foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, July 23, 2009

PERHIMPUNAN MANSUH ISA...BAKAL MENGGEGARKAN PUTRAJAYA!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

24 Julai

banner isa - Copy

Tidak ada lagi alasan konkrit kenapa ISA tidak dimansuhkan dan jika ada saki baki penyokongnya hanyalah sekadar memenuhi permohonan dari kuncu-kuncu Najib, KJ dan Hishamuddin. Mereka akan malu besar jika KL banjir dengan manusia dan inilah mesej jelas dari rakyat sebelum PRK 13.

Ayuh kita jayakan bersama perhimpunan ini!!!

Mansuhkan ISA yang akan diadakan pada 1 Ogos 2009 nanti.

Hr9808: Memang katun cara YB Ibrahim Ali punya mind set.."follower mind set". Ini bukan "leader mind set". GMI dengan dokongan 80 ngo, individu, aktivis rakyat dan bermacam latar belakang rakyat menolak ISA tiba-tiba muncul pula hero kampung yang amat dikenali dengan watak sikatak lompat sebelum ini dan nampaknya ia mahu beraksi lagi setelah kena aura Najib. Kesian tenguk YB ni..dah tua dah janganlah buat macam budak-budak dulu..Ingatkan sudah dewasa tetapi masih berperangai yang sama juga..Maka selayaknya rakyat menolak beliau dalam PRU 13 nanti. Memang tak boleh dipercaya lagi..!!

Nak ajak belaga apa pula YB? Tak cukup lagike? Nak gunakan Melayu lagi atau gengster Melayu ? Sudahlah YB bawalah bertaubat dan renungkan lebih jauh. Jangan malukan diri dan semangat Melayu yang sempit tu. Tak kemana tenguklah nanti!!! Tapi dengan semangat kebebasan bersuara, kita lihat sahaja pada 1 Ogos nanti. YB Ibrahim Ali nak tunjuk silat pulut? Ahlan..

Pelik..yang jelas zalim disokong dan inilah antara bukti mindset kaum Yahudi di Israel. Berjuang kerana kebatilan dan berbangga dengan kezaliman itu..Bertaubatlah YB...!!!

Ibrahim mahu cetus huru-hara pertahan ISA?
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Jul 25, 09 | 9:22:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, dilihat mengugut akan menimbulkan huru-hara jika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak membatalkan cadangan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini.

Sebuah akhbar harian melaporkan beliau berkata, jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara.

Ketika Malaysiakini meminta beliau menjelaskan kenyataan itu, Ibrahim mengulangi ugutannya apabila berkata: ""Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) � dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA � mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara".

Beliau juga berkata, jika GMI meneruskan himpunan ke Istana Negara, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi � kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara � dengan berpakaian hitam dan merah.

Malaysiakini juga melaporkan, penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta himpunan anti-ISA itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini._


HR9808: Kenyataan GMI yang lebih bertamaddun..

Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos, jangan timbulkan provokasi!
Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Jul 25, 09 | 9:16:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Semua pihak diminta tidak menimbulkan provokasi dan melakukan pertembungan pada himpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos kelak.

ImageMenurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, pihaknya mengalu-alukan tindakan Pewaris dan beberapa NGO lain yang berhasrat mengadakan himpunan menyokong ISA, 1 Ogos akan datang dengan prinsip hak kebebasan mana-mana pihak untuk berhimpun.

Katanya, hasrat kumpulan pro-ISA itu untuk berhimpun merupakan hak mereka, yang tidak boleh ditahan oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, pihaknya berharap tidak berlaku 'pertembungan' atau apa-apa perkara yang boleh menimbulkan provokasi kepada kumpulannya (GMI) dan penyokong anti-ISA yang turut berhimpun pada hari yang sama.

"Kita tidak halang niat mereka, kerana berpegang dengan prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun. Mereka juga ada hak seperti kita, cuma yang jelasnya program kita ini telah diuar-uarkan lebih awal lagi dengan pelbagai kempen dan penerangan mengenainya," kata beliau dalam sidang akhbar Sekretariat MANSUH, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

ImageSyed Ibrahim turut menyeru para peserta anti-ISA supaya datang lebih awal di ketiga-tiga lokasi yang ditetapkan supaya himpunan dapat bermula seperti dirancang dan lancar.

Tiga lokasi itu - Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dikekalkan mengikut perancangan asal, sebelum kumpulan dari ketiga-tiga lokasi tersebut akan ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat'.

Beliau turut mengingatkan para peserta supaya mengenakan pakaian bertemakan merah hitam, dan bukannya berwarna putih seperti penyokong ISA.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dilantik sebagai Komander himpunan tersebut mengharapkan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak bersedia memansuhkan ISA bagi membuktikan komitmen beliau terhadap konsep 'Satu Malaysia-Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang diperkenalkan beliau.

Beliau turut mengharapkan Najib mengambil peluang ketika menjadi PM untuk memansuhkan akta ini, dan bukannya hanya berani bersuara selepas meletakkan jawatan seperti Tun Abdullah Badawi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata himpunan 1 Ogos ini bukan melibatkan kepentingan politik, tetapi kepentingan semua yang tidak mahu melihat akta ini terus berkuasa dan berharap akan dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong kelak.

Ditanya tentang hasrat Pewaris untuk berhimpun pada hari yang sama, Salahuddin berkata pihaknya mengalu-alukan badan bukan kerajaan itu untuk 'belajar' cara berhimpun serta memahami Akta Polis.

"Bagi mengelakkan sebarang pertembungan, kita akan memberi taklimat kepada para peserta supaya tidak termakan dengan sebarang provokasi dan berharap himpunan ini berjalan dengan baik," kata beliau.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Tian Chua, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan; Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan; Timbalannya, Azman Shafawi; exco Pemuda PAS, wakil Hindraf, mahasiswa dan wakil Suaram. - mks._