foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, June 11, 2009

JANGAN MASUK PERANGKAP UMNO BN..!!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

11 JUN

Selamatkan Malaysia dari cengkaman UMNO BN adalah denyut nadi majoriti rakyat Malaysia. Semalam satu sejarah tercatat di Perak di mana berkumpulnya lebih 100 ngo Perak yang mempunyai simpatisan melebihi 1 juta manusia. Dulu ianya mustahil tetapi sekarang ia menjadi realiti. Semoga dengan semangat ingin melihat Perak khasnya damai dan tenteram maka NGO sudah bertekad akan bergerak bersama dengan satu tujuan untuk mencari solusi terbaik buat rakyat Perak.

Di waktu yang sama polimik Kerajaan Perpaduan memuncak di media UMNO BN. NGO tetap terus prihatin dan tidak terusik langsung soal isu murahan yang di popularkan oleh UMNO BN. Jadi jelas NGO lebih matang dan tidak akan terperangkap lagi ke dalam karung politik UMNO BN. NGO terus menyeru agar rakyat terus bersama dalam satu langkah demi masa depan negara dan rakyat Malaysia.

June 10, 2009

MESYUARAT PERTAMA GABUNGAN NGO-NGO PERAK DI YMCA.

10 JUN
"Sejarah sering berulang tetapi penempa sejarah biasanya berbeza, sebanyak mungkin NGO turun ke Perak untuk bersama menjadi penempa bukan pencatit samata "

Krisis di Perak seperti tidak ada hujungnya maka beberapa NGO sebelum ini telah mengadakan beberapa siri perbincangan tidak rasmi bagi menghasilkan solusi terbaik khasnya buat rakyat negeri Perak. Alhamdulillah semalam kami telah berjaya berkumpul dan mencapai beberapa kesepakatan secara rasmi.


Tarikh: 10 Jun 2009

Tempat: YMCA Perak.

Jam: 8.00 – 10.00 malam

Hadir: 40 orang mewakili 100 NGO berdaftar dengan keahlian dan simpatisan melebihi 1,000,000 orang


Taklimat tentang Gabungan NGO – NGO negeri Perak oleh En. Megat. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan pandangan langsung dari rakyat Perak khasnya di kawasan empat Dun yang bermasalah. NGO selaku penggerak aktiviti masyarakat yang selama ini hanya melihat krisis terpanggil untuk berbuat sesuatu demi kebajikan rakyat. Dengan pendirian non partisan beliau mengharapkan agar semua pihak dapat memberi kerjasama samada dari BN atau PR. Hasil dari kajian yang akan diserahkan nanti ke pihak Sultan Perak dan para YB yang terlibat di negeri perak beliau sekali lagi berharap semua pihak dapat berlapang dada dan menerima dengan ikhlas. Ngo berkumpul pada malam ini adalah untuk bersama memahami tujuan ini dan bersama juga menggerakknya sehingga krisis di Perak selesai tuntas.


SU memperkenalkan AJK Gabungan NGO Perak kepada hadirin.

-Pengerusi: En. Megat dari ( JIM- NGO Islam)

-T.Pengerusi:En. Jayarash (Personal)

- N. Pengerusi: En Jeva (wakil dari NGO India)

- N. Pengerusi En Lee Yew Kzan (Personal )

- N. Pengerusi Zuhairah (Mesra - NGO Melayu)

- SU: En. Mustapa (Ikrar – NGO Islam)

- Bendahari: En. Nazri (Jamaei -gabungan NGO-NGO Islam Perak).

- AJK:

1. Alex (GASRA - gabungan beberapa NGO )

2. Mohd Firdaus (wakil NGO Melayu)

3. Raja Azlina (Mesra - NGO Melayu)

4. Saravanan (MINDA - NGO India)

5. Halimah Hamidun (Mesra – NGO Melayu)

6. T. Muniandi ( Minda – NGO India)

7. Nagesn (Makhal Sakhti- NGO India)

8. Hj Ahmad Osman (Perseri- NGO Islam)

9. Thangarajan (KBBT- NGO India)


10. Sreeramu (KBBT – NGO India)

11. Krishnan (Silambam - NGO India)

12. Lee (Kawan Karib Telugu- NGO India)

13. K h Sue Yeke ( Kaum China – NGO China)

14. K Ganesh (MIBA – NGO India)

15. Lee Yee T (Taiwan Graduates – NGO China)

16. Mohd Syukri ( JIM – NGO Islam)

17. A. Muruggiah (HYO- NGO India)

Bentuk /format kajian bagi solusi krisis di Perak sebulat suara menerima usul gabungan idea dari Nazri, Alex, Ganesh, Nagen dan Megat. Semua kaedah digunakan samada online (internet, sms,blog dan media elektronik) dalam empat bahasa dan offline (rumah ke rumah). Fokus kawasan kajian terbahagi kepada dua iaitu di (empat DUN )kawasan menggunakan kaedah offline (rumah ke rumah) dan online bagi seluruh negeri Perak.

Menentukan tarikh:
a. Kenyataan media bersama NGO-NGO Perak. Selepas 24 Jun 2009.
b. Penyerahan hasil kajian ke pihak Sultan Perak, YB Zambry dan YB Nizar selepas sebulan selepas PC.
c.Budget untuk projek ini diserahkan kepada keputusan mesyuarat komiti dan akaun bersama akan diwujudkan.
d.Mesyuarat akan datang pada 24 Jun 2009 dan tempat akan dinfo kemudian. Mesyuarat komiti akan diinfo dalam minggu depan.

Bersurai sekitar jam 10.30 malam.

Jika masih ada NGO Perak atau NGO yang diluar Perak yang ingin memberi khidmat sukarelawan sila hubungi:

SU: 012-3333825