MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat. Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Jawapan tegas Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara. Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai) Kenyataan media ini dikeluarkan oleh: Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen DAP_ Kematian Teoh : Lebih 3,000 berhimpun tuntut keadilan Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon | Jul 20, 09 | 9:28:07 am MYT | KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana petang semalam menuntut keadilan atas kematian Teoh Beng Hock Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.  Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, AJK PAS pusat, Dato' Husam Musa, berucap kepada hadirin, menurut Malaysiakini. Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock" Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh iaitu setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.  Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya dan menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Dato' Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan. Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam. Kematian Teoh yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, telah menimbul kemarahan penyokong pembangkang yang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasatkan kejadian tersebut. - azm _ | HR9808: Kenyataan dari Muhyiddin di bawah...(melepaskan batuk di tangga..)
Isu Teo dipolitikkan untuk alih perhatian rakyat 19/07/2009 5:10pm
TANJONG KARANG 19 Julai — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teo Beng Hock, setiausaha politik anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil-wakil rakyat mereka. Timbalan Perdana Menteri berkata isu kematian itu dipolitikkan semasa SPRM sedang menjalankan siasatan ke atas Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri dari pakatan pembangkang berhubung dengan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang diagihkan kepada wakil-wakil rakyat. Siasatan ke atas wakil rakyat pembangkang dalam kes penyalahgunaan peruntukan itu mungkin menunjukkan mereka juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan, katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanjung Karang di sini. “Penting bagi kita mengatur langkah dan strategi yang perlu dibuat apabila pakatan pembangkang tidak mempunyai ikatan yang jitu. Oleh itu, anggota Barisan Nasional perlu mengambil peluang itu bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN,” katanya. Mayat Teo, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lepas. Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini. Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata oleh itu adalah penting bagi komponen-komponen BN untuk memperbaiki diri mereka supaya tidak dilihat lemah kerana berbalah sesama sendiri dan tidak diyakini kemampuan mereka untuk membela nasib kaum yang diwakili mereka. Oleh itu, kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi untuk memulihkan kembali imej BN, katanya. HR9808: SPRM wajib tanggungjawab atas insiden ini. DAP ambil tindakan undang-undang terhadap SPRM 19/07/2009 10:46pm
ALOR GAJAH 19 Julai - DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, SPRM perlu bertanggungjawab terhadap kematian Beng Hock dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan bahawa ketika ditemui mati, Beng Hock tidak lagi berada dalam pengawasan SPRM. Beliau berkata, pejabat SPRM adalah sebuah bangunan keselamatan yang dikawal dan tidak boleh untuk melakukan urusan masuk dan keluar ke pejabat itu sesuka hati. “Hanya pegawai SPRM yang mempunyai akses menerusi kad mereka untuk masuk dan keluar pintu pejabat berkenaan. “SPRM mempunyai tanggungjawab keselamatan (terhadap Beng Hock) dan tidak boleh dinafikan Beng Hock ditemui dalam kawasan bangunan SPRM,” katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat kepada keluarga Teoh di Taman Seri Kelemak di sini, hari ini. - BERNAMA Penyokong berhimpun di stadium tuntut keadilam kematian Beng Hock 19/07/2009 7:23pm
Oleh Assim Hassan PETALING JAYA 19 Julai – Lebih 2,000 (ini berita dari media BN..saya jangka lebih...) penyokong pakatan pembangkang berhimpun di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini dengan alasan untuk menuntut keadilan berhubung kematian Teoh Beng Hock. Dalam perhimpunan itu, pihak penganjur turut mensasarkan kutipan 10,000 tandatangan sebagai satu petisyen kepada kerajaan. Petisyen itu menuntut tiga perkara: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka berhubung isu kematian Beng Hock.
|