foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, June 27, 2008

DEMO DI MASJID NEGARA MENDAPAT SAMBUTAN. dan HARGA MINYAK DUNIA....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 JUN

ALHAMDULILLAH MESEJ UNTUK MENGAJAK RAKYAT LEBIH PERIHATIN tentang harga minyak mendapat sambutan dari para jemaah Jumaat tadi. IKRAR akan terus mendokong isu kebajikan rakyat dan kami akan berdepan tanpa undur. Bukan sombong tapi bukti keyakinan dalam beramal perlu dilaksanakan kerana amanah.

'Peace Walk' menuju Sogo anjuran Geramm, esok jam 3.00 petang

Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri | Jun 27, 08 | 5:43:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti diteruskan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk) yang akan diadakan esok bermula jam 3.00 petang di empat tempat pertemuan.

ImageProgram anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis dijangka menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

IKRAR (iKATAN kEBAJIKAN RAKYAT): PASTIKAN DEMO TERUS BERJALAN DAN INFORMASI SAMPAI KE SELURUH RAKYAT MELALUI GERAMM DAN PROTES.

Sekretariat Geramm, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam sidang media selepas demonstrasi aman di Masjid Negara hari ini menjelaskan program tersebut akan bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Semua peserta digalakkan memakai baju berwarna merah.

Katanya, Kempat-empat tempat pertemuan ini akan disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm.

Beliau yang juga Ketua AMK mengalukan masyarakat untuk ikut serta dalam 'Peace Walk' tersebut.

Image"Ini bukan demonstrasi tetapi merupakan berjalan kaki secara aman untuk memberikan kesedaran kepada rakyat. Dan apabila berkumpul di Sogo, kami akan mengedar risalah mengenai kesan kenaikan harga minyak serta ucapan daripada beberapa orang pimpinan kami," katanya.

Di samping itu katanya, pihaknya juga akan berusaha untuk mengumpul satu juta petisyen rakyat yang dilakukan secara online dan bertulis.

Katanya, orang ramai yang ingin melakukan petisyen secara online boleh melayari laman web Geramm di www.geramm.org.

Tambahnya, sejak seminggu petisyen tersebut dilancarkan, Geramm berjaya mengumpul 10,000 tanda tangan. Beliau menaruh keyakinan Geramm dapat mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat seluruh negara sama ada secara online atau bertulis.

Sementara itu, Shamsul menegaskan pihaknya juga akan mengerahkan seluruh jentera Pemuda di peringkat negeri bagi mendapatkan tanda tangan daripada orang ramai dan akan diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan turut serta dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Image"Pada 7 Julai, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul bantahan kenaikan harga minyak di parlimen berdasarkan bantahan sejuta rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan Pemuda PAS telah menggerakkan semua ahlinya terutama di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi memastikan sasaran sejuta rakyat tercapai dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Katanya, bermula esok Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun ke pasar malam di seluruh kawasan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan kenaikan harga minyak ini.

Dalam pada itu katanya, sehingga hari ini lebih 40,000 tanda tangan berjaya dikumpul Pemuda PAS.

Sementara itu, demonstrasi yang diserta 5,000 orang Masjid Negara berjalan aman tanpa sebarang kekecohan atau gangguan daripada pihak keselamatan.

Dalam pada itu, baju T Geramm berwarna merah turut dijual di perkarangan Masjid Negara dan mendapat sambutan orang ramai. - mns_

SOAL harga minyak dunia naik tidak boleh menjadi hujah kabinet menaikkan harga minyak sehingga 41% kerana kita ada PETRONAS. Tujuan PETRONAS diwujudkan adalah untuk memastikan harga minyak di pasaran lokal stabil dan pasti di bawah harga pasaran dunia. Kabinet BN-UMNO cuba menggunakan isu ini dan ternyata gagal dan rakyat makin nampak bahawa yang salah bukan Petronasnya tapi siapA yang mengurus tadbirnya...Selama ini beratus billion RM telah disalahgunakan dan mereka masih lagi mahu berpura-pura di depan rakyat kononnya merekalah pejuang bangsa dan negara...Pegi da...inilah kabinet gila dan bodoh dalam sejarah politik Malaysia..

Dari aspek yang lain..perdagangan minyak harus diubah penggunaan transaksi dari dolar US ke nilai wang lain yang lebih stabil.
US yang banyak musuh amat mudah diserang oleh musuhnya cot Libya..dengan hanya US isytiharkan perang dengan Iran (sebagai salah sebuah negara OPec)..maka Libya (negara teman dalam Opec) bertindak dengan mengisytiharkan pengurangan keluaran minyaknya....Berdesut harga naik..kerana jangkaan quantiti pasaran minyak akan berkurang.
Ini amat bahaya jika berterusan menggunakan dolar US sebagai transaksi minyak di pasaran....Pelik juga..kenapa OIC tidak memulakan dahulu penggunaan transaksi minyak menggunakan euro contohnya..? Jadi yang lemah dan banyak tidur ialah Chairmannya OIC ...dia tak tahu nak buat apa..?..Bangunlah Tok...celikkan mata melihat dunia...realiti bukan hanya dunia jin...!!...

Sekarang pengeluaran petrol di Malaysia sebanyak 600,000 tong/ hari x 463 (bulatkan harga sekarang) jadi hasil dari minyak perhari di Malaysia = RM 277,800,000/hari (RM :dua ratus tujuh puluh tujuh juta lapan ratus ribu sehari) x 30 hari x 12 bulan = RM ..............................(anggaran sekitar : RM 9 billion sebulan x 12 = RM 84 billion/setahun)
Kos setong hanya...RM 70/tong x 600,000 tong = RM 4.2 juta/hari x 30 = RM 12,600,000 /bulan x jika 10 bulan sahaja = RM 126,000,000 (tak sampai 150juta/tahun) ..

Dari sini dapat kita lihat betapa besarnya keuntungan PETRONAS...soalnya sekarang fulusnya di mana?..di kantong siapa?...siapa yang mahu tanggungjawab semua ini jika akaunnya dibuka semula sejak penubuhan PETRONAS ?..

Sdr ..ini kejahatan dan kezaliman terancang...jika dibuka semuanya.. pasti ada yang mati berdiri...atau mati sakit jantung kena kejar rakyat.

Harga minyak dunia hampiri AS$142 setong

LONDON 27 Jun - Harga minyak mentah dunia melonjak kepada paras tertinggi baru, menghampiri AS$142 (RM462.92) setong hari ini.

Catatan rekod itu sehari selepas Presiden Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) berkata bahawa harga minyak bakal mencecah AS$170 (RM554.20) setong pada tahun ini berikutan kelemahan dolar dan ketidakstabilan politik.

Minyak mentah Brent North Sea mencecah rekod tertinggi pada paras AS$141.98 (RM462.85) dan minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet mencatatkan AS$141.71 (RM461.97) setong dalam dagangan elektronik pada bursa New York Merchantile Exchange.

Harga minyak buat pertama kalinya mencecah AS$140 (RM456.40) Khamis lalu apabila Presiden OPEC, Chakib Khelil meramalkan kenaikan harga komoditi itu dalam wawancara saluran berita televisyen Perancis.

Setelah merekodkan paras tertinggi, penghantaran Ogos untuk minyak Brent North Sea berada pada paras AS$141.48 (RM461.22) setong, naik AS$1.64 (RM5.34) daripada penutup semalam.

Kontrak hadapan utama minyak berkualiti tinggi bagi penghantaran Ogos pula berada pada paras AS$141.37 (RM460.86) setong, naik AS$1.33 (RM4.33).

Kos minyak naik berganda dalam masa setahun, dengan pengguna menyalahkan kekurangan bekalan daripada OPEC.

Bagaimanapun, OPEC yang mengeluarkan 40 peratus bekalan minyak dunia, menyalahkan spekulasi pelabur yang mengakibatkan kenaikan harga komoditi itu, serta kejatuhan nilai dolar dan tekanan terhadap negara pengeluar minyak seperti Iran, Iraq dan Nigeria.

Kelemahan mata wang AS menjadikan minyak, yang diniagakan dalam dolar AS, murah dengan aliran tunai ke dalam pasaran komoditi bagi mengekang inflasi yang mengakibatkan permintaan terhadap komoditi itu terus meningkat.

Selain itu, kenaikan melampau harga minyak mentah dunia itu juga berikutan tindakan Libya yang akan mengkaji pilihan untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya sebagai reaksi kepada potensi serangan oleh AS terhadap negara-negara OPEC.

- AFP