HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
16 Apr
Saya mengucapkan selamat berjuang di atas landasan kebenaran kepada YB Fairus sekalipun terpaksa melepaskan jawatan. Perjuangan wajib diteruskan sekalipun tidak berjawatan kerana berjuang adalah sebuah taklif bukan kemegahan. Semoga amal selama ini diterima Allah dengan ganjaran hasanah di akhirat nanti.
Saya tidak mahu komen yang diluar dari apa yang saya tahu dan faham dengan harapan semua pihak dapat mengambil hikmah dari insiden ini. Terutama dari pimpinan parti PR yang seharusnya bermula dari sekarang telah melakukan beberapa siri "refresh dalam sistem kepartian PR". Sekalipun PR dilihat banyak menimbulkan kudis diperingkat awal tetap bukan bermkna BN dapat kredit dari insiden ini. Bahkan dengan sikap terbuka beginilah sebenarnya akan membuka fikiran rakyat betapa pentingnya moral dan akhlak dalam kepimpinan. Sekarang terjadi kepada YB Fairus bukan bermakna tidak akan terjadi ke pihak lain. Jadi yang lebih penting semua pihak menyedari betapa tingginya nilai kejujuran dan keikhlasan.
YB Elizabeth pula kembali dengan harapan baru bahawa kejadian yang lalu tidak akan berulang lagi. Jangn biarkan musuh meresap masuk ke tubuh badan PR begitu mudah sehingga mereka boleh bersarang di kediaman para YB PR. Rakyat memaafkan YB kerana sehingga setakat ini tidak nampak yang YB rela dengan perbuatan yang boleh ditakrif nakal oleh rakyat biasa. Sikap begini patut dicontohi oleh sesiapa sahaja dan dengan harapan khasnya YB muslim dari PR ambil serius soal moral. Rakyat tidak akan membiarkan mana-mana YB PR berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai atau di tempat private. Kejadian di Perak amat perit buat rakyat sehingga YB PR dibeli dengan wang dan perempuan. Moral rendah memang tidak layak bagi seorang YB dan rakyat wajib bertindak dan menghukum mana-mana YB yang cuba mempermainkannya.
Kita bukan sahaja bermusuh dengan fahaman sesebuah partai tetapi kita juga bermusuh dengan kerendahan akhlak para YB . BN UMNO mereka tidak hairan soal ini kerana itu sudah menjadi adat resam mereka dan jika ada YB mereka yang bermoral dianggap ganjil..
Jadi sekali lagi kami berpesan kepada YB PR :
1. Letaklah jawatan anda sekiranya anda selesa dengan kerendahan budi dan akhlak.
2. Anda adalah pekerja kepada rakyat yang memberi amanah untuk mencapai kemuliaan di dunia dan akhirat.
3. Perbaikilah akhlak anda sebelum anda dihukum oleh rakyat.
4. Mata-mata rakyat bukan satu tetapi berjuta jadi insaflah.
5. Musuh anda tidak akan memaafkan anda dan mencari kabaikan dari anda selagi anda menyerang mereka. Bersiap sedialah dengan kejahatan dari mereka dengan menabur kabaikan buat semua.
Rakyat sebenarnya akan terus mencintai pemimpin yang baik dan mendoakan mereka siang dan malam. Jadi tanyalah diri andasebelum anda bertanya kepada orang lain..!!!
Kenyataan Fairus letak jawatan Adun Penanti
Harakahdaily Thu Apr 16, 09 3:54:13 pm MYT
KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) - Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan Adun Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Keputusan itu katanya dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.
Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.
Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.
Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.
Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan. - azm _
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sy berharap PARLIMEN REMBAU juga pergi, KM MELAKA juga pergi, MB PHG juga pergi... :)
ReplyDeletesila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html
sy berharap PARLIMEN REMBAU juga pergi, KM MELAKA juga pergi, MB PHG juga pergi... :)
ReplyDeletesila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html