IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
14/15/16 jUN
Mohon maaf kerana 3 hari tak sempat update. Komputer rosak dan memang agak sebuk juga minggu ini terutama bagi memberi penjelasan tentang betapa pentingnya rakyat faham akan kewajaran demonstrasi bantahan harga minyak di seluruh Malaysia dan kemuncaknya pada 5 July di KL.
Sempat bertemu dengan komuniti Indian di Selayang hampir sejam dan alhamdulillah nampak mereka makin jelas dan mahu turut bersama menjayakan kempen GERAMM (Gerakan anti manipulasi minyak) serta PROTES terutama ke seluruh rumah ibadat, persatuan penduduk dan ngo yang ada di Selayang. Bermula dari ceramah kelompok, mini demo di tempat masing-masing, peace walk pada 28 Jun di KL, Selangor dan beberapa tempat lain. Kemuncaknya ialah pada 5 July dan diharap Selayang dapat menghantar antara 20,000 ke 30,000 rakyat ke jalan bagi mendesak turunkan harga minyak.
Di Gombak ada juga yang masih bertanya apa wajarnya demo? Secara ringkas saya menjawa:
1. Cara lain mereka tak faham dan tak mahu faham.
2. Tak wajar naik sampai 41% kerana keuntungan Petronas sebelum ini amat besar serta tujuan diwujudkan Petronas juga adalah untuk menstabilkan harga minyak di pasaran lokal Malaysia bagi membantu rakyat.
3. Negara lain sebagai pengeluar minyak boleh rendahkan harga lokal untuk rakyat mereka tapi di Malaysia tak boleh? Membazir wang Petronas oleh pemimpin UMNO-BN lebih besar dari subsidi kepada rakyat selama ini.
4. Rakyat berhak tuntut kehidupan yang lebih baik kerana wang Petronas adalah wang rakyat hasil dari anugerah Allah kepada rakyat Malaysia. Petronas bukan milik Mahathir atau Badawi atau suku sakat mereka tapi ianya adalah milik semua rakyat. Maka jika didapati mana-mana pihak yang telah merampas hak rakyat ini sehingga membazir maka menjadi tanggungjawab mereka bertaubat dan kembalikan hak rakyat ini walaupun satu sen. Kejahatan ini telah berlaku sejak awal penubuhan Petronas sehingga sekarang dan tiada siapa yang mahu bertanggungjawab atas kepentingan rakyat ini.
5. Maka jika di parlimen hak rakyat boleh dopermainkan maka apakah ada saluran lain untuk mendesak mereka?
Membaca artikel tentang hak rakyat yang dirampas oleh pemimpin UMNO-BN membuat air mata mengalir kerana ianya terlalu pedih..kerana selama ini mereka adalah pelakon jijik yang menyamar sebagai seorang soleh di depan rakyat. Sungguh memalukan kerana mereka mengaku pejuangkan hak dan nasib rakyat khasnya Melayu tapi merekalah pemusnah nasib rakyat di Malaysia. Apa yang mereka lakukan selama ini jika tidak dihentikan sekarang maka...nasib celaka akan diwaris oleh anak cucu kita selama berdekad-dekad lagi.. Sudah pasti jika kita sayangkan anak cucu kita hal ini takkan kita biarkan..KITA PASTIKAN BERSAMA BERMULA DARI SEKARANG SEHINGGA 5 JULY ...kita terus mengatakan hal yang sama iaitu KITA MAHU HARGA MINYAK TURUN DAN NASIB RAKYAT DI BELA..ULANGKAN DAN SAMPAIKAN KEPADA SELURUH KELUARGA DAN MASYARAKAT.
Mungkin ada yang masih terkeliru kononnya demo bercanggah dengan syara'? Sila rujuk buku-buku Dr. Yusuf Qardhawi.."Fiqh Daulah..." hal demo ini amat jelas tidak bercanggah dengan Islam dan kemanusiaan sejagat. Maka ...ayuh kita bersama dalam gelombang besar ini meranapkan kezaliman...!! ..
Demonstrasi salah satu cabang dakwah, tarbiyah
Izwan Abdul Halim Sun Jun 15, 08 6:44:44 am MYT | ||||||||||||||||
KOTA SARANG SEMUT, 15 Mei (Hrkh) - Menyertai demonstrasi adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariah sebaliknya merupakan satu dari cabang dakwah dan proses pentarbiyahan. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Zainal Asri Romli, demonstrasi dalam harakah merupakan satu uslub daripada uslub dakwah dan satu wasilah daripada wasilah dakwah. "Kita jangan terpengaruh dengan pandangan yang mengatakan demontrasi ini sebagai 'ghairu syarie' (tidak syarie) sebab ia juga merupakan satu pentarbiyyahan juga," ujar beliau ketika ditanya Harakahdaily berhubung demonstrasi yang dicetuskan sebagai bantahan kepada kenaikan harga minyak. Menyertai demonstrasi menurut beliau, adalah proses untuk mentarbiyah diri. "Kalau demontrasi kita tidak berani sertai, apatah lagi perang yang sememangnya lebih dahsyat," tuturnya berkias mengakhiri temubual tersebut. - mks. _ Data bukti kerajaan mewah, tetapi terus zalimi rakyat
|
48 kanak-kanak serah 'teddy bear' |
Abdul Rahim Sabri Jun 14, 08 4:48pm |
Kira-kira 48 kanak-kanak, dengan ditemani kira-kira 30 penyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) berarak kira-kira 100 meter menujuk ke kawasan Istana Negara pagi tadi untuk menyerahkan 'teddy bear' kepada Yang di-Pertuan Agong sempena menyambut Hari Bapa. Mereka tiba dengan sebuah bas, kira-kira jam 10.40 pagi. Perarakan itu terdiri daripada kanak-kanak yang terdiri daripada umur tujuh tahun hingga 12 tahun telah beratur untuk menuju ke Istana. Sambil berarak mereka mereka memegang teddy bear yang diletak dalam bakul. Turut bersama berarak ialah kira-kira 30 penyokong Hindraf, termasuk beberapa pemimpin, sambil melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Bebaskan Tahanan ISA". Perarakan itu telah diketuai oleh Penyelaras Hindraf, R S Thanenthiran dan S Jayathas. Mereka berarak ke kawasan istana dan tiba di situ kira-kira 10 minit kemudian. Sebelum itu, penasihat undang-undang Hindraf, N Surendran telah ditahan polis bersama-sama dengan tiga ahli Parlimen PKR kerana didakwa menghalang polis menjalankan tugas di depan Istana Negara. Bagaimanapun, ketika menghampiri Istana Negara, perarakan mereka terhenti kerana jalan masuk ke situ telah dihalang oleh kira-kira 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Turut berada di situ ialah kira-kira 30 lagi anggota polis biasa. Thanenthiran kelihatan berbincang sesuatu pihak polis. Bagaimanapun, mereka masih tidak dibenar meneruskan perarakan menuju ke pintu utama istana. Sambut Hari Bapa Semasa menunggu di situ, orang dewasa yang menyertai kumpulan tersebut kedengaran melaungkan berkali-kali 'Bebaskan Uthayakumar', 'Daulat Tuanku', We Love The King', Raja Sayang Anak', dan 'Agong Cintakan Anak'. Beliau kedengaran memberitahu pihak polis bahawa kehadiran mereka adalah semata-mata untuk menghadiahkan 'teddy bear' kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Bapa esok. Sebelum ini dilaporkan bahawa acara simbolik itu adalah bagi menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 70 kanak-kanak telah dinafikan hak untuk menyambut Hari Bapa kerana bapa-bapa mereka sedang ditahan di Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Antara yang ditahan di Kamunting ialah lima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar. Mereka ditahan pada 13 Disember tahun lalu, selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan. Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu atas tiket DAP dan menang kerusi negeri Kota Alam Shah. Beliau memperolehi 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi. Benar serah 'teddy bear' Ketika Thanenthiran sedang berbincang dengan anggota polis di situ, kanak-kanak terbabit kelihatan mendiam diri, dan di wajah mereka terbayang rasa takut. Seorang wartawan meminta orang ramai supaya memberi ruang udara kepada kanak-kanak tersebut yang kelihatan rimas dan berpeluh kerana kepanasan. Jam sudah menunjukkan jam 11.15 pagi dan hari semakin panas. Manakala lalulintas agak sesak apabila pemandu memperlahan kenderaan mereka untuk melihat apa yang berlaku di situ. Kemudian kelihatan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu muncul dan berjalan menuju ke Thanenthiran untuk membantu berbincang dengan pihak polis. Turut kelihatan di situ ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang berpakaian sukan dan Ketua Polis Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid. Sejurus kemudian, Muhammad kelihatan mengarah anggotanya supaya membenarkan kanak-kanak tersebut berjalan menuju ke arah pintu utama istana. Thanenthiran kemudiannya memberitahu mereka yang berkumpul di situ bahawa usaha untuk menghubungi pihak istana bagi menerima 'teddy bear' tersebut, gagal. Diminta beredar Ekoran itu, Thanenthiran memutuskan untuk menyerahkan 'teddy bear' tersebut kepada Ronnie selaku wakil kerajaan negeri Selangor. Beliau meminta Ronnie supaya menyerahkan kesemua 'teddy bear' itu kepada Yang di-Pertuan Agong pada hari yang sesuai. Sebelum itu, kedengaran seorang bapa memberitahu anaknya dan kanak-kanak yang lain, dalam bahasa Tamil supaya bersabar kerana menurutnya, Raja akan menemui mereka. Apabila mereka melihatkan Ronnie yang menerima 'teddy bear' tersebut, seorang daripadanya dia terus kepada bapanya, apakah orang itu (Ronnie) Raja berkenaan. Tidak lama selepas itu, mereka pun beramai-ramai bersurai secara aman. Sebelum ketibaan tersebut, polis telah menahan tiga ahli Parlimen PKR - Zuraida Kamaruddin (Ampang), Sivarasa Rasiah (Subang) dan PKR S Manikavasagam (Kapar) serta tiga orang lagi kerana didakwa menghalang tugas polis yang diarahkan mengawal kawasan tersebut. Sebelum ditahan, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberi masa selama lima minit kepada mereka untuk beredar dari situ. Bagaimanapun, mereka enggan berbuat demikian kerana menganggap mereka tidak melakukan kesalahan untuk berada di situ. Menurut Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, beliau datang ke situ sebagai mewakili presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Sivarasa pula adalah naib presiden PKR. Zuraidah adalah ketua Wanita PKR, manakala Manikavasagam pula adalah anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR. Tiga orang lagi itu ialah N Surendran (penasihat undang-undang Hindraf); Salmah Ismail (setiausaha Zuraida) dan Loude Mary (aktvis Hindraf). Pada masa yang sama, terdapat kira-kira 200 pelancong asing yang berada di situ dan pihak polis telah meminta mereka beredar dari kawasan tersebut. |