Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
26 FEBR
Sebagai rakyat biasa saya punya beberapa pandangan berkaitan insiden ini:
1. Ungkapan celaka kepada seseorang atau kumpulan adalah wajar jika setelah sekian lama Karpal dilakukan sedemikian rupa di dalam dan di luar parlimen oleh kumpulan UMNO. Saya tidak fikir itu sesuatu yang terlalu sensetif kepada sesiapa yang seharusnya faham sekarang mereka (BN/UMNO) sedang menekan terlalu berlebihan terhadap Karpal secara personal dan juga PR. Pelik bagi saya melihat sikap pemimpin UMNO yang seharusnya lebih matang dalam politik berbanding dengan parti lain kerana kedudukan mereka sekarang dipihak yang memerintah. Bahkan sepatutnya kenyataan Khairi di bawah lebih sesuai ditujukan kepada diri beliau dan golongan mereka sendiri.
2. Ungkapan celaka sebenarnya adalah antara petanda yang wakil rakyat dari PR sudah tidak boleh terima lagi cara tekanan yang selama ini dilakukan oleh BN. Saya menyokong tindakan ini kerana sememangnya wajar BN / UMNO menerima ungkapan tersebut atas perbuatan mereka sendiri. DSAI, Tuan Guru Abd Hadi Awang dan ramai lagi pemimpin PR yang telah dengan cara terbuka menyampaikan mesej jelas betapa celakanya BN dan UMNO dalam mentadbir negara ini. INilah luahan hati rakyat terhadap pemimpin UMNO dan rakyat yang tidak boleh tahan lagi dengan sikap pemimpin UMNO memperbodoh rakyat terutama sejak Mac 2008.
3. Pemimpin UMNO seharusnya malu dengan gelaran tersebut dan merenung diri serta membaiki diri. APa yang Pemuda UMNO ingin lakukan kepada OKU seperti Karpal amat memalukan dan sangat tidak bermaruah. Usahkan anak beliau Govind yang akan pertahankan bahkan semua rakyat yang berhati perut akan pertahankan beliau. Sikap pejuang Melayu seperti pemimpin UMNO bukan sahaja kelihatan tidak rasional bahkan dinilai oleh dunia sebagai bangsa yang tidak berotak ingin memukul seorang OKU. Tolong fikir dengan otak bukan dengan lutuk lah..!!!
4. Semua pihak harus menerima hakikat bahawa apa yang terjadi di Parlimen Taiwan suatu ketika dahulu, sudah terjadi dan akan terjadi di Parlimen Malaysia pula. Maka kepada pimpinan PR..tolong bersiap sedia yang terburuk dari perbuatan pemimpin UMNO. Mereka sudah tidak mampu bertahan lagi dengan cara demokratik tapi akan mengambil pendekatan gengster di dalam dan di luar parlimen. Maka wajar mereka dipanggil "pemimpin celaka"..Tak perlu YB ..tapi kita naikkan pangkat ke YC...(Yang Celaka...)
Peluru: Karpal dikepung Pemuda Umno |
Feb 26, 09 3:37pm |
Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya. Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya. Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor. Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.Berlaku kekecohan Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka. Tiga ketua Pemuda Umno bahagian yang hadir telah bercakap dengan pemberita. Mereka ialah Ungku Salleh Ungku Jamal (ketua Pemuda Umno Serdang), Megat Zulkarnain Omar Din (ketua Pemuda Umno Gombak) dan Mereka juga kemudiannya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. Sementara itu, ahli Parlimen DAP mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ. Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng (right) juga mendakwa beliau telah dipukup oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu. Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya. Sidang akhbar Khairy Bagaimanapun, kumpulan itu bukan kumpulan yang sama yang menghadiri sidang akhbar Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin di bangunan Parlimen pagi tadi. Dalam sidang akhbar tersebut, pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk pengerusi DAP itu mengemukakan bukti Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru dari Ipoh baru-baru ini. Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kesal dengan kejadian tersebut, yang menurutnya, pertamakali berlaku di Parlimen. Katanya, beliau akan meminta Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat perkara itu dan berjanji akan memastikan parkara itu tidak berulang. Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetai saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak." Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Tiong King Sing memberitahu pemberita bahawa kesemua 22 anggota Pemuda Umno yang terbabit, telah ditahan oleh polis Bukit Aman. Bagaimanapun, ini dapat disahkan dengan pihak polis. Beliau juga turut memohon maaf kepada Karpal atas kejadian tersebut dan berkata akan meminta Speaker menghad jumlah penyokong parti politik yang dibenar masuk ke Parlimen.
|
KECOH ( HR9808: siapa yang buat kecoh????..Inilah media BN sudah tukar cerita..dan belitkan berita..)
Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian.
Karpal diberi masa 24 jam kemuka bukti
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Pemuda UMNO memberi tempoh 24 jam kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.
Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu perlu segera mengemukakan bukti terhadap tuduhan liar, gila dan berniat jahat yang dibuatnya jika tidak mahu dianggap sebagai seorang penipu yang ketandusan modal.
''Tuduhan beliau telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli pergerakan ini dan sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama 30 pemimpin pergerakan itu dari seluruh negara di lobi Parlimen hari ini.
Karpal ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam, mendakwa sepucuk surat beserta dua butir peluru telah diposkan oleh pergerakan itu ke alamat rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang pada 19 Februari lalu.
Dalam ucapan itu, beliau juga mengungkapkan 'Pemuda UMNO celaka' bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pergerakan tersebut membuat laporan polis dan menganjurkan demonstrasi sebagai membantah hasratnya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Menurut Khairy, Pemuda UMNO mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Karpal itu kerana ia celupar, kesat dan tidak mematuhi etika Parlimen dan mencabarnya untuk mengulangi apa yang telah disebutnya di luar Dewan.
''DAP sering membangkitkan isu Parlimen kelas pertama. Namun, tindakan Pengerusinya ini jelas menunjukkan perangai dan sikap Ahli Parlimen parti berkenaan langsung tiada kelas.
''Karpal tidak boleh menjadi penakut dengan berselindung di belakang kekebalan seseorang Ahli Parlimen di dalam Dewan dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran," katanya.
Dalam pada itu, Khairy menegaskan pihaknya tidak akan membuang masa dengan meminta Karpal memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah.
''Kalau kita desak dia minta maaf seribu kali pun dia takkan minta maaf. Sebab itu, kita minta dia kemukakan bukti dalam tempoh 24 jam," katanya.
HR9808: Nak minta maaf dari YC..ke..? atau Pemimpin Celaka?...Mimpilah anda di siang hari..Jangan harapkan maaf tapi harapkan kasut aje,,ke muka hangpa tu..Rakyat yang longtar bukan Karpal yang lontar..
Tambah beliau, Pemuda UMNO juga mendesak pihak Peguam Negara bertindak cepat terhadap segala syor yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Karpal sebelum ini.
Usaha cuba alih tumpuan
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pelik dengan perkataan 'celaka' yang diucapkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dan dakwaan Pemuda UMNO mengirim peluru kepadanya.
Katanya, tindakan itu bertujuan mengalih tumpuan orang ramai kepada isu sebenar iaitu kemarahan rakyat terutama orang Melayu terhadap Karpal yang telah menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan raja-raja Melayu.
''Ia agak ganjil. Karpal cuba alih pandangan orang ramai daripada isu sebenar iaitu rakyat marah kerana dia menghina raja-raja Melayu. Ini niat dia sebenarnya.
''Ya Allah, ini kali kedua dia mengatakan peluru dikirim ke rumahnya. Mustahil kami (Pemuda UMNO) melakukan perkara itu," tegasnya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di Hotel Nikko di sini hari ini.
HR9808: Mustahil apa pula? Lebih dari itu pun hangpa pernah buat,,? Karpal yang jadi OKU tu siapa yang buat?..Dia jatuh sendirike atau ada yang upah langgar dia?? Guna otak lah..jangan perbodohkan rakyat ok!!!
Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran mendakwa gelaran 'celaka' itu turut diucapkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada para penyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
''Sebagai ahli politik, saya boleh terima asam garam dalam politik, tetapi para penyokong PPSMI ada juga dalam kalangan rakyat biasa. Adakah mereka turut dicelakakan?'' katanya.
Semalam, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Karpal telah memanggil Pemuda UMNO dengan gelaran celaka selain mendakwa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru kepadanya.
Karpal mengungkap perkataan itu bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap pergerakan itu yang didakwanya terlibat melakukan demonstrasi dan membuat laporan polis berikutan hasratnya untuk menyaman Sultan Azlan Shah.
HR9808: Jangan gunakan sultan lah beb..sultan pun dah pening kepala dengan sikap hangpa semua dan hangpa tu hipokrit..masa ada untung sokong sultan hangpa sokong tapi masa hangpa rugi hangpa terajang sultan dalam longkang..Itu namanya tindakan orang "celaka"....memang celaka...dalam bahasa klasiknya "laknat"...
Yang Dipertua Dewan Negara sifatkan penyerang Karpal tidak bertamadun |
Abdul Aziz Mustafa Fri | Feb 27, 09 | 4:48:32 pm MYT | ||||||||||
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyifatkan Pemuda Umno yang melakukan serangan ala-gangster ke atas Ahli Parlimen berkerusi roda dan berusia 69 tahun, Karpal Singh di dalam bangunan Parlimen semalam sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka, lapor mStar Online. Beliau mengingatkan, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak. Beliau menyifatkan kejadian itu berpunca dari "kebodohan kumpulan tertentu". Beliau juga menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia. "Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini, hari ini. Petang semalam, suasana di bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berindak ala-gangster mafia mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika Karpal masuk melalui pintu utama bangunan tersebut. Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor. Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain. Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka. Tiga ketua Pemuda Umno bahagian yang hadir telah bercakap dengan pemberita. Mereka ialah Ungku Salleh Ungku Jamal (ketua Pemuda Umno Serdang), Megat Zulkarnain Omar Din (ketua Pemuda Umno Gombak) dan Lat Sharizal Abdullah (ketua Pemuda Umno PJ Utara). Sementara itu, ahli Parlimen DAP mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ. Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng juga mendakwa beliau telah dipukul oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu. Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya. Lim juga mengadu bahawa pihak polis dan anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal ketika kejadian walaupun beliau memanggil mereka untuk melindunginya dari serangan itu. HR9808: Pihak polis sepatutnya tangkap ketua Pemuda dan timbalannya kereana merka wajar bertanggungjawab atas insiden ini. Picit aje kuku depa ni..habis londeh semua..!!! Labun aje beso sampe menyembo ayo lio tapi sekali kena tekincit le..!! Awat Pak lah diam aje..!! Nak jadi ketua gengster juga ke?? Dah tua dahhh..nak gengster lagi..Hadhari-hadhari.. HR9808: Kenyataan Pak Mat di bawah nampak tidak rasional dan bercanggah dengan kenyataan PAk Wan Teh..Masih berbau gengsterisma yang ingin terus memaksakan orang ikut cakap dia..demokrasi bukan begitu Pak MAT...soal adat istiadat dan resam Melayu yang sopanke merampas negeri Perak dan memburuk-burukkan Selangor dan negeri-begeri PR ?? Karpal pertahankan hak rakyat Perak yang terdiri dari semua kaum termasuk bangsa kamu Melayu..Aku juga Melayu jadi apa salahnya Karpal jika dia nak pertahankan hak semua kaum dan memberi peringatan kepada sultan? Alahai tolong cermin diri sendirilah Pak Mat!! Pemuda UMNO masih rasional - Mat TaibSHAH ALAM 27 Feb. - UMNO Selangor hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan ahli pergerakan Pemudanya yang terlibat dalam kekecohan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di pekarangan Parlimen, semalam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan tersebut ada rasionalnya kerana Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sendiri yang mencetuskan provokasi melalui hasrat menyaman Sultan Perak dan menggelar Pemuda UMNO sebagai 'celaka'. Menurutnya, pergerakan itu juga berhak membantah sikap biadab Karpal yang enggan memahami adab dan adat resam orang Melayu di negara ini. "Sebenarnya kemarahan yang ditunjukkan itu masih kecil dan terkawal. Tetapi ia boleh menjadi besar jika pemimpin DAP gagal menjaga mulut, tatasusila dan budi bahasa mereka dengan kaum lain. "Seperti kata peribahasa Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini. Menurut Muhammad, Karpal juga seorang tua yang tidak pandai menunjukkan teladan yang baik apabila memanggil generasi muda Melayu sebagai celaka sedangkan ungkapan itu sangat serius dan menghina. Ujar beliau, Karpal tidak belajar daripada kesilapan lalu kerana sebelum ini dia pernah ditampar kerana mencerca raja-raja Melayu. "Jika beliau terus menerus gagal menjaga hubungan baik sesama kaum di negara ini, beliau akan terus berdepan dengan kemarahan orang Melayu. "Sebagai seorang tua, Karpal sewajarnya lebih faham adat resam penduduk berbilang kaum di Malaysia," katanya. HR9808: Kenyataan Hishamuddin di bawah adalah kenyataan "lipstik aje"..Jangan nak tunjuk herolah..kerana RAKYAT tak mahu beli cerita dongeng kome tu..Rakyat lebih marah kepada kebodohan Pemuda UMNO yang tidak petriotik dan demokratik.. Kome nak ajar rakyat racist k..sudah lah..itu cara usang dan hapak..Rakyat akan tolak kamu semua dalam longkang dalam pilihanraya nanti atas sikap ceroboh dan tidak tahu bergaduh dengan anak jantan..Ajak Karpal bergaduhg macam ajak budak budak baru merangkaklah..DIA tu OKU YOP...Nak lawan ajak le..YB yang sihat. Di Parlimen oran nak tenguk hujah dari kekuatan otak bukan otot..KOme ni bagi malu rakyat Malaysia aje..berambus le kome dan belajo lagi undang-undang..!!Macam orang zaman batu..!! Kepada pihak polis..tunjukkan profesionalisma kamu semua..jika dia dah cabar dah tanggungjawab maka polis ambillah action..!! Janan diharap polis nak bertindak jika dari BBN..dan iNilah tanda BN ZALIM.. Pemuda UMNO bertanggungjawabKUALA LUMPUR 27 Feb. - Pemuda UMNO sedia bertanggungjawab berhubung insiden kekecohan di bangunan Parlimen semalam, sekalipun terpaksa menghadapi tindakan mahkamah. Malah Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sendiri sanggup tampil bersama-sama untuk memperjelaskan dan berdepan dengan apa jua kemungkinan. "Kita lihat provokasi dibangkitkan bukan sahaja dalam hal memanggil 'Pemuda UMNO celaka' tetapi sebelum ini pun kita tengok provokasi demi provokasi yang bukan mudah kita bendung kemarahan orang ramai telah dilakukan. "Dalam hal ini, jika saya sendiri perlu diheret ke mahkamah, saya sanggup lakukannya untuk memperjelaskan apa yang berlaku dan apa peranan saya," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini hari ini. Hishammuddin mengulas insiden kekecohan di Parlimen semalam, apabila sekumpulan ahli Pemuda UMNO Selangor berdepan dengan Karpal Singh bagi mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu meminta maaf atas ungkapan menghina pergerakan itu. Mereka tidak berpuas hati dengan ungkapan 'Pemuda UMNO celaka' yang diucapkan Karpal semasa sidang Dewan Rakyat selain kenyataannya menuduh ahli pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya. Hishammuddin berkata, Pemuda UMNO akan terus mempertahankan nama baik dan maruah orang Melayu terutama institusi raja-raja Melayu daripada dihina oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Katanya, insiden yang berlaku itu menunjukkan emosi ahli pergerakan tersebut sudah tidak dapat dibendung kerana perbuatan provokasi Karpal. "Kita tahu jika kita paksa dia meminta maaf sekalipun, dia tidak akan melakukannya. Saya sudah kata Pemuda UMNO marah dan semua pihak pun marah. Siapa yang tak marah jika dipanggil dengan pelbagai nama. "Jadi jangan main dengan api kerana kemarahan itu merupakan satu perkara yang jika tidak dibimbing dan dibendung akhirnya akan meluas pada isu yang lebih besar,'' tegasnya. Beliau memandang serius keadaan yang berlaku sekarang dan memantau apa yang terjadi kerana ia dikhuatiri akan berleluasa.
|