foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, April 16, 2009

RAKYAT TIDAK BERHARAP BANYAK DARI MAHKAMAH UNTUK ADIL SELAGI BN UMNO MEMERINTAH,.

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)





-->
MB Perak boleh hadir DUN
Oleh NORLIZAH ABASpengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 16 April – Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri berhak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang selepas keputusan penggantungan dan larangan oleh Speaker DUN, V. Sivakumar diisytiharkan tidak sah di sisi undang-undang.
Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman bersejarah itu sebulat suara berpuas hati bahawa Sivakumar bertindak di luar bidang kuasanya menjadikan keputusan yang dibuat hampir dua bulan lalu itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dan terbatal.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff ketika membacakan penghakiman ringkasnya menyatakan, panel itu memutuskan demikian selepas menggunakan kuasa dan membuat tafsiran terhadap dua isu perlembagaan di bawah Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak 1957.
Menurutnya, mahkamah mendapati Perkara 44 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak ketika dibaca bersama Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 membawa maksud penggantungan dan larangan terhadap Zambry selama 18 bulan, adalah tidak sah dan terbatal.
Hakim Alauddin turut menyatakan, undang-undang itu ketika dibaca bersama juga membawa maksud serupa berhubung tindakan penggantungan dan larangan menghadiri persidangan Dewan selama 12 bulan yang dikenakan kepada enam Exco terbabit.
Menurut beliau, dengan keputusan itu, saman pemula yang difailkan oleh ketujuh-tujuh mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi memohon deklarasi agar keputusan penggantungan dan larangan itu diketepikan, selesai.
Turut bersidang, Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.
Selain Zambry, enam Exco tersebut ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.
Barisan peguam terdiri daripada Sulaiman Abdullah yang mewakili Sivakumar manakala Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd. Hafarizam Harun mewakili ketujuh-tujuh pemohon. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili pihak kerajaan selaku pencelah.
Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut dengan menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 dan 12 bulan.
Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exco itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN dan memohon pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam persidangan Dewan dan menjalankan kewajipan masing-masing.
Sementara itu di luar mahkamah, Firoz Hussein memberitahu pemberita, keputusan hari ini amat penting kerana dua pertikaian mengenai isu perlembagaan melibatkan kuasa Speaker DUN, kini selesai.
Menurut beliau, pada 9 April lalu, panel berlainan memutuskan Speaker DUN tidak berhak menentukan kekosongan tiga kerusi DUN di Perak kerana entiti yang layak berbuat demikian ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Firoz berkata, keputusan terdahulu dengan sendirinya menjadikan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) merupakan ADUN yang sah bagi ketiga-tiga kerusi tersebut.
“Keputusan hari ini pula memberi kuasa dan kebenaran kepada Menteri Besar dan enam Exco itu menghadiri sidang Dewan yang dijadualkan bermula sebelum 9 Mei ini jika mendapat perkenan Sultan Perak,” jelasnya.
Dalam pada itu, Sulaiman berkata, beliau berpuas hati kerana walaupun ia tidak memihak kepada Sivakumar, sekurang-kurangnya masyarakat kini boleh mengikuti dan menilai isu perlembagaan dan pertikaian di Perak secara terbuka.
“Menang atau kalah perkara biasa, Speaker DUN membuat keputusan berlandaskan undang-undang setelah dinasihati peguam. Beliau tiada niat untuk melanggar undang-undang, malangnya mahkamah tidak bersetuju,” katanya.
Menurut Sulaiman, pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut daripada Sivakumar sama ada memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan hari ini atau sebaliknya.

YB FAIRUS PERGI DAN YB ELIZABETH KEMBALI....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

16 Apr
Saya mengucapkan selamat berjuang di atas landasan kebenaran kepada YB Fairus sekalipun terpaksa melepaskan jawatan. Perjuangan wajib diteruskan sekalipun tidak berjawatan kerana berjuang adalah sebuah taklif bukan kemegahan. Semoga amal selama ini diterima Allah dengan ganjaran hasanah di akhirat nanti.

Saya tidak mahu komen yang diluar dari apa yang saya tahu dan faham dengan harapan semua pihak dapat mengambil hikmah dari insiden ini. Terutama dari pimpinan parti PR yang seharusnya bermula dari sekarang telah melakukan beberapa siri "refresh dalam sistem kepartian PR". Sekalipun PR dilihat banyak menimbulkan kudis diperingkat awal tetap bukan bermkna BN dapat kredit dari insiden ini. Bahkan dengan sikap terbuka beginilah sebenarnya akan membuka fikiran rakyat betapa pentingnya moral dan akhlak dalam kepimpinan. Sekarang terjadi kepada YB Fairus bukan bermakna tidak akan terjadi ke pihak lain. Jadi yang lebih penting semua pihak menyedari betapa tingginya nilai kejujuran dan keikhlasan.

eli wong back to workYB Elizabeth pula kembali dengan harapan baru bahawa kejadian yang lalu tidak akan berulang lagi. Jangn biarkan musuh meresap masuk ke tubuh badan PR begitu mudah sehingga mereka boleh bersarang di kediaman para YB PR. Rakyat memaafkan YB kerana sehingga setakat ini tidak nampak yang YB rela dengan perbuatan yang boleh ditakrif nakal oleh rakyat biasa. Sikap begini patut dicontohi oleh sesiapa sahaja dan dengan harapan khasnya YB muslim dari PR ambil serius soal moral. Rakyat tidak akan membiarkan mana-mana YB PR berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai atau di tempat private. Kejadian di Perak amat perit buat rakyat sehingga YB PR dibeli dengan wang dan perempuan. Moral rendah memang tidak layak bagi seorang YB dan rakyat wajib bertindak dan menghukum mana-mana YB yang cuba mempermainkannya.

Kita bukan sahaja bermusuh dengan fahaman sesebuah partai tetapi kita juga bermusuh dengan kerendahan akhlak para YB . BN UMNO mereka tidak hairan soal ini kerana itu sudah menjadi adat resam mereka dan jika ada YB mereka yang bermoral dianggap ganjil..

Jadi sekali lagi kami berpesan kepada YB PR :

1. Letaklah jawatan anda sekiranya anda selesa dengan kerendahan budi dan akhlak.
2. Anda adalah pekerja kepada rakyat yang memberi amanah untuk mencapai kemuliaan di dunia dan akhirat.
3. Perbaikilah akhlak anda sebelum anda dihukum oleh rakyat.
4. Mata-mata rakyat bukan satu tetapi berjuta jadi insaflah.
5. Musuh anda tidak akan memaafkan anda dan mencari kabaikan dari anda selagi anda menyerang mereka. Bersiap sedialah dengan kejahatan dari mereka dengan menabur kabaikan buat semua.

Rakyat sebenarnya akan terus mencintai pemimpin yang baik dan mendoakan mereka siang dan malam. Jadi tanyalah diri andasebelum anda bertanya kepada orang lain..!!!




Kenyataan Fairus letak jawatan Adun Penanti
Harakahdaily Thu Apr 16, 09 3:54:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) - Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan Adun Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Keputusan itu katanya dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.
Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.
Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.
Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.
Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan. - azm _