foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, June 29, 2008

KENYATAAN MEDIA .".ANWAR DIFITNAH LAGI" ...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

30 Jun

Isu Anwar jadikan hening pagi Ahad 'gempar'

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Jul 02, 08 2:34:38 pm MYT
Hening pagi Ahad (29 Jun) seluruh Malaysia terganggu dan tersentak terutama kepada yang mengikuti laporan-laporan akhbar internet seawal pagi dimana hampir semua ahbar sesawang melaporkan satu lagi tuduhan 'liwat' terhadap Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. -->
Harakahdaily, Malaysiakini, Agendadaily, Malaysia-today dan sebagainya melaporkan isu yang sama, adanya laporan polis dibuat seorang pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar.
Rakan penulis yang menunggu di Hotel Quality di Shah Alam sejak malam 28 Jun selepas program ISA di sana menyatakan bahawa suasana perkarangan hotel cukup gamat dengan kehadiran para wartawan serta penyokong Anwar yang berkumpul sejak jam 1.00 pagi lagi.
Tunggu Anwar
Semuanya ternanti-nanti kelibat Anwar yang dikatakan akan menjelaskan keadaan sebenar terhadap tuduhan liwat yang dihadapinya.
Sms mula bergerak ke seluruh telefon bimbit para pendokong reformasi yang menjadikan awal pagi Ahad di Hotel Quality seperti pesta.
Pendukung-pendukung utama dalam saf Anwar seperti Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali. Mustaffa Kamil Ayub dan Sivarasa Rasiah; peguam Sankara N.Nair; Tan Sri Khalid Ibrahim; Tian Chua; Fuziah Salleh; dan kelompok reformis 1998 mula berkumpul.
Cuma yang tiada di kalangan kelompok muda yang mendukung perjuangan membela Anwar sewaktu 'tragedi 1998' hanyalah, bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Noor; Lokman Noor Adam; Roslam Kassim; Hanafiah Man; Ghani Haroon dan Zahid Hamidi.
Anak muda yang ada seperti, Mustafa Mansoor; Badrul Hisham Shaharin; Ramlan Roes; dan beberapa nama lain lagi masih setia dengan perjuangan 'reformasi'.
Detik jam 8.00 pagi sesungguhnya mengejutkan para penyokong Anwar yang berjaga sejak awal pagi di hotel tersebut kerana dua buah kereta polis berhenti di perkarangan hotel kira-kira 10 minit.
Para jurugambar dan wartawan bergegas ke lobi hotel untuk mengetahui perkembangan kerana sebelum itu ada sms yang menyatakan bahawa Anwar bakal ditahan kerana laporan polis itu.
Tiada peristiwa besar
Malangnya semua sangkaan itu meleset, peristiwa besar yang dijangka berlaku pada pagi itu tidak menjadi, sebaliknya polis beredar dari hotel itu tanpa sebarang aksi yang dinanti lensa kamera jurugambar.
Jam 9.00 pagi, para wartawan dan jurugambar masih setia menanti di lobi hotel kerana mereka dikhabarkan bahawa Anwar akan mengadakan sidang medianya pada jam 12.00, namun penulis terlebih dahulu dapat menghidu kemungkinan Anwar tidak akan menghadiri sidang media itu.

Telefon di tangan penulis berdering, tertera dikaca telefon nama Bard (Badrul Hisham Shaharin) yang menghubungi penulis menyatakan bahawa Anwar telah dipindahkan.
Sah, laporan selepas itu mengesahkan apa yang dikatakan Badrul Hisham itu benar kerana Anwar dikatakan telah keluar dari hotel itu jam 6.00 pagi untuk ke Kedutaan Turki bagi mendapatkan perlindungan di sana atas dasar keselamatan.
Azmin yang bercakap mengenai hal yang sama selepas diajukan soalan oleh wartawan turut menyatakan sedemikian, Anwar dibawa ke kedutaan tersebut atas kebimbangan keselamatannya.
Keselamatan Anwar
Dakwaan bahawa Anwar akan dibunuh mula berlegar, malah dalam Sidang Media yang dipengerusikan oleh Syed Husian pada jam 1.00 petang di hotel yang sama turut menyatakan nyawa Anwar dalam bahaya.
Tersentak dengan dakwaan itu, para wartawan mendapatkan ulasan Syed Husin samada dakwaan itu berkaitan dengan satu konspirasi seperti yang dinyatakan Anwar dalam satu kenyataannya yang dibacakan Sivarasa dalam sidang media sebelum itu (1.30 pagi).
Lensa kamera dan alat rakam para wartawan sekali lagi digemparkan dengan kenyataan Presiden KeADILan, Datin Seri Dr wan Azizah Wan Ismail yang mendedahkan siapa sebenarnya pengadu yang mendakwa di liwat Anwar.
Wan Azizah menunjukkan gambar Saiful Bukhari bersama seorang pegawai kanan Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof yang diterimanya melalui MMS.
Seperti pancaran kilat 'flash' kamera bergerak, lensa kamera meneropong tepat gambar yang didedah Wan Azizah sementara para wartawan tak henti menanyakan siapakan pemuda dalam gambar bersama Saiful Bukhari itu.
Presiden KeADILan dengan nada yang cukup resah berbaur kecewa melahirkan rasa bimbangnya terhadap tuduhan ini yang didakwanya bertujuan menjatuhkan Anwar.

Kelibat Nurul Izzah
Baginya, kini keselamatan Anwar lebih penting kerana beliau mempercayai wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan dan mengancam keselamatan Anwar.
Dalam kerancakan soalan bertubi dilayangkan wartawan kepada Wan Azizah, wajah puteri reformasi, Nurul Izzah Anwar yang duduk di belakang wan Azizah 'cemas' namun nampak tabah sesekali memegang erat adik-adiknya (Nurul Nuha dan dua lagi) yang dahulunya sewaktu 'Tragedi 1998' masih kecil.
Badrul Hisham yang duduk di antara Nurul Izzah dan suami Nurul sesekali memerhatikan pergerakan setiap individu yang berada dalam bilik sidang media tersebut.
Suasana kelam kabut turut mencemaskan keadaan apabila adanya adegan tolak menolak antara wartawan dengan jurugambar kerana masing-masing mahu mendapatkan posisi sesuai dalam sidang ,edia tersebut.
Malah sejurus selesainya sidang media tersebut, berlaku lagi kekecohan apabila wartawan mula menyerbu Wan Azizah bagi mendapatkan 'scoop', malangnya semuanya hampa kerana Wan Azizah dan keluarga dibawa pergi oleh pengawal keselamatan peribadi mereka ke tempat yang lain.
Seketika selepas itu, para pimpinan KeADILan dilihat mula dikerumuni para wartawan yang mahu membuat 'follow up' terhadap apa yang dibicarakan dalam sidang media tersebut.
Laungan reformasi sekali lagi bergema
Di luar bilik sidang media, para penyokong KeADILan mula menempikan launngan keramat mereka 'reformasi' sejurus selepas melihat Wan Azizah keluar dari bilik sidang media.
Tian Chua pantas mengambil posisi selaku Ketua Penerangan dan aktivis dengan memberi syarahan umum di bahagian kanan tangga berhadapan pintu masuk ke lobi hotel tersebut.
Syarahannya cukup kuat kali ini walaupun tanpa bantuan 'pembesar suara' dan nadanya menampakkan beliau marah dengan tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar.
Para penyokong mula menempiakkan lagi laungan reformasi diselangi dengan laungan takbir 'Allahhuakbar', nampak seperti tanda sejarah 1998 akan berulang.
Jam di tangan menunjukkan 3.00 petang, penulis ketika itu bersama jurufoto, Wan Zahari Wan Salleh dan bekas wartawan Harakah, Ismail Hashim mula membelek komputer riba untuk mencatat perjalanan sidang media bagi tatapan pengunjung Harakahdaily.
Sejurus selepas siap berita ditulis dan dimasukkan ke laman sesawang Harakahdaily.net, penulis bersama Wan Zahari menggerakkan langkah ke Pejabat dan kemudian ke Kedutaan Turki dimana tempat Anwar dikatakan berlindung.
Suasana di hadapan Kedutaan Turki di Jalan U-Thant kedutaan agak penuh dengan kelibat penyokong Anwar dan tak kurang juga dengan pegawai polis serta FRU yang mengawal.
Seperti biasa, para pegawai cawangan khas (SB) mula menjalankan siasatan mereka dengan berlagak seperti penyokong Anwar bertanyakan banyak hal mengenai isu Anwar dan kemungkinan yang akan berlaku.
Jam menunjukkan 7.30 malam, hujan masih berterusan membasahi tubuh penulis, kalangan penyokong Anwar mula pulang satu persatu kerana tiadanya riak risik akan adanya sesuatu perkara besar yang mungkin berlaku malan itu.
Penulis mengambil keputusan untuk pulang ke pejabat meneruskan laporan untuk tatapan pengunjung Harakahdaily, dan sejurus selepas menyelesaikan tugasan, penulis pulang ke rumah.
Dalam bas, ramai penumpang yang mula membualkan perihal dakwaan liwat terhadap Anwar, sementara telefon bimbit penulis tak henti dari menerima hujanan pertanyaan mengenai isu Anwar.
Kecamuk
Isnin petang, Anwar dilaporkan keluar dari 'persembunyiannya' di Kedutaan Turki dan kelibatnya sempat dirakam dalam lensa kamera para petugas media.
Penulis membayangkan, isu membabitkan Anwar kali ini lebih merumitkan kerana ia berlaku tatkala suasana negara berkecamuk dengan politik caca merba.
Perang dalaman Umno belum reda, perang antara Pakatan Rakyat dengan BN belum mencapai 'climaks'; perang dalaman parti-parti di Sabah dengan BN belum mencapai jalan damai; sementara isu perakuan Raja Petra Kamarauddin dalam kes Altantuya Shaariibuu memeningkan kelompok yang dikaitkan;
Masalah 'tidur' dan 'lena' Abdullah; masalah kenaikan harga minyak; isu gaji minimum, Pulau Batu Putih yang berputih mata; isu rasuah dan sebagainya yang semuanya memeningkan kepala setiap insan di Malaysia ini.
Malangnya rakyat dihidangkan sekali lagi dengan dakwaan yang disifatkan Anwar sebagai satu rekaan semata-mata.
Apa yang terbayang di kotak pemikiran penulis, apakah tragedi 1998 yang mana himpunan jalanan bakal berlaku sekali lagi dan episod kali ini ditambah dengan rencah kemarahan rakyat terhadap dasar 'kerajaan tiga beranak'.
Namun detik itu masih belum berlaku hingga kini, Anwar sendiri yang bimbang dengan keselamatannya keluar juga akhirnya dari persembunyiannya di Kedutaan Turki untuk membuat laporan polis serta saman terhadap pihak yang menuduhnya meliwat.
Satu perkara yang cukup disebut umum, apakah akan berlaku tangkapan terhadap Anwar jika hasil siasatan (walau dalam apa keadaan sekalipun) kelak nanti didedahkan, atau pun isu ini akan habis dengan Saiful Bukhari menarik kembali laporan yang dibuatnya itu.
Sama-sama kita nantikan.... _


Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi
Harakahdaily
Mon Jun 30, 08 6:38:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.

Image Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.

Image Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu.

Daripada gambar-gambar yang diedarkan, mencetuskan persoalan apakah wujud satu lagi teori konspirasi membabitkan pihak tertinggi dalam negara, yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej politik Anwar Ibrahim.

Ianya juga jelas menunjukkan seolah-olahnya ianya suatu bentuk 'retaliation' pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar yang semakin hampir membentuk Kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Dalam kenyataannya awal pagi semalam, Anwar menegaskan:

Image "Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata.

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.

Image Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam).

Sementara itu Anwar dilaporkan sedang berlindung di Kedutaan Turki kerana ancaman bunuh yang diterima beliau.

Hari ini Parti KeADILan Rakyat akan menganjurkan perhimpunan solidariti di Bangunan Parlimen pada jam 1 tengahari. - mr _

Sehubungan dengan itu kami membuat kenyataan di bawah:

KENYATAAN MEDIA

"ANWAR DIFITNAH LAGI"

Kami adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang bergabung di bawah IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat) ingin menyatakan bahawa kami merasa amat malu dengan pemimpin UMNO yang kononnya beragama Islam yang sanggup sekali lagi mengulang tuduhan palsu yang sama terhadap salah seorang pemimpin rakyat yang disukai rakyat. Pada tahun 1998 DSAI, keluarga dan seluruh pemimpin rakyat yang cintakan keadilan, kebenaran dan membenci kezaliman telah dimalukan oleh pemimpin UMNO masa iaitu Dr. Mahathir dan sekarang berulang lagi.

Mereka sebenarnya sudah jauh sekali dari Islam, adat sopan budaya Melayu dan nilai-nilai mulia sebagai seorang insan. Pendekatan politik yang hina sekali lagi digunapakai untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka. Mereka benar-benar sudah hilang nilai diri dan semakin jauh dari agama mereka dan agama nenek moyang mereka. Agama mereka adalah KUASA dan tuhan mereka adalah NAFSU. Mereka sembah NAFSU dan mereka akan buat apa saja asalkan mereka dapat terus BERKUASA.

IKRAR mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan dan tuduhan yang hina ini serta ingin mengajak seluruh rakyat menadah tangan ke langit sambil berdoa. " Ya Allah, Engkau yang Maha Agung dan Maha Berkuasa, ampunkan dosa kami dan dosa pemimpin-pemimpin kami, Engkau yang Maha Tahu segalanya, humbankan rasa hina dan gelisah kepada mereka yang bersama dalam konspirasi ini, porak perandakan perancangan mereka dan hancurluluhkan seluruh KERAJAAN ZALIM MEREKA dan gantikan dengan KERAJAAN BARU YANG ADIL BUAT RAKYAT SEMUA.!! HANCURKANLAH YA ALLAH 3 x !!! Bacakan di seluruh masjid di tanah air !!!

KEPADA SIPENDURJANA RAKYAT, ini mesej dan amaran jelas kepada KAMU semua yang terlibat, kamu boleh buat apa sahaja yang kamu inginkan tapi ingat kamu juga adalah manusia seperti kami.!! Nyawa kamu juga satu dan tempat kembali kita juga sama. Buatlah apa yang kamu suka tapi kami bukan bodoh seperti sebelumnya..Ayuh...bertarunglah kamu dengan KEBENARAN DAN kami yakin kamu akan KALAH sekalipun balatentera gagah bersama kamu kerana KEBENARAN adalah hakikat sebuah kekuatan. Kami serahkan nasib kami dan pemimpin kami DSAI kepada Allah yang menciptakan kami dan kamu. Kami yakin ALLAH senantiasa bersama dengan kebenaran dan kamu pasti kecundang dengan kebenaran.

KAMI AKAN TERUS MENGAJAK SEMUA RAKYAT BERSAMA DALAM SIRI BANTAHAN KEZALIMAN INI DI SELURUH MALAYSIA DAN MEMASTIKAN 6 JULY LEBIH SEJUTA RAKYAT TURUN DI JALAN MEMBUAT PROTES.

Disediakan:

Mustapa Mansor
Pengerusi IKRAR




PEACE WALK YANG TAK AMAN...dan FITNAH LAGI TERHADAP ANWAR....?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28 JUN.
Seperti dirancang kami berjalan dari beberapa arah menuju ke Sogo. Sepanjang jalan laungan dan seruan kepada rakyat agar turun ke perhimpunan PROTES SEJUTA RAKYAT di PJ mendapat sambutan dari seluruh rakyat samada yang berkenderaan atau berjalan kaki. INi mesej kami dan inilah seruan kami...kemudian polis ajak bergaduh rampas banting dan ugut dengan bermacam ayat kasar seperti budak tak pernah ke sekolah..Maaf kami tak faham bahasa seperti itu sebab hampir kebanyakan yang ikut serta adalah anak muda terpelajar dan mereka sedar betapa rendahnya kesedaran polis tentang nasib rakyat hasil dari kenaikan harga minyak.

Polis Mengganas! Pengerusi IKRAR ditangkap!

Polis mula tahan peserta himpunan di Sogo
Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Jun 28, 08 | 4:55:14 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pihak berkuasa polis bertindak menahan enam peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo.–>ImageKeadaan kini semakin kecoh apabila polis dan FRU bertindak menghalang perarakan aman tersebut yang kini sedang melewati jalan raya di hadapan Sogo.Mereka yang ditahan adalah kelompok himpunan yang berarak dari berbagai lokasi yang mula berarak sejak jam 3.00 petang tadi.

Mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan ‘Bob’ juga ahli AIC. Mereka kini dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan.

Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut.

Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari.

ImagePihak SB tersebut meminta Wan Zahari agar menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya.

Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.

Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti.

Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk).

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

ImageSelain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo.

Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah.

Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini.

Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta.

ImageUjarnya, tindakan yang dibuat polis secara tiba-tiba ini amat mengecwakan malah melambangkan betapa pasukan polis tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun.

Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun.

Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut./wann _



Bertemu dua pasukan demo yang dari The Mall yang diketuai oleh Sdr Hidir..SU IKRAR dan beberapa anak AIC termasuk vice presidentnya Marini di Junction Mall. Hidir terus melaungkan ajakan dan tiba di depan Pertama Kompleks kelihatan ribuan rakyat yang sedang menanti mendengar ucapan dari Mr. Bubu AMK Bandar Tun Razak dan Mad Zaman AMK WP..Kelihatan juga sebaris pasukan polis yang telah bersiap sedia sejak pagi di depan Sogo bergerak ke arah kami. Healer cuba dirampas dan kami mula bergelut sehingga dapat kami selamatkan healer tersebut. Kami minta izin agar dapat bercakap sedikit sebelum bersurai tapi polis dah boring lalu setelah Zul bercakap polis rempuh, pukul, ramas, tarik baju dan sebagainya hingga beliau terjatuh ke lantai.

Sunday June 29, 2008

Walk turns ugly after police intervene

KUALA LUMPUR: A protest walk organised by the People’s Movement Against Oil Manipulation (Geramm) yesterday turned ugly after police used force to disperse the group.

From 3pm, two groups gathered at Putra World Trade Centre and Plaza Bukit Bintang en route to the Sogo shopping complex where they planned to congregate in protest against the fuel price hikes.

Face-off with cops: Keadilan Youth (central) secretary Zulfiqar Ali Ariffin (centre) and Ikatan Kebajikan Rakyat chairman Mustapa Mansor (wearing hat) speaking to the police during the Geramm walk in Kuala Lumpur yesterday. Four men, including Zulfiqar and Mustapa, were detained for investigation.

Wearing red shirts with the words “Geramm” the groups made stops along major roads in the city, distributing pamphlets and rallying onlookers in the process.

Their intent was to create awareness of a planned gathering at Padang Timur opposite Amcorp Mall in Petaling Jaya, scheduled to take place on July 6 with an ambitious one million attendees.

A small scuffle broke out, however, at 4.30pm when the police tried to confiscate banners and a loudspeaker from the two groups that had then gathered at Pasaraya KK, near Sogo.

They had been barred from going near the shopping complex by a heavy Federal Reserve Unit presence.

Dang Wangi OCPD Asst Comm Zulkarnain Abdul Rahman said the groups had responded with force when the police were carrying out their duties.

He said they had detained four men from the group for unlawful gathering.

He also advised the public not to take part in the gathering on July 6 as it was an illegal event.

The crowd dispersed by late evening and no further incident was reported.

Geramm, a coalition of 10 non-governmental organisations and three political parties, had undertaken various road shows throughout the country to voice discontent over the 78-sen increase in petrol prices.

The movement is also in the process of gathering one million signatures on a petition that is expected to be brought up in Parliament on July 7 by Pakatan Rakyat MPs, one day after the massive gathering in Petaling Jaya.


Saya cuba bantu dan beberapa anggota polis datang menggari. Saya terus dibawa ke Balai Polis H. S Lee jalan Stadium. Biasalah...kami semua mula 3 orang kemudian tambah 2 dan 1 sehingga berjumlah 6 orang. Proses biasa di lokap...dan keluar jam 11 malam..

Lima peserta “peace walk” anjuran GERAMM telah ditahan petang ini. Mereka berada di Balai Polis Dang Wang untuk siasatan lanjut. Berikutan itu satu perhimpunan pada malam ini dihadapan Balai Polis Dang Wangi akan diadakan dan meminta orang ramai turut serta dalam perhimpunan untuk membebaskan kembali peserta-peserta.

Dalam laporan berkaitan, beberapa peserta yang ditahan mendakwa telah didera oleh polis dengan kesan lebam dan bengkak yang ketara. Gambar-gambar sempat dihantar kepada pihak media GERAMM sebagai membuktikan kekejaman polis dalam menangani peserta “perjalanan aman”.

Di dalam Lokap Balai Dang Wangi

Kesan dipukul.

Event: Peace walk by GERAMM (www.geramm.org) regarding the new fuel price
Venue: Sogo (Last station of the peace walk)
Time: 3pm, but they reached there at a much later time.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada MP Wangsa Maju, Ketua AMK Pusat, AMK WP dan sdr-sdr yang lain yang turut serta membantu selesaikan urusan dengan pihak polis. Semoga Allah menerima amal sdr semua..

Kami bergerak ke Shah Alam setelah mendengar info yang amat meresahkan rakyat...

Sampailah ke pagi dan petang kami bertemu di Kedutaan Turki. Kami sedar..ini adalah konspirasi dan amat jijik serta memalukan. UMNO-BN memang jijik untuk kita angkat mereka sebagai pemimpin negara ini. Mereka sudah hilang kendali dan makin gila. Inilah akibat dari sebuah kerajaan yang terdesak. Terdesak semua dan segalanya. Jadi kami bersetuju dengan tindakan DSAI selamatkan diri terlebih dahulu kerana mereka adalah golongan gila yang akan buat apa sahaja asalkan apa yang mereka ada dapat diselamatkan.

Saya malu dengan pemimpin Melayu yang kononya beragama Islam? Mereka jauh sekali dari Islam dan sesat dalam hidup. Mereka tidak tahu diri dan semakin jauh dari agama mereka dan agama nenek moyang mereka. Agama mereka sekarang adalah KUASA. Mereka sembah KUASA dan mereka akan buat apa saja asalkan mereka dapat terus berkuasa.

IKRAR mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan dan tuduhan yang hina ini serta ingin mengajak seluruh rakyat menadah tangan ke langit sambil berdoa. " Ya Allah, engkau yang maha agung dan maha berkuasa, ampunkan dosa kami dan dosa yang memfitnah pemimpin kami, engkau yang maha tahu segalanya, humbankan rasa hina dan gelisah kepada mereka yang bersama dalam konspirasi ini, porak perandakan kesepakatan mereka dan hancurluluhkan seluruh KERAJAAN ZALIM YANG MEREKA ada.!! HANCURKANLAH YA ALLAH!!!

Ini mesej dan amaran jelas kepada semua yang terlibat, kamu boleh buat apa sahaja yang kamu inginkan tapi ingat kamu juga dalah manusia seperti kami.!! Nyawa kamu juga satu dan tempat kembali kita juga sama. Buatlah apa yang kamu suka tapi kami bukan bodoh seperti sebelumnya..Ayuh...bertarunglah kamu dengan KEBENARAN DAN kami yakin kamu akan KALAH DENGAN KEBENARAN kerana KEBENARAN adalah hakikat sebuah kekuatan.

Isu Anwar, orang ramai mula berkumpul beri sokongan
Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Jun 29, 08 | 10:53:32 am MYT

SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Orang ramai yang terkejut dengan laporan dan sms yang tersebar mengenai sebarang kemungkinan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mula membanjiri perkarangan sebuah hotel di dekat sini.

ImageSejak pagi tadi, para penyokong mula menghebahkan laporan itu melalui sms dan ada yang meminta rakan-rakan mereka untuk segera ke hotel tersebut bagi memberi sokongan kepada Anwar.

Ia berikutan satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari mengenai dakwaan telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Ahli majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin menyatakan bahawa pihak KeADILan belum membuat apa-apa keputusan sementara waktu.

Namun beliau mahu rakyat dan penyokong Anwar turun beramai-ramai di hotel ini bagi menyatakan sokongan kepada Anwar jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Kita tak sempat nak himpunkan rakyat, tetapi harap rakyat dapat turun segera bagi menyatakan sokongan moral kepada Anwar," ujarnya.

Setakat berita ini ditulis, Anwar masih belum memulakan sidang media untuk menyatakan kedudukan terkini mengenai isu membabitkannya. _


Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Jun 29, 08 | 2:13:55 pm MYT

SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

ImageGambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin.

Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar.

Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

ImageSumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu.

ImageMengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Sehingga tengah malam info dari teman-teman media..esuk semua akan ke Parlimen jam 1 petang dan laporan Polis dibuat atas tuduhan di atas.