Saturday, July 5, 2008
ESUK TETAP BERHIMPUN..DI KELANA JAYA..
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
5 JUN
Sdr/sdri,
Jangan lupa bawa keperluan secukupnya bagi memaksimakan konsentrasi desakan protes sehingga HARGA MINYAK TURUN dan jika mereka masih berdegil rakyat TURUNKAN BN-UMNO dari persada Negara.
Bagi yang Muslim sila siapkan alat untuk solat setiap waktu sehingga solat hajat. Mari kita tadahkan tangan ke langit dan sujudkan kepala kita ke bumi meminta petunjuk dari Allah yang maha berkuasa.
Ajaklah semua agar protes kita bererti buat semua dan kita selamatkan Malaysia dari kemusnahan angkara pemimpin BN yang tidak perihatin dengan rakyat.
Mari berhimpun beramai-ramai di Stadium MPPJ Kelana Jaya, Ahad ini, 10 pagi
Anis Nazri Fri Jul 04, 08 4:23:03 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - "Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh," kata pemimpin Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu rakyat diseru menyertai perhimpunan aman memprotes kenaikan harga minyak pada Ahad, 6 Julai ini jam 10.00 pagi dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.
Pakatan Rakyat juga memaklumkan bahawa perubahan lokasi perhimpunan membantah kenaikan harga minyak dari Petaling Jaya ke Stadium MPPJ Kelana Jaya (berhampiran Kolam Renang MPPJ dan Pusat Latihan MAS), dibuat atas nasihat pimpinan Pakatan Rakyat, yang diputuskan selepas mesyuarat di rumah Anwar Ibrahim, semalam.
Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung parti komponen Pakatan Rakyat, pertukaran lokasi tersebut dilihat berdasarkan perkembangan suasana politik semasa.
Kenyataan media itu ditandatangani Anwar, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; dan Setiausaha Agung KeADILan, Datuk Salehudin Hashim.
Sementara itu, jurucakap Protes, Moon Hoi, ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tersebut, bagaimanapun pengisian program tersebut tidak berubah.
Pelbagai program akan diadakan, termasuk solat hajat perdana selepas Isyak yang bakal diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.
Difahamkan, selain Anwar, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah mengesahkan turut serta dalam perhimpunan itu. - mr_
Menteri mangkuk buat kenyataan..
Siapa yang cabar polis ..? rakyat berhimpun secara aman dah...bila dah terdesak guna ISA dan alasan ketenteraman awam...Ini tanda tidak sihat dan amat merugikan rakyat kerana hak mereka dinafikan secara bodoh. Buatlah cara lain...!!! Tapi oleh kerana setiap hari makan rasuah fikiran dan hati mereka jadi gelap...yang benar dan salah dah tak nampak...
TAIPING 5 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengingatkan orang ramai supaya tidak mencabar polis dengan menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh parti pembangkang.
‘‘Kita tidak akan berkompromi jika kedudukan keselamatan dan ketenteraman awam tergugat. (Oleh itu) Jangan melanggari undang-undang,’’
‘‘Jangan sesiapa cuba menggugat kepentingan awam dan mencabar tindakan polis kerana apabila kita perlu mengambil tindakan kita akan lakukannya,’’ kata beliau.
‘‘Pihak polis hanya mahu melindungi kepentingan orang ramai dan saya harap rakyat negara ini dapat membaca niat dan tujuan sebenar pihak penganjur yang jelas mengamalkan ‘matlamat menghalalkan cara,’’
‘‘Saya nasihatkan orang ramai jangan melayan sebarang jemputan untuk menghadiri perhimpunan tanpa permit ini,’’
‘‘Kerajaan sentiasa perhatikan semua keadaan dan jangan ada pihak yang cuba mengadu-domba soal ketenteraman dan keamanan negara yang diharapkan rakyat kita,”
Friday, July 4, 2008
Serahkan Memorandum di Putrajaya dan DEMO SELEPAS JUMAAT DAN PROTES SEJUTA RAKYAT ...
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
3 Jun
Jam 2 petang kami berangkat ke Putrajaya memberi sokongan kepada Ketua AMK menghantar memorandum ke Pak Lah... ..
AMK gesa PM gantung tugas Gani Patail dan Musa Hassan
Harakahdaily
Fri Jul 04, 08 3:57:44 pm MYT
PUTRAJAYA, 4 Julai (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sementara siasatan dilakukan ke atas keduanya.
Dalam suratnya kepada PM semalam, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Akin menegaskan pihaknya yakin kedua-dua pegawai kanan kerajaan tersebut terbabit mengemukakan laporan palsu dan menyembunyikan fakta berkenaan kes membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sepuluh tahun lepas.
Katanya, siasatan segera hendaklah dilakukan ke atas kedua mereka dan jika terbukti, Gani dan Musa hendaklah dipecat.
Berikut disiarkan kandungan penuh surat AMK kepada PM
3 JULAI 2008
Kepada :
Yang Amat Berhormat,
Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Yang Amat Berhormat Datuk Seri,
MEMORANDUM MENGGESA KETUA POLIS NEGARA DAN PEGUAM NEGARA DIGANTUNG TUGAS SEMENTARA MENUNGGU SIASATAN KE ATAS LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
1. Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius mengenai pendedahan yang di buat oleh Ketua Umum KeADILan yang juga merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang terkandung di dalam laporan polis beliau di Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Selangor pada 1 Julai 2008 yang lepas.
2. Laporan polis beliau yang antara lainnya mendedahkan wujud konspirasi terancang di antara Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan juga Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap Dato' Seri Anwar dari pengetahuan umum.
3. Ini termasuklah tindakan kedua mereka yang berpakat untuk memalsukan laporan perubatan siasatan kecederaan Dato' Seri Anwar yang menyimpulkan bahawa berlaku serangan fizikal yang serius ke atas beliau, di mana Gani telah bertindak memalsukan laporan perubatan tersebut dengan mengarahkan seorang pegawai perubatan, Dr. Abdul Rahman Yusof untuk menyediakan satu laporan tidak bertarikh yang menafikan wujud serangan fizikal ke atas Dato Seri Anwar.
4. Kenyataan di atas disokong dengan merujuk kepada Para 10 Laporan Polis Dato Seri Anwar:
10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti "the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow" ["bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung"], "accidental nature of the injuries could not be ruled out" ["kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak"] dan "self-inflicted nature of the injury should be considered" [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan"]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.
5. Pendedahan Dato Seri Anwar ini memberi gambaran jelas betapa bagaimana institusi Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia dieksploitasi untuk merencana satu konspirasi politik yang bertujuan untuk menjatuhkan kareer politik Dato' Seri Anwar pada ketika itu.
6. AMK berpendapat ini bukanlah satu perkembangan yang boleh dibiarkan tanpa tindakan susulan yang serius, memandangkan apa yang berlaku jelas membuktikan bahawa rakyat juga terdedah dengan sebarang bentuk manipulasi instrumen penguatkuasaan oleh pihak pemerintah demi melampiaskan matlamat dan cita-cita politik mereka yang mengenepikan nilai-nilai manusiawi dan moral yang tinggi.
7. Intimidasi politik yang dilancarkan ke atas Dato Seri Anwar dan keluarganya sebermula September 1998 hasil daripada pemecatan beliau adalah satu tindakan yang bersifat keterdesakan politik yang tinggi untuk menafikan sebarang bentuk pendedahan rasuah dan salah guna kuasa yang berlegar-legar di kalangan pimpinan kerajaan pada ketika itu.
8. AMK mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri untuk laporan polis ini disiasat secara profesional. Justeru, kita menegaskan bahawa akan timbul keraguan terhadap profesionalisme kepolisian sekiranya pihak polis menyiasat laporan terhadap ketua mereka yang masih lagi bertugas dan boleh memberikan arahan. Keraguan yang sama juga timbul terhadap Peguam Negara yang diberi kuasa penuh seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia untuk melakukan pendakwaan. Pendakwaan yang adil sama sekali tidak akan berlaku sekiranya berlaku pertuduhan terhadap Peguam Negara. Justeru, AMK yakin dan percaya atas prinsip akauntabiliti dan integriti yang tinggi, adalah menjadi tanggungjawab yang sangat besar bagi institusi Perdana Menteri Malaysia untuk menjalankan satu bentuk siasatan rapi dan terperinci bagi memastikan kesahihan laporan tersebut.
9. Ini adalah penting bagi memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan dijunjung tinggi tanpa mengenal ideologi politik mana-mana individu, sejajar dengan Perkara 11 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948:
1. Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.
2. Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan kesiksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan.
10. Sejajar dengan keyakinan atas prinsip ini, maka AMK ingin menggesa kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk:
i. mewujudkan satu Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat Laporan Polis Dato' Seri Anwar bertarikh 1 Julai 2008;
ii. menggantung tugas Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail bagi menjamin kelicinan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berwajib;
iii. memecat Musa dan Gani serta mendakwa mereka di Mahkamah terbuka sekiranya Laporan ini didapati berasas dan mengemukakan pembuktian yang sahih;
iv. Mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas sebarang bentuk arahan dan kebenaran yang diberikan kepada PDRM dan Peguam Negara untuk bertindak zalim menafikan hak Dato' Seri Anwar sebagai seorang rakyat Malaysia yang terjamin hak asasinya di sisi Perlembagaan Persekutuan; dan
v. Memohon maaf secara terbuka kepada Dato' Seri Anwar dan keseluruhan rakyat Malaysia atas salahguna kuasa yang telah dilakukan ke atas beliau.
11. Kami menggesa agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta demi menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.
Yang Benar,
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia - mr _
4 jUN
Selepas Jumaat, kami berhim[un di depan Masjid Kg. Baru sekitar jam 2.10 petang. Sdr Hidir mulakan bicara dan ribuan para jamaah berkumpul di depan pintu besar Masjid Kg. Baru. Panas dan berasakan makin terasa kerana polis mendekati kami sambil meminta Hidir berhenti bicara. Kemudian Hidir serahkan kepada saya dan hanya dapat berbicara selama 2 minit. Polis merempuh dan meminta kami berhenti. Reformis muda berteriak melaungkan reformasi...reformasi..reformasi...diikuti ribuan suara lain..Panas...Hidir melompat ke atas sebuah motor dan memberi info supaya hadirin datang ke protes sejuta rakyat pada hari Ahad. Polis tidak memberi kami peluang lagi dan menggari Hidir...Para jamaah masih menunggu di sekitar tempat berkenaan.
Sementara menunggu sisatan kami ke Masjid Jamek mengedarkan poster Protes sejuta rakyat di kawasan stesyen LRT. Alhamdulillah sehngga jam 8 malam dan kami langsung ke Balai Polis Dang Wangi..
Hidir SU IKRAR dan Khairul AMK Batu ditahan dan dibebaskan setelah jam 8 malam. Kmai terus ke Boston untuk mendengar beberapa ceramah dari PR.
Kami juga menerima info perubahan tempat...
Mari berhimpun beramai-ramai di Stadium MPPJ Kelana Jaya, Ahad ini
Anis Nazri
Fri Jul 04, 08 4:23:03 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - "Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh," kata pemimpin Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu rakyat diseru menyertai perhimpunan aman memprotes kenaikan harga minyak pada Ahad, 6 Julai ini dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.
Pakatan Rakyat juga memaklumkan bahawa perubahan lokasi perhimpunan membantah kenaikan harga minyak dari Petaling Jaya ke Stadium MPPJ Kelana Jaya (berhampiran Kolam Renang MPPJ dan Pusat Latihan MAS), dibuat atas nasihat pimpinan Pakatan Rakyat, yang diputuskan selepas mesyuarat di rumah Anwar Ibrahim, semalam.
Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung parti komponen Pakatan Rakyat, pertukaran lokasi tersebut dilihat berdasarkan perkembangan suasana politik semasa.
Kenyataan media itu ditandatangani Anwar, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; dan Setiausaha Agung KeADILan, Datuk Salehudin Hashim.
Sementara itu, jurucakap Protes, Moon Hoi, ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tersebut, bagaimanapun pengisian program tersebut tidak berubah.
Pelbagai program akan diadakan, termasuk solat hajat perdana selepas Isyak yang bakal diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.
Difahamkan, selain Anwar, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah mengesahkan turut serta dalam perhimpunan itu. - mr_
Thursday, July 3, 2008
POLIS dan kerajaan BN TERDESAK GUNAKAN TENTERA??
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
2/3/4 jULY
Terpampang di dada akhbar utama, KPN minta kerjasama dengan ATM untuk bantu jaga keselamatan perhimpunan 6 July nanti. APakah ini provokasi atau strategi supaya rakyat takut dengan berita ini? Bagi rakyat biasa mereka tak fikirkan itu semua lagi sekarang kerana mereka cukup menderita dengan harga minyak, harga barang, bil letrik, harga beras dan bermacam-macam harga yang akan naik dalam masa terdekat ini. Sungguh malang rakyat biasa ini jika kerajaan BN-UMNO melayan mereka dengan hal yang menakukan mereka pada hal mereka hanya meminta agar kerajaan BN-UMNO hari ini menurunkan semua harga minyak sejajar dengan strategi diwujudkan Petronas.
Malang sekali rakyat jika kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat mengkhianati mereka selepas mereka memilih BN sebagai kerajaan. INIlah bukti yang cukup jelas betapa kerajaan BN sudah desperate/terdesak. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi melainkan mereka akan menghancurkan demokrasi yang selama ini dianut dan dijadikan hujah untuk terus berkuasa walaupun mereka tidak peduli dengan konsep demokrasi sebenar. Dayus sekali pemimpin yang ada dan selayaknya rakyat menolak mereka dan melupakan mereka untuk selamanya. Lupakan BN-UMNO bermakna rakyat bertemu dengan Harapan Baru yang lebih terjamin, makmur dan adil.
Ayuh sdr/sdri ku, kita buktikan kepada kerajaan BN bahawa rakyat menolak mereka dan mahukan kerajaan baru bersesuaian dengan perlembagaan yang ada. Ayuh kita penuhkan jalanraya dan taman-taman sekitar PJ pada 6 July ini.!!! Pertemuan PROTES sejuta rakyat adalah sejarah dan anda salah seorang pengukir sejarah. Ini kenangan anda dan kenangan ini adalah sebahagian dari perjuangan anda dalam membina HARAPAN BARU MALAYSIA!!! AYUH, kita korbankan segalanya untuk masa depan anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.
Bangun dan bangkitlah dari tidur mu dan bergeraklah bersama dalam satu barisan kukuh yang mampu meroboh tembuk KEZALIMAN BN-UMNO buata selamanya!!!
Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman
Tarmizi Mohd Jam
Fri | Jul 04, 08 | 11:01:00 am MYT
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Penglibatan tentera mengawas ketenteraman awam adalah tidak perlu dan mungkin bertentangan dengan Perlembagaan berikutan terdapatnya ura-ura pihak polis akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal ketenteraman awam sebagaimana yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kelmarin.
Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menegaskan tugas menjaga ketenteraman awam adalah tanggung jawab pasukan polis sebagaimana yang disebut di dalam Akta Polis 1967.
Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.
Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.
Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.
"Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan," tegas Aziz.
Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.
Aziz berpendapat Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana sudah tidak ada lagi sesiapa yang boleh diharapkan. Di dalam keadaan biasa mahkamah sepatutnya mentafsirkan peruntukan di dalam Akta Polis - seksyen 27 - yang menyekat perhimpunan aman dengan ketat termasuk membatalkan peruntukan itu.
Malangnya, kata Aziz, mahkamah membenarkan sekatan itu meskipun ia tidak munasabah. Polis sering menyebut kekecohan dan gangguan awam meskipun selama ini apa yang menimbulkan kekecohan ialah tindakan keras yang tidak perlu oleh pasukan polis sendiri. Dengan demikian adalah tidak wajar untuk pihak polis menyeret angkatan tentera terlibat sama dalam perkara ini.
Aziz berkata angkatan tentera perlu menyedari sumpah kesetiaan mereka kepada raja dan negara dan tidak mengikut perintah kerajaan membuta tuli sehingga menyebabkan mereka bertembung dengan rakyat yang mahu menentukan arah negara melalui demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Angkatan tentera, tegas Aziz, adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam persekutuan sebagaimana pasukan polis dan pelbagai cabang perkhidmatan kerajaan yang lain. Mereka patut setia kepada raja dan negara dan tidak harus mematuhi perintah kerajaan yang berpotensi menggugat Perlembagaan dan menyalahi undang-undang.- tmj _
Monday, June 30, 2008
DEMO BANTAHAN "ANWAR DIFITNAH" dan kenyataan media dari berbagai pihak...
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
30 JUN - 1 JULY Ribuan penyokong bersiap sedia untuk dipanggil jika ada sebarang info baru berkaitan DSAI terutama dari segi keselamatan beliau. Petang Isnin jam 6.30 ptg beliau dibawa keluar dari Kedutaan Turki menuju tempat yang tidak diketahui. Tindakan ini adalah untuk memastikan beliau selamat dan terjamin dari sebarang cubaan membunuh yang sedang dilakukan oleh pihak tertentu. Jam 9 malam kami berkumpul di Pejabat Keadilan Pusat. Beberapa siri ceramah dari beberapa pimpinan PKR dan NGO. Semua memberi pandangan yang sama iaitu tuduhan terhadap beliau adalah konspirasi kedua setelah sepuluh tahun berlalu. Inilah jijiknya UMNO dan inilah kualiti yang ada pada pemimpin kita. AMAT MEMALUUUUUUUKAN sesiapa sahaja yang memilih mereka menjadi pemimpin negara ini... Sdr/sdri bertaubatlah!! kamu sesat dan kamu semua akan terhina di dunia dan di akhirat. Ingatlah dosa dan pahala dan dunia selepas ini!!!
Kepada semua reformis dan pejuang rakyat sila betulkan niat anda dan betulkan barisan anda!! Malam ini adalah malam yang penting dan malam yang menjadi saksi kepada diri anda bahawa anda masih setia dengan perjuangan menegakkan keadilan dan membenci kezaliman. Buktikan diri kita bahawa kita adalah pejuang sejati!!! Dengarkan arahan seterusnya dan berdisiplinlah dengan arahan itu!!!
Menurut Naib Presdien Keadilan, Azmin Ali, dalam ceramah tersebut, Anwar akan menjelaskan kedudukan dirinya dan situasi politik semasa. |
Kes liwat: Dewan Ulama PAS Pahang seru rujuk al-Quran dan Hadith
Basiron Abdul Wahab Tue Jul 01, 08 11:14:02 am MYT
TEMERLOH, 1 Julai (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Pahang mahu semua pihak merujuk kepada al-Quran dan Hadith dalam menghadapi isu tuduhan liwat kali kedua membabitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan), Dato? Seri Anwar Ibrahim. -->
Setiausahanya, Ustaz Ahmad Najmi Abdul Rahim berkata, semua pihak sama ada individu yang menuduh, para penyiasat dan tertuduh perlu bermusabah dan merujuk kepada agama sebagai jalan terbaik untuk berhadapan dengan kes berkenaan.
Beliau berkata, semua pihak perlu merasa gerun kepada azab Allah sebelum membuat apa-apa tindakan berkaitan kes berkenaan.
Menurut Najmi, Dewan Ulama menentang segala bentuk kezaliman dan akan mempertahankan kebenaran tanpa mengira ia membabitkan mana-mana individu termasuk Anwar.
"Kami menentang semua bentuk kezaliman dan akan mempertahankan kebenaran tanpa mengira mana-mana individu termasuklah Anwar," ujarnya.
Beliau berkata, pengajaran daripada kes liwat pertama membabit Anwar wajar dijadikan teladan oleh semua pihak terbabit.
Kesengsaraan, penderitaan penyiksaan yang dialami individu terbabit tetap menjadi mimpi ngeri kepada semua pihak terlibat, katanya.
Walaupun kes berkenaan telah dibuang oleh mahkamah tetapi apakah kesengsaraan saksi semasa di dalam tahanan dan sebagainya sudah ditebus? solanya.
Justeru, Najmi berkata, Dewan Ulama tegas mahu kes liwat ini diselesaikan berdasarkan hukum syariah. _
'Datangkan empat saksi, bersumpah dengan nama Allah' - PKPIMAzamin Amin Tue Jul 01, 08 8:06:58 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Tuduhan liwat terhadap Dato? Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicetuskan dan membuka ?luka lama? sepuluh tahun lepas yang mana tuduhan yang sama turut dikaitkan ketika tahun 1998 sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. -->
Senario ketika itu sudah cukup membangkitkan situasi getir dan huru hara ketika fitnah liwat dilontarkan kepada beliau dan tanpa menghadirkan bukti dan kenyataan yang kukuh merupakan perbuatan yang zalim dan menganaiya seseorang individu.
Demikian pendapat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan situasi huru-hara ketika negara ditimpa fitnah yang besar sekali lagi.
"Oleh kerana itu, Islam menekankan bahwa tuduhan liwat mestilah didatangkan dengan empat orang saksi dan bersumpah di mahkamah atas nama Allah, jika benar ataupun tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," kata Presidennya Mohd Hilmi Ramli dalam satu kenyataan media.
Kata beliau perbuatan memfitnah merupakan dosa yang dasyat dalam Islam, kerana akhirnya boleh menimbulkan huru hara dalam masyarakat sekaligus perpecahan dan keamanan negara boleh tergugat akibat budaya fitnah yang menjadi ?permainan? politik pemimpin politik.
"Kita menggesa kepada pihak berwajb supaya melaksanakan tugas dengan adil dan amanah. Seharusnya laporan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim bukan satu-satunya isu orang kenamaan yang perlu diberi tumpuan besar.
"Malah banyak lagi kes melibatkan moral dan akhlak orang kenamaan lain yang turut sepatutnya disiasat. Isu rasuah, salah guna amanah rakyat, keruntuhan akhlak pemimpin dan sebagai tidak harus dipinggirkan," katanya
PKPIM katanya menyeru agar semua umat Islam dapat mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia, supaya keadaan sekarang tidak berlanjutan menimbulkan suasana ketidakamanan dalam negara. _
Dakwaan liwat Saiful ulangi pertuduhan 1998 - Pakatan RakyatRoy Rasul dan Nuha Rahim Foto Wan Zahari Wan Salleh Tue Jul 01, 08 10:17:52 am MYT
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat percaya laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya meliwat pembantunya tidak lebih daripada pengulangan pertuduhan tahun 1998. -->
Dakwaan tersebut dakwa mereka bertujuan menghancurkan kerier politik Anwar sebagai tindak balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.
Presiden KeADILan, Datin Wan Azizah Wan Ismail yang bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di Lobi Parlimen semalam berkata, skandal 1998 memperlihat seluruh institusi negara dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu.
"Kredibiliti Kerajaan Pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nam Malaysia di mata dunia akan tercemar," kata Wan Azizah yang membaca kenyataan media di sidang media berkenaan.
Beliau berkata, proses membangun semula negara akan terganggu dan memakan masa.
Oleh kerana itu katanya, mereka menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan itu.
"Oleh kerana kredibiliti polis sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Anwar semasa skandal 1998, kami menuntut agar satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini," katanya.
Beliau berkata, Anwar yang juga suaminya percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar.
Pihak berkuasa juga katanya, perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan Anwar dan memberi peluang sewajarnya untuk beliau pertahankan dirinya kali ini.
Dalam pada itu sidang media tersebut turut dihadiri dua anak Anwar, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Nurul Iman.
Sidang media tersebut mendapat liputan daripada pelbagai media dalam dan luar negara.
Sementara itu menjawab satu soalan Wan Azizah berkata, Anwar dalam keadaan sihat.
Dalam perkembangan sama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semasa menjawab soalan dalam sidang akbar selepas pembentangan RMK-9 tentang wujudnya hubungan beliau dengan pembantu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat, Saiful Bukhari B Azlan , Najib dengan pantas menafikannya.
Tambahan pula, sehingga saat ini, heboh di kalangan pengguna internet tentang gambar pegawai khas Dato' Seri Najib dan tiga menteri lain bersama Saiful.
"Gambar itu diambil tiga bulan lalu. Dia datang untuk mengambil biasiswa. Dia juga bergambar dengan pemimpin-pemimpin lain, bukan dengan pegawai saya sahaja," kata Najib.
Beliau mendakwa Saiful, berjumpa dengannya atas tiket sebagai mewakili pelajar dalam urusan biasiswa.
Berkaitan perlindungan yang diperolehi mantan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan oleh Kedutaan Turki pula, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan bertindak mengikut undang-undang antarabangsa.
"Kawasan itu adalah milik kawasan kedutaan. We leave it to the international law," ulasnya.
Beliau turut mempersoalkan status perlindungan yang diterima oleh Anwar yang diberikan oleh Kedutaan Turki itu sama ada ia bersifat perlindungan politik ataupun perlindungan untuk mengelak daripada tindakan undang-undang Malaysia. - mns_ -->
Sunday, June 29, 2008
PEACE WALK YANG TAK AMAN...dan FITNAH LAGI TERHADAP ANWAR....?
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
28 JUN.
Seperti dirancang kami berjalan dari beberapa arah menuju ke Sogo. Sepanjang jalan laungan dan seruan kepada rakyat agar turun ke perhimpunan PROTES SEJUTA RAKYAT di PJ mendapat sambutan dari seluruh rakyat samada yang berkenderaan atau berjalan kaki. INi mesej kami dan inilah seruan kami...kemudian polis ajak bergaduh rampas banting dan ugut dengan bermacam ayat kasar seperti budak tak pernah ke sekolah..Maaf kami tak faham bahasa seperti itu sebab hampir kebanyakan yang ikut serta adalah anak muda terpelajar dan mereka sedar betapa rendahnya kesedaran polis tentang nasib rakyat hasil dari kenaikan harga minyak.
Polis Mengganas! Pengerusi IKRAR ditangkap!
| Polis mula tahan peserta himpunan di Sogo |
| Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat | Jun 28, 08 | 4:55:14 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pihak berkuasa polis bertindak menahan enam peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo.–> Mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan ‘Bob’ juga ahli AIC. Mereka kini dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan. Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut. Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari.
Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan. Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti. Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk). Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.
Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah. Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini. Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta.
Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun. Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut./wann _ |
Bertemu dua pasukan demo yang dari The Mall yang diketuai oleh Sdr Hidir..SU IKRAR dan beberapa anak AIC termasuk vice presidentnya Marini di Junction Mall. Hidir terus melaungkan ajakan dan tiba di depan Pertama Kompleks kelihatan ribuan rakyat yang sedang menanti mendengar ucapan dari Mr. Bubu AMK Bandar Tun Razak dan Mad Zaman AMK WP..Kelihatan juga sebaris pasukan polis yang telah bersiap sedia sejak pagi di depan Sogo bergerak ke arah kami. Healer cuba dirampas dan kami mula bergelut sehingga dapat kami selamatkan healer tersebut. Kami minta izin agar dapat bercakap sedikit sebelum bersurai tapi polis dah boring lalu setelah Zul bercakap polis rempuh, pukul, ramas, tarik baju dan sebagainya hingga beliau terjatuh ke lantai.
Sunday June 29, 2008
Walk turns ugly after police intervene
From 3pm, two groups gathered at Putra World Trade Centre and Plaza Bukit Bintang en route to the Sogo shopping complex where they planned to congregate in protest against the fuel price hikes.
Wearing red shirts with the words “Geramm” the groups made stops along major roads in the city, distributing pamphlets and rallying onlookers in the process.
Their intent was to create awareness of a planned gathering at Padang Timur opposite Amcorp Mall in Petaling Jaya, scheduled to take place on July 6 with an ambitious one million attendees.
A small scuffle broke out, however, at 4.30pm when the police tried to confiscate banners and a loudspeaker from the two groups that had then gathered at Pasaraya KK, near Sogo.
They had been barred from going near the shopping complex by a heavy Federal Reserve Unit presence.
Dang Wangi OCPD Asst Comm Zulkarnain Abdul Rahman said the groups had responded with force when the police were carrying out their duties.
He said they had detained four men from the group for unlawful gathering.
He also advised the public not to take part in the gathering on July 6 as it was an illegal event.
The crowd dispersed by late evening and no further incident was reported.
Geramm, a coalition of 10 non-governmental organisations and three political parties, had undertaken various road shows throughout the country to voice discontent over the 78-sen increase in petrol prices.
The movement is also in the process of gathering one million signatures on a petition that is expected to be brought up in Parliament on July 7 by Pakatan Rakyat MPs, one day after the massive gathering in Petaling Jaya.
Saya cuba bantu dan beberapa anggota polis datang menggari. Saya terus dibawa ke Balai Polis H. S Lee jalan Stadium. Biasalah...kami semua mula 3 orang kemudian tambah 2 dan 1 sehingga berjumlah 6 orang. Proses biasa di lokap...dan keluar jam 11 malam..
Lima peserta “peace walk” anjuran GERAMM telah ditahan petang ini. Mereka berada di Balai Polis Dang Wang untuk siasatan lanjut. Berikutan itu satu perhimpunan pada malam ini dihadapan Balai Polis Dang Wangi akan diadakan dan meminta orang ramai turut serta dalam perhimpunan untuk membebaskan kembali peserta-peserta.
Dalam laporan berkaitan, beberapa peserta yang ditahan mendakwa telah didera oleh polis dengan kesan lebam dan bengkak yang ketara. Gambar-gambar sempat dihantar kepada pihak media GERAMM sebagai membuktikan kekejaman polis dalam menangani peserta “perjalanan aman”.
Di dalam Lokap Balai Dang Wangi
Kesan dipukul.
Event: Peace walk by GERAMM (www.geramm.org) regarding the new fuel price
Venue: Sogo (Last station of the peace walk)
Time: 3pm, but they reached there at a much later time.
Kami bergerak ke Shah Alam setelah mendengar info yang amat meresahkan rakyat...
Sampailah ke pagi dan petang kami bertemu di Kedutaan Turki. Kami sedar..ini adalah konspirasi dan amat jijik serta memalukan. UMNO-BN memang jijik untuk kita angkat mereka sebagai pemimpin negara ini. Mereka sudah hilang kendali dan makin gila. Inilah akibat dari sebuah kerajaan yang terdesak. Terdesak semua dan segalanya. Jadi kami bersetuju dengan tindakan DSAI selamatkan diri terlebih dahulu kerana mereka adalah golongan gila yang akan buat apa sahaja asalkan apa yang mereka ada dapat diselamatkan.
Saya malu dengan pemimpin Melayu yang kononya beragama Islam? Mereka jauh sekali dari Islam dan sesat dalam hidup. Mereka tidak tahu diri dan semakin jauh dari agama mereka dan agama nenek moyang mereka. Agama mereka sekarang adalah KUASA. Mereka sembah KUASA dan mereka akan buat apa saja asalkan mereka dapat terus berkuasa.
IKRAR mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan dan tuduhan yang hina ini serta ingin mengajak seluruh rakyat menadah tangan ke langit sambil berdoa. " Ya Allah, engkau yang maha agung dan maha berkuasa, ampunkan dosa kami dan dosa yang memfitnah pemimpin kami, engkau yang maha tahu segalanya, humbankan rasa hina dan gelisah kepada mereka yang bersama dalam konspirasi ini, porak perandakan kesepakatan mereka dan hancurluluhkan seluruh KERAJAAN ZALIM YANG MEREKA ada.!! HANCURKANLAH YA ALLAH!!!
Ini mesej dan amaran jelas kepada semua yang terlibat, kamu boleh buat apa sahaja yang kamu inginkan tapi ingat kamu juga dalah manusia seperti kami.!! Nyawa kamu juga satu dan tempat kembali kita juga sama. Buatlah apa yang kamu suka tapi kami bukan bodoh seperti sebelumnya..Ayuh...bertarunglah kamu dengan KEBENARAN DAN kami yakin kamu akan KALAH DENGAN KEBENARAN kerana KEBENARAN adalah hakikat sebuah kekuatan.
Isu Anwar, orang ramai mula berkumpul beri sokongan
| Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun | Jun 29, 08 | 10:53:32 am MYT | |
| SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Orang ramai yang terkejut dengan laporan dan sms yang tersebar mengenai sebarang kemungkinan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mula membanjiri perkarangan sebuah hotel di dekat sini. Ia berikutan satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari mengenai dakwaan telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Ahli majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin menyatakan bahawa pihak KeADILan belum membuat apa-apa keputusan sementara waktu. Namun beliau mahu rakyat dan penyokong Anwar turun beramai-ramai di hotel ini bagi menyatakan sokongan kepada Anwar jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. "Kita tak sempat nak himpunkan rakyat, tetapi harap rakyat dapat turun segera bagi menyatakan sokongan moral kepada Anwar," ujarnya. Setakat berita ini ditulis, Anwar masih belum memulakan sidang media untuk menyatakan kedudukan terkini mengenai isu membabitkannya. _ |
Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib
| Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun | Jun 29, 08 | 2:13:55 pm MYT | |
| SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof. Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar. Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan. Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar. Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar. Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin. Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar. Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir. Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam. Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata. Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999. Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini. Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat. Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu. Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu. Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu. Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat. Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat. Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar. Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya. Sehingga tengah malam info dari teman-teman media..esuk semua akan ke Parlimen jam 1 petang dan laporan Polis dibuat atas tuduhan di atas. |
Friday, June 27, 2008
DEMO DI MASJID NEGARA MENDAPAT SAMBUTAN. dan HARGA MINYAK DUNIA....
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
27 JUN
ALHAMDULILLAH MESEJ UNTUK MENGAJAK RAKYAT LEBIH PERIHATIN tentang harga minyak mendapat sambutan dari para jemaah Jumaat tadi. IKRAR akan terus mendokong isu kebajikan rakyat dan kami akan berdepan tanpa undur. Bukan sombong tapi bukti keyakinan dalam beramal perlu dilaksanakan kerana amanah.
'Peace Walk' menuju Sogo anjuran Geramm, esok jam 3.00 petang
| Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Fri | Jun 27, 08 | 5:43:56 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti diteruskan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk) yang akan diadakan esok bermula jam 3.00 petang di empat tempat pertemuan. Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis dijangka menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak. IKRAR (iKATAN kEBAJIKAN RAKYAT): PASTIKAN DEMO TERUS BERJALAN DAN INFORMASI SAMPAI KE SELURUH RAKYAT MELALUI GERAMM DAN PROTES. Sekretariat Geramm, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam sidang media selepas demonstrasi aman di Masjid Negara hari ini menjelaskan program tersebut akan bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Semua peserta digalakkan memakai baju berwarna merah. Katanya, Kempat-empat tempat pertemuan ini akan disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm. Beliau yang juga Ketua AMK mengalukan masyarakat untuk ikut serta dalam 'Peace Walk' tersebut. Di samping itu katanya, pihaknya juga akan berusaha untuk mengumpul satu juta petisyen rakyat yang dilakukan secara online dan bertulis. Katanya, orang ramai yang ingin melakukan petisyen secara online boleh melayari laman web Geramm di www.geramm.org. Tambahnya, sejak seminggu petisyen tersebut dilancarkan, Geramm berjaya mengumpul 10,000 tanda tangan. Beliau menaruh keyakinan Geramm dapat mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat seluruh negara sama ada secara online atau bertulis. Sementara itu, Shamsul menegaskan pihaknya juga akan mengerahkan seluruh jentera Pemuda di peringkat negeri bagi mendapatkan tanda tangan daripada orang ramai dan akan diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan turut serta dalam perhimpunan 6 Julai nanti. Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan Pemuda PAS telah menggerakkan semua ahlinya terutama di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi memastikan sasaran sejuta rakyat tercapai dalam perhimpunan 6 Julai nanti. Katanya, bermula esok Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun ke pasar malam di seluruh kawasan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan kenaikan harga minyak ini. Dalam pada itu katanya, sehingga hari ini lebih 40,000 tanda tangan berjaya dikumpul Pemuda PAS. Sementara itu, demonstrasi yang diserta 5,000 orang Masjid Negara berjalan aman tanpa sebarang kekecohan atau gangguan daripada pihak keselamatan. Dalam pada itu, baju T Geramm berwarna merah turut dijual di perkarangan Masjid Negara dan mendapat sambutan orang ramai. - mns_ SOAL harga minyak dunia naik tidak boleh menjadi hujah kabinet menaikkan harga minyak sehingga 41% kerana kita ada PETRONAS. Tujuan PETRONAS diwujudkan adalah untuk memastikan harga minyak di pasaran lokal stabil dan pasti di bawah harga pasaran dunia. Kabinet BN-UMNO cuba menggunakan isu ini dan ternyata gagal dan rakyat makin nampak bahawa yang salah bukan Petronasnya tapi siapA yang mengurus tadbirnya...Selama ini beratus billion RM telah disalahgunakan dan mereka masih lagi mahu berpura-pura di depan rakyat kononnya merekalah pejuang bangsa dan negara...Pegi da...inilah kabinet gila dan bodoh dalam sejarah politik Malaysia..Dari aspek yang lain..perdagangan minyak harus diubah penggunaan transaksi dari dolar US ke nilai wang lain yang lebih stabil. US yang banyak musuh amat mudah diserang oleh musuhnya cot Libya..dengan hanya US isytiharkan perang dengan Iran (sebagai salah sebuah negara OPec)..maka Libya (negara teman dalam Opec) bertindak dengan mengisytiharkan pengurangan keluaran minyaknya....Berdesut harga naik..kerana jangkaan quantiti pasaran minyak akan berkurang. Ini amat bahaya jika berterusan menggunakan dolar US sebagai transaksi minyak di pasaran....Pelik juga..kenapa OIC tidak memulakan dahulu penggunaan transaksi minyak menggunakan euro contohnya..? Jadi yang lemah dan banyak tidur ialah Chairmannya OIC ...dia tak tahu nak buat apa..?..Bangunlah Tok...celikkan mata melihat dunia...realiti bukan hanya dunia jin...!!... Sekarang pengeluaran petrol di Malaysia sebanyak 600,000 tong/ hari x 463 (bulatkan harga sekarang) jadi hasil dari minyak perhari di Malaysia = RM 277,800,000/hari (RM :dua ratus tujuh puluh tujuh juta lapan ratus ribu sehari) x 30 hari x 12 bulan = RM ..............................(anggaran sekitar : RM 9 billion sebulan x 12 = RM 84 billion/setahun) Kos setong hanya...RM 70/tong x 600,000 tong = RM 4.2 juta/hari x 30 = RM 12,600,000 /bulan x jika 10 bulan sahaja = RM 126,000,000 (tak sampai 150juta/tahun) .. Dari sini dapat kita lihat betapa besarnya keuntungan PETRONAS...soalnya sekarang fulusnya di mana?..di kantong siapa?...siapa yang mahu tanggungjawab semua ini jika akaunnya dibuka semula sejak penubuhan PETRONAS ?.. Sdr ..ini kejahatan dan kezaliman terancang...jika dibuka semuanya.. pasti ada yang mati berdiri...atau mati sakit jantung kena kejar rakyat. Harga minyak dunia hampiri AS$142 setongLONDON 27 Jun - Harga minyak mentah dunia melonjak kepada paras tertinggi baru, menghampiri AS$142 (RM462.92) setong hari ini. Catatan rekod itu sehari selepas Presiden Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) berkata bahawa harga minyak bakal mencecah AS$170 (RM554.20) setong pada tahun ini berikutan kelemahan dolar dan ketidakstabilan politik. Minyak mentah Brent North Sea mencecah rekod tertinggi pada paras AS$141.98 (RM462.85) dan minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet mencatatkan AS$141.71 (RM461.97) setong dalam dagangan elektronik pada bursa New York Merchantile Exchange. Harga minyak buat pertama kalinya mencecah AS$140 (RM456.40) Khamis lalu apabila Presiden OPEC, Chakib Khelil meramalkan kenaikan harga komoditi itu dalam wawancara saluran berita televisyen Perancis. Setelah merekodkan paras tertinggi, penghantaran Ogos untuk minyak Brent North Sea berada pada paras AS$141.48 (RM461.22) setong, naik AS$1.64 (RM5.34) daripada penutup semalam. Kontrak hadapan utama minyak berkualiti tinggi bagi penghantaran Ogos pula berada pada paras AS$141.37 (RM460.86) setong, naik AS$1.33 (RM4.33). Kos minyak naik berganda dalam masa setahun, dengan pengguna menyalahkan kekurangan bekalan daripada OPEC. Bagaimanapun, OPEC yang mengeluarkan 40 peratus bekalan minyak dunia, menyalahkan spekulasi pelabur yang mengakibatkan kenaikan harga komoditi itu, serta kejatuhan nilai dolar dan tekanan terhadap negara pengeluar minyak seperti Iran, Iraq dan Nigeria. Kelemahan mata wang AS menjadikan minyak, yang diniagakan dalam dolar AS, murah dengan aliran tunai ke dalam pasaran komoditi bagi mengekang inflasi yang mengakibatkan permintaan terhadap komoditi itu terus meningkat. Selain itu, kenaikan melampau harga minyak mentah dunia itu juga berikutan tindakan Libya yang akan mengkaji pilihan untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya sebagai reaksi kepada potensi serangan oleh AS terhadap negara-negara OPEC. - AFP |
Wednesday, June 25, 2008
SEBELUM SEJUTA PROTES 6 JULY..DEMO 0i MASJID NEGARA BERMULA ESUK SELEPAS SOLAT JUMAAT!!
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
26 juN
KEPADA SEMUA rakyat yang terbeban dengan masalah minyak naik..sila datang ke masjid Negara dan tunggu selepas solat kerana ada demo dan press confrence dari GERAMM. Sokongan dari para Jemaah amat dihargai...!!!
TURUN..TURUN MINYAK TURUN,
TURUN TURUN BN TURUN...!!!
SILA ULANGKAN BERSAMA!!!!
Semoga Allah menerima amal kita, amin!!!
PERHIMPUNAN AMAN - MASJID NEGARA - RAKYAT WAJIB TURUN
PERHIMPUNAN AMAN BERPERINGKAT MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK - 27/06/2008
LOKASI: MASJID NEGARA
WAKTU: SELEPAS SOLAT JUMAAT
ANJURAN: GERAMM-PROTES
(PENGEDARAN HANDBILL KEPADA RAKYAT MENGENAI FAKTA LENGKAP MENGENAI KESAN BERANTAI DARIPADA KENAIKAN HARGA MINYAK
SERTA MENGENAI PROGRAM 6 JULAI 2008 )
SIDANG MEDIA SELEPAS PERHIMPUNAN MENGENAI PROGRAM ‘PEACE WALK’ SABTU 28 JUN 20008
Sila info teman-teman lain..!!
Tuesday, June 24, 2008
2 PROGRAM BESAR PADA hari SABTU 28 JUN
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
25 JUN
Kepada sdr/sdri yang dihormati..
GERAMM akan mengadakan "peace walk" bermula dari beberapa tempat pada hari Sabtu 28 Jun bermula dari jam 3 petang dan bertemu di SOGO jam 4.30 ptg:
1. Perhentian Pudu Raya - IKRAR (Bro Mus- 0123333825)
2. The Mall dekat PWTC - IKRAR + AIC ( Zairi - 0193066016)
3. Ampang Park - AMK Selangor (Haslan 0163576010)
4. Bukit Bintang - AMK WP (A.Rahman - 019-3193315)
Berjalan santai menuju ke SOGO dengan berpakaian T shirt warna merah - GERAMM (yang perlu t shirt dan info peace walk sila hubungi Hidir 0174873707)
Jika ada yang berminat untuk turut serta sila hubungi segera dan infokan di mana tempat bermula anda. Semoga dengan kehadiran anda kempen anti manipulasi minyak dapat dijayakan dengan baik dan berkesan kepada seluruh warga KL. Ini juga adalah sebahagian dari acara persediaan untuk Protes sejuta rakyat pada 6 July.
Pada malamnya IKRAR AKAN turut serta ke Stadium Melawati Shah Alam...Bersama merasakan keperitan mangsa tahanan ISA!!!.
| Warkah dari Kamunting: Abah hanya mampu doakan... |
| Harakahdaily Tue | Jun 24, 08 | 5:42:37 pm MYT | |
| Menemui yang dikasihi anak abah yang tersayang, semoga sihat sejahtera dan dipelihara Allah sentiasa...Amin. Suhaib, Hari Selasa lepas, 29 Jan 2008, beberapa orang kawan abah iaitu Terhamid, Ahmad dan Zakaria (semua dari Indonesia) telah dilanjutkan lagi penahanan mereka dari empat tahun kepada lapan tahun. Pakcik Yazid Sufaat juga telah ditambah lagi dua tahun iaitu dari enam tahun kepada lapan tahun. Suhaib, Tuan buku tu bernama 'Harun dan Salina', mungkin mereka antara kawan-kawan umi, dan harap dapat sampaikan ucapan terima kasih kepada keduanya kerana sudi pinjamkan buku itu. Lain kali, kalau ada buku seperti itu, bawalah ke Kemta. Semalam, Selasa 30 Jan 2008, satu rombongan peguam telah datang ke Kemta. Salah seorang dari mereka ialah Pakcik Bon (Edmund Bon), orang kuat Majlis Peguam. Ada ramai peguam India dan seorang peguam berbangsa Melayu. Peguam itu menceritakan pelbagai aktiviti hak asasi mereka dan juga kerja-kerja GMI. Sebelum bertemu tahanan Jemaah Islamiyyah (JI), Pakcik Bon dan kawan-kawannya berjumpa lima orang pemimpin Hindraf yang turut ditahan di Kem Kamunting ini. Peguam Edmund Bon minta pengesahan daripada abah sama ada hendak meneruskan Habeas Corpus (HC) atau tidak. Abah, pakcik Murad Sudin, dan pakcik Sufian Saleh bersetuju HC itu diteruskan saja kerana jika tidak buat apa-apa pun, kami akan terus ditahan juga di kem. Jadi, lebih baik teruskan dengan HC, paling tidak pun, kes itu akan dedahkan kejahatan ISA. Insya-Allah, kami dapat pahala. Mungkin Suhaib dan umi boleh tengok surah Taubah ayat 120 dan cuba fahamkan maksud ayat itu. Selepas pertemuan itu, peguam telah belanja kami semua (tahanan yang bertemu peguam saja) makan tengahari. Abah rasa, pertemuan hari ini, ada kelainan sedikit dari biasa. Pakcik Bon ada sebut tentang pilihan raya yang semakin hampir. Abah harap pihak pembangkang tidak akan lupakan isu ISA ini. Suhaib, Salam sayang buat Suhaib dan umi. Abah, ____________________________ Surat ini merupakan sebahagian coretan yang dimuatkan dalam buku 'Dunia Tanpa Suami', yang menukilkan sebahagian luahan hati para isteri yang dinafikan hak mereka angkara ISA. Buku setebal 115 muka surat itu antara lainnya menceritaka pengalaman pahit dan kesengsaraan para isteri, yang suami mereka ditahan selama beberapa tahun di bawah ISA. Malah, bekas tahanan yang kini sudah menjadi wakil rakyat, Saari Sungib turut menulis pengalaman beliau ketika ditahan dan juga selepas bergelar YB. Membaca pengalaman isteri-isteri tahanan ISA seperti isteri Saari, Aliza Jaafar, Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, Norlaila Othman dan Siti Norma Ismail, jelas menggambarkan kesengsaraan dan keperitan yang dialami keluarga tahanan. Bukan sahaja suami mereka ditahan, keluarga termasuk ibu bapa dan rakan-rakan turut diganggu polis cawangan khas (Special Branch-SB), ke mana sahaja mereka pergi, dengan pelbagai cara. Buku yang dijual dengan harga RM15 itu wajar dimiliki bagi mereka yang prihatin dengan nasib keluarga tahanan ISA kerana wang dari pembelian buku tersebut akan disumbangkan kepada tabung GMI. Bagi mereka yang ingin memiliki buku tersebut, boleh menghubungi terus Norlaila Othman di talian 012 6892608, dan pejabat Suaram (03-77843525). Manakala bagi pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga tahanan, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336. - mks._ |
Thursday, June 19, 2008
TARIKH BARU PROTES SEJUTA RAKYAT KE 6 JULY dan demo di masjid seluruh Selangor.....
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
19/20 JULY
| 6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak |
| Jun 19, 08 5:04pm |
| Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi. "Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes. Demonstrasi Di Masjid-Masjid Utama Seluruh SelangorPosted on 20 June 2008 Pemuda Pakatan Rakyat Selangor telah menyusun beberapa siri demonstrasi termasuklah demonstrasi serentak di sepuluh (10) buah masjid di Selangor esok, 20 Jun 2008, selepas solat Jumaat. Siri demonstrasi ini adalah bertujuan untuk mengajak rakyat menyatakan bantahan terhadap kerajaan berkenaan isu kenaikan ini dan untuk mengajak rakyat menyertai PROTES SEJUTA RAKYAT. Berikut adalah butiran lanjut; 20-Jun 2008 Demonstrasi Di Masjid-Masjid Utama Seluruh Selangor 21-Jun Demonstrasi Sekian. Harapan Baru Untuk Malaysia Khairul Anuar Ahmad Zainudin Jafrien Muhammad Mazli Saring
|
Sunday, June 15, 2008
GERAMM - TUMPUAN SEJUTA PROTES RAKYAT - 5 JULY
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
14/15/16 jUN
Mohon maaf kerana 3 hari tak sempat update. Komputer rosak dan memang agak sebuk juga minggu ini terutama bagi memberi penjelasan tentang betapa pentingnya rakyat faham akan kewajaran demonstrasi bantahan harga minyak di seluruh Malaysia dan kemuncaknya pada 5 July di KL.
Sempat bertemu dengan komuniti Indian di Selayang hampir sejam dan alhamdulillah nampak mereka makin jelas dan mahu turut bersama menjayakan kempen GERAMM (Gerakan anti manipulasi minyak) serta PROTES terutama ke seluruh rumah ibadat, persatuan penduduk dan ngo yang ada di Selayang. Bermula dari ceramah kelompok, mini demo di tempat masing-masing, peace walk pada 28 Jun di KL, Selangor dan beberapa tempat lain. Kemuncaknya ialah pada 5 July dan diharap Selayang dapat menghantar antara 20,000 ke 30,000 rakyat ke jalan bagi mendesak turunkan harga minyak.
Di Gombak ada juga yang masih bertanya apa wajarnya demo? Secara ringkas saya menjawa:
1. Cara lain mereka tak faham dan tak mahu faham.
2. Tak wajar naik sampai 41% kerana keuntungan Petronas sebelum ini amat besar serta tujuan diwujudkan Petronas juga adalah untuk menstabilkan harga minyak di pasaran lokal Malaysia bagi membantu rakyat.
3. Negara lain sebagai pengeluar minyak boleh rendahkan harga lokal untuk rakyat mereka tapi di Malaysia tak boleh? Membazir wang Petronas oleh pemimpin UMNO-BN lebih besar dari subsidi kepada rakyat selama ini.
4. Rakyat berhak tuntut kehidupan yang lebih baik kerana wang Petronas adalah wang rakyat hasil dari anugerah Allah kepada rakyat Malaysia. Petronas bukan milik Mahathir atau Badawi atau suku sakat mereka tapi ianya adalah milik semua rakyat. Maka jika didapati mana-mana pihak yang telah merampas hak rakyat ini sehingga membazir maka menjadi tanggungjawab mereka bertaubat dan kembalikan hak rakyat ini walaupun satu sen. Kejahatan ini telah berlaku sejak awal penubuhan Petronas sehingga sekarang dan tiada siapa yang mahu bertanggungjawab atas kepentingan rakyat ini.
5. Maka jika di parlimen hak rakyat boleh dopermainkan maka apakah ada saluran lain untuk mendesak mereka?
Membaca artikel tentang hak rakyat yang dirampas oleh pemimpin UMNO-BN membuat air mata mengalir kerana ianya terlalu pedih..kerana selama ini mereka adalah pelakon jijik yang menyamar sebagai seorang soleh di depan rakyat. Sungguh memalukan kerana mereka mengaku pejuangkan hak dan nasib rakyat khasnya Melayu tapi merekalah pemusnah nasib rakyat di Malaysia. Apa yang mereka lakukan selama ini jika tidak dihentikan sekarang maka...nasib celaka akan diwaris oleh anak cucu kita selama berdekad-dekad lagi.. Sudah pasti jika kita sayangkan anak cucu kita hal ini takkan kita biarkan..KITA PASTIKAN BERSAMA BERMULA DARI SEKARANG SEHINGGA 5 JULY ...kita terus mengatakan hal yang sama iaitu KITA MAHU HARGA MINYAK TURUN DAN NASIB RAKYAT DI BELA..ULANGKAN DAN SAMPAIKAN KEPADA SELURUH KELUARGA DAN MASYARAKAT.
Mungkin ada yang masih terkeliru kononnya demo bercanggah dengan syara'? Sila rujuk buku-buku Dr. Yusuf Qardhawi.."Fiqh Daulah..." hal demo ini amat jelas tidak bercanggah dengan Islam dan kemanusiaan sejagat. Maka ...ayuh kita bersama dalam gelombang besar ini meranapkan kezaliman...!! ..
Demonstrasi salah satu cabang dakwah, tarbiyah
| Izwan Abdul Halim Sun Jun 15, 08 6:44:44 am MYT | ||||||||||||||||
KOTA SARANG SEMUT, 15 Mei (Hrkh) - Menyertai demonstrasi adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariah sebaliknya merupakan satu dari cabang dakwah dan proses pentarbiyahan. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Zainal Asri Romli, demonstrasi dalam harakah merupakan satu uslub daripada uslub dakwah dan satu wasilah daripada wasilah dakwah. "Kita jangan terpengaruh dengan pandangan yang mengatakan demontrasi ini sebagai 'ghairu syarie' (tidak syarie) sebab ia juga merupakan satu pentarbiyyahan juga," ujar beliau ketika ditanya Harakahdaily berhubung demonstrasi yang dicetuskan sebagai bantahan kepada kenaikan harga minyak. Menyertai demonstrasi menurut beliau, adalah proses untuk mentarbiyah diri. "Kalau demontrasi kita tidak berani sertai, apatah lagi perang yang sememangnya lebih dahsyat," tuturnya berkias mengakhiri temubual tersebut. - mks. _ Data bukti kerajaan mewah, tetapi terus zalimi rakyat
| ||||||||||||||||
| 48 kanak-kanak serah 'teddy bear' |
| Abdul Rahim Sabri Jun 14, 08 4:48pm |
| Kira-kira 48 kanak-kanak, dengan ditemani kira-kira 30 penyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) berarak kira-kira 100 meter menujuk ke kawasan Istana Negara pagi tadi untuk menyerahkan 'teddy bear' kepada Yang di-Pertuan Agong sempena menyambut Hari Bapa. Mereka tiba dengan sebuah bas, kira-kira jam 10.40 pagi. Perarakan itu terdiri daripada kanak-kanak yang terdiri daripada umur tujuh tahun hingga 12 tahun telah beratur untuk menuju ke Istana. Perarakan itu telah diketuai oleh Penyelaras Hindraf, R S Thanenthiran dan S Jayathas. Mereka berarak ke kawasan istana dan tiba di situ kira-kira 10 minit kemudian. Sebelum itu, penasihat undang-undang Hindraf, N Surendran telah ditahan polis bersama-sama dengan tiga ahli Parlimen PKR kerana didakwa menghalang polis menjalankan tugas di depan Istana Negara. Bagaimanapun, ketika menghampiri Istana Negara, perarakan mereka terhenti kerana jalan masuk ke situ telah dihalang oleh kira-kira 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Turut berada di situ ialah kira-kira 30 lagi anggota polis biasa. Sambut Hari Bapa Semasa menunggu di situ, orang dewasa yang menyertai kumpulan tersebut kedengaran melaungkan berkali-kali 'Bebaskan Uthayakumar', 'Daulat Tuanku', We Love The King', Raja Sayang Anak', dan 'Agong Cintakan Anak'. Beliau kedengaran memberitahu pihak polis bahawa kehadiran mereka adalah semata-mata untuk menghadiahkan 'teddy bear' kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Bapa esok. Sebelum ini dilaporkan bahawa acara simbolik itu adalah bagi menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 70 kanak-kanak telah dinafikan hak untuk menyambut Hari Bapa kerana bapa-bapa mereka sedang ditahan di Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka ditahan pada 13 Disember tahun lalu, selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan. Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu atas tiket DAP dan menang kerusi negeri Kota Alam Shah. Beliau memperolehi 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi. Benar serah 'teddy bear' Ketika Thanenthiran sedang berbincang dengan anggota polis di situ, kanak-kanak terbabit kelihatan mendiam diri, dan di wajah mereka terbayang rasa takut. Seorang wartawan meminta orang ramai supaya memberi ruang udara kepada kanak-kanak tersebut yang kelihatan rimas dan berpeluh kerana kepanasan. Jam sudah menunjukkan jam 11.15 pagi dan hari semakin panas. Manakala lalulintas agak sesak apabila pemandu memperlahan kenderaan mereka untuk melihat apa yang berlaku di situ. Kemudian kelihatan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu muncul dan berjalan menuju ke Thanenthiran untuk membantu berbincang dengan pihak polis. Sejurus kemudian, Muhammad kelihatan mengarah anggotanya supaya membenarkan kanak-kanak tersebut berjalan menuju ke arah pintu utama istana. Thanenthiran kemudiannya memberitahu mereka yang berkumpul di situ bahawa usaha untuk menghubungi pihak istana bagi menerima 'teddy bear' tersebut, gagal. Diminta beredar Ekoran itu, Thanenthiran memutuskan untuk menyerahkan 'teddy bear' tersebut kepada Ronnie selaku wakil kerajaan negeri Selangor. Sebelum itu, kedengaran seorang bapa memberitahu anaknya dan kanak-kanak yang lain, dalam bahasa Tamil supaya bersabar kerana menurutnya, Raja akan menemui mereka. Apabila mereka melihatkan Ronnie yang menerima 'teddy bear' tersebut, seorang daripadanya dia terus kepada bapanya, apakah orang itu (Ronnie) Raja berkenaan. Tidak lama selepas itu, mereka pun beramai-ramai bersurai secara aman. Sebelum ketibaan tersebut, polis telah menahan tiga ahli Parlimen PKR - Zuraida Kamaruddin (Ampang), Sivarasa Rasiah (Subang) dan PKR S Manikavasagam (Kapar) serta tiga orang lagi kerana didakwa menghalang tugas polis yang diarahkan mengawal kawasan tersebut. Bagaimanapun, mereka enggan berbuat demikian kerana menganggap mereka tidak melakukan kesalahan untuk berada di situ. Menurut Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, beliau datang ke situ sebagai mewakili presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Sivarasa pula adalah naib presiden PKR. Zuraidah adalah ketua Wanita PKR, manakala Manikavasagam pula adalah anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR. Tiga orang lagi itu ialah N Surendran (penasihat undang-undang Hindraf); Salmah Ismail (setiausaha Zuraida) dan Loude Mary (aktvis Hindraf). Pada masa yang sama, terdapat kira-kira 200 pelancong asing yang berada di situ dan pihak polis telah meminta mereka beredar dari kawasan tersebut. |


