foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, March 29, 2009

KEMATIAN DAN PENAMAAN CALON DI DUA BUKIT YANG BERSEJARAH

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28/29/30 MAC

Sejak di Bandung saya telah diinfokan bahawa mak saudara (Wan Cik -isteri ayah cik Idris ) dimasukkan ke hospital dalam keadaan tenat. Maka setelah selesai beberapa urusan di KL saya terus bergegas ke Ipoh. Oleh kerana tiba di Ipoh hampir jam 12 malam maka perancangan ke hospital terpaksa ditunda selepas solat Jumaat. Alhamdulillah setelah solat Jumaat di masjid baru berdekatan GH Ipoh saya terus ke wad pesakit kanser. Kedengaran dari luar bilik suara ayah cik dan beberapa orang sepupu saya sedang membaca yasin. Dalam suasana hening, syahdu dan khusyuk sekujur jasad kurus yang lemah longlai pasrah di kelilingi anak-anaknya. Saya tidak dapat lama bersama di kamar tersebut kerana jam 3 sudah ada janjian dengan pihak Meru Raya di wisma Wan Muhammad lalu dengan segera setelah selesai membaca Yasin saya sempatkan untuk membisik sesuatu di telinga wan cik Kiah (panggilan di Kampung)..."Wan Cik..kami semua sayangkan Wan Cik..tetapi Wan Cik..Allah yang mencipta kita semua tentu lebih sayangkan Wan Cik..maka ingatlah dengan Allah ye..!!!." Ungkapan ini juga adalah ungkapan yang sama pernah saya ucapkan ke telinga Ibu saya sebelum dia pergi buat selamanya. Ungkapan ini dapat saya rasakan dari lubuk hati yang paling dalam dan saya yakin mereka dapat mendengarnya..Tepat jam 3 saya minta izin untuk pergi dengan perasaan yang bercampur. Ada kepuasan dan ada juga kebimbangan. Puas hati kerana saya dapat bertemu beliau (sekalipun dia sudah longlai tidak berdaya berkata-kata) dan menyampaikan sebuah ucapan penghargaan, keyakinan dan harapan. Bimbang kerana mungkin saja ketika saya pergi Allah akan mengambilnya...

Setelah selesai mesyuarat dan bertemu anak-anak di Megaplex. Saya mendapat panggilan dari adik saya yang menginfokan bahawa Wan Cik sudah kembali ke rahmatullah...Terlupalah segala persaoalan bisnes, politik dan lain-lain melainkan terkenangkan semula kisah betapa baiknya seorang manusia yang Allah saksikan kepada saya di muka bumi ini. Beliau pernah menjaga opah, atuk dan memerhatikan saya ketika saya kecil. Betapa sabarnya beliau menghadapi segala ujian sepanjang hidupnya tanpa menyusahkan sesiapapun. Beliau tidak pernah bergaduh dengan sesiapa hatta dengan kucing peliharaannya. Semoga Allah menerima amalnya dan menggolongkannya dalam golongan ahli syurga...amin!!

Tiga hari saya berada di Kampung dan hanya ngobrol, bersilaturrahim dan berbincang dengan sanak saudara yang datang dari berbagai tempat. Alangkah indahnya silaturrahim hikmah dari seseorang yang dikasihi diambil oleh Allah kembali sehingga menemukan semula semua sanak saudara yang mencintainya. Tidak kedengaran kata-kata hina tentang beliau dan hampir semua mengatakan bahawa beliau adalah orang yang baik dan sabar. Inilah barkah dari hidup yang penuh kesabaran dan kasih sayang. Semoga ianya menjadi pelajaran kepada semua yang hadir terutama kepada keluarga terdekat...Bertanyalah hati ini.." APakah aku dapat mencapai darjah utama seperti ini sebelum dan selepas aku mati?"...

Saya berlepas ke KL menaiki bas Transnasional jam 9 malam. Kebetulan yang duduk disebelah saya ialah salah seorang aktivis PR yang baru selesai memberi sokongan di Bukit Gantang. Beliau memberi info panjang tentang Bukit Gantang..Hebat pendokong PR dari seluruh Malaysia datang ...

Laporan lintas langsung pencalonan di Bukit Gantang
Ahmad Lutfi,Tarmizi, Irwan & Intan
Sun | Mar 29, 09 | 7:07:06 am MYT

KUALA LUMPUR,29 Mac (Hrkh) - Hari ini akan menentukan sejauhmana langkah semua calon dalam menentukan hala tuju di Bukit Gantang. Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh wartawan-wartawan Harakah yang berada di lokasi berkenaan:

1.45 petang: Dalam penelitian Mafrel, senarai nama pengundi untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang didapati agak meragukan kerana wujud beberapa nama yang telah lama meninggal dunia.

Antaranya, seorang pemilih, Kassim Md Amin yang lahir pada 8/07/1916 telah disahkan meninggal dunia 36 tahun lalu oleh anaknya Rohani Kassim. Manakala, seorang lagi pengundi Che Man Said yang lahir pada 9/11/1912 juga disahkan telah meninggal dunia lapan tahun lalu oleh cucunya.

Kini, yang menjadi kemusykilan kenapakah nama-nama mereka masih lagi tersenarai sebagai pemilih di Bukit Gantang?

11.20 pagi: SPR terima tiga pencalonan iaitu daripada PAS,BN dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. Walaupun ada tiga bantahan tetapi SPR telah menolaknya.

11.00 pagi:Pegawai SPR,Dato' Mahmud Marsidi mengumumkan masa bantahan telah ditutup.

Wartawan Harakah,Intan Abdullah dihalau daripada memasuki kawasan Penamaan Calon walapun mempunyai surat sebagai pengiring calon PAS.

Karpal Singh yang baru tiba telah diprovokasi oleh penyokong Umno sehingga dibaling dengan beberapa objek.

10.45 pagi: Suasana agak tegang di kalangan penyokong Umno-BN, apabila mereka bergaduh sesama sendiri. Ini telah memaksa pihak polis terpaksa campur tangan untuk meleraikannya.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.

9.20 pagi: Pihak polis menghalang Ir Khalid Samad, Gobind Singh Deo dan Ronnie Liu daripada memasuki kawasan Pusat Penamaan Calon.

9.15 pagi: Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.

9.00 pagi: Calon PAS, Dato' Seri Nizar telah masuk ke dalam Pusat Penamaan Calon.

Suasana di luar agak meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong. BN kelihatan seramai antara 3,000-4,000 orang manakala Pakatan Rakyat menengelami penyokong BN dengan lebih 12,000 ribu orang.

Kelihatan juga replika kapal selam dan laungan "hancur BN, Altanyuya dan takbir" kedengaran sepanjang proses penamaan ketika ini.

8.40 pagi: Calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, tiba di Pusat Penamaan Calon bersama-sama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang;Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Speaker Dun Perak, Sivakumar.

8.35 pagi: Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din; Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ir Abdul Khalid Samad kelihatan di Pusat Penamaan Calon.

Suasana sekitar dikawal ketat oleh pihak polis. FRU kelihatan dan helikopter berlegar-legar di kawasan tersebut.

8.30 pagi:Lebih 100 staf Harakah dan penyokongnya mencuri tumpuan dalam perarakan tersebut apabila membawa

Tiga rebut Bukit Gantang


Muhyiddin Yassin menunjukkan tanda bagus ketika mengiringi calon Barisan Nasional, Ismail Saffian (tengah) ke pusat penamaan calon di Dewan Perbandaran Taiping, semalam. Turut serta Ahmad Zahid Hamidi dan Dr. Zambry Abd. Kadir. – Utusan / Ahmad Zakki Jilan

TAIPING 29 Mac – Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dengan Bebas.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan itu, Datuk Mahmod Morsidi pada pukul 11.20 pagi selepas pihaknya tidak menerima bantahan yang dikemukakan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Perbandaran Taiping di sini.

Calon BN, Ismail Saffian, 48, akan ditentang oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon Bebas yang akan menggunakan lambang payung iaitu, Kamarul Ramizu Idris, 43.

Menurut Mahmod, pendaftaran pencalonan pertama dibuat oleh Mohammad Nizar pada pukul 9.06 pagi diikuti pendaftaran Ismail pada pukul 9.20 pagi manakala Kamarul Ramizu pada pukul 9.35 pagi.

Pencalonan Ismail dicadangkan oleh Kamarullail Sulaiman dan disokong Loh Swee Eng manakala Mohammad Nizar dicadangkan Rahim Ismail dan disokong Hassan Salleh.

Pencadang Kamarul Ramizu pula ialah Adnan Abd. Ghani dan disokong Yahaya Rosli.

Pemilihan ketiga-tiga calon berkenaan sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen Bukit Gantang akan ditentukan oleh pengundi pada 7 April ini.

Sementara itu, kira-kira 10,000 penyokong termasuk pemimpin BN dan Pas berkumpul sejak pukul 6.30 pagi lagi bagi memberi sokongan moral kepada calon masing-masing.

Antara pemimpin tertinggi BN yang mengiringi Ismail ialah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut serta ialah Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa menteri besar lain.

Dua bekas Naib Presiden UMNO iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam turut mengiringi Ismail.

Pemimpin pembangkang yang hadir pula ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng serta bapanya, Lim Kit Siang.

Bukit Selambau: Lebih 20,000 iringi calon Pakatan Rakyat
Oleh Mohd Sabri,Bashir Ishak & Izwan Abdul Halim | Foto: Nasir Sudin
Sun | Mar 29, 09 | 5:11:12 pm MYT

SUNGAI PETANI, 29 Mac (Hrkh) - Lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat iringi calonnya daripada KeADILan, S. Manikumar yang ditentang oleh calon BN, Dato' S. Ganeson dan 13 orang calon bebas.

Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon KeADILAN, BN dan bebas.

Manikumar merupakan calon ke-11 yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.19 pagi tadi.

Terdahulu, kira-kira 20 ribu penyokong Pakatan Rakyat hadir mengiringi Manikumar ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat hadir ialah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden DAP, Tan Sin Giaw, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

ImageMasa untuk penyerahan borang ditutup pada jam 10.00 pagi dan tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sembilan bantahan sehingga tempoh bantahan tamat pada jam 11.00 pagi.

Pada jam 11.50 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir mengumumkan seramai 15 calon sah untuk bertanding.

Calon-calon bebas yang akan bertanding mengikut logo yang akan digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau),Abdul Rahim Abu (Jam),L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku),Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas),Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang).

Keadaan di sekitar pusat penamaan calon kelihatan agak tenang apabila pihak keselamatan menyediakan tiga laluan khusus untuk perarakan calon-calon Pakatan Rakyat, BN dan calon bebas. - mks. _

Petanda tidak sihat

KEPALA BATAS 29 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bimbang melihat bilangan calon yang ramai bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada pilihan raya kecil 7 April ini.

Perdana Menteri berkata, apabila 15 calon bertanding bagi merebut satu kerusi, ia turut membayangkan sokongan yang akan diperoleh oleh calon itu tidak begitu meyakinkan.

"Seramai 15 calon bertanding menunjukkan ia sesuatu (perkara) yang tidak sihat.

"Sedangkan dalam UMNO, kita mempunyai disiplin yang jauh lebih baik daripada parti pembangkang. Justeru, kita hanya ada satu sahaja calon BN yang bertanding di Bukit Selambau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak 28 Projek Persekutuan Kawasan Parlimen Kepala Batas di Dewan Millennium di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas berhubung 15 calon yang bertanding merebut kerusi DUN Bukit Selambau.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, pengundi di Bukit Selambau perlu memilih dengan bijak kerana calon BN mempunyai kemampuan untuk membawa kemajuan kepada rakyat.

Dalam pada itu. Perdana Menteri menjelaskan, dua projek mega di Pulau Pinang tidak dihentikan sebaliknya pelaksanaannya bergerak perlahan.

"Pembangunan Pusat Pengangkutan Bersepadu atau Penang Central dan Jambatan Kedua tidak dihentikan. Ia cuma perlahan," katanya.