Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.
Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.
Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya
Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.
Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu. "Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.
"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.
Sewa bas
Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.
Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
"Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.
Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.
Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.
"Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.
Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memeberi kesan kepada semua orang. Posted on 20 June 2008 Pemuda Pakatan Rakyat Selangor telah menyusun beberapa siri demonstrasi termasuklah demonstrasi serentak di sepuluh (10) buah masjid di Selangor esok, 20 Jun 2008, selepas solat Jumaat. Siri demonstrasi ini adalah bertujuan untuk mengajak rakyat menyatakan bantahan terhadap kerajaan berkenaan isu kenaikan ini dan untuk mengajak rakyat menyertai PROTES SEJUTA RAKYAT. Berikut adalah butiran lanjut;
20-Jun 2008 Demonstrasi Di Masjid-Masjid Utama Seluruh Selangor Lokasi Person in Charge -Masjid Kampung Melayu Ampang Hamsah (017-6030093) Haslan (016-3576010) -Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi Farid (019-7479407) -Masjid Simpang Tiga, Gombak Jafrien (012-2992050) -Masjid Kajang Hanapi (012-3051757) -Masjid Sekincan Fauzi (017-3030346) -Masjid Negeri, Shah Alam Mazli (019-3682855) Hisham (016-2870947) -Masjid Bandar Baru Sg. Buloh Edi (013-5099248) Najmie (016-3183383) -Masjid Hulu Bernam Asha (012-3352423) -Masjid Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam Azwan (012-6879844) -Masjid Damansara Utama (Masjid Mujahidin) Khairul Anuar (019-2057498) 21-Jun Demonstrasi Lokasi: Plaza Tol NPE Masa: Jam 3.00 petang Maklumat lanjut: Mat Akhir (016-3873647) Maharul (019-2859984) Sekian. Harapan Baru Untuk Malaysia Khairul Anuar Ahmad Zainudin Ketua AMK Selangor (019 - 205 74 98) Jafrien Muhammad Setiausaha AMK Selangor (012 – 299 20 50) Mazli Saring Ketua Penerangan AMK Selangor (019 - 368 28 55) |
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!