IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
9 fEBR
Sejak zaman sekolah rendah lagi, rasa tidak yakin dengan UMNO telah muncul terutama apabila sering diingatkan oleh Tok Imam Din di masjid tentang betapa khhianatnya UMNO kepada Islam. Sekalipun dia dekat dengan UMNO dan agak jauh dengan pembangkang masa itu tapi pendiriannya jelas iaitu Islam sahaja yang mampu memimpin kerana sering beliau bacakan dalil dari Alquran tentang konsep kepimpinan sebagai seorang Muslim. Namun disayangkan masih ramai anak cucu dan muridnya tak faham dengan konteks yang beliau tekankan. Mungkin ada juga kesilapan beliau dalam memastikan anak muridnya supaya tidak berpaut kepada UMNO di saat akhir hayatnya. Pada hal Ramli Ngah Talib sering ketemu beliau masa itu dan bagi saya bila membaca pandangan Mufti Perak sekarang rasanya samalah dilemanya seorang alim yang berada dibawah pimpinan UMNO, BN dan raja yang sesat.
Apatah lagi jika ada gelaran, bila-bila masa boleh dihilangkan gelaran tersebut. UMNO akan gunakan cara ugut begini dan diangguk oleh para sultan yang sesat (sekali lagi saya ulangkan bahawa mereka sesat..sesat aqidah dan amalannya..). Sekalipun datuk saya dekat dengan pembesar di Perak tapi jiwa saya tidak pernah serasi dengan cara mereka mentadbir negeri Perak sejak zaman Sultan Idris lagi. Jika nak ditulis terlalu panjang tapi cukuplah dengan memberi ingatan kepada para pembesar negeri Perak termasuk sultan agar menhormati rakyat. Terus terang cara sultan menyelesaikan masalah di Perak adalah cara zaman feudal. Yang kuat, ada kuasa luar biasa dan hebat akan dihormati sekalipun tak layak. Saya dapat info dari allayarhamah opah saya yang nenek saya Habib Ali (Mantan Panglima Sultan di zaman Sultan Yusuf di Perak) adalah seorang yang amat taat dengan sultan. Beliau telah pertaruhkan nyawa untuk pertahankan negeri Perak..Tapi saya amat yakin jika begini kelakuan sultan terhadap rakyatnya dan beliau masih hidup..wallahi..dialah yang akan menjadi pemberontak paling depan. Ini adalah kerana taatnya dia masa itu kerana memahami konteks imam di Perak amat kena pada masa itu. Tapi jika dinilai dari sudut kekuatan fizikal dan spiritual sudah tentu Habib Ali melebihi dari para pembesar masa itu. Sayang pendekar seperti dia sudah tidak kelihatan lagi bahkan ramai anak cucunya juga tidak mewarisi keberaniaan dan kehebatan beliau. Salah satu sebabnya ialah kerana candu fulus, pangkat dan dunia.
Sekarang Allah datangkan NIzar untuk rakyat Perak, maka hebuhlah seluruh pelusuk negeri dan negara sehingga rekayasa dirancang bersama bagaimana untuk menjatuhkannya. Nizar adalah pendekar dan pemimpin yang mampu membuat para koruptor pening kepala. Maka ayuh sebagai penyokong PR..kita daulatkan rakyat dan kikis segala bentuk kezaliman samada dari pemimpin UMNO atau para raja. Masanya sudah tiba untuk kita gerakkan rakyat agar melihat realiti apakah para pemimpin di negara kita ini mementingkan rakyat atau perut deme?
Masa sudah tiba rakyat harus didaulatkan dan mampu menundukkan para raja dengan nilai sebenar yang mulia. Bukan hanya topeng acara resmi ketika solat Jumaat, solat hari raya atau Maulud Nabi. Raja-raja Melayu harus sedar bahawa akan sampai suatu ketika kamu semua akan dinilai oleh rakyat dan bukan suatu hal yang mustahil hak keistimewaan Raja-raja Melayu akan lenyap sama seperti di Indonesia. Sedarlah wahai raja, masanya akan tiba ketika mana pemimpin UMNO yang korup dan hilang intigriti akan diadili oleh rakyat dalam pihlihanraya nanti. Tidak ada siapapun yang boleh menyekat kekuatan gelombang rakyat sekalipun ianya cuba disekat oleh kuasa kuku besi dan ISA.
Mungkin Nizar atau beberapa pemimpin PR akan ke ISA, tapi gelombang rakyat akan terus bergerak dan membesar. Khairi atau bapak gensgster manapun akan hanyut!! Ayuh mari kita tadahkan tangan setinggi-tingginya ke langit agar para pemimpin yang berjiwa rakyat dipermudahkan oleh Allah untuk mengambil alih Malaysia dari tangan-tangan besi UMNO, BN dan Raja-raja Melayu. Dulu mungkin kita kata alah raja dia tak kisah hal politik tapi dari insiden di Perak, kita sudah jelas bahawa Raja-raja Melayu tidak akan mendokong rakyat yang mahukan keadilan dan kesejahteraan. Mereka mahu keselesaan yang mereka peroleh dari negeri ini dilahap sampai bila-bila. Hasbunallah, wani'mal wakil....Allah sahaja tempat kita mengadu dan meminta..Perkenankan ya Allah!!!!
Artikel:Nizar bakal dikenakan ISA, lucut gelaran Dato' Seri
Hermansamsudeen Tue | Feb 10, 09 | 2:30:11 pm MYT | ||||||||||||||||
"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan." "Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan. Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang semalam Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan di bawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berada disebelah beliau. Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Dato' Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan. Begitulah permintaan dan kehendak pemimpin Umno yang kini sudah kehabisan modal untuk menghapuskan pengaruh besar Nizar di Perak. Umno harus memahami bahawa kebangkitan rakyat Perak untuk membela Nizar dan Pakatan Rakyat adalah disebabkan oleh tindakan biadap Umno pada rakyat. Umno memainkan politik perkauman, menafikan hak kaum lain untuk mendapatkan layanan adil. Walhal Kerajaan Pakatan menjalankan tugas mereka dengan memberikan bantuan pada semua rakyat yang miskin dan tidak terbela tanpa mengira kaum. Ini berbeza dengan BN yang mengambil untung atas angin melalui program mengkayakan individu tertentu sahaja. Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi. Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah. Ini sekaligus akan memberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk Pakatan meraih sokongan khususnya Pas yang banyak berhadapan dengan Umno dikebanyakkan kerusi DUN dan Parlimen. Rakyat kini jelas bahawa ISA adalah senjata terakhir BN untuk menzalimi lawannya. Maka jika itu yang mereka ingin lakukan, laksanakanlah. Pemimpin Pas tidak takut kerana kami diajar bahawa penjara itu adalah tempat kami beruzla dan mengumpulkan kekuatan. Mati itu cita-cita tertinggi kami. Kepada ahli PAS dan Pakatan Rakyat diminta untuk bertenang dan tidak bertindak sembarangan. Kita ada pimpinan, dengar arahan mereka. Apa jua yang berlaku kita serahkan pada Allah. - azm _
|