IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
19/20 JUN
Memang sibuk di Shah Alam dan menyiapkan bahan buletin IKRAR tapi sempat juga mendengar berita sensasi usul tidak percaya di Parlimen...
Sejak berita usul tidak percaya diwar-warkan oleh salah sebuah kompenan BN di media suasana politik sudah mula masuk ke era kenyataan media bertukar menjadi kenyataan sebenar. Sama seperti kenyataan DSAI dan pemimpin PR yang lain sebelum PRU-12 iaitu harga minyak akan naik selepas BN menang..kenyataannya betul-betul terjadi sekarang. Tapi kesombongan dan hipokrit pemimpin UMNO-BN yang berselindung di sebalik alasan strategi politik membuat rakyat muak dan rasa terhina sehingga seluruh rakyat kecewa serta akan bersama merealisasikan apa yang mereka mahukan iaitu keadilan sebenar.
Inilah yang mereka tidak pernah rasakan dari kerajaan UMNO-BN. Ungkapan kerajaan UMNO-BN sudah tidak semerbak melati lagi tapi semakin banyak mereka berbicara soal apa sahaja ungkapan mereka bagaikan tahi ayam. Rakyat bukan sahaja menutup telinga tapi menutup hidung juga. Busuknya ungkapan mereka sudah sampai ke ceruk kampung, desa, hutan dan belantara. Jadi wajarlah, mereka bersiap-siap untuk menempuh era mereka bukan memimpin negara, kes rasuah, kes pecah amanah, kes-kes manipulasi jawatan yang tertutup dan sebagainya akan terbuka kepada umum untuk dibicarakan.
Sebenarnya inilah era mereka mula merasakan sesak nafas dan kencing tak terkendali. Yang penting sebagai rakyat, kita wajib memastikan mereka turun dengan kehinaan dari persada kerajaan yang dimusnahkan kredibilitinya oleh mereka sendiri. Jika YDP membuat keputusan yang bercanggah dengan aspirasi rakyat maka Protes Sejuta Rakyat pada 6 july 2008 akan menjadi perhimpunan seluruh rakyat Malaysia. Kita yakin YDP Agung juga dapat menyelami dan memahami tuntutan rakyat selama ini maka terjawablah kempen HARAPAN BARU MALAYSIA. Semoga ianya menjadi realiti dan sejarah baru di bumi Malaysia tercinta ditempa oleh tangan-tangan kecil rakyat sejak puluhan tahun lalu menjadi realiti sebelum tarikh kemerdekaan tahun ini.
Mari kita renungkan dan fahami nasihat..Dr.A. Aziz Bari..
BN tidak boleh bertindak membelakangi YDP Agong
Tarmizi Mohd Jam Fri | Jun 20, 08 | 10:05:12 am MYT | ||||||
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengingatkan parti-parti politik supaya tidak bertindak membuta tuli dalam menghadapi kemelut politik negara dengan membubarkan Parlimen atau mengisytiharkan darurat. Beliau menegaskan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan yang sangat penting di dalam mententeramkan keadaan politik yang tidak menentu sekarang. Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan apa yang akan berlaku, selepas Parti Maju Sabah (SAPP) yang dipimpin Dato' Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya akan membawa atau menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan. Ekoran tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, pelbagai spekulasi telah timbul. Ini termasuklah tindakan mengadakan pilihan raya mengejut oleh BN untuk menyelamatkan dirinya. Selain itu, tegas beliau, ada yang bimbang bahawa perisytiharan darurat akan dibuat bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan BN melalui undi tidak percaya di parlimen. "Oleh kerana kemungkinan-kemungkinan itulah maka Perlembagaan secara idealnya memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak bebas dari nasihat atau pengaruh kerajaan yang memerintah," tegas Aziz. Beliau yang juga pakar Perlembagaan, mengingatkan bahawa kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan tidak harus disamakan dengan cop getah yang perlu melaksanakan apa sahaja yang diminta oleh kerajaan. "Raja berperlembagaan sebenarnya lebih merujuk kepada seorang raja yang bertindak selaras dengan tuntutan dan semangat demokrasi bukan mengikut nasihat membuta tuli", tambah beliau. Mengenai pilihan raya mengejut Aziz berkata ia hanya boleh dilakukan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan permohonan Perdana Menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat. Aziz berkata di bawah Perlembagaan kuasa itu adalah kuasa baginda dan Perdana Menteri tidak boleh memaksa Yang di-Pertuan Agong. "Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah kuasa budibicara Yang di-Pertuan Agong," tambahnya lagi. Dua minggu lalu Aziz berkata bahawa di dalam senario sekarang adalah tidak wajar untuk Yang di-Pertuan Agong membubarkan dewan bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan. Beliau menjelaskan, meskipun kuasa itu kuasa budibicara baginda diberi tanggungjawab untuk menilai keadaan dan mempastikan bahawa kepentingan negara dan rakyat mengatasi segala-galanya. "Inilah sebabnya mengapa Suruhanjaya Reid meminta Yang di-Pertuan Agong melihat pengalaman negara-negara Komanwel yang lain," tegas beliau. Aziz menjelaskan di dalam keadaan sekarang pembubaran dewan adalah tidak perlu kerana dua sebab. "Yang pertama kita sudah mendengar hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya di parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong mesti menunggu sehingga usul itu dikemukakan dan melihat hasilnya. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan membubarkan dewan maka baginda akan dilihat menyebelahi kepentingan Barisan Nasional dan ini tidak selaras dengan ideal Perlembagaan yang mahukan baginda bebas dari politik dan melindungi proses Perlembagaan," tegas Aziz. Sebab yang kedua, bahasnya, wujudnya potensi pembentukan kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya. Beliau menjelaskan sama ada melalui undi tidak percaya atau lompat parti, sebuah kerajaan baru sebenarnya boleh dibentuk. "Cara ini jelas lebih murah dan lebih menjimatkan masa. Lagipun pilihan raya baru sahaja diadakan," ujarnya. Bagaimanapun, Aziz berasa ragu sekiranya pilihan raya adalah satu pilihan yang sesuai ekoran kenaikan harga minyak kerana isu itu menyebabkan kerajaan yang memerintah sekarang tidak lagi popular. Mengenai pemerintahan darurat di bawah Perkara 150, Aziz berkata ia adalah tidak baik kerana krisis politik yang ada sekarang boleh ditangani melalui proses dan prosedur biasa yakni undi tidak percaya dan seterusnya. "Dalam soal ini Yang di-Pertuan Agong mesti menolak nasihat untuk mengisytiharkan darurat kerana ia akan menyebabkan Perlembagaan digantung dan kerajaan yang ada diberi kuasa untuk membuat undang-undang tanpa ke parlimen. Ini berbahaya", tegas Aziz. - mr _ Hampir semua anggota MT SAPP hadir mesyuarat tergempar pagi ini20/06/2008 11:51am KOTA KINABALU 20 Jun – Hampir kesemua 35 anggota Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) menghadiri mesyuarat khas di ibu pejabatnya di sini hari ini bagi membincangkan hala tuju parti itu berikutan kritikan Presidennya, Datuk Yong Teck Lee terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat itu yang bermula pada 10 pagi dijangka membuat keputusan sama ada parti itu akan kekal sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) ataupun sebaliknya. Yong dan Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan, yang dilaporkan mempunyai pendirian berbeza dalam isu itu, turut hadir pada mesyuarat itu. Satu sidang akhbar dijangka diadakan selepas mesyuarat berakhir. Ekoran kritikan Yong itu, Dewan Tertinggi BN semalam mengadakan mesyuarat tergempar dan membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan terhadap SAPP buat sementara kerana kenyataan yang dibuat oleh Yong itu dianggap bersifat peribadi dan bukan pendirian SAPP. - Bernama Pandangan dari pensyarah undang-undang di UIAM.. Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Abd. Aziz berkata, kuasa mutlak Speaker itu juga sepatutnya dibaca secara terhad iaitu jika ia membabitkan usul yang menghina kemuliaan dewan sahaja. “Kita tidak menafikan speaker mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menolak sesuatu usul untuk dikemukakan di Dewan Rakyat. “Tetapi jika mengambil kira semangat demokrasi, ia tidak begitu. Ia adalah hak ahli Parlimen,” Semalam, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan mengugut akan menyokong sebarang bentuk undi tidak percaya terhadapnya. Mengulas lanjut, Sham Rahayu berpendapat jika usul undi tidak percaya diluluskan, ia akan mengakibatkan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan yang amat kritikal. Katanya, untuk menang undi tidak percaya di Parlimen, sesuatu pihak itu hanya memerlukan kelebihan satu undi, bukannya memerlukan majoriti dua per tiga. “Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12, sebarang usul undi tidak percaya membabitkan BN sukar dilakukan kerana mempunyai kekuatan majoriti dua per tiga.
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!