foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, December 23, 2008

GENGSTERISMA YANG TIDAK BERKESUDAHAN..?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

24 DIS

Lima hari yang lalu saya sempat melawat adik saya yang diserang oleh sekumpulan gengster di Sg Siput. Perak. Pada mula ketika saya menerima panggilan telipon dari adik yang tinggal di KL saya masih belum begitu yakin akan seriusnya keadaan itu tapi setelah saya datang melihat sendiri keadaan tubuh badan mangsa gensgter (kebetulan adik saya sendiri) maka saya agak terkejut juga melihatnya. (foto akan dimuat kemudian).

Yang membuat saya tertanya-tanya ialah bagaimana punca kejadian kereta salah seorang saudara kami dilanggar dari belakang kemudian gengster turun dan mengugut meminta ganti rugi dan setelah berbincang untuk selesai dengan baik gengster menyerang pukul dari belakang. Sg Siput memang dikenali sebagai salah satu dari tempat bersarangnya gengster yang diternak oleh beberapa tokoh politik BN (MIC, UMNO dan MCA) sejak puluhan tahun lalu bukan suatu hal yang mengejutkan masyarakat disitu. Anehnya sekalipun BN sudah kalah di sini tapi saki baki gengster masih kuat. Begitu juga di Buntong Ipoh, Bercham, Manjoi dan beberapa tempat lain kegiatan gengster seperti masih bernafas segar. Kejadian seorang Ust penjaga stesyen minyak dibelah kepala dengan kapak dan bunuh di sana sini membuatkan suasana seram kembali menyelebungi penduduk sekitar Ipoh, Chemor dan Sg. Siput.

Apa yang terjadi kepada adik saya yang diserang oleh 50 orang gengster ini menjadi indikasi yang patut segera diambil tindakan oleh polis kerana gengster masih berpengaruh dan nasib baik pada malam tersebut tidak ada yang mati. Aneh juga ketika saudara saya yang membuat laporan polis di salah sebuah balai Polis cuba menyalahkan saudara saya yang melaporkan bahawa keretanya dilanggar dari belakang? Polis sepatutnya menjadi pembela kebenaran dan bersikap profesional tanpa pandang bulu. Jadi dengan sikap polis yang tidak profesional ini rakyat akan menjauhkan diri dari polis dan menyelesaikan masalah mereka sendiri. Munculllah dugaan yang polis makan rasuah dan akan mengikut sahaja telunjuk siapa yang memberi mereka habuan. Polis menjadi talibarut gengster dan seribu macam tuduhan akan bermunculan.
Dan tidak habis-habis polis akan terus menyalahkan rakyat kenapa begitu dan begini dengan polis. Tolong cermin diri sendiri dan lihatlah dengan mata kepala sendiri terutama KPN!!

Berita di bawah adalah contoh tindakan gengster..kenapa ianya masih terus berulang..? Polis tidak ditakuti lagi atau apa???

Mati diserang

KULIM 23 Dis. - Seorang pencuci kereta maut setelah diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dalam satu pergaduhan di sebuah tempat mencuci kereta di Simpang Tiga Keladi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supritenden Ghuzlan Mohd. Salleh berkata dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an diserang ketika sedang bekerja di tempat kejadian.

"Ekoran daripada pertengkaran tersebut mangsa telah diserang dan ditetak kumpulan lelaki berkenaan sehingga menyebabkan pergelangan kaki kiri mangsa terputus.

"Bahagian tangan serta kaki mangsa juga mengalami banyak kesan tetakan dan akibat kehilangan darah yang banyak mangsa telah mati di tempat kejadian," katanya.

Ghuzlan berkata lelaki berkenaan dipercayai telah membawa bersama kaki kiri mangsa yang putus dan melarikan diri dengan sebuah Nissan Cefiro yang didapati menggunakan nombor plat palsu.

Beliau berkata mangsa yang hanya dikenali sebagai Vincent, dikatakan berasal dari Pulau Pinang dan bekerja di sini sejak sebulan lalu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Motif pembunuhan sedang disiasat.

- Bernama