25 OKT
Rosmah bicara soal pendidikan benar atau tidak tak pasti. ? Tapi di media UBN diangkat isu ini. Simple aje soalannya. Jika boleh tahu ke Dubai ni untuk tujuan resmi negara atau shopping? Berapa ramai yang shopping? Berapa banyak bawa duit pergi dan bawa barang balik? Berapa orang bodyguard? Berapa orang kroni?..Bila di teropong..jadi terbalik pula..budget untuk pendidikan mengalirnya ikut sungai mana? Sungai Wang atau sungai Pahang?..Semua ini berkisar dalam kepala rakyat.<br />Tapi inilah realitinya...
Rosmah gembira peruntukan bajet 2010 untuk Permata
DUBAI 25 Okt — Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan peruntukan RM100 juta untuk program Permata dalam Bajet 2010 merupakan satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia.
Isteri perdana menteri berkata ini akan membolehkan projek-projek yang sudah dirancang di bawah inisiatif Permata dapat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi termasuk kementerian dan institusi pengajian tinggi.
"Saya gembira dengan perkembangan ini kerana ini bermakna lebih ramai kanak-kanak, termasuk di kawasan luar bandar, akan dapat belajar di taman didikan kanak-kanak yang baik menggunakan sukatan pelajaran terkini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali dengan rakyat Malaysia yang tinggal di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) di sini pada Ahad.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM100 juta itu semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Program Permata termasuk usaha untuk menubuhkan pusat-pusat Permata Negara bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
- BERNAMA