IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
4 JUN
Kabinet paling hebat dalam sejarah Malaysia yang pandai menaikkan harga beras sebelum ini sehingga ke paras melebihi 50% dan malam ini minyak pula naik dengan kadar yang sangat sangat gila dan tidak masuk akal. (Petrol 78 sen dan diesel 1.00/liter)
Ada apa sebenarnya semua ini? ..
1. Sepatutnya UMNO-BN mengambil langkah lebih berlembut dengan rakyat dan menjaga kebajikan rakyat tapi pelik mereka mengambil langkah yang sangat tidak masuk akal. Dari sudut ekonomi tidak nampak alasan kenaikan sehingga ke paras yang sangat tinggi. Ada dua sahaja alasan yang mungkin sedikit masuk akal:
a. Semasa PRU-12 UMNO_BN terbelanja lebih dan ketika 5 negeri jatuh ke tangan PR, mereka mati kutu nak cover kos. Banyak projek dalam tangan mereka tidak dapat diteruskan lagi dan penuh dengan masalah di sana sini. Lalu jalan pintas hanyalah melalui cara ini.
b. Sengaja mereka mahu membuat rakyat gelisah, takut, tidak tenteram dan berhajat kepada perlindungan yang lebih kukuh. Sayang sekali perhitungan mereka meleset buat kali yang ke berapa dan jika kenaikan ini tidak segera diselesaikan rakyat akan benar-benar mengamuk terutama orang-orang Melayu yang masih setia dengan UMNO-BN. Melayu memang lambat tangkap isu dan setelah benar-benar terjadi baru dia kata.."oh ya..memang UMNO tak berguna, sial, penipu, babi dll" Sebenarnya bila terkeluar perkataan babi bagi orang Melayu adalah petanda sudah maksima kemarahannya.
c. Kemarahan inilah yang dinantikan oleh pemimpin UMNO DENGAN harapan orang Melayu akhirnya mengamuk..tapi yang mengamuk bukan golongan PR tapi dari UMNO sendiri. Gengster UMNO akan memancing agar ada kerusuhan dll sehingga kelihatan negara tidak stabil. Beberapa cubaan sebelum ini gagal tapi mereka terus berusaha agar jerat mereka terkena. Oleh itu saya meyeru kepada semua agar lebih smart dan jika kita mengadakan demo bantahan kita tetap bersiaga agar jangan ada yang mengambil manfaat dari kemarahan kita.
Apa kata Mahfuz...
Kenaikan harga minyak, hadiah kerajaan 'PM terlampau' - Mahfuz
Wan Nordin Wan Yaacob Wed | Jun 04, 08 | 9:01:36 pm MYT | |
KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Pengumuman kenaikan harga minyak (diesel RM1,00 dan Petrol RM0.78 sen) yang dibuat kerajaan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad badawi disifatkan sebagai hadiah dari kerajaan 'PM terlampau' kepada rakyat. Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kepada Harakahdaily hari ini selepas pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat kerajaan sebentar tadi. Sambil menyatakan ia sebagai satu tindakan yang terlampau, Mahfuz berkata kerajaan Abdullah Badawi sekali lagi menipu rakyat dengan tanpa sebarang petanda terus mengumumkan kenaikan harga minyak pada tahap tertinggi. Sedangkan sebelum ini kenaikan dikatakan akan dikaji dan berkemungkinan akan berlaku pada Ogos ini, ujar Mahfuz. Namun tanpa sebarang 'signal' awal kepada rakyat, kerajaan terus memperbodohkan rakyat dengan menaikkan sekali lagi harga minyak pada satu tahap yang cukup menjerat kehidupan rakyat. "Ini keputusan dari kerajaan yang terlampau, rakyat dihadiahkan dengan kenaikan RM0.78 sen harga petrol sementara diesel sehingga rm1.00. Ini satu kenaikan yang tertinggi yang pernah dicatatkan," ujarnya. "Dengan tindakan ini, rakyat dihumban kerajaan Umno/BN kepada satu kehidupan yang lebih teruk tanpa sebarang belas kasihan," ujar Mahfuz. Baginya tindakan ini sekali lagi satu penipuan dimana sebelum ini semasa pilihan raya umum yang lalu, kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak. Sebaliknya selepas tiga bulan pilihan raya umum berlalu dengan rakyat hampir menolak kerajaan yang ada, kerajaan BN membalas dendam dengan menaikkan harga kepada tahap yang melampau. "Kita akan berbincang dengan NGO dan Pakatan Rakyat untuk membuat tindakan bantahan. "Saya bimbang jika pilihan raya lalu rakyat telah memberi signal yang jelas kepada kerajaan agar jangan mempermainkan rakyat, kali ini rakyat bakal memberi signal kepada kerajaan untuk berundur dengan kenaikan harga minyak ini," ujarnya. Sementara itu dalam tinjauan Harakahdaily di stesen-stesen minyak di sekitar ketereh dan Machang, deretan kenderaan sedang bersesak untuk mengisi minyak berikutan pengumuman kerajaan sebentar tadi. Kesesakan hampir 5 kilometer berlaku di Ketereh sementara di Kok Lanas pula kesesakan bermula daripada Jalan Kok Lanas ke Ketereh berhampiran Stesen Minyak Caltex Jalan Kota Bharu Kuala Krai. Ramai yang ditemui mengungut dengan kenaikan harga minyak yang melampau ini. |
Hadiah Kerajaan Barisan Nasional Buat Rakyat
BAGI MENYATAKAN BANTAHAN DAN DESAKAN IKRAR AKAN MENGADAKAN :
PADA: 6 JUN 2008 SELEPAS SOLAT JUMAAT
BERTEMPAT DI :MASJID KG. BARU, SOGO, MASJID NEGARA DAN KLCC.
TUNTUTAN KAMI:
1. TARIK BALIK HARGA MINYAK DENGAN SERTAMERTA.
2. JIKA TIDAK KAMI AKAN TERUS MENDESAK DAN MENGHIMPUN SERAMAI MUNGKIN RAKYAT BERSAMA PR KE JALANRAYA DI SELURUH MALAYSIA.
3. MEMBENTANG LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN PETRONAS KEPADA UMUM SECARA TERBUKA.
4. PAK LAH DAN NAJIB TURUN DARI PM DAN TPM MALAYSIA SECEPAT MUNGKIN KERANA TIDAK MAMPU MENTADBIR EKONOMI NEGARA SECARA BERKESAN.
5. BUBARKAN KABINET YANG ADA KERANA TERBUKTI TIDAK PERIHATIN KEPADA NASIB RAKYAT DAN TELAH MEMPERSENDA KEPERCAYAAN RAKYAT DARI PRU-12 YANG LALU.
KEPADA SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR DAN MEMBAWA SEPANDUK SENDIRI WALAUPUN SEHELAI KAIN PUTIH KECIL..BERTULIS DIATAS.
SILA SEBARKAN INFO INI!!!
DAPATKAN INFO TERKINI DARI KAMI JIKA ADA SEBARANG PERUBAHAN......
IKRAR akan menyokong dan turut serta dengan protes PR BESAR-BESARAN PADA 12 jULAI NANTI DAN TERUS MENGADAKAN PROTES SELAGI HARGA TIDAK DITURUNKAN......
Protes beri kerajaan tempoh 5 minggu tarik balik harga minyak |
Nyza Ayob Thu | Jun 05, 08 | 6:07:04 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) memberi tempoh lima minggu kepada kerajaan untuk menarik balik kenaikan harga minyak serta bertindak positif terhadap permintaan rakyat sebelum gabungan tersebut mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 12 Julai 2008 ini. Amaran tersebut dilontarkan Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli melalui persetujuan yang dicapai melalui mesyuarat sekretariat Protes bagi mengambil tindakan dan langkah seterusnya bagi menyedarkan dan meminta kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak. Mesyuarat tersebut dihadiri beberapa orang wakil NGO dan parti politik yang bertempat di Pejabat Agung PAS, pagi tadi. Hatta dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berkata, perhimpunan di KLCC pada jam 3 itu dijangka menghimpunkan lebih 100,000 rakyat. "Kami juga mempunyai masa lima minggu untuk merancang menggerakkan rakyat sepertimana menggerakkan himpunan Bersih tahun lepas. Tindakan kami tidak jauh beza sewaktu kenaikan harga minyak 30 sen yang lalu. Walaupun kami ditekan dengan pelbagai insiden termasuk 'Bloody Sunday' dalam siri-siri bantahan kami, namun ia akan tetap diteruskan. "Ada yang mengatakan apa ada pada demonstrasi kerana menyusahkan rakyat, sehingga ada yang terpaksa menutup kedai mereka kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Tetapi kesannya ialah keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Rakyat sudah faham akan isu ini dan mengambil tindakan pada pilihan raya," katanya. Katanya, sebagai gerakan pertama bantahan Protes, satu perhimpunan akan diadakan di Seremban pada 14 Jun ini (Sabtu) diikuti 'road show' ke setiap negeri berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan nanti. Tambahnya pada setiap siri bantahan tersebut, Protes akan mengedarkan risalah yang mengandungi hujah-hujah bagi menangkis kenyataan kerajaan berkenaan kenaikan harga bahan api itu. Dalam pada itu katanya orang ramai juga boleh melayari blog Protes, hargaminyak@blogspot.com yang akan mengemas kini tindakan yang diambil oleh Protes dari semasa ke semasa. Selain itu katanya, Protes juga akan meminta Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendapatkan sokongan daripada parti Pakatan Rakyat bagi mengadakan aktiviti bantahan kenaikan harga minyak ini di tempat masing-masing. Jelasnya Protes juga akan menghubungi negeri-negeri yang dinaungi Pakatan Rakyat bagi tindakan bersama. Beliau percaya kelima-lima negeri tersebut mempunyai kuasa untuk mempengaruhi rakyat dan boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan pusat. Sementara itu katanya, Protes juga menggalakkan sebarang organisasi bagi melaksanakan bantahan kerana isu ini bukan hanya melibatkan golongan tertentu tetapi melibatkan semua golongan masyarakat. Selain itu katanya Protes juga mengalukan mana-mana pihak untuk mengadakan bantahan setiap minggu seperti selepas solat Jumaat di kawasan masing-masing. "Kemarahan ini menyeluruh dan bukan tindakan politik semata-mata. Kesannya dirasai oleh semua, hinggakan kita dapat melihat bagaimana keadaan kelam kabut apabila rakyat agak terdesak dengan mengisi minyak sebelum tengah malam tadi. "Jika kerajaan memikirkan masa depan politiknya, seharus kerajaan mengambil tindakan di atas bantahan rakyat ini. Jika kerajaan tidak prihatin juga dengan segala bantahan kita melalui siri ceramah dan demonstrasi, kami akan meneruskan tindakan selanjutnya selepas perhimpunan 12 Julai nanti," katanya. Sehubungan itu katanya, jika kerajaan mengambil tindakan menolak segala hasrat rakyat, Protes akan akan mengorak langkah lagi bagi menganjurkan beberapa tindakan massa yang boleh memberi petunjuk kepada kerajaan. Beliau menaruh keyakinan dengan kenaikan mendadak tersebut usaha yang dilakukan Protes itu akan memberi impak kepada kerajaan. Kenaikan tersebut katanya sewaktu kerajan tidak bersedia melaksanakan polisi-polisi yang membantu rakyat terlebih dahulu untuk menyediakan mereka yang berdepan dengan suasana tidak mempunyai subsidi. "Kerajaan tidak meluluskan tuntutan gaji minima yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) dan Pakatan Rakyat dengan memberikan pelbagai alasan. Kerajaan tidak menyediakan tahap gaji yang sama seperti negara maju yang lain. Contohnya Singapura sebelum berhujah bahawa harga minyak Malaysia lebih rendah daripada Singapura. "Gaji kakitangan awam tidak setimpal dan kesan kenaikan bahan api yang tinggi ini tentu tidak akan dapat 'offset' dengan gaji yang sedia ada termasuk kenaikan harga barang sebelum ini yang menyusahkan rakyat. Tabung Pemberhentian Kerja yang dicadangkan MTUC juga ditolak, sedangkan ini merupakan salah satu cara membantu rakyat yang kehilangan kerja," katanya. Jelasnya tindakan kerajaan menolak tuntutan rakyat ini, tidak memberi keadaan adil kepada rakyat apabila berlaku kenaikan harga minyak dan barang. Sementara itu mengulas mengenai rebet yang disediakan oleh kerajaan, beliau berkata ia umpama 'umpan' pilihan raya untuk menakluk hati rakyat. "Setiap kali pilihan raya ada 'umpan' seperti ini untuk memujuk rakyat. Dengan RM50 mereka mengundi BN dan mereka menderita lima tahun hanya kerana 'umpan' RM50 itu. RM625 untuk menyelamatkan 800 liter minyak, dalam masa sebulan atau dua akan habis. "Janganlah rebet ini digunakan untuk 'menggula-gulakan' seolah-olah kerajaan bersimpati dengan rakyat. Kami menganggap ini merupakan salah satu cara untuk memujuk rakyat supaya menerima 'malapetaka' yang lebih besar," katanya yang mengharapkan rakyat tidak terpukau dan tertipu dengan pemberian rebet tersebut. - mns |
NGO...TERAS..
an
Nuha & Ziera Rahman Thu | Jun 05, 08 | 2:56:33 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Presiden Teras Pengupayaaan Melayu (Teras), Haji Azmi Abdul Hamid kesal kerana kenaikan harga minyak diumumkan kerajaan secara tergesa-gesa walaupun sudah dijangka berlaku. Kerajaan, ujar beliau, sepatutnya menaikkan harga minyak secara berperingkat agar kesan kenaikan itu tidak terlalu dirasai oleh rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Azmi juga berpendapat kadar kenaikan harga minyak yang berlaku sekarang adalah besar dan bakal memberi kesan tidak terkawal terhadap kos sara hidup rakyat yang hampir 70 peratus ditegorikan sebagai golongan berpendapatan rendah. Kerajaan, katanya perlu mencari kaedah yang mampan seperti berusaha mewujudkan kilang-kilang pemerosesan minyak di dalam negara. Kaedah ini, jelas beliau lebih efisyen, menguntungkan serta mampu menjimatkan perbelanjaan negara. "Dengan cara ini, kerajaan dirasakan mampu untuk mempengaruhi harga runcit (minyak) agar tidak terikat dengan harga pasaran global bagi mengurangkan beban rakyat," ujarnya. Menurutnya, janji kerajaan berhubung subsidi yang akan diberikan guna menampung kenaikan harga minyak dilihat sebagai kurang efektif kerana sukar dirasai oleh rakyat. "Kerajaan sepatutnya menimbang dan mengambil kira golongan berpendapatan rendah memandangkan kos sara hidup semakin meningkat," ujarnya. Azmi menambah, masyarakat Melayu yang memiliki pendapatan perkapita yang rendah berbanding kaum-kaum lain perlu lebih diberi perhatian oleh kerajaan. "Nelayan, pekebun kecil dan peneroka yang banyak didominasi oleh orang Melayu misalnya akan lebih terbeban dengan kenaikan ini. Seterusnya tanpa disedari, ia akan mewujudkan kelompok miskin baru yang memiliki pendapatan lebih rendah," jelasnya. Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan supaya mendengar suara hati rakyat dan merancang serta melaksanakan kaedah lain bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap kehidupan rakyat. "Pendapatan Petronas sewajarnya tidak dibelanjakan untuk menampung projek-projek mega lagi bersifat membazir, sebaliknya perbelanjaan tersebut perlu disemak dan dikaji semula," ujarnya. Beliau turut menggesa pihak kerajaan supaya tidak sekadar pandai menyuruh rakyat berjimat sebaliknya pemimpin-pemimpin negara perlu terlebih dahulu belajar berjimat dan hidup bukan dalam kemewahan. Azmi juga menyeru rakyat agar terus bersatu menuntut kerajaan supaya tidak mengambil sebarang keputusan yang merugikan negara. Presiden Jamaah Islam Malaysia, Mohd Zaid Kamarudin pula menyifatkan tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel secara drastik sebagai membebankan rakyat. Beliau turut melahirkan rasa kurang yakin kepada inisiatif kerajaan untuk memantau peniaga supaya tidak mengambil kesempatan atas kenaikan harga bahan mentah tersebut. "Kebiasaannya, apabila harga bahan bakar naik, kesan kepada kos kehidupan lain juga turut melambung dan tidak mustahil akan berlaku inflasi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Baginya, beberapa skim subsidi yang ditawarkan hanyalah satu langkah kerajaan untuk mengambil hati rakyat sedangkan di waktu yang sama kerajaan mengambil sikap 'memekakkan telinga' kerana kenaikan ini sudah dijangka berlaku lebih awal. Beliau turut menggesa rakyat supaya terus-menerus membantah kenaikan harga minyak dengan menggunakan apa sahaja medium yang ada.- tajdid |
Pakatan Rakyat komited turunkan harga minyak - Anwar |
Azamin Amin Thu | Jun 05, 08 | 11:22:05 am MYT | |||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah keras sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus mengabaikan tanggung jawab dan membebankan rakyat berikutan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan semalam. Beliau menyatakan kenaikan tersebut menyebabkan kehidupan rakyat semakin rumit yang akan merebak kepada kenaikan taraf elektrik, kos pengangkutan dan harga barang keperluan yang lain. "Persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor ke mana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. "Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah projek mega dan koridor (ekonomi)!" katanya yaang membidas pembaziran wang rakyat oleh kerajaan. Beliau menyatakan bahawa rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan tetapi manfaatnya hanyalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek. "Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab. Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa. "Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan Umno-BN seharusnya berundur!" katanya. - tajdid
|