Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
7 JUN
Semakin ketara di muktamar PAS para perwakilan menolak idea muqabalah dengan UMNO. Jadi saya kira begini:
1. Jelas Ust Nasa dan Ust Hadi akan melalui tempoh pemerintahan yang amat sukar jika konsep muqabalah masih dipertahankan berlawanan dengan arus pemikiran perwakilan PAS. Saya yakin Ust Hadi dapat menilainya dan dengan segera melakukan refresh idea soal muqabalah dengan pimpinan tertinggi PAS.
2. Kemenangan Ust Nasa jelas tidak memberi kesan kerana arus pemikiran perwakilan sudah begitu kuat dengan arus pemikiran Husam sebelum ini. Di mana salahnya sehingga Husam kalah sebenarnya amat merugikan PAS secara realiti. Idea Husam masih berjalan dan pemikirannya masih kuat jauh melebihi Ust Nasa. Seharusnya Ust Nasa dengan segera melakukan perubahan jika mahu melihat PAS utuh semula.
3. Komentar Tok Guru juga jelas beliau berpihak kepada idea Husam maka di sinilah menariknya untuk kita perhatikan dan dinamikanya PAS di era selepas 2008. Semoga selesai dengan segera segala kebuntuan sebelum ini terutama antara Ust Hadi dan Tok Guru.
4. PR juga harus menyedari akan komitmen baru dari barisan pimpinan PAS sekarang dan rasanya lebih selesa kerana idea asas sudah semakin menyerlah. Namun soal teknikal di beberapa negeri PR harus segera diatur terutama di Kedah yang ramai masih melihat belum ada yang jelas dari segi perubahan kepada nasib rakyat Kedah di bawah pimpinan PAS. Perlu cepat bertindak dan tegas dalam soal kebajikan rakyat.
Renungan dari usul tergempar...
Usul tergempar siasat BN Perak | |||||||
Abdul Rahim Sabri | Jun 7, 09 1:13pm | |||||||
Seorang perwakilan Perak mengemukakan usul tergempar pada hari terakhir muktamar PAS agar mendesak penubuhan suruhajaya diraja bagi menyiasat rampasan kuasa oleh BN Februari lalu di negeri itu. Dr Khairuddin Abdul Malik, perwakilan kawasan Tambun, berkata suruhanjaya tersebut bagi menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat itu. Beliau turut mencadangkan agar badan yang akan dibentuk itu memberi cadangan-cadangan pencegahan agar insiden tersebut tidak terjadi kepada empat lagi negeri Pakatan Rakyat. "Kalau Umno dan BN benar, kenapa takut untuk disiasat? "Perkara ini (kemelut Perak) lebih besar daripada kes (mata lebam) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (rakaman video peguam) VK Lingam sehingga ditubuhkan suruhanjaya bebas diraja. "Kenapa tidak boleh ditubuhkan suruhajaya untuk siasat kemelut Perak," katanya. Usul yang dibentang ini dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan dan barisan kepemimpinan PAS. Sementara Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad ketika menyokong usul tergempar ini berkata, penubuhan badan tersebut penting untuk mendedahkan "kejahatan dan keburukan" BN yang mengambilalih kuasa secara tidak berprinsip dan tidak menghormati undang-undang, termasuk undang-undang tubuh Perak sendiri. Dalam ucapannya, Khalid juga menggesa agar kepemimpinan PAS dan perwakilan untuk mengenali pihak lawan termasuk Umno yang menghulurkan tangan untuk berdamai dengan PAS. "Kita kena kenal lawan kita ... tetapi hakikat mereka jahat membawa kerosakan dan perpecahan kepada PAS, PKR dan Pakatan Rakyat. "Jangan kita sebut tentang perpaduan, perundingan walaupun ada banyak persamaan kecil antara kita," katanya dengan nada marah, tegas dan bersemangat, kemudian disambut dengan laungan takbir kira-kira 2,000 hadirin, termasuk pemerhati. "Kamu sayang kepada mereka, tetapi mereka tidak sayang kepada kamu," kata Khalid, sinis. Beliau cuba membawa perwakilan mengingati peperangan Siffin antara Muawiyah dan Ali apabila tentera Muawiyah meletakkan al-Quran di hujung lembing sebagai jalan damai kedua-dua pihak walaupun taktik itu hanya muslihat semata-mata. Khalid, juga ahli parlimen Shah Alam, turut menggesa perwakilan bersatu untuk memberi tekanan kepada Umno demi mencapai kemenangan dan kesatuan jamaah. "Jangan kita lepaskan mereka (Umno), jangan berhenti asak mereka. Dan dengan asakan kita itu, kita dapat menyatukan saf jamaah dan Pakatan Rakyat," katanya. "Kalau berhenti (mengasak) dan sentiasa menyebut perkataan perpaduan, kesatuan, berdamai (dengan Umno) maka perpecahan melanda kita". | |||||||
|