foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, August 31, 2008

PEMIMPIN BN MAKIN KALUT...BAJET DAN MERDEKA YANG MAKIN SAMAR...BN SUDAH SENGET..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

My Photo


30/31 OGOS


Beberapa hari selepas pulang dari Permatang Pauh, memang terasa penat dan terpaksalah memberi hak kepada tubuh badan agar dapat istirehat . Hari ini , alhamdulillah terasa segar semula.

Dari media semua membahas soal Bajet. Bagi saya simple aje..ini bajet bukan untuk rakyat tapi bajet untuk selamatkan diri pemimpin BN dari desakan rakyat. Ada baiknya buat rakyat tapi tak cukup sekadar itu sahaja kerana banyak lagi yang belum diambil kira soal kebajikan rakyat. Mereka pemimpin BN sebenarnya sudah dapat info tentang penghijrahan YB BN ke PR tapi masih sorokkan berita ini kerana tak boleh tahan lagi. Najib dan Pak lah dan kebanyakan pimpinan BN balik ke kawasan masing-masing untuk meredakan keadaan dan terus meyakinkan rakyat kampung yang kononya Bn masih kukuh. Aduahi Bn...masa kamu sudah sampai di penghujung..lebih baik bersiap sedia untuk memberi laluan kepada kerajaan PR. Tidak keterlaluan saya muatkan kenyataan DSAI di bawah sekalipun disanggah oleh pimpinan Bn khasnya Pak Lah...

DSAI masuk Parlimen Malaysia by Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2009 Ibarat Gula-Gula Getah

Belanjawan yang dibentangkan 29 Ogos lepas nyata belanjawan ‘menawan semula hati rakyat’ pasca 8 Mac dan 26 Ogos 2008. Justeru mudah saya simpulkan, ia belanjawan yang ‘dijangka tetapi mengecewakan’.

Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.

Ia memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil. Apatah lagi kali ini ia terus mencatatkan belanjawan tertinggi yakni RM209.7 billion.

Apa yang menjadi kebimbangan adakah kerajaan benar-benar berupaya mengawal perbelanjaannya. Tahun lepas kerajaan juga mencatatkan belanjawan yang besar iaitu RM 176.9 billion, akan tetapi berdasarkan jumlah terkini, belanjawan yang lepas sudahpun melebihi sebanyak RM 20.3 billion, menjadikan jumlahnya yang sebenar RM197.2 billion.

Selain itu kita melihat perbelanjaan pengurusan meningkat sekitar 20%, peningkatan dari RM 128.8 billion kepada RM154.2 billion.

Ini bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk megurangkan defisit fiskal.

Sangat mengecewakan tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan kali ini.

Sebaliknya hanya imbuhan buat rakyat terbanyak ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara. Tidak ada penyelesaian komprehensif untuk mewujudkan mekanisme kawalan jangka panjang ke atas masalah-masalah pokok seperti pembasmian rasuah serta penyelewengan wang rakyat atas nama ‘pembangunan’.

Pencegahan jenayah yang kian membungkam seolah-olah tidak menjadi fokus kerajaan umno-bn berbanding meraih populariti yang kian hilang.

RM35 bilion yang diperuntukkan untuk peningkatan kecekapan pengangkutan awam sebermula tahun 2009 hingga 2014 juga mendatangkan persoalan. Andai peruntukan sebanyak RM4.4 billion di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang diumum hasil kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada April 2006 masih tidak menampakkan apa-apa impak positif, ke mana pula bakal ‘perginya’ RM35billion itu?

MRR2 terus retak, komuter dan LRT terus semak, jalanraya terus sesak, Kontrak-kontrak bertambah banyak, kroni terus membiak, masalah tidak luak, rakyat semakin jelak!

Apa lagi yang boleh kita harapkan hasil gula-gula sementara ini?

ANWAR IBRAHIM



Memberi laluan secara terhormat adalah lebih petriotik dan memberi kesan positif kepada rakyat berbanding jika kamu dipaksakan. Realitinya mereka tak boleh terima hakikat ini,,mereka masih berusaha untuk sangkutkan DSAI dengan kes liwat dan yang terbaru kes rasuah RM 60 juta pula. Mereka seperti tak tak pernah serik dan terus berusaha. Fitnah ditolak rakyat dan sekarang buat kes lain pula dan tak mustahil dalam tempuh beberapa minggu ini akan bermunculan kes rekaanbaru. Inilah politik kampungan dan fahaman petriotik yang kabur. Sambut merdeka tapi hati dan fikiran masih terjajah dengan nafsu, hasad dengki, tamak haloba dan kejahatan. Pemimpin BN masih belum merdeka dan tidak mampu memerdekakan diri mereka. Maka sewajarnya rakyat bangun memerdekakan diri dari BN-UMNO. Kejayaan DSAI di Permatang pauh adalah isyarat amat jelas yang rakyat mahu menikmati kemerdekaan. Berundurlah BN, berilah laluan kepad pemimpin yang disayangi dan dipercayai rakyat. !! Jika tidak mahu juga..maka bersiap sedialah dengan risiko!!!

Masalah dalaman UMNO-BN makin meruncing dan menunggu saat untuk pecah seperti kejadian di Permatang Pauh sendiri. Kubu UMNO mula dirosakkan oleh ahli mereka dan dari sini juga BN hanya mendapat 9 undi.....Good bye UMNO...!!

Apabila jentera Pemuda Umno mengamuk...
Mohd Sabri Said
Sun | Aug 31, 08 | 6:59:37 am MYT

PERMATANG PAUH, 31 Ogos (Hrkh) - Walaupun Pilihan raya Kecil Permatang Pauh sudah enam hari berlalu namun bendera Umno dan Barisan Nasional (BN) masih banyak lagi tidak dibuang.


Senario itu dapat dilihat di merata tempat terutamanya di mana sahaja bekas bilik gerakan parti itu dan di hadapan Pejabat Umno Bahagian di Sungai Semambu, Bukit Mertajam.

Banyak bendera yang digantung merentasi jalan masih berkibar seperti biasa manakala yang jatuh meleret di bawah dan ada yang diterbangkan angin ke dalam longkang di tepi jalan.

ImageHarakahdaily dimaklumkan, semua kejadian itu dikatakan berpunca dari rasa tidak puas hati jentera pemuda Umno kerana tidak memdapat 'habuan' pilihan raya sedangkan peruntukan terlalu banyak dilonggokkan di parlimen itu dulu.

Akibat tidak mendapat habuan tersebut, sekumpulan jentera pemuda Umno mengambil keputusan membaling batu ke arah Pejabat Umno Bahagian Permatang Pauh sehari selepas mengalami kekalahan yang mengaibkan pada 26 Ogos lalu.

Perbuatan itu sekaligus mengakibatkan beberapa keping cermin pejabat berkenaan pecah.

Seorang penduduk, Samad Chik dari Penanti ketika ditemui menyifatkan, tindakan itu membuktikan jentera Umno bagaikan 'hantu raya' yang memakan tuanya sendiri sebab tidak cukup makan.

Bagi Salmah Din pula, mungkin Umno rasa malu setelah bertungkus lumus akhirnya terpaksa akur dengan kematangan penduduk Permatang Pauh.

Zulhasnan Hanafi, 25, mengatakan, sebenarnya jentera pemuda Umno telah hilang sabar kerana di permainkan oleh orang atasan yang mengambil kesempatan menyorok peruntukan untuk kepentingan peribadi.

"Saya tahu wang memang berlonggok diagihkan kepada semua bilik gerakan tapi sayang mereka yang bekerja bermatian-matian tidak mendapat habuan yang mencukupi, " jelasnya yang pernah menjadi jentera Umno dalam pilhan raya umum 2004 lalu. - mks. _

Habuan jugalah yang menjadi tarikan kepada ramai macai UMNO dan termasuk beberapa kerat bekas pimpinan keadilan...Soalnya apakah mereka mendapat atau tidak tak pasti yang pasti..rakyat makin menolak UMNO-BN sekalipun datang berlori macam pimpinan Ezam...Mungkin selepas ini 6 kotak kosong akan berisi dengan sumpah seranah, maki hamun, ludah dan dahak pimpinan dan penyokong UMNO-BN yang dipikul Ezam dan jamaahnya ke hulu dan ke hilir...Alangkah hinanya..Ya Allah jauhkan kami dari kehinaan begini..!!


Saya dapat berita tentang Ezam jatuh di bilik air tapi apakah ianya benar atau hanya gimik...?? Saya tak pasti..tapi setiap kali kawan bertanya saya hanya menjawab..semoga Allah terima taubatnya jika dia bertaubat..! semoga Allah terima taubatnya! semoga Allah terima taubatnya!..dengan makhluk Ezam wajib minta maaf..terutama dengan DSAI, keluarganya, pendokong reformasi dan pimpinan PKR..!!

Marilah kita hayati Ramadhan kali ini dengan lebih bererti...

ImagePerutusan khas sempena Ramadan al-mubarak
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.


Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.

Presiden PAS_