Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"
26 Julai..
Zahid membuat kenyataan yang amat keliru dalam kontaks bernegara. Soal memberi peruntukan kepada rakyat samada di persekutuan atau negeri bukan ditemntukan oleh UMNO atau pemimpin UMNO dan rasanya hal ini amat jelas kepada semua rakyat kecuali pemimpin UMNO? Dari mana idea sebegini menjadi mindset kepada pemimpin UMNO? Setelah ikut ESQ pun masih berfikiran begini? Pak Ary Ginanjar tolong bagi bersihkan otak mereka dari UMNO atau bagi tambah keliru mereka ini? Seharusnya semakin mantap berkhidmat untuk negara dan rakyat jika faham rukun Iman yang 6 dan rukun Islam yang 5. Tapi ini sebaliknya. Ketemu pemimpin Israel dll setelah mengikuti ESQ? Pelik dan amat keliru fahaman ini? Rujuk Quran dan hadis seperti dalam training takkan jadi begini?
Saya rasa pihak JAKIM patut cek semula modul ESQ jika hasilnya menjauhkan pemimpin UMNO dari Islam atau memang pemimpin UMNO ambil pilih-pilih. Yang manis diambil dan yang pahit dibuang..
Nik Aziz perlu ikhlas - Zahid
KUALA LUMPUR 25 Julai - Kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membuka pintu kerjasama dengan kerajaan Pusat tidak boleh terhad dalam konteks untuk mendapatkan bantuan semata-mata.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya kesediaan berkenaan haruslah disertakan dengan keikhlasan termasuk keseimbangan antara kehendak pentadbiran dan politik.
''Jangan apabila mahu bantuan Persekutuan baru kata sila buka pintu tetapi apabila berbincang tentang agenda bersama, dia (Nik Aziz) tutup pintu.
''Pemimpin kena konsisten. Biar ikhlas, jangan ada agenda tersembunyi,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz hari ini yang bersedia menghulurkan tangan dengan kerajaan Pusat bagi menjaga kepentingan rakyat Kelantan.
Sementara itu menurut Ahmad Zahid, kerajaan Pusat dalam soal ini terbukti ikhlas membantu rakyat Kelantan walaupun negeri berkenaan diperintah Pas.
Katanya, keikhlasan itu bukan setakat pembinaan sekolah dan universiti malah lebih besar daripada itu dengan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sahaja, RM7.8 bilion diperuntukkan untuk pembangunan Kelantan.
''Kita (Barisan Nasional) banyak kali kalah pilihan raya di Kelantan dan pilihan raya kecil baru-baru ini pun kita kalah tetapi pernah kita tarik bantuan? Tak pernah tarik.
''Ertinya kita ikhlas membantu selama ini. Sekarang baguslah kalau Nik Abdul Aziz dapat cakap macam tu, tapi jangan lusa cakap lain pula. Kita dah lama kenal dia,'' jelasnya.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan meminta pemimpin mahasiswa Islam supaya menolak idealisme jumud sebaliknya terbuka menerima perbezaan pendapat.
Katanya, ini penting untuk membentuk umat Islam yang bersatu bagi mendepani cabaran yang lebih besar kerana dengan keterbukaan akan membolehkan tumpuan diberi kepada persamaan dan bukannya mencari perbezaan.
''Jangan kita anggap kita yang terbaik, orang lain tidak baik. Tidak mengapa kalau kita mahu terus berpegang dengan apa yang kita mahukan tetapi jangan sekali kita menolak pendapat orang lain. Biar kita berbeza pendapat secara beradab.
''Pengalaman saya di Lebanon dapat melihat bagaimana umat Arab di negara itu diporak-perandakan oleh bangsa Yahudi hanya kerana mereka menumpukan kepada perbezaan fahaman sedangkan ia hanyalah soal furuq (cabang).
HR9808: Bukan beza fahaman tetapi menjadi budak kepada kesalahfahaman tentang ISLAM.. Tak jauh beza dengan UMNO..salah faham tentang Islam..Duduk bersama boleh tetapi betulkan dulu fahaman sempit kebangsaan kepada fahaman Islam yang seluas langit dan bumi..!!!
''Kita mahu generasi Islam negara ini biar apa fahaman sekalipun tetapi apabila ada perkara yang melibatkan agenda bersama maka kita boleh duduk semeja mengenepikan perbezaan,'' katanya.