foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, July 19, 2009

KEMATIAN TEOH BENG HOCK..ISU SERIUS..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

19 Julai
Dalam kesibukan untuk ke Bandung, berita kematian Teoh amat memeranjatkan seluruh Malaysia. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena bermula dari Khir Toyo dikenakan tindakan dan selepas beberapa hari itu, SPRM mula beraksi terhadap YB PR. Saya tidak nampak alasan yang jelas untuk SPRM bertindak begitu pantas kecuali ada angin yang meniupnya dari belakang. BN UMNO paling berhak untuk menerima tuduhan ini kerana hanya mereka yang ada kepentingan serius dalam kerajaan Negeri Selangor sebelum ini. Seluk beluk permainan mereka di Selangor bukan sahaja telah dikenal pasti bahkan tanda-tanda dan bukti semakin hari semakin menyerlah. Maka perasaan yang bercampur akhirnya terjawab apabila insiden ini berlaku. Sekadar syer pandangan:

1. Saya mendapat info dari pihak UMNO bahawa YB PR akan melompat setelah ada berlaku teguran dari YB Azmin dan isu rasuah. Tapi isu pandangan YB Azmin tidak berlanjutan kerana YAB Menteri Besar Selangor dapat redakannya. Tetapi soal rasuah makin kencang hingga dengan terbuka pihak SPRM akan mengambil tindakan ke atas YB PR. Namun setelah saya bertanya ke pihak PR di Selangor, berita tentang melompat adalah khabar angin sahaja. Tetapi berita rasuah semakin kencang dan kemuncaknya ialah ketika Teoh dijumpai mati di bangunan di mana SPRM juga di situ.

2. Saya cuba menjodoh-jodohkan berita ini dengan beberapa hal. Kebetulan Najib juga tidak ada di Malaysia dan diambil alih oleh Muhyiddin. Seperti pernah berlaku kepada Ust Ibrahim Libya yang ketika itu Mahathir tidak ada di Malaysia dan Musa Hitam yang mengambil alih tugas tersebut. Apakah ini kebetulan atau bagaimana tidak penting. Yang penting ada klu yang sangat wajar untuk menjadi pertimbangan semua pihak khasnya pihak pimpinan PR bagaimana UMNO BN tidak akan berdiam diri sehingga apa sahaja boleh mereka lakukan demi sebuah kekuasaan.

3. Isu ini seperti membuka tirai perselindungan UMNO BN untuk merosakkan dan menghancurkan kerajaan PR di Selangor. Jika tidak ada angin takkan pokok bergoyang. Yang amat jelas ini adalah sebahagian usaha mereka untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat. Setelah beberapa siri desakan dari pihak mereka terhadap Lim Guang Eng di Penang, ribut singkat YB DAP di Kedah dan kempen Manek Urai. Semuanya bagaikan satu pakej untuk mensatu Malaysiakan semua agenda rakyat sebelum ini.

Saya sempat mengambil kedua-dua kenyataan. Dari PR dan BN. Amat menarik untuk diperhatikan tetapi saya lebih yakin kepada keikhlasan kenyataan dari pimpinan PR.

SPRM mahu rampas kerajaan negeri Selangor?
Pimpinan Pakatan Rakyat
Sat | Jul 18, 09 | 6:39:25 am MYT

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP_

Kematian Teoh : Lebih 3,000 berhimpun tuntut keadilan
Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jul 20, 09 | 9:28:07 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana petang semalam menuntut keadilan atas kematian Teoh Beng Hock Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Image

Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, AJK PAS pusat, Dato' Husam Musa, berucap kepada hadirin, menurut Malaysiakini.

Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock"

Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh iaitu setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah. Image

Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya dan menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Dato' Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.

Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam.

Kematian Teoh yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, telah menimbul kemarahan penyokong pembangkang yang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasatkan kejadian tersebut. - azm _

HR9808: Kenyataan dari Muhyiddin di bawah...(melepaskan batuk di tangga..)

Isu Teo dipolitikkan untuk alih perhatian rakyat

19/07/2009 5:10pm

TANJONG KARANG 19 Julai — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teo Beng Hock, setiausaha politik anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil-wakil rakyat mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata isu kematian itu dipolitikkan semasa SPRM sedang menjalankan siasatan ke atas Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri dari pakatan pembangkang berhubung dengan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang diagihkan kepada wakil-wakil rakyat.

Siasatan ke atas wakil rakyat pembangkang dalam kes penyalahgunaan peruntukan itu mungkin menunjukkan mereka juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan, katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanjung Karang di sini.

“Penting bagi kita mengatur langkah dan strategi yang perlu dibuat apabila pakatan pembangkang tidak mempunyai ikatan yang jitu. Oleh itu, anggota Barisan Nasional perlu mengambil peluang itu bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN,” katanya.

Mayat Teo, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lepas. Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata oleh itu adalah penting bagi komponen-komponen BN untuk memperbaiki diri mereka supaya tidak dilihat lemah kerana berbalah sesama sendiri dan tidak diyakini kemampuan mereka untuk membela nasib kaum yang diwakili mereka.

Oleh itu, kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi untuk memulihkan kembali imej BN, katanya.

HR9808: SPRM wajib tanggungjawab atas insiden ini.

DAP ambil tindakan undang-undang terhadap SPRM

19/07/2009 10:46pm

ALOR GAJAH 19 Julai - DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, SPRM perlu bertanggungjawab terhadap kematian Beng Hock dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan bahawa ketika ditemui mati, Beng Hock tidak lagi berada dalam pengawasan SPRM.

Beliau berkata, pejabat SPRM adalah sebuah bangunan keselamatan yang dikawal dan tidak boleh untuk melakukan urusan masuk dan keluar ke pejabat itu sesuka hati.

“Hanya pegawai SPRM yang mempunyai akses menerusi kad mereka untuk masuk dan keluar pintu pejabat berkenaan.

“SPRM mempunyai tanggungjawab keselamatan (terhadap Beng Hock) dan tidak boleh dinafikan Beng Hock ditemui dalam kawasan bangunan SPRM,” katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat kepada keluarga Teoh di Taman Seri Kelemak di sini, hari ini.

- BERNAMA

Penyokong berhimpun di stadium tuntut keadilam kematian Beng Hock

19/07/2009 7:23pm

PETALING JAYA 19 Julai – Lebih 2,000 (ini berita dari media BN..saya jangka lebih...) penyokong pakatan pembangkang berhimpun di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini dengan alasan untuk menuntut keadilan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dalam perhimpunan itu, pihak penganjur turut mensasarkan kutipan 10,000 tandatangan sebagai satu petisyen kepada kerajaan.

Petisyen itu menuntut tiga perkara:

  • Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja;
  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan;
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka berhubung isu kematian Beng Hock.



  •