foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, January 27, 2010

KOmen terhadap kenyataan YB Zul...

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

27 jan


Membaca komentar daari berbagai pihak tentang kenyataan YB Zul. kami memberi komentar singkat sahaja!!
Semoga kita semua dapat bertenang dan merenung jauh..!!!


BISMILLAH
Salam 2 all.

ALLAH berfirman yang mafhumnya tiap orang yang beriman pasti akan di uji. Rasulullah saw bersabda, diakhir zaman nanti untuk menjadi Islam itu adalah pelik, sebagaimana Islam itu bermula pelik. Dan kata Rasulullah, kelak nanti kamu akan melihat nanti memegang kepada Islam adalah saperti memegang bara api!!

Melihat kepada kenyataan akhbar yang riuh dibuat adalah jelas hukuman sudah pun dijatuhkan kepada saya walaupun belum lagi ada apa-apa prosiding dibuat terhadap saya. Kelihatan Fira'un-Fira'un Kecil mula menyalak sana sini menuntut kepala saya dipancung!

Dosa saya: hanya kerana mempertahankan kalimah suci ALLAH daripada disiat-siut dan dicemar oleh golongan yang terlalu mempertuhankan politik. Politik menghalalkan segala cara walaupun perlu menggadai anak bini, politik itu tuhan walaupun ALLAH terpaksa di pijak.

Sejak berjuang untuk Islam, saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dari zaman saya mula mengenal Islam sebagai suatu addeen yang indah dan benar, saya sudah bersedia untuk menerima hakikat saya akan menerima pelbagai cabaran dan halangan.

Lebih banyak dugaan dan cubaan, lebih saya bersyukur kepada ALLAH. Sedangkan Nabi kekasih ALLAH melalui ujian yang maha hebat, inikan insan kerdil saperti saya.

Cuma yang peliknya, sampai sa'at saya menulis ini, saya masih belum menerima apa-apa notis untuk menghadiri apa-apa prosiding jawatankuasa disiplin atau Biro Politik yang katanya nak bersidang hari ini untuk menentukan tindakan terhadap saya. Sedang Fira'un-Fir'aun Kecil ini sudah pun dalam proses mencincang lumat saya didalam media sana sini, tapi sehingga kini saya tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan atau hak membela diri.

Yang saya diberitahu, cuma ada satu taklimat khas oleh DSAI untuk semua wakil rakyat dan pimpinan tertinggi PKR pagi ini berkaitan kes liwat yang akan bermula minggu depan. Itupun saya telah maklumkan saya tidak dapat hadir kerana sudah ada program terdahulu yang tidak dapat saya batalkan.

Apa pun, saya telah menegaskan bahawa dalam isu penyalahgunaan kalimah ALLAH ini saya tidak akan berkompromi walau setitik. Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Moga ALLAH memberikan keampunanNya kepada saya dan memberi petunjukNya. Ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
10 Safar 1431
26 Januari 2010



Mustapa Mansor 
Komen singkat: begini alangkah baik jika dpt sdr/sdri merujuk sebuah buku Abul Hasan Ali Annadwi: Beliau menjelaskan tentang bagaimana keadaan umat di Baghdad ketika Monggol masuk menyerang...!! sila hayati buat renungan semua!!Cukuplah dan hentikanlah isu ini!! Jika diteruskan sy bimbang peperangan Sifin akan berulang lagi.."keduanya bertakbir dan keduanya menghunus pedang dan memancung kepala sesama mereka"..sdr ku semua!!..kembalilah kpd Islam spt gesaan Allah.."Wahai org beriman masuklah ke dalam Islam secara kaffah..!!. Yg anda pertikaikan adalah HAK MILIK ALLAH YG MAHA SEGALANYA"
Today at 5:04am ·