foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, June 18, 2008

BULETIN SUARA-SUARA REFORMIS, T SHIRT GERAMM DAN PROTES , CD,VCD, MINUMAN GAS DARI RAKAN NIAGA IKRAR DI STADIUM SHAH ALAM 19 -20 JUN...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

18 JUN.

Biro ekonomi IKRAR, Abang Mad Busu dan Faizal telah berjaya melancarkan program Rakan Niaga IKRAR bagi meningkatkan kemampuan ahli IKRAR dalam bidang ekonomi dan keusahawanan. Sekiranya anda berminat dengan konsep saling bantu dan menolong secara "smart" di kalangan rakyat sila datang ke Stadium Shah Alam 19 - 20 jun dan daftar nama anda dengan Sdr. Faizal hp: 0122053341.

KOnsep ini akan cuba dikembangkan ke seluruh Malaysia secara bertahap dan melalui sistem training yang telah digunapakai oleh beberapa institusi keusahawanan dari Turki dan Arab. Semoga reformis khasnya dan rakyat Malaysia amnya dapat mengambil manfaat dari program ini. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menjadi Rakan Niaga IKRAR dan anda berhak mendapat sebanyak mungkin kelebihan dari usahasama ini.

Rakan Niaga IKRAR bukan hanya mendapat laba dari usahasama peringkat lokal tapi kami juga menyediakan ruang seluas mungkin bagi pasaran international melalui beberapa program kunjungan ke negara-negara yang telah mempunyai jaringan bisnes dengan pihak IKRAR.

Antara produk yang telah kami hasilkan dari Rakan Niaga IKRAR ini seperti:

1. Buletin Suara-suara Reformis.
2. VCD, CD dan bahan motivasi diri.
3. T Shirt, topi dan vas-- kempen Pakatan Rakyat dan NGO (GERAMM dan PROTES)
4. Air minuman bergas - SUKO
5. Air mineral dan zam-zam
6. Kerepek dan kuih tradisional Melayu
7. Simple Cafe set- minuman panas dan dingin.
8. Tudung dan pakaian tradisional Melayu.
9. Pakaian tradisional India dan China.
10. Pelancongan dan pengembaraan berkonsep pendidikan.

Kami yakin, penggabungan anda bersama kami akan memperluaskan lagi makna sebuah kebersamaan dan memperkukuhkan lagi makna sebuah kekuatan.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!