foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, August 9, 2008

PR WAJIB LEBIH BERHATI-HATI.....!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

9 ogos Image
Sekitar jam 12:10:46 saya menerima sms dari sdr Jayatas salah seorang yang hadir dalam forum "Conversion In Islam" (beliau juga adalah pimpinan Valga Makkal Sakthi) tentang kekecewaan beliau kerana ada insiden yang menurut beliau kurang sesuai berlaku ketika forum sedang berjalan. Saya hanya dapat memohon agar beliau dan teman-teman yang hadir bertenang. Kemudian TV3 berita jam 8 malam membuat sedikit komentar dan saya cuba mendapatkan info dan pandangan dari beberapa blog dan media lain.

Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam - Zulkifli Nordin
Harakahdaily
Sat | Aug 09, 08 | 5:38:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -"Sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam," kata ahli exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin.


Beliau berkata, ini bagi mengelakkan Majlis Peguam menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.

Malaysiakini melaporkan, Zulkifli yang juga ahli Parlimen KeADILan Kulim-Bandar Baharu memberitahu pemberita demikian selepas menyertai perhimpunan membantah penganjuran forum awam 'memeluk Islam' anjuran majlis tersebut di ibu negara hari ini.

Beliau mendakwa, Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut kerana hendak membuat provokasi terhadap orang Islam.

"Tetapi saya mewakili Persatuan Peguam Islam memberi amaran supaya tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya," katanya.

Forum awam tersebut akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.

Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi, sambil melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Zulkifli berkata, forum anjuran Majlis Peguam hari ini sebenarnya bukan dialog tetapi sebaliknya, satu program untuk memprovokasi terhadap umat Islam.

"Semasa saya berunding dengan presiden dan timbalan presiden Majlis Peguam, saya katakan kepada mereka bahawa forum ini tidak wajar diadakan.

"Saya katakan forum ini menguji kesabaran orang Islam," katanya yang gembira kerana umat Islam bersatu menyatakan suara mempertahankan hak mereka.

Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu, Jais Abdul Karim berkata, beliau mendapat tahu 110 peserta telah menghadiri forum tersebut.

Katanya, 95 peratus daripada mereka adalah terdiri daripada orang bukan Islam.

"Semasa kami naik ke tempat forum, saya mendapati ia sedang berjalan dan kami memaksa mereka memberhentikannya.

"Ketika itu ada peserta mengeluarkan perkataan yang menghina kami," katanya sambil menambah "inilah perjuangan yang terpaksa kami lalui untuk menegakkan Islam".

Jais berkata, beliau berharap program seperti ini tidak lagi diadakan pada masa depan.

Katanya, sebanyak 29 penyokong NGO Islam datang untuk menyatakan sokongan membantah forum tersebut. - mks._

Pada pandangan saya ada 3 hal yang wajib dilihat secara saksama:

1. Majlis Peguam mengadakan forum sudah semestinya punya perancangan dan tujuan tertentu. Alangkah baiknya jika forum ini dibincang terlebih dahulu dengan semua pihak yang terlibat terutama dengan PAS, ngo dan jabatan kerajaan yang terlibat. Sehingga wujud kesefahaman semua pihak dan tidak menimbulkan syak wasangka antara satu dengan yang lain. Ini bukan bermakna Majlis peguam atau individu tertentu tidak punya hak untuk bersuara tapi pendekatan yang lebih bijak bagi kepentingan awam khasnya masyarakat Muslim.

2. PR dan NGO yang menyokong PR seharusnya lebih berhati-hati jangan sampai terbawa dengan emosi yang akhirnya merugikan agenda besar yang sedang dilakar di Malaysia. Kita boleh membantah apa sahaja tapi sila dapatkan kaedah yang lebih berhikmah kerana melalui paksaan tidak akan merubah apa-apa bahkan akan menimbulkan kebenciaan yang berpanjangan. Alangkah baiknya PR (khasnya PAS ) mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan Majlis Peguam atau mana-mana individu yang perlukan penjelasan berkaitan dengan isu yang timbul. Soal apa sahaja sebenarnya boleh selesai jika dikendali dengan kepala dingin (orang Ind bilang). Rasanya isu ini adalah asam garam yang pasti akan bermunculan ketika PR memerintah nanti.

3. NGO yang bukan dari PR, amat responsif dengan isu ini dan komitmen ini patut dihargai. Cuma alangkah baik, jika NGO atau individu ini mengambil langkah yang proaktif kepada soal punca masalah orang Islam dan institusi Islam yang berada di negara ini tidak berwibawa akibat dari dasar kelalaian UMNO dan BN dalam pemerintahan di Malaysia. Seharusnya NGO yang dekat dengan pemerintahan BN-UMNO menjadi pendesak utama agar kealpaan selama ini dipulih sepenuhnya demi Islam, rakyat dan negara. Tak cukup hanya sekadar emosi meluap dan selepas itu ianya terbengkalai begitu sahaja. Sila renungkan bagaimana nasib Islam dan ummatnya akibat dari perbuatan kita sendiri khasnya UMNO yang memerintah 50 tahun di Malaysia. Jadi apa yang patutu dibanggakan lagi jika soal sekecil ini tidak mampu untuk diselesaikan. Ini bukan isu forum tapi soal integriti, maruah dan kewibawaan.