foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan
Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Friday, September 19, 2008

PR WAJAR MENDESAK KERAJAAN BN BERUNDUR..DEMI RAKYAT...!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

18/19 SEPT

Sudah sampai masanya PR mempergunakan kaedah mendesak secara terbuka kepada Pimpinan BN yang dengan jelas cuba mempermainkan keinginan rakyat terbanyak. Pak Lah, Najib dan kunucu-kuncu BN bukan sahaja dilihat sebagai jamaah diktator bahkan kedungunan mereka makin terserlah. Rakyat semakin muak dengan info media dan berita ala komunis di TV pemerintah tidak mustahil akan memunculkan rasa benci yang mencuat kepada tekad menumbangkan kerajaan BN seperti yang telah terjadi di Thailand. Apakah ini yang diinginkan oleh pemimpin Melayu UMNO dan BN sehingga sanggup mengurbankan beberapa jiwa terlebih dahulu demi mempertahankan kuasa??
Rakyat tahu, Pak Lah sebenarnya sudah tidak berdaya lagi tapi anak menantu dan kroni kata jangan berhenti kerana projek baru sain aje, begitu juga dengan Najib dll. Semuanya sudah tidak dapat tidur dan sudah gila...
Rakyat pasti mendokong apa sahaja yang dilakukan oleh PR ...teruskan..!!



Usul undi tidak percaya kepada PM
Dato' Seri Anwar Ibrahim Fri Sep 19, 08 11:00:37 am MYT
Hari ini (18 September) pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul "Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau" dan persidangan tersebut perlu dilaksanakan tidak lewat dari hari Selasa 23hb September 2008.

Gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa.
Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.
Tindakan YAB Perdana Menteri untuk bermain-main dengan istilah serta bahasa yang terkandung di dalam surat kami yang pertama, hanya memperlihatkan kepada rakyat jawapan yang tidak matang.
Hasrat pertemuan yang dinyatakan di dalam surat tersebut sangat jelas, iaitu untuk membincangkan hala tuju kepimpinan negara- dengan mengambil kira kedudukan dan posisi beliau, kami telah mengambil satu jalan yang berhemah.
Saya mendapati komen Perdana Menteri terhadap saya sewaktu sidang media semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai terutamanya selepas penangkapan beberapa individu di bawah ISA pada hari Jumaat lepas.
Beliau telah mencampur-adukkan isu yang sebenar, iaitu isu demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang dengan isu keselamatan negara.
Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengganggu serta menahan ahli politik yang berseberangan dengan parti pemerintah merupakan satu pelanggaran undang-undang yang nyata.
Penggunaannya yang berterusan pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa.
Perdana Menteri ternyata mengabaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup untuk melanggar batas-batas Kuasa Eksekutif yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat menampakkan sikap seorang diktator yang degil untuk terus berkuasa dan menghampakan harapan rakyat.
Sebagai seorang Perdana Menteri yang masih berada di tampuk kekuasaan dan sebagai bekas Menteri Kewangan, kami akan memastikan beliau bertanggungjawab terhadap situasi politik semasa dan salah urus ekonomi negara.
Tuduhan beliau bahawa saya yang menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat sangat tidak berasas.
Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara.
Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008.

ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. - mr_

Pakatan Rakyat desak adakan sidang tergempar parlimen
Irwan Muhammad Zain Foto Nasir Sudin Thu Sep 18, 08 4:04:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar parlimen untuk membahaskan usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran beliau.
Image
Sidang tergempar itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Selasa depan (23 September 2008).
Desakan tersebut dibuat bersesuaian dengan Peraturan 11(3) Parlimen yang membolehkan sidang tergempar itu diadakan berdasarkan keadaan politik semasa.
Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Perihal mengutuskan surat kepada Perdana Menteri itu disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan dua hari selepas tarikh yang diuar-uarkan oleh beliau untuk mengambil alih kerajaan pusat.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan beberapa pemimpin lain. - mns_


Tuesday, September 16, 2008

MALAM YANG AMAT BERERTI BUAT SEMUA..." MALAYSIA BARU.."

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15/16 SEPT

Berada di tengah ribuan manusia dengan kibaran bendera kecil Malaysia memberi ransangan luar biasa kepada semangat cintakan negara. Berbagai bangsa berkumpul ada yang berdiri dan juga yang duduk tetap segar bersemangat menunggu detik pengisytiharan dari DSAI tentang tanggal keramat 16 Sept. Suasana selepas solat tarawikh makin hangat apabila para pemimpin PR seorang demi seorang memberi ucapan. Yang paling menarik ialah ucapan dari Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dengan telo China Melayu Malaysia beliau mengungkap kalimat dengan penuh semangat ...termasuk semangat ketakwaan juga..Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua..!!!

Apa pun yang digambarkan oleh BN dan medianya...sambutan rakyat tetap ada..


Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan - Anwar

Harakahdaily Foto Nasir Sudin Tue Sep 16, 08 8:30:26 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) -Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Image
Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.
Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.
Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.
Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.
Image
"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali. - mks.

Zaid kekal letak jawatan

16/09/2008 3:16pm

Reaksi... Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, pada sidang media mengumumkan perletakan jawatannya bermula hari ini dipejabatnya, diPutrajaya
PUTRAJAYA 16 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim menegaskan keputusan meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kekal walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad ada meminta beliau supaya memikir semula keputusan itu.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi kebaikan semua pihak termasuk kerajaan, UMNO dan Perdana Menteri.
``Walaupun Perdana Menteri cadang saya cuti, saya ucap terima kasih. Saya tidak letih. Saya hanya kecewa,'' katanya pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di sini hari

hr9808- pELIK TAPI BENAR..INILAH KALI PERTAMA uTUSAN MEMBERI LIPUTAN AGAK FAIR KEPADA APA YANG DIUCAPKAN ANWAR...eluklah tu...beralih kapal pula...!!!

Anwar mahu berunding

PETALING JAYA 15 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan, rundingan itu bagi memastikan peralihan kerajaan berlaku secara aman.
Beliau berkata, pembangkang sudah mempunyai Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Malah, katanya, beliau serta pemimpin Pas dan DAP menghantar surat kepada Abdullah hari ini meminta diadakan satu pertemuan segera mengenai isu itu.
''Saya memberi masa dua minggu kepada Abdullah untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran ini atau tidak.
''Kita ingin adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bertujuan berbincang untuk peralihan kuasa secara aman dan tenteram selain membebaskan tahanan politik
,'' katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia Ke-45 anjuran pakatan pembangkang yang dihadiri kira-kira 10,000 orang, di sini malam ini.

Program di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya bermula pada pukul 7 malam dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih.
Anwar berkata, beliau tidak bercadang mengheret ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ingin berpaling tadah ke pejabatnya esok semata-mata bagi membolehkan beliau menubuhkan kerajaan seperti dijanjikan pada 16 September.
Beliau juga berkata, sejuta Jalur Gemilang akan dikibarkan dari Sabah sehingga ke Perlis mulai esok sebagai tanda rakyat inginkan perubahan.

Dalam pada itu, Anwar turut berjanji akan mengumumkan berita baik dalam beberapa hari lagi untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai menghargai beliau yang telah meletak jawatan disebabkan tidak berpuas hati dengan penangkapan ketiga-tiga individu terbabit.
Pada Jumaat lalu, kerajaan menahan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang dipercayai terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang kelmarin.

Monday, September 1, 2008

16 SEPT MENJADI TOPIK HANGAT DI PARLIMEN HINGGA KE CERUK DAPUR...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

2/3 SEPT

Malam pertama selepas Tarawikh sempat mengundang beberapa orang teman bertemu dan berbincang soal persediaan selepas kemenangan DSAI. Alhamdulillah semua yang diundang datang dan hampir 2 jam duduk sambil minum leng ci kang sebelah petronas jalan Gombak.

Ada suatu hal yang menjadi kekhuatiran hampir semua teman yang datang ialah tentang DSAI akan dipanggil ke mahkamah pada 10 Sept. Apakah ini boleh menjadi salah satu penghalang untuk beliau ke Putrajaya? Lama juga merenung kerana selama ini BN sudah terkenal dengan kejahatan perancangan mereka dan apatah lagi di saat sekarang kerajaan baru akan wujud dan mereka yang berkepentingan hampir 50 tahun akan bersatu dalam satu gerakan menghentikan kemaraan DSAI. Realitinya bukan mudah dan mereka akan pergunakan bermacam cara untuk menyekat laluan ini. Soal halal atau haram tidak peduli lagi kerana sebelum ini juga sama. Lebih parah lagi semua konspirator turut serta dalam gerakan ini termasuk Mahathir.

Setelah selesai minum dan berbincang..kami bersurai dengan harapan dan doa agar perancangan jahat BN hancur dan Allah permudahkanlah PR...!!!

Jadi apakah yang boleh rakyat lakukan?

1. Secara mudah kita perlukan dokongan dari Yang Di Pertuan Agung kerana segalanya tanpa dokongan baginda peralihan kuasa akan menjadi begitu sukar dan akan dipermainkan terus oleh pemimpin BN-UMNO yang ada sekarang. Tapi sejauh mana pula Agung menyebelahi kepentingan rakyat kerana sudah pasti di kalangan raja-raja Melayu juga punya keopentingan dalam kerajaaan yang ada sekarang. Mungkin Agung tidak ada masalah kerana selama ini baginda telah pun menunjukkan komitmen kepada hasrat rakyat. Jadi pemimpin BN- UMNO akan bertungkus lumus melobi Agung dan raja-raja Melayu. Rekod lalu pemimpin BN-UMNO tidak begitu mesra dengan Agung memberi peluang baik kepada PR tapi raja melayu yang lain masih ramai yang sangat dekat dengan pemimpin yang ada sekarang.Akhirnya semua terserah kembali kepada keputusan Agung dan dengan penuh harapan agar Agung tetap bersama aspirasi rakyat.

2. Rakyat perlu melihat secara objektif soal kepimpinan negara kerana ianya boleh menaikkan martabat negara atau meruntuhkannya. Sekiranya ada wakil rakyat yang telah memutuskan untuk bersama PR dari mana-mana kawasan parlimen maka rakyat dengan hati terbuka dapat menerimanya kerana inilah arus yang berlaku sekarang. Malaysia perlukan pemimpin baru yang punya integriti dan kemampuan buat masa depan negara. Ketenangan dari rakyat akan memudahkan lagi proses peralihan berlaku dan semakin cepat proses perubahan terjadi untuk maslahat rakyat.

Komitmen DSAI terus diulang lagi di Seberang Jaya baru-baru ini amat jelas memberi isyarat kepada rakyat..


2008-09-02 09:13:21

PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam ..

Image
Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini
Mohd Sabri Said
Tue | Sep 02, 08 | 9:13:21 am MYT

PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.


Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.

"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.

Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.

"Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau.

Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.

Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.

"Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya. - mr_

Alangkah baiknya jika semua pemimpin UMNO-BN menerima saranan dari PR dan mereka menjadi lebih petriotik demi masa depan negara dengan bersama di belakang DSAI...Jika dilihat dari kenyataan pemimpin BN mereka masih tercari-cari fomula bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalaman yangmakin parah...

Berubah demi survival politik




APAKAH mekanisme yang boleh digunakan untuk menjenamakan semula Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan generasi muda sekali gus mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah?

Itulah persoalan yang berlegar di fikiran apabila Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) pada Sabtu lalu mencadangkan format dan pengisian gabungan itu yang wujud sejak 1973 diubah bagi menarik golongan muda.

Muhyiddin berkata, usaha mengolah semula BN perlu dimulakan oleh UMNO sendiri sebelum diikuti oleh parti-parti komponen yang akan mengumpulkan maklum balas kehendak kaum yang diwakili mereka.

Sebenarnya, pandangan supaya BN ditukar format bukan perkara baru kerana ia telah disuarakan secara terbuka oleh beberapa pemimpin parti komponen BN khususnya Gerakan setelah hampir keseluruhan calonnya kalah pada pilihan raya umum lalu.

Ketika menyampaikan ceramah pada program bual bicara parti itu pada 20 Jun lalu, Pemangku Presiden parti itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menegaskan golongan bukan Melayu tidak lagi menganggap BN memperjuangkan nasib mereka.

''Bagi mereka, BN telah didominasi oleh UMNO dan parti-parti komponen lain tidak mempunyai suara untuk memperjuangkan nasib kaum masing-masing.

''Amalan hanya seorang pemimpin iaitu UMNO yang berkuasa dalam BN perlu dihentikan bagi memulihkan kembali keyakinan bukan Melayu," tegas Tsu Koon.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berpendapat, antara langkah bagi mengurangkan dominasi UMNO dan memulihkan imej BN ialah gabungan itu perlu mengadakan mesyuarat lebih kerap dan bukannya seperti sebelum ini, hanya sekali dalam tempoh dua tahun.

''Setiap keputusan yang dibuat perlu dipersetujui 14 parti komponen secara sebulat suara dan bukan semata-mata bagi melayan tuntutan UMNO yang memperjuangkan nasib orang Melayu sahaja,'' tegasnya.

Sementara itu, beberapa penganalisis politik yang dihubungi Utusan Malaysia menegaskan BN harus mencontohi pakatan pembangkang yang baru-baru ini telah menjenama semula gabungan mereka dengan nama Pakatan Rakyat.

Pakatan pembangkang itu telah memilih agenda memperjuangkan hak dan kebajikan semua orang tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai teras baru perjuangan mereka.

Prinsip perjuangan seperti itu dapat menarik minat generasi muda termasuk orang Melayu yang lahir selepas Merdeka yang kini tidak lagi berminat dengan perjuangan berasaskan perkauman sebaliknya mahu dilayan sama rata sebagai rakyat Malaysia.

Menurut mereka, kenyataan berbau perkauman seperti didakwa dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini yang menyifatkan kaum Cina sebagai rakyat menumpang di negara ini juga boleh menjejaskan sokongan kepada gabungan itu sendiri.

Ini terbukti apabila BN gagal pada pilihan raya kecil itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat majoriti yang lebih besar.

Menurut mereka, BN juga harus bersedia untuk melayan kehendak-kehendak lain yang dituntut oleh golongan muda yang telah dinyatakan secara terbuka menerusi blog dan forum di dalam Internet yang merupakan wadah paling lumrah digunakan generasi ini.

Antara tuntutan itu ialah supaya diberikan kebebasan kepada mereka untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Mereka juga mahu diberikan sokongan dalam bentuk kewangan dan kemudahan secara sama rata untuk membangunkan potensi diri dalam segenap bidang.

Tuntutan lain ialah supaya kerajaan menunjukkan kesungguhan untuk mewujudkan pentadbiran yang lebih beramanah, adil, bersih dan kompeten.

Mereka juga tidak mahu pemimpin parti politik yang sombong, tidak mesra rakyat, mengumpulkan kekayaan dan mementingkan diri sendiri.

Akhirnya, seperti yang diungkap Muhyiddin sebelum ini bahawa proses mewujudkan BN 'baru' itu bukannya perkara mudah, tetapi ia perlu dibuat demi survival politik gabungan itu sendiri.

Puisi direk dari Sdri kita ini patut dihayati oleh semua...!!!

Puisi: Wira-wira Merdeka
Aiman Athirah Al-Jundi
Tue | Sep 02, 08 | 12:46:40 pm MYT

Sunyi seketika�

Desa permai ini yang kelmarinnya bingit

Desa permai ini yang kelmarinnya sempit

Bukan sedikit�

Rencam dan karam dalam sumpah dusta

Rencam dan karam dalam kata nista

Rencam dan karam dalam gegak gempita

Main wayang, main orang, main "barang"..

Main janji, main ikrar, main uang

Politikus-politikus yang bermain...

Kereta besar, kereta kecil

Orang besar, orang kecil

Impian besar, impian kecil

Semuanya...

Dikit demi dikit�saat ini sudah meninggalkan kami

Tapi jangan lupa

Kami ini ingat, tidak akan lupa�

Wahai Wira yang sudah kami nobat

Wahai Wira yang sudah kami angkat

Yang sudah kami mertabat

Yang juga tentunya sudah kami IKAT dengan Ikrarnya

Bawa harapan baru, bawa Malaysia Baru

Janji hidup sejahtera, aman rakyat jelata

Wira MERDEKA 50 tahun kedua

Bila melangkah masuk

Ke balairong perundangan negara

Derita kami pantas kamu kumandangkan

Sengsara kami lekas-lekas kamu sulam, kamu pintal

Dan bukakan selebar-lebarnya di dalam balairong itu nanti

Agar mereka tahu

duduk kamu semua di situ

adalah kerana kami

yang hanya kamu ziarahi bila perlukan UNDI!

Wira Merdeka

Ingat..kami hantar kamu

Dari Permatang Pauh Ke Parlimen

Untuk seteguhnya mengusung amanat besar ke Putrajaya!

Jangan...

Jangan berpaling lagi..

Buat para Menteri

Buat para YB

BN, Pakatan Rakyat, Tiada Parti

Buat MP Melayu, MP Cina, MP India,

MP Kadazan-Dusun, MP Iban, MP Dayak,

MP Orang Asli Atau Siapa Sahaja

Nah, Ikuti Dia!

Wira Merdeka Permatang Pauh � Parlimen � Putrajaya

Ikuti Dia�

Sudah lama benar kami menunggu

Menanti saat munculnya para Pemberani

Yang nanti dengan penuh tegar dan sedar

Ubah haluan yang menuju karam

Ubah wadah yang semakin suram

Ubah nasib yang semakin kelam

Ikuti Dia!

Wira Merdeka Tak Terdendang

Wira Merdeka Bukan Kepalang

Ikuti Dia!

Ubah Lanskap politik negara ini

Kembalikan serinya

Agar esok lusa

Kita sambut MERDEKA

Dengan jiwa dan cinta menebal buat MALAYSIA!

@ aiman athirah al jundi @

27 Ogos 2008, JRL, KL

1705 - (TMJ)_




Thursday, August 28, 2008

KEMBALI SETELAH MENANG..DARI PERMATANG PAUH..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

25,26, 27..OGOS

Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dapat bersama Pusat Khidmat Keruhanian di surau Pauh Indah menjalankan beberapa aktiviti kempen sepanjang kempen dari 16 Ogos sehingga 26 Ogos. Kepada sahabat yang bersama selama 10 hari di sini, kita berjaya melakar sejarah bersama di bumi Permatang Pauh dan semoga ianya menjadi titik bermula y\sebuah Harapan Baru di bumi Malaysia.
Kepada seluruh pejuang Reformasi sila perhatikan ruhani kita kerana semangat semata-mata tidak akan menjamin apa-apa tanpa kita isi dengan kekuatan ruhani. Sila hadir ke program
yang telah kami aturkan buat semua..Ambillah peluang ini selagi kita masih hidup dan sihat..!! Lupakanlah perbezaan dan marilah kita berebut untuk melakukan kebaikan dan kebajikan tanpa mengira kita dari grup atau kumpulan mana..Kita hanya dinilai Allah dari aspek ketaqwaan kita bukan dari grup kita!! ayuh kita keluar bersama membina kekuatan sehingga Allah memanggil kita pulang ke hadratnya..Politik adalah sebahagian tuntutan dakwah dan pendekatan dakwah bagi setiap diri kita..

Pelancaran blog Ruhani sebagai..lanjutan dari Malam Munajat Ummat di Permatang Pauh...

Ahlan wasahlan kepada semua...sambil berkempen kami sempat merancang untuk program kelanjutan Program Peningkatan Keruhanian Ummah di 5 buah negeri....


IMG_ 243 by Anwar Ibrahim.

Ust. Ramlang mengaku dipaksa oleh pihak tertentu menjadi saksi Saiful. Bergemalah takbir malam itu dari puluhan ribu rakyat sehingga bergegar bangunan Masjid Bandar Perda dan begitu juga dengan hati mereka yang sesat, yang merancang konspirasi, yang khianat kepada perjuangan, yang jauh dari Islam, yang menipu rakyat. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakabar walillahilhamd. Kepada Mu segala kuasa dan kekuatan tidak ada yang lain yang lebih kuat dan agung. Allah telah membuktikan siapa yang benar dan salah.

Kepada golongan yang sesat, kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubatlah sesungguhnya Allah maha pengampun.

Pada malam terakhir 26 Ogos..kami telah mengadakan Qiamullail di 4 buah masjid dari jam 4 pagi..Masyaallah para mujahid tersungkur sujud dengan menangis memohon ampun, munajat zikir dan meyerahkan segala usaha ke hadrat Allah. Hampir 500 orang yang bangun/qiam di setiap masjid. Masjid Taman Guar Perahu - dipimpin oleh Ust. Hazwan dan Yb Mohd Kasim, Masjid Kubang Semang - dipimpin oleh Ust. Ismail Wan Teh, Masjid Batu - dipimpin oleh Ust. Ansari dan Masjid Bandar Perda - dipimpin oleh Ust. Dr. Badrul Amin.

Alhamdulillah akhirnya Allah memberi kemenangan kepada DSAI setelah sepuluh tahun tidak berada di Parlimen.

Sebagai mensyukuri kemenangan kami telah mengadakan majlis Malam Kemenangan di Annahdhah Inn dan dihadiri oleh seluruh pimpinan Parti, Ngo dan para petugas dari PR. Tuan Guru Annahdhah telah menyampaikan beberapa amanat agar kita terus komit dengan Islam. Dan beliau menyeru agar semua yang hadir agar bersujud syukur selepas program tersebut.

DSAI yang kelihatan agak letih tetap memberi ucapan yang amat mengharukan hadirin dan setelah ucapan beliau sebahagian besar masuk ke dalam masjid untuk bersujud syukur. Allahuakbar...Semoga Allah mempermudah segalanya...Aminn!!

Jam 1.30 pagi kami berangkat ke KL meninggalkan surau Pauh Indah dengan seribu kenangan manis berada di surau sepanjang kempen. Semoga Allah menerima amal kami dan amal semua para pejuang yang turut serta dalam menjayakan kemenangan di Permatang Pauh..Ruhani kita amat perlu diberi makanan dan inilah salah satu cara kita menghidupkan ruhani kita iaitu mendekatkan diri kita kepada Allah sepanjang masa apatah lagi di saat bertempur dengan kebatilan tajaan BN-UMNO. Kepada para pejuang, ingatlah akan kahidupan akhirat dan balasan di akhirat melebihi dari habuan dunia yang kita harapkan. Semoga pengorbanan kita hari ini dapat ditiru oleh anak-anak cucu kita di kemudian hari. Usaha murni ini wajib kita teruskan dan seperti yang telah kita bincangkan pada 25 Ogos seperti di bawah:

Jadual program Ruhani pada bulan Ramadhan (boleh berubah mengikut keadaan): Program di bawah sila rujuk ke Ust. Dr. Badrul Amin.


31 Ogos (malam) – Selangor - Masjid Jamek Pekan Sabak Bernam

13 Sept (malam) - Pulau Pinang – Masjid Batu, Permatang Pauh.

14 Sept (malam ) - Selangor/WP – Masjid Subang Airport

19 Sept (malam) - Selangor – Masjid KLIA

23 Sept (malam) - Kelantan –

25 Sept (malam) - Selangor – Masjid Samudera

26 Sept (malam) - Perak – Masjid Alam Shah

27 sept (malam) -


Penjelasan lengkap atau ada pihak yang berminat untuk turut serta menganjurkan program ini sila hubungi:


Selangor /WP – Yahya Sahri. Hp - 012 2839957

Penang – Syed Mikhail/Cikgu Zaki Hp- 0174991700

Perak – Ust. Zulkifli Ibrahim Hp- 0175554828

Kelantan – Ust. Zainuddin

Kedah – Ust. Ismail Wan Teh Hp- 012 4277504


Sekretariat:

Mustapa Mansor

Hp: 0123333825

Emel: ruhanisukses@gmail.com

Bagi memperkukuhkan lagi keimanan, kefahaman, komitmen dan akhlak kami sarankan program di bawah untuk diadakan di seluruh Malaysia khasnya di negeri Pakatan Rakyat. Penglibatan dari para YB, kakitangan, pimpinan parti PR dan rakyat setempat.


Aturcara TAQWA ( Tamrin + Qiamullail + Wacana) Acara ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian setempat.

Berbuka Puasa

Solat Maghrib

Wirid Zikir

Makan malam

Solat Isya’

Tarawikh

Wacana Ilmu

Istirehat sehingga jam 3.30 pg.

Qiamullail.

Sahur

Solat subuh

Tazkirah ringkas

Solat Sunat Isyrak

Solat Dhuha

Bersurai : Sekitar jam 9 pagi

Dari beberapa hari di Permatang Pauh, saya mohon maaf kerana tak sempat update blog..Dan hari ini adalah hari paling membahagiakan kerana berita dari Parlimen memberi kesan kepada detik perjuangan Reformasi dan Islah di Malaysia. Semoga ianya diberkati Allah..Saya bersetuju dengan tulisan sdr Rashidi...

Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September
Mohd Rashidi Hassan
Thu | Aug 28, 08 | 9:43:10 am MYT

Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru.


Anwar dipaksa meninggalkan Parlimen secara paksa 10 tahun lalu ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, dalam kerajaan Barisan Nasional.

Bezanya, kemasukkan beliau ke Parlimen kali ini bukan setakat hendak menjadi Ketua Pembangkang atau TPM sahaja.

Beliau mempunyai matlamat yang besar dan jelas, iaitu mahu menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam mencetuskan implikasi politik yang besar kepada negara.

Kemenangan besar Anwar bukan sahaja membuktikan bahawa Permatang Pauh merupakan 'safe heaven' baginya, malah ianya merupakan titik tolak yang besar kepada perubahan politik negara.

Hakikat yang tidak dapat sanggah iaitu, memenangi pilihan raya kecil dengan majoriti yang lebih besar bagi calon parti pembangkang, merupakan sesuatu yang amat sukar dalam sejarah politik negara.

Anwar dan gerombolannya daripada Pakatan Rakyat sudah menghampiri tarikh 16 September yang sering dicongak oleh kawan dan lawan.

Rakyat Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia, memberikan 'signal' yang paling jelas kepada Barisan Nasional bahawa era pemerintahannya selama 50 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.

Liku perjuangan politik Anwar

Anwar melalui perjalanan politik yang penuh berliku. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa setakat ini tiada ada seorang pun ahli politik di Malaysia yang mengharungi liku kerjaya politik seteruk Anwar Ibrahim.

Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat...amat dahsyat sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.

Bukan bermakna penulis atau mana-mana penyokong Pakatan Rakyat terlalu taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN. Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN 'over kill'!

Dalam politik..biasalah hentam menghentam, kritik mengkritik dan sebagainya. Tetapi berpada-padalah sedikit. Janganlah melampau sangat.

Ini tidak. Jelas dilihat walaupun rakyat Permatang Pauh yang menghadapi PRK, namun kempen dan serangan media yang menjadi 'barua' BN seolah-olahnya berpesta dengan pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan Pakatan rakyat.

Kempen BN dan media pengampu terpaksa menghadapi PRK Permatang Pauh, sama seperti mereka menghadapi Pilihan Raya Umum!

Pelbagai tuduhan, fitnah dan kecaman dilemparkan BN terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat, sama ada menerusi televisyen, akhbar, radio, internet dan apa juga saluran yang mereka boleh usahakan.

Kempen besar-besaran BN untuk menyekat Anwar dilakukan bukan setakat untuk menghalangnya masuk ke Parlimen sahaja, bahkan mereka tahu bahawa Anwar boleh menjadi penyebab utama tumbangnya keangkuhan BN selama 50 tahun.

Hakikat sebenarnya pemimpin BN tidak pernah sedar bahawa mereka bukan berhadapan dengan Anwar seorang diri. BN sebenarnya berhadapan dengan 'force' besar iaitu kuasa rakyat.

Rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang menolak segala bentuk tohmahan dan serangan politik yang melampau oleh media pengampu BN.

Rakyat sebenarnya mengubah paradigma dan persepsi bahawa BN sahaja yang boleh memerintah.

Lihatlah dengan jelas, apa sahaja tohmahan, adu domba, kecaman dan usaha-usaha jahat BN serta media 'barua' untuk mengugat lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, semuanya gagal.

Kuasa rakyat, kehendak rakyat dan sokongan rakyat sememangnya mahukan negara berubah ke arah pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.

Hasil kemenangan Anwar

Sekarang ini Barisan Nasional menghadapi masalah paling besar. Hasrat Umno untuk kekal berkuasa dengan mengekslpoitasikan isu Melayu dan agama diketepikan rakyat.

Gerakan sepatutnya berfikir semula untuk meneruskan hasrat keluar BN. MCA yang terbahagi kepada dua pendapat, semakin cenderung meninggalkan BN

Kedudukan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terumbang ambing, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hampir pasti tidak berpeluang menjadi PM. Parti Umno yang sedang menghadapi mesyuarat bahagian dan pemilihan Majlis Tertinggi sekarang semakin hampir terkubur.

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memikirkan secara serius untuk berhijrah keluar negara, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mohamed Ezam Md Nor dan para kroni mereka harus bersedia menelan segala muntah dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ada seorang lagi pembelit besar yang tiba-tiba menyerang Anwar tanpa memikir risiko yang bakal menimpanya. Dato' S. Nallakaruppan. Adeii Nalla..yenge poringge..? (Mana lu mau pergi). Mana lu mau taruk lu punya muka sekarang!

Hari ini pemimpin-pemimpin utama Umno/ BN terpaksa berhadapan secara 'live' dengan Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sejak dari PRU 8 Mac lepas, laluan mereka di Parlimen tidak lagi mudah. Mereka semakin sukar sekarang ini.

Mulai hari ini, usaha membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat semakin hampir. Itulah kehendak rakyat sebenarnya. Insya-Allah, Anwar mampu melakukan! - mks. _

Lucu juga bila membaca Utusan,,komen Pak Lah (Imam lena) dan Najib (Bekas Mufti Permatang Pauh) ..

PM marah insiden ganas Permatang Pauh

JOHOR BAHRU 27 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan perasaan marah terhadap insiden-insiden ganas yang dilakukan oleh penyokong parti pembangkang sepanjang tempoh berkempen dan pengundian pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.

Malah, beliau turut menyifat insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu sebagai 'pencemaran' terhadap amalan demokrasi negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ada beberapa insiden yang pada saya tidak menyenangkan dan saya rasa marah jugalah dengan insiden tertentu ini kerana sepatutnya ia tidak berlaku langsung," katanya pada sidang akhbar selepas mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Senai dekat sini hari ini.

HR9808- Tuduhan ini tidak berasas bahkan yang provokasi adalah dari grup UMNO berkarat dah.....Pak Lah jangan percaya cakap sb yang tidur tapi bertanyalah dengan petugas yang jaga.. Saya menjadi saksi pada malam 22 Ogos..di depan markas UMNO Tanah Liat, gengster UMNO provok anak-anak muda keadilan bergaduh tapi alhamdulillah kejadian tersebut dapat dileraikan dengan baik dan kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan..Strategi UMNO..memang bodoh dan desperado..selepas Datok Hashim Yahya memberi penjelasan dan cdnya diedarkan di kawasan kubu UMNO di kawasan Masjid Tuan Adbullah..BN hanya dapat 9 undi sahaja..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam turut melahirkan perasaan kesal dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti itu kerana ia boleh menyebabkan pengundi takut untuk keluar mengundi.

"Sepatutnya pilihan raya itu bebas insiden, tetapi daripada apa yang kita tahu ada juga tindakan-tindakan yang dilakukan oleh penyokong pembangkang merupakan pencemaran kepada amalan demokrasi semasa pilihan raya diadakan," katanya.

HR9808- Memang Najib kena sorak apabila melalui kawasan tersebut dan ada rakyat yang tidak dikenali membaling botol air mineral ke Najib..kemudiaan terjadilah sedikit pertengkaran...ya..terimalah nasib..bila rakyat dah meluat dengan hang..hang nak tunjuk apa lagi..? Gensgter hang rakyat tak takut lagi...Hang patut bayangkan macamana jika hang turun dari kapalterbang di lapangan terbang Monggolia..botol atau apa yang datang menyambut hang???


HR9808:Dah kalah ..diam sajalah..lebih baik bersiap sedia jika nak selamat..Tapi undang-undang takkan sebelah sesiapa lagi melainkan hang kena hadapi apa sahaja...Mahathir dah nak lari,,KJ nak berhenti..Pak Lah dan Najib masih berangan-angan lagi?? Bangunlah dari mimpi...!!!

BN tidak terjejas – PM

JOHOR BAHRU 27 Ogos - Kekuatan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat tidak sekali-kali terjejas ekoran kemenangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini adalah satu pilihan raya kecil yang tidak boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang akan berlaku di kawasan Parlimen lain.

“Sekarang BN ada 140 kerusi Parlimen dan ini adalah kerusi yang kita menang pada pilihan raya umum lalu. Maka, saya percaya kita masih boleh mempertahankan parti kita dan meneruskan kerajaan.

“Kemenangan (pembangkang) atas satu kerusi itu tidak memberi kesan, kerana BN hanya kekurangan lapan kerusi untuk mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Senai dekat sini hari ini.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kemenangan itu, Perdana Menteri berkata, BN tetap berupaya membentuk kerajaan yang kuat untuk terus bekerja keras memikul mandat rakyat yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, BN sentiasa menyedari dan menghargai mandat tersebut untuk melaksanakan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Kita sedar terhadap beberapa masalah yang wujud seperti kenaikan harga minyak, harga makanan dan isu lain seperti inflasi yang hendak kita atasi,” katanya.

Mengenai kekalahan Arif Shah, Abdullah berkata, ia bukan kekalahan teruk kerana sasaran Anwar adalah untuk menghilangkan wang deposit calon BN dan perkara itu tidak berlaku.

Abdullah berkata, BN telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk melakukan analisis serta mengenal pasti punca kekalahan BN termasuk melihat kecenderungan pengundi-pengundi Melayu, Cina dan India atau golongan muda dan dewasa di Permatang Pauh.

“Selepas dianalisis dengan sebaik-baiknya, maka mudahlah kita perhalusi apakah yang telah timbul dan apakah yang berlaku dan apakah tindakan yang diambil pada masa depan kerana tindakan-tindakan itu bergantung kepada analisis terhadap kecenderungan pengundi di kawasan itu,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, sebarang hasil kajian jawatankuasa itu nanti hanya untuk makluman dalaman parti kerana apa yang berlaku di Permatang Pauh bukan suatu perkara yang terlalu besar sehingga boleh mengubah situasi yang telah pun berlaku dalam pilihan raya umum lalu.

Ditanya kemungkinan ahli BN atau UMNO yang tidak mengundi atau memberi undi kepada pembangkang, Abdullah berkata, mereka mungkin mempunyai sebab masing-masing sama ada protes atau timbul kecenderungan untuk mengundi parti pembangkang.

“Ini memang berlaku di Pulau Pinang sejak dahulu lagi dan kawasan Permatang Pauh sejak dulu pun adalah kawasan Anwar.

“Dua penggal kawasan itu diwakili isterinya dan sekarang ini kawasan itu balik kepada beliau (Anwar) dan ini pun sudah menjadi suatu perkara yang dijangkakan berlaku oleh ramai orang,” katanya.

Abdullah bagaimanapun menolak tanggapan yang mengatakan bahawa pengundi memberi undi kepada pembangkang kerana propaganda bahawa Anwar hendak menjadi Perdana Menteri sebagai berjaya.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata: “Saya ingat bukan itu yang mendorong pengundi kerana ada perkara lain seperti memberi janji hendak turun harga minyak atau sama ada yang berkaitan dengan isu-isu kaum di negara kita yang pada saya menarik perhatian golongan-golongan tertentu mengenainya.”

Ditanya mengenai masalah dalaman BN, Abdullah berkata, beliau sentiasa memahami apa yang berlaku terhadap parti-parti komponen BN sejak pilihan raya umum lalu dan jika timbul trend pada pilihan raya kecil ia hanya trend yang sama sebagaimana bermula pada pilihan raya umum lalu.

Mengenai kemungkinan Ahli Parlimen BN melakukan tindakan melompat parti seperti yang dicanang-canangkan oleh Anwar sebelum ini, Abdullah berkata: “Tidak, tidak mungkin anggota BN tinggalkan BN begitu sahaja.”

Perdana Menteri berkata, kesemua pemimpin BN menerima keputusan rakyat pada pilihan raya kecil itu yang menunjukkan demokrasi di negara ini berjalan dengan baik kerana memberi kesempatan kepada rakyat untuk membuang undi dengan lancar.

HR9808:Pak Lah..mimpi lagi....tak habis-habis...dan kenyataan Pak Lah disanggah oleh salah seorang menteri beliau...

‘Jangan pandang ringan’

SINGAPURA 27 Ogos – Barisan Nasional (BN) tidak harus memandang ringan kemenangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Walaupun ia kawasan pilihan raya kecil, ia mungkin menjadi satu trend di mana pengundi sudah buat pemikiran hendak perubahan walaupun mereka tidak tahu apa perubahan itu dan tidak menerima pimpinan BN,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kepada wartawan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN di sini malam tadi.

Menurut beliau, ini memerlukan pendekatan yang perlu dilakukan oleh UMNO dan BN dan menilai semula sama ada cara ia berkempen “sudah basi dan tidak diterima rakyat” lagi.

Ini jelas bahawa kita perlu buat satu perubahan cepat, corak, daya dan perubahan organisasi kita dan cara kita,” kata beliau.

Selain itu, kata Muhyiddin, keputusan itu juga menunjukkan bahawa cara berfikir pengundi sudah berubah di mana mereka mahu “satu yang lebih adil, yang tidak berasaskan perkauman, yang berdasarkan profil rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama...UMNO perlu bersedia buat perubahan.”

Bagaimanapun, beliau berkata, kemenangan Anwar itu adalah sesuatu yang dijangkakan dan harus diterima kerana ia adalah merupakan suara rakyat.

Katanya, kemenangan itu bermakna pengundi di Permatang Pauh sudah membuat keputusan di bawah sistem demokrasi yang perlu dihormati semua pihak.

Mungkin apa pun yang dikatakan tentang Anwar, orang tak percaya dan pengundi tak percaya. Penjelasan yang dibawa oleh pemimpin kita tak diterima, seolah-olah keputusan yang dibuat awal- awal yang mengatakan BN tak akan menang dan PKR akan tahan (mempertahankan) kawasan itu,” katanya.

– Bernama

HR9808_ YB jangan peningkan kepala dengan karenah UMNO tu...pindah aje la....!!! Jika tak pindah YB lain akan pindah juga...jadi ..apa nak tunggu lagi..??






Saturday, August 23, 2008

ISU SUMPAH SEMUA JADI SIBUK...?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)



21/22/23/24 oGOS..

Selama beberapa hari di Permatang Pauh dan bertemu dengan pengundi tidak habis-habis dengan isu sumpah. Ini adalah natijah hujah dari beberapa anak murid pengikut Dr. Asri dan Ust. Hadhari Abdullah Badwi yang keluar masuk kampung menyebarkan fahaman sesat sumpahan pak nujum lebai malang. Salah seorang anak murid dari jamaah Hadhari Ezamiin yang belum tamat mengaji namanya Ust. Lokman Adam dan beberapa orang ust..dari jamaah yang sama telah melompat-lompat dari satu pentas ke satu pentas BN dengan penuh semangat memberi hujah "fatwa sumpah makan babi".Aduhai kawan awat jadi sumpah babi pula ni?? Begitulah dengan Ust. Hamdan Taha, Ust Ghani Haron..dll semuanya telah berbaiah dengan sumpah makan babi..Soalannya jamaah mereka terus mengajar tentang cara sumpah jika makan babi dan babi juga jadi gelak ketawa... . Jadi saya pun hairan, orang lain dan media bercerita tentang bersumpah soal kes qazaf (penuduh tanpa 4 saksi dikenakan hukuman sebat 80 kali) dan mereka berhujah makan babi pula...?? Apa hal ni... kenapalah tak habis-habis lagi hal sumpah sampai hari ini ada Prof juga nak turut sama berbicara soal sumpah...Kami siarkan bagi tujuan renungan dan kajian...Jika kenyataan beliau sesat tanpa dipaksa.. maka tunggulah azab yang pedih dari Allah...Bertaubatlahhhh!!!

Akibat tak sahut sumpah

PROF. MADYA DR. MOHD. RADZI OTHMAN, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam (USM).

PROF. MADYA DR. MOHD. RADZI OTHMAN, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam (USM).
PERISTIWA mubahalah atau sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini adalah sesuatu yang baru kepada umat Islam di Malaysia. Menurut tokoh agama, Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman, beliau tidak pernah mendengar sumpah laknat dilakukan di negara ini.


Bagi merespons tulisan Prof, kebetulan selepas subuh kami sempat bersrapan bersama dengan Dato' Dr Hasyim Yahya Mantan Mufti Wilayah Persekutuan dengan jelas dan tegas memberi fatwa tentang isu ini:

1. Sumpah Saiful adalah tidak tepat dengan kehendak Islam jika dia tidak mendatangkan 4 orang saksi yang adil. Jadi kes ini telah termasuk dalam kes qazaf di mana Saiful boleh dirotan 80 kali rotan jika gagal mendatangkan 4 orang saksi.

2. Sumpah hanya ada dalam kes Li'an bagi suami isteri dan selain dari itu tidak ada sumpah dan bersesuaian dengan akta yang berlaku di Malaysia. Kes ini mesti dirujuk ke mahkamah dan diselesaikan oleh mahkamah. Apakah ada erti jika hanya DSAi bersumpah dan kes tetap berjalan tanpa ada sebarang perubahan serta solusi.

3. Seandainya DSAI adalah seorang pengamal seks luar tabii maka sudah tentu yang paling awal membuat laporan ialah Ezam Mohd Nor kerana beliau adalah mantan sekretari terdekat yang sekarang menjadikan DSAI sebagai musuh utamanya. Tidak masuk akal langsung staf yang terdahulu yang telah keluar dari PKR tidak mahu menggunakan isu ini bagi kepentingan politik sekarang.

4. Begitu juga dengan rumahtangga DSAI yang sehingga sekarang masih utuh dan tidak pernah terdengar berita tentang masalah rumah tangga beliau. Mustahil seorang homo boleh bertahan rumahtangga sehingga sekarang.

Pada malam 22 Ogos Dato' Dr Mohd Noor Manuti juga menegaskan dengan jelas di Masjid Tuan Abdullah:

1. Beliau mengenali DSAI sejak dari tahun 1968 dan sepanjang sejarah perjuangan beliau di universiti, ABIM, kerajaan, penjara sehinggalah sekarang beliau tetap konsisten tanpa berubah.

2. Ketika saya bertemu dengan tokoh-tokoh Islam di peringkat antarabangsa seperti Dr Yusuf Al Qardhawi, Syeikh Abd Majid Zandani dan pimpinan gerakan Islam seluruh dunia mereka sangat menghargai perjuangan dan keperibadian beliau. Maka bagi saya saksi seperti ini amat penting untuk menguatkan keyakinan saya bahawa DSAI adalah insan soleh yang bertaqwa.

3. Kaedah sumpah yang dilakukan oleh BN adalah sebagai senjata terakhir bagi memastikan kezaliman regim BN dapat bertahan. Dan dari konspirasi seperti inilah menjadi hujah yang rakyat wajib memilih bakal pemimpin yang tidak menzalimi rakyat. Dan jika dibandingkan dengan pemimpin yang ada maka DSAI adalah yang paling layak untuk memikul amanah tersebut.

Saya rasa untuk lebih kenal seseorang bertanyalah kepada isterinya, anak, keluarga dan teman dekat beliau. Fakta ini agak sentimental tapi ianya amat bererti bagi menangkis segala bentuk fitnah konspirasi yang melanda sekarang. Akhirnya kita serahkan kepada Allah swt dan terus menerus bermunajat ke hadrat Allah. Malam ini munajat bersama Dato' Tuan Guru Nik Abd Aziz di Masjid Bandar Perda dijangka dihadiri 10,000 orang dan kepada sdr di luar Permatang Pauh sila bermunajat ke hadrat Allah..!!

Semoga Allah menerima doa kita semua!! amin!!!

Malam semalam hampir 20,000 orang telah hadir ke Munajat Ummat di Masjid Bandar Perda. Lebih menarik lagi ialah dengan hadirnya Ust. Ramlang dan mengaku di hadapan DSAI, Tuan Guru Saleh , Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Hashim Yahya, Ust Daud Iraqi, barisan ulama lain dan penyokong PR yang beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi sumpah Saiful. Selepas Isya Tok Guru tiba dengan sambutan laungan takbir. Ini adalah suatu suasana baru yang patut kita amalkan dan pertahankan. Di luar masjid kelihatan sdr yang bukan Islam turut menadah tangan ketika para ulama membacakan doanya dan sangat antusias mengikuti penjelasan dari para ulama. Alhamdulillah..



Ustaz puts BN campaign in tatters
Chan Kok Leong Aug 25, 08 3:03am

..Maka bermulalah bocornya konspirasi dan siri pembocoran ini akan semakin meluas..alangkah hinanya pemimpin UMNO dan mereka yang bersama dalam konspirasi ini....

Thursday, August 21, 2008

MALAM MUNAJAT UMMAH DI PERMATANG PAUH...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

20/21 OGOS

Semoga Allah menerima doa kita semua agar Malaysia Merdeka dari kezaliman UMNO-BN yang telah memerintah 51 tahun. Bermulanya kemerdekaan adalah ditentukan oleh kita semuanya terutama pengundi di Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008.




Di samping program di atas kami juga siarkan bahan-bahan fatwa dari beberapa tokoh ulama lokal dan antarabangsa di seluruh masjid Malaysia pada hari jumaat ini.!! Tolong doakan kami agar mampu berdepan dengan muslihat jahat BN yang dengan jelas memprovokasi penyokong PR.
PESAN KAMI: BIARKAN MEREKA MENUNJUK HEBAT DENGAN OTOT TAPI MARILAH KITA TUNDUKKAN KEKUATAN MEREKA DENGAN OTAK PADA 26 OGOS INI.!! BIARKAN MEREKA DENGAN LABU-LABUNYA.!!

Tuesday, August 19, 2008

GAMBAR DALAM SURAT KHABAR PERLU PENJELASAN....!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

20 OGOS
Maaf kepada pengunjung blog kerana saya tidak dapat update seperti biasa. Kami masih lagi di Permatang Pauh, mesyuarat dan bekerja sehingga ke pagi. Saya tidak kena tangkap tapi untuk informasi sdr pada hari berlaku kejadian "tumbuk" selepas penamaan calon saya kebetulan tidak jauh dari tempat tersebut. Kebanyakan teman yang saya kenal seperti Pak Long, Kamil dll adalah mereka yang cuba menyelamatkan keadaan menjadi lebih parah. Mereka datang mendekati dan mengangkat tangan sambil mengucapkan kata-kata seorang pejuang "tolong bertenang, sabar, jangan buat begini, tolong jaga nama baik parti kita dan sebagainya." Saya terus terang tidak mengenali mereka yang selain dari mereka yang mententeramkan keadaan itu. Keadaan seperti ini lebih kepada tindakan provokasi dari beberapa pihak yang sengaja di tanam oleh UMNO-BN bahkan tidak mustahil dari SB juga.

.... Sambung lagi ye!!! Ada meeting...doakan kemenangan ok!!!

Saturday, August 16, 2008

RATUSAN RIBU RAKYAT BERKAMPUNG DI PERMATANG PAUH..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

16 OGOS

LAUTAN MANUSIA hampir 100,000 orang hadir di Permatang Pauh adalah jawapan kepada cabaran dari Najib malam semalam di TV3.."BN tidak terlibat dengan sumpah Saiful dan Rakyat menentukan nasib Anwar??". Bahkan semasa di padang tadi Najib malu berat kerana ribuan melaungkan "Altantunya...Rasuah...ditujukan kepada Najib" Alangkah malunya Najib dan kuncu-kuncunya kerana apa yang beliau nyatakan semalam tidak langsung memberi kesan kepada rakyat. Jadi strategi memperdaya rakyat 100% gagal,gagal dan gagal. INi petanda awal untuk pemilihan 26 Ogos nanti... Sumpahan Saiful juga disanggah oleh tokoh ulama tempatan kecuali dari seorang ulama BN.....

Maghrib: DSAI solat berjemaah di Surau Taman Pauh Indah dan memberi tazkirah. Tak terbayangkan suatu ketika nanti PM Malaysia adalah salah seorang yang mampu memberi tazkirah. INilah contoh dan inilah salah seorang yang telah dianugerahkan Allah seorang putera bangsa Melayu kepada rakyat Malaysia. Dari tazkirah ringkas tadi, beliau sempat menekankan aspek "thummastaqamu" iaitu konsistensi atau istiqamah dalam perjuangan. Sekalipun dilakukan aps sahaja kita wajib istiqamah. Tuduhan, pukulan, penjara, hinaan, sekatan politik, dimalukan dll tapi beliau tetap istiqamah. Istiqamah ada kaitan dengan aqidah dan salah satu dari caranya ialah dengan kembali membina iman (charge semula iman) secara berterusan. Sama seperti solat dan ibadah yang lain. Tazkirah singkat amat menarik para jemaah dan memberi kesan mendalam kepada mereka semua. Hampir 30 minit di surau dan beliau meneruskan program kunjungan ke pasar malam tidak jauh dari surau. Ada sesuatu yang amat terkesan ialah dari ucapan beliau ialah. ..
" Bila melihat lautan rakyat memberi sokongan kepada seorang manusia hina seperti yang digambarkan oleh pimpinan BN-UMNO, saya bertasbih..subhanallah, saya bersyukur ..alhamdulillah..Ini semua adalah dengan izin Allah..". Sejarah telah membuktikan sesuatu di Permatang Pauh..."

Image
Penamaan calon Permatang Pauh buktikan komitmen tinggi penyokong Pakatan Rakyat

Mohd Sabri Said Foto Nasir Sudin Sat Aug 16, 08 5:21:57 pm MYT

PERMATANG PAUH, 16 Ogos (Hrkh) - Hari penamaan calon Parlimen P44 Permatang Pauh selesai dalam keadaan terkawal dengan menyaksikan sokongan pada Pakatan Rakyat berganda berbanding BN.

Walaupun hari ini bermulanya cuti persekolahan dan hari cuti bagi sektor awam, BN dilihat gagal menyaingi para penyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih matang, tidak kebudak-budakan dan berdisplin.
Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air lazimnya bermalam sama ada di hotel, homestay, rumah sewa mahupun surau, masjid ataupun Markas PAS dan KeADILan.

Kehadiran awal membolehkan mereka pergi lebih awal ke tempat berhimpun yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis.
Pihak keselamatan menempatkan penyokong KeADILan di bawah Lebuhraya Butterworth-Kulim manakala BN berdekatan Sekolah Rendah Mengkuang.
Hari ini juga menyaksikan calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak diarak bersama ahli dan penyokong kerana pihak polis mengarahkan semua orang yang berkumpul menunggu calon Pakatan Rakyat masuk dahulu untuk mengelakan keadaan bertambah sesak.

Memandangkan senario itu, Pakatan Rakyat terpaksa berarak tanpa kelibat calon dan pada mulanya timbul tanda tanya di kalangan penyokong kenapa Anwar tiada bersama rombongan tersebut sedangkan semua pemimpin KeADILan dan pemimpin PAS antaranya Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan Dr. Mariah Mahmud dilihat hadir.
Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat turut bersama setengah jam kemudian.
Berbagai sepanduk dan slogan dilaungkan para penyokong Pakatan Rakyat sekaligus menenggelamkan para penyokong BN yang sekali-sekala menunjukkan aksi lucah.
Selepas sesi bantahan tamat pada jam 11.00 pagi kebanyakan penyokong BN mengambil sikap menyepikan diri dan meninggalkan kawasan perhimpunan untuk mencari tempat berteduh berbanding penyokong Pakatan Rakyat yang terus berhimpun di tengah terik matahari.
Tepat pukul 11.45 pagi Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengisytiharkan tiga nama calon yang layak bertanding iaitu calon KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat.
Untuk mengelak kejadian tidak diingini, ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela dikerah mengawal keadaan.
Helikopter milik Polis Diraja Malaysia dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan penamaan calon bagi mengawal keadaan.- tajdid_
Image








Image













  • hadi awang 010807
    Hadi: Saiful's swearing a stupid act
    Andrew Ong Aug 16, 08 12:12pm
  • PAS president Abdul Hadi Awang was highly critical of Mohd Saiful Bukhari Azlan's act of swearing at the mosque yesterday that he was sodomised.

Dr. Haron Din. Persoal mengapa penuduh bersumpah???


Intan Abdullah
Sat Aug 16, 08 3:57:25 pm MYT

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.

"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.

Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"

"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

"Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.

"Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?" tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya.

Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut.

"Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul," katanya lagi.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik.

"Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah.

"Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah?

"Adakah ia agenda dirinya atau orang lain," ujarnya lagi.

Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya.

Semalam upacara 'bersumpah' Saiful telah dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. - (tmj)

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Sebelum Saiful 'bersumpah', pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu." - (tmj)


SUMPAH SAIFUL SUMPAH PEMBOHONG dan SESAT

TUDUHAN LIWAT ADALAH FITNAH JAHAT
PEMECAH BELAH MASYARAKAT!
(Ustaz Dr. Badrulamin Bahron)

Merujuk kepada pandangan para Ulamak Besar Dunia antaranya Syekh Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi dan Syekh Prof. Dr. Taha Jabir al-Elwany.


1) LIWAT adalah kes HUDUD. Kaedah perundangan menurut Islam dalam kes HUDUD bukanlah dengan bersumpah tetapi yang menuduh hendaklah membawa 4 saksi. Jika gagal maka yang menuduh dihukum bersalah kerana melakukan QAZAF (menuduh tanpa saksi) dan hukumannya adalah sebat 80 kali (Rujuk al-Quran Surah An-nur 24:4).


2) Apa makna bersumpah dengan al-Quran jika yang bersumpah itu tidak beriman dengan al-Quran? (rujuk kes - Rafidah Aziz sanggup bersumpah dengan al-Quran yang kononnya ia tidak terlibat dengan rasuah AP sedangkan seluruh dunia tahu ia melakukannya) . Apa makna bersumpah dengan nama Allah jika orang itu tidak takut pada Allah? (rujuk kes – Najib Razak sanggup bersumpah dengan nama ALLAH yang kononnya ia tidak kenal altantuya walaupun seluruh dunia tahu ia mengenalinya) .


3) Dalam kes ini, 4 orang saksi yang adil perlu untuk mensabitkan kesalahan HUDUD demi menjaga maruah dan keharmonian masyarakat. Kes studi - Tuduhan LIWAT tahun 1998 tidak syak lagi telah menyebabkan perpecahan, permusuhan, kezaliman sesama kita selama 10 tahun. Walaupun pada tahun 2006 Mahkamah telah membersihkan fitnah tersebut dengan membuang kes LIWAT dan membebaskan Anwar tetapi permusuhan kita berterusan hingga hari ini. Benarlah Firman Allah dalam Surah al-Baqarah 2:217 bermaksud “Fitnah itu lebih besar (dosanya) dari membunuh…”


4) Jika pada tahun 1998 AZIZAN yang menuduh Anwar itu disebat 80 kali, kita yakin tidak akan muncul lagi budak bernama SAIFUL hari ini. Tetapi Azizan kini hidup kaya raya, Khalid Jefri (penulis buku 50 Dalil) kaya raya (dah kembali menghadap Tuhan), Hakim Augustine Paul dan Arifin Jaka kaya raya, Rahim Nor kaya raya, Musa Hassan yang menyiasat naik pangkat dan kaya raya, Mukhtar Abdullah kaya raya (dah kembali menghadap Tuhan), Gani Patail kaya raya, ahli politik yang terlibat kaya raya… Kita? Rakyat dapat apa? Hanya menanggung dosa dan derita permusuhan serta kezaliman yang tidak berkesudahan. ..


5) Dibulan Syaaban, bulan nabi yang mulia, bulan kita memperbaharui azam untuk beribadat sesuai dengan doa kita dimalam Nisfu Syaaban… marilah kita bertaubat dan menebus segala dosa yang kita lakukan pada tahun 1998 kerana memberi kuasa dan bersekongkol dengan orang yang zalim. Ingatlah! Dosa pada Allah mudah untuk kita bersihkan dengan taubat tapi dosa pada manusia? Jangan sampai kita menjadi orang yang muflis (bankrupt) dihari qiamat nanti. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Apakah kamu tahu siapa orang yang muflis dihari qiamat? Mereka adalah orang yang berdosa (zalim) pada manusia dan membawa dosa itu ke akhirat. Mereka akan menebusnya dengan pahala amalnya dan setelah habis pahalanya maka mereka akan menanggung dosa orang yang mereka zalimi…”


6) Marilah! Berilah undi pada Anwar sebagai tanda insaf dan penyesalan kita atas dosa fitnah serta permusuhan yang lalu… Peluang kini terbuka untuk kita menebus dosa silam… Jangan lepaskan peluang ini. Semoga Ramadan kali ini kita sambut dengan hati yang bersih dan sejahtera… “Ketibaan Ramadan menghapuskan dosa setahun…” – mafhum Hadith. Marilah kita hapuskan FITNAH dan permusuhan, kembalikan persaudaraan dan keharmonian! YA ALLAH… AMPUNKAN KAMI

Kepada seluruh rakyat yang cintakan kebenaran mari kita sahut cabaran Najib dengan menadahkan tangan ke langit dan sujud ke hadrat Allah di tengah malam 17 Ogos..di program "Qiamullail Perdana bersama DSAI" atau siapa yang tidak dapat hadir sila lakukan dari rumah sdr semua.!!!



Qiamullail Perdana

BERSAMA

DATO’ SERI ANWAR

IBRAHIM

Tarikh : 17hb Ogos 08 (Ahad)

Masa : 3.30 Pagi – 5.00 Pagi

Tempat: Masjid Bandar PERDA, Permatang Pauh

Program :

Solat Sunat Tahajjud, Taubat, Sunat Hajat,

Solat Sunat Gerhana Bulan,

Khutbah Gerhana Bulan

Solat Subuh Berjemaah

Kuliah Subuh bersama

Ust. Ustaz Badrul Amin Baharon &

Ust Shamsul Firdaus Al Hafiz

RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA



Thursday, August 14, 2008

MERDEKA - TEMA PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15 OGOS
Selepas subuh berangkat ke Masjid Wilayah untuk menghadiri seminar sehari bersama pemandu teksi anjuran KOPTEAM dan Masjid Wilayah. Sekitar jam 8.30 majlis bermula dengan ucapa YB DR Zahid Hamidi. Inti ucapan beliau ialah tentang betapa pentingnya melatakkan Islam di tempatnya. Ucapan beliau singkat kerana ada program lain yang beliau harus hadir. Apa yang saya cuba fahami dari ucapan tersebut ialah UMNO sudah tidak punya poin lagi selain kembali mengambil isu agama dan perkauman bagi memperkuatkan kembali perjuangan mereka. Jika ikhlas untuk kembali melihat Islam ini langkah yang baik tapi jika sekadar show off....ianya akan gagal lagi. Tidak dinafikan bahawa ada sebahagian pemimpin UMNO yang sudah insaf tapi mereka masih terpaut dengan bermacam hal yang membuatkan mereka tidak sanggup untuk melompat sekarang. Suasana akan berbeza jika DSAI sudah mula berada di parlimen dan mereka bertemu DSAI tanpa menimbulkan syak wasangka di kalangan MP BN maka warna politik akan berubah. Jadi Permatang Pauh amat penting bagi kepentingan PR ke Putrajaya...

Dari seminar tadi apa yang lebih menyentuh ialah bagaimana seorang anak kecil Malaysia yang cerdik telah membuktikan kemampuan beliau menyampaikan pesan dan mengingati angka dengan tepat. Ini betul-betul anugerah dari Allah. Adik Adi Putera berumur 9 tahun membuat peserta seminar terpegun dan kagum.

Sampai saat saya menulis ini saya masih terbayangkan wajah anak kecil yang comel dan mampu selesaikan matematik standard A level. Semoga Allah panjangkan umur beliau dan apa yang beliau cita-citakan mendapat perkenan dari Allah.

Berbalik soal politik tanahair. Saya mengucapkan tahniah kepad pimpinan dan ahli PAS atas kejayaan Muktamar PAS di negeri Perak. Semoga muktamar akan membuahkan hasil terbaik bagi semua. Apa yang diharapkan oleh rakyat ialah KEKENTALAN KOMITMEN PARTI DALAM PR. Rakyat rindukan MALAYSIA BARU yang merdeka dari penindasan regim UMNO-BN. Berikanlah prioriti kepada maslahah rakyat bukan golongan tertentu atau mana-mana parti atau mana-mana individu.

Berita jam 8 malam di TV3 sibuk melaporkan berita demonstrasi UMNO dan NGO UMNO (GPMS). INilah gambaran sebenar hipokrit BN-UMNO yang sebelum ini tak pernah menhagatakan baik jika berdemonstrasi. Sekarang sudah tukar dan seperti menggalakkan pula demo. Soal betul atau tidak sesuatu isu tidak penting asal demo dari UMNO_BN adalah betul dan baik?.. Ya inilah yang diharapka oleh UMNO sebenarnya sejak dulu iaitu negara ini kucar kacir apabila ada pihak lain yang memerintah. Tak mustahil jika PR memerintah, maka TV dan media yang ada sekarang akan menjadi saluran berita demo. Maka pemimpin UMNO dari semua golongan akan menjadi pendemo andalan. Teringin juga hendak melihat macamana Pak Lah, Najib, KHairi dan kabinet BN kena sembur pula. Tapi jika PR memerintah rakyat bebas bersuara maka sudah tentu demo aman akan dibenarkan. Biar sampai terkoyak tekak mereka pula.!!

Alahai..nasib. Bila menonton berita TV3, rasa nak tergelak sebab caranya masih lapok dan terus memaksa rakyat angguk kepala. Angguk di Parlimen, di Dewan Negara dan di Dewan Undangan Negeri sehingga semua menjadi pak angguk terhandal. Apa nak jadi dengan UMNO..???

TV3 juga cuba memanaskan berita dari muktamar PAS dengan memuatkan berita yang masih dalam perbincangan bukan keputusan sehingga kelihatan seperti PR bakal hancur esuk pagi (ya kata Ezam macam tulah). Propaganda murahan ini adalah untuk mendapatkan sedikit undi sokongan di Permatang Pauh. Sudah pasti hal ini di pantau terus oleh para pejuang PR di Permatang Pauh dan rakyat di sana. Pejuang PR harus dengan segera mematahkan hujah karut BN-UMNO ini secara profesional. Jelas sekali UMNO terdesak dan mereka akan lakukan bermacam cara samada betul atau tidak. Ikut undang-undang atau langgar undang-undang seperti cara yang terdahulu..

Berbeza sekali dengan berita dari Harakah...

Image
Pemuda PAS tetap bantu jentera kempen KeADILan
Mohd Nor Yahya
Thu | Aug 14, 08 | 8:02:18 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Jentera Pemuda PAS negeri-negeri diarahkan bersedia untuk membantu KeADILan di Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, walau pun terdapat ketidakpuasan hati di kalangan perwakilan termasuk dari Selangor dan Pulau Pinang, namun hubungan Pakatan Rakyat tidak terjejas.

"Biasalah dalam rumah tangga ada sedikit sebanyak silap faham dan rasa tidak puas hati, jadi ia perlu dipandang dengan sikap terbuka oleh pemimpin Pakatan Rakyat," ujar beliau ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir petang ini.

Mengenai suasana di Permatang Pauh, beliau yakin apa yang berlaku di muktamar hari ini tidak mematahkan semangat Pakatan Rakyat bagi membantu kempen Anwar.

Beliau juga menjangka senario politik di Malaysia akan berubah selepas pilihan raya kecil tersebut pada 26 Ogos ini

Beliau juga berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu memperbesarkan isu siapa yang akan menerajui Pakatan Rakyat.

"Siapa sahaja boleh dicadangkan menjadi Perdana Menteri tetapi hakikatnya sekarang KeADILan mendahului jumlah wakil rakyat di Dewan Rakyat," katanya