itu kita rebutkan. Yang penting adalah amanah 2.4 juta rakyat Perak kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab,"katanya sambil disambut laungan takbir orang ramai.
Majlis bersurai secara aman kira-kira 12.30 tengah malam tadi biarpun berlaku kesesakan jalan raya akibat kenderaan yang terlalu banyak di sisi jalan berhampiran kawasan ceramah tersebut.- azm _
BERITA DARI MEDIA BN..
Hak sultan panggil sidang DUN
|
ZAMBRY Abdul Kadir (tengah) bersalaman dengan guru-guru dan pengetua sekolah pada majlis perasmian Program Membina Negara Bangsa di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, semalam. - mingguan/HANAFI KHAMIS
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN utusanperak@utusan.com.my
ZAMBRY Abdul Kadir (tengah) bersalaman dengan guru-guru dan pengetua sekolah pada majlis perasmian Program Membina Negara Bangsa di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, semalam. - mingguan/HANAFI KHAMIS
IPOH 21 Feb. - Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, terpulang kepada Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai bagi memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurutnya, berdasarkan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan mempunyai tempoh enam bulan untuk mengadakan sidang DUN itu selepas kali terakhir diadakan November lalu.
"Keputusan untuk memanggil persidangan Dewan akan diputuskan oleh Sultan Perak.
"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Membina Negara Bangsa peringkat negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang pelantikan Speaker DUN yang baru selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negeri.
HR9808: Kome nak lantik speaker ape bende yop..kome jika datang semua 28 YB dan jika dikurangkan 7 tinggele 21. PR masih ada 28 YB le...Ini simple kire-kire je..yop..Rasenya jika ada lagi sidang speaker masih tetap le Siva kan..jadi sebelum kome disahkan bukanke kome akan diundi untuk tidak disahkan?..Teman oghang bodoh undang-undang pun tahu takkan le kome tak reti pulo..?? Yop jangan buat keroje kantoi yop malu le kite oghang Perak...Seluruh dunia neguk yop..!!! Udah le yop..lebih baik kome bertenang dan istighfarle..bertaubat le..kome dinilai bodoh, rakus, perompak, dungu dan pak turut. Masa untuk berubah masih ade..berubahle yop!!! Kami rakyat biasa mengharapkan pemimpin yang cerodik yop..!!!
Katanya, keputusan melantik Speaker hanya boleh dilakukan setelah DUN dipanggil bersidang.
Kali terakhir sidang DUN Perak diadakan ialah November lalu dan tempoh enam bulan diperuntukkan dalam perundangan tersebut akan tamat April ini.
HR9808: Aduhai Yop..tolong jawab sementara kome semua belum dipanggil oleh sultan ke sidang DUN bulan April ni..kome ni semua jadi makhluk ape yop??? Teman tak nampak ada pengesahan sebelum kome dibawa ke sidang DUN?? Jadi kome hanya bertaraf makhluk perosakle ye...!!! Penasihat undang-undang ni pun mangkuk..jelaskanlah kepada rakyat..!! Yang diam membisu apekehe nye?? Ini tanda yang kome tengah mencari ake lain..? Semoga Allah hancurkan perancangan jahat kome semua..!! AMINNNNN
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara itu berikutan kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan.
Speaker Perak terakhir beri keterangan
IPOH 21 Feb. - Polis akan memanggil Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar (gambar) anya selepas saksi-saksi lain dirakamkan percakapan mereka.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, sehingga kini, pihaknya masih lagi mengumpul maklumat berhubung tindakan wakil rakyat DAP kawasan Tronoh itu yang menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN.
"Polis akan memanggil Sivakumar setelah semua saksi dipanggil," kata Zulkifli ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai 10 aduan polis yang telah dibuat terhadap Speaker DUN Perak itu setakat ini.
Sivakumar sebelum ini mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuat kuasa serta-merta.
HR9808: Kenyataan ini amat kabur sebab "masih dianggap tidak mengikut peraturan"...Jadi tujuan polis buat kerja ni kerana ingin memenuhi arahan Najiblah?..Jika PR yang masih sama-samar sahaja dah diarahkan itu ini tapi jika terjadi kepada BN..yang jelas sekalipun masih belum berbuat apa-apa!!!!! Apakah ini tidak zalim menurut fatwa...Syekh Harussani....??? Geram kita lihat para mufti kita ni..termasuk di wilayah.."Berdosa derhaka kepada sultan dengan dalil yang tergantung.." tak jelaskan dahulu dalilnya berkait dengan wahai orang yang beriman,,jadi kaki botoi pun kene taat juga ke..Maaf ye jika ramai raja yang yang kaki botoi...Kenapa mufti senyap membisu? Takut tegur sultan..sebab tak dapat fuluske??
Tapi inilah level mufti fulus kita..nak marah marahle..teman dah tak lalu nak berletio lagi..Kepala dan hati kome dah penuh dengan fulus..Yang zalim katanya adil dan yang adil katanya zalim..?? Semoga Allah beri hidayah kepada kita dan para mufti kita semua..!!!
Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN menegaskan, pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dan enam Exco negeri itu dalam kerajaan negeri yang baru tidak sah kerana ia dibuat tidak mengikut peraturan.
HR9808: Kenyataan di bawah adalah kenyataan bersifat konyol..tak faham undang-undang dan tak tahu menghormati kehendak rakyat banyak. Kome nak pakse rakyat ikut kome tapi kome tak mahu terima desakan rakyat..Ape yang susah sangat jika adakan sahaja pilihanraya jika kome kate rakyat sebelah kome. Ingat yop..negeri ni adalah negeri kita bersama bukan negeri UMNo sahaja. Ini bukan negeri Melayu sahaja tapi negeri siapa sahaja yang duduk di atasnya..
Kerajaan perlu tegas elak kacau-bilau - GMP
IPOH 21 Feb. - Kerajaan perlu bertegas terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berikutan beberapa tindakannya kebelakangan ini yang dilihat sengaja mahu mencetuskan kacau-bilau di negeri ini.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, jika Sivakumar terus dibiarkan melakukan perkara-perkara yang di luar batasan undang-undang, pihaknya bimbang ia akan mengundang keadaan lebih buruk.
Setiausaha Kehormat Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan itu berkata, pejabat Peguam Negara perlu segera mengkaji kes tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam.
"Saya minta pihak-pihak yang terbabit jangan hanya bercakap sahaja. Kami telah terlalu lama diuji tetapi sampai hari ini tiada apa-apa tindakan sewajarnya diambil.
"Kami juga telah lama bersabar dengan sikap biadab dan kurang ajar yang ditunjukkan oleh beliau. Tahap kesabaran rakyat di negeri ini ada hadnya, jangan sampai kami perlu bertindak sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
V. Sivakumar sebelum ini menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negerinya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.
Beliau juga mempertikaikan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Sambil meminta Speaker DUN Perak itu bersikap rasional, Hilmi berpendapat, pertikaian yang wujud itu sebaik-baiknya diselesaikan oleh mahkamah.
"Kalau dia tak puas hati dengan pelantikan Menteri Besar baru, tak apa kerana kita ada saluran mahkamah, gunakan saluran itu dengan betul, bukan dengan cara begini," katanya.
Menurut Hilmi, apa yang cuba dilakukan Sivakumar itu tidak lebih daripada provokasi kepada pihak tertentu termasuk Sultan Perak supaya akur dengan desakan supaya DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
HR9808: Cara lain kome tak reti bahase..!!! Yang kome melompat terus ke sultan tu care betuike??? Cakap tak serupa bukin..