foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, October 14, 2009

TERORISME DAN ISLAM ADALAH BERBEZA...

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


15 okt
Sempat menyaksikan kabar malam Indonesia di tv one, nara sumbernya Ust Ja'far Thalib membahas tentang terorisme..Saya dapati dakwaan beliau tidak tepat tentang Syed Qutb dan Ikhwan Muslimin. Buku Muaallim fit thoriq yang menurut beliau adalah bukti sumber faham terorisme adalah salah bahkan beliau amat keliru soal intipati buku tersebut. Mohon BAng One dari Tv One memberi peluang kepada tokoh lain yang mempunyai kredibiliti membicarakan soal perjuangan Ikhwan Muslimin agar fitnah dan kekeeliruan dapat diperbetulkan. Kejayaan pihak Indonesia memberantas terorisma patut dihargai tetapi pihak media juga harus lebih berhati-hati agar tidak menimbulkan kekeliruan dak Tv onean fitnah di tengah masyarakat yang tidak faham.
Saya telah sampaikan ke pihak tv one dan brharap ada usaha untuk membetulkannya.

APAKAH PELAJARAN DARI GEMPA ...?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


14 OKT
Melihat semula foto-foto yang diambil di tempat kejadian gempa Padang, hati mula tersentuh dengan beberapa hal:
1. Alam ini milik Allah dan apa sahaja yang terjadi semuanya ditentukan oleh Allah.
2. Kejadian di alam ini pasti ada hikmahnya buat umat manusia.
3. Manusia saling memerlukan antara sesama manusia dan alam ini.&lt
4. Ujian dari bencana pasti menggugat jiwa manusia dan ada yang lulus dan ada juga yang gagal.
5. Membuat persediaan di kemudian hari bagi menghadapi bencana.
6. Insafi atas kejadian bencana sehingga jiwa kita tunduk merendah ke hadrat Allah serta mengamalkan hidup sebagai seorang Muslim.
7. Negara harus memberi prioriti kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira suku kaum dan fahaman politik mereka.
8. Negara jiran harus memberi bantuan atas semangat kejiranan bernegara.
9. Ngo atau badan lsm harus memberi bantuan berdasarkan kemampuan yang ada dan terfokus kepada prioriti dari info real.
10. Semua pihak wajib menjaga niat agar bantuan diberi dengan ruh keikhlasan.