foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, March 5, 2009

KES POLITIK DI PERAK SUATU TEGURAN DAN PELAJARAN..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

6 MAC
HIkmah dari kes politik di Perak memberi impak luar biasa kepada semua:

1. Rakyat makin faham tentang perlembagaan, undang-undang, sikap pemimpin UMNO dan peranan Raja-raja Melayu. Walaupun ianya amat pahit tapi saya yakin dalam tempuh yang amat panjang rakyat sudah terdidik dan berani menyatakan sesuatu di depan siapa sahaja. Inilah proses kematangan politik buat rakyat Perak khasnya dan amnya rakyat Malaysia.

2. Pimpinan PR jangan lagi berharap yang terbaik dari musuh politik mereka kerana kesedaran bernegara dari pemimpin UMNO BN amat minima. Bukan suatu hal yang wajar kita mengajar mereka erti sebuah kesucian demokrasi selagi segala bentuk kepentingan dan amalan rasuah yang melekat pada tubuh badan mereka tidak dipaksa tanggal melalui jalur undang-undang. Contoh di Indonesia, setelah Suharto tumbang dan silih bergantinya pemimpin selepas itu tetapi amalan rasuah yang merosak citra negara masih terus menjadi agenda utama bagi sesiapa sahaja yang memimpin. Jauh sekali keadaannya di Malaysia kerana para penguasa nasionalis sesat kemaruk wang rakyat masih belum tumbang maka di sana sini ada sahaja orang mereka yang memegang kedudukan penting untuk memastikan amalan jahat itu terlaksana. Saya yakin pimpinan PR sedar hal ini dan telah pun mengambil langkah -langkah konkrit bagi membasmi masalah tersebut.

3. Raja-raja Melayu jangan bersikap anti rakyat kerana tanpa rakyat kuasa yang ada akan tercabut dengan sendirinya. Jadi semua saling memerlukan dengan adil dan saksama. Anti kepada teguran pedas dari rakyat telah dicatat dalam kisah Melayu kuno yang terkenal seperti Singapura dlanggar todak (dilihat dari segi nilai moralnya) yang akhirnya negeri dan rakyat dirugikan. Naungilah rakyat dengan cara yang terkini dan moden. Rakyat sekarang bukan seperti zaman Hang tuah atau Hang Jebat. Bahkan ramai di kalangan mereka yang cukup berkemampuan untuk dijadikan rujukan dalam masalah yang timbul sekarang. Cara lama akan mengundang sengsara dan semakin lama semakin merugikan semua.

4. Pimpinan UMNO harus menyedari bahawa populariti mereka sedang menurun dan jika tidak ada langkah konkrit UMNO akan menjadi parti nyamuk yang dipinggirkan oleh rakyat. Kesalahan terbesar yang mereka lakukan ialah pemaksaan fahaman nasionalis Melayu sehingga sanggup menindas rakyat yang tidak menyokong mereka. Ala demokrasi begini bukan sahaja sesat dari segi sosiopolitik semasa bahkan ianya bercanggah dengan Islam sebenar. Amat malang bagi pejuang UMNO yang masih mengakui Islam tetapi realitinya Islam hanya sebagai amalan ritual semata-mata dan kelihatannya semakin menjauh apabila golongan liberal dalam UMNO bersungguh-sungguh untuk memunculkan diri di barisan pimpinan. Golongan agamis terpinggir dan akhirnya hanyut bersama angan-angan materialis yang dijanjikan. Kemana perginya Ust Nakhai, Ust. Roslan Kasim, Ust. Hamid, Ust Firdaus dan ramai lagi..

Bahan di bawah patut dijadikan bahan renungan..


Sistem beraja kekal, pelaksanaan yang bermasalah - Prof Dr Aziz Bari
Tarmizi Mohd Jam
Thu | Mar 05, 09 | 12:41:09 pm MYT

SHAH ALAM,5 Mac (Hrkh) - Tidak timbul soal membuang sistem beraja kerana apa yang menjadi perbincangan hari ini ialah cara kuasa-kuasa dan kedudukan raja digunakan di dalam sistem yang ada sekarang. Demikian antara kesimpulan forum mengenai 'Raja Berperlembagaan dan kemelut' di Shah Alam baru-baru ini.

Forum anjuran Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) itu disertai oleh dua orang panelis; Peguam Haji Sulaiman Abdullah dan Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Dipengerusikan oleh Prof. Madya Zainal Kidam dari UNISEL forum itu turut mengundang Dato' Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno, yang bagaimanapun mengundur diri di saat-saat akhir. Seorang pensyarah UKM yang pada awalnya bersetuju untuk mengambil tempat Kamilia juga mengundurkan diri.

Dalam pembukaannya Abdul Aziz menghuraikan beberapa ciri penting perlembagaan-perlembagaan negeri yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada perlembagaan negara. Katanya, di sembilan negeri yang mempunyai raja perlembagaan negeri dibahagikan kepada dua.

Aziz berkata konsep raja berperlembagaan telah bermula sejak Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Beliau menjelaskan meskipun konsep tersebut tidak di dalam bentuk yang ada sekarang Raja-raja sebenarnya dikekang oleh prinsip Islam yang menjadi tunjang kepada Kanun Melaka.

"Kita perlu membezakan apa yang ada dalam undang-undang yang di dalam konteks kanun itu ialah hukum syariah dengan cerita penglipur lara dan filem yang menggambarkan bahawa sultan mempunyai kuasa mutlak yang tiada batasnya. Sedangkan kita ada peribadi-peribadi seperti Sultan Alauddin Riayat Shah yang mempunyai keperibadian unggul yang malangnya tidak pernah dijadikan filem," katanya.

Hari ini, Aziz berkata, Raja-raja tidak mempunyai kuasa mutlak meskipun kuasa melantik menteri besar itu disebut sebagai budibicara.

"Apa yang mutlak ialah sebelum 1959 apabila menteri besar merupakan lantikan peribadi Raja-raja. Selepas itu pilihan raya umum diadakan dan sultan dikehendaki mematuhi prinsip demokrasi meskipun peruntukan yang berkenaan menyebut sebagai budibicara,"jelasnya.

Dalam hujahnya, Sulaiman Abdullah menjelaskan Raja-raja melalui zaman getir di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika itu, kata Sulaiman, Mahathir dianggap raja sebenar kerana tindakan-tindakannya.

Selain Raja-raja, katanya lagi, badan kehakiman juga turut menerima kesan yang negatif terutamanya apabila bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas dipecat pada 1988.

Sulaiman mencadangkan supaya sekurang-kurangnya ada dari kalangan Raja-raja yang mempunyai kelayakan iktisas dalam pengajian Islam.

"Ini kerana ada Raja-raja yang telah berjaya mendapat kelulusan dalam bidang lain seperti undang-undang dan oleh itu sangat wajar berdasarkan kepada kedudukan mereka sebagai ketua agama untuk Raja-raja mempunyai kelayakan yang sesuai dalam bidang agama," tegasnya.

Forum yang berlangsung lebih dua jam itu mengundang pelbagai soalan dari hadirin yang rata-rata menimbulkan banyak soalan tentang krisis politik di Perak.

Bagaimanapun di saat akhir forum seorang bekas komando menimbulkan sedikit kegelisahan apabila beliau membangkitkan apa yang beliau rasakan sebagai penghinaan kepada Raja-raja Melayu.

Tanggapan itu bagaimanapun disanggah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa forum itu sendiri membuat kesimpulan bahawa institusi beraja tetap kekal dan relevan dan apa yang dibincangkan ialah kesilapan dan kekurangan; sesuatu yang wajar dan sihat untuk diteruskan supaya institusi berkenaan sentiasa berada di landasan yang betul.- tmj/mks.


Wujudkan kerajaan Perak yang stabil melalui dewan
Tarmizi Mohd Jam
Thu | Mar 05, 09 | 6:37:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Krisis politik paling buruk di Perak memerlukan penyelesaian yang berpandukan kepada demokrasi dan kehendak rakyat. Dengan itu pertikaian dan perbahasan teknikal mengenai perlembagaan dan undang-undang tidak harus diperpanjang. Kita juga tidak memerlukan mahkamah untuk masuk campur.

Demikian ditegaskan oleh Dato Param Coomaraswamy, bekas Presiden Majlis Peguam yang juga pernah menjadi Jurulapor Sekretariat Kebebasan Kehakiman Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Krisis yang berlaku di Perak sekarang tidak akan berlaku sekiranya DYMM Sultan Perak berkenan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu," ujarnya.

Dengan itu beliau merayu supaya sultan bertindak membubarkan dewan bagi memberikan rakyat peluang untuk menentukan siapa yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan.

Param menegaskan kemelut di negeri itu tidak harus dibiarkan melarat menjadi padang jarak padang tekukur yang tidak berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang.

"Ketika ini Perak tidak mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan diterima," keluhnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Dato Ambiga Sreenivasan turut menyeru supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar rakyat dapat membuat pilihan. Tambahnya ada hal-hal tertentu yang tidak jelas di sisi undang-undang, termasuk Peraturan Dewan dan ia seharusnya diselesaikan dengan memberikan ruang untuk speaker membuat keputusan.

Ambiga turut menyatakan rasa tidak senang kepada keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh Rabu lalu yang tidak membenarkan Speaker S. Sivakumar menggunakan peguam yang dilantik, Tommy Thomas dan mengarahkannya menggunakan khidmat Penasihat Undang-undang Negeri yang telah pun mewakili Dato Dr Zambry Kadir.

Dalam pada itu Prof. Dr Abdul Aziz Bari juga menyuarakan sentiman yang sama. Katanya kemelut yang berlarutan sejak hujung Januari itu tidak akan melarat sehingga membabitkan Dun dan mahkamah sekiranya sultan berkenan membubarkan dewan sebagaimana yang dipohon oleh Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Profesor undang-undang perlembagaan dari UIAM itu juga setuju dengan Param mengenai perlunya media berhenti melayan perbahasan teknikal undang-undang.

"Buat masa ini dengan tiba-tiba begitu ramai pakar muncul dan memberikan pelbagai tafsiran teknikal sehingga lupa masalah pokok yang asal, khususnya pemisahan kuasa, hak rakyat dan keadaan kritikal yang dihadapi sekarang," ujarnya.

Aziz berkata isu penting yang perlu ditangani sekarang ialah perlunya sebuah kerajaan yang stabil diwujudkan melalui dewan. Dalam rangka itu, jelasnya, peraturan tetap tidak harus dibaca begitu rigid sehingga menyebabkan usul undi percaya diketepikan.

Pendekatan yang rigid dan mengenepikan maksud asal perlembagaan itu juga meletakkan perkenan sultan sebagai syarat sedangkan ketika ini ia sedang digunakan untuk menghalang dewan bersidang.

Aziz juga bersetuju dengan Param tentang doktrin pengasingan kuasa.

"Mahkamah jelas tidak mengambil kira prinsip ini apabila ia mengeluarkan perintah terhadap dewan Rabu lalu. Ia jelas tidak memahami kedudukan dan autonomi dewan dalam kerangka perlembagaan," katanya.- tmj _

Rakyat Perak sokong Majlis Peguam bubar Dun
Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Thu | Mar 05, 09 | 4:53:43 pm MYT

KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Mengambil kira pergolakan politik yang tiada penghujungnya, rakyat Perak kini berani meluahkan perasaan dengan mendesak supaya pilihan raya kecil diadakan di negeri tersebut.

Kata mereka masalah menjadi semakin kronik dan tidak mampu lagi diselesaikan melalui mekanisma yang ada sekarang kerana kedua-dua pihak mempunyai pendirian yang berbeza.

Seorang wanita India Muslim dari Ipoh, �yang mahu dikenali sebagai Fatimah berkata, hanya pilihan raya kecil sahaja yang mampu menyelesaikan kemelut yang berlaku di Perak sekarang.

Kata beliau selagi pihak yang ada kuasa enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) atau diadakan pilihan raya kecil di tiga Dun yang mana wakil rakyatnya melompat Febuari lalu, konflik di Perak tidak akan selesai.

"Kita akan lihat hari-hari ada laporan polis dibuat. Sedangkan polis mempunyai banyak tugas lain terutamanya kes jenayah yang semakin meningkat sekarang. Image

"Sekiranya pilihan raya diadakan di Dun Behrang, Jelapang dan Changkat Jering masalah yang berlaku sekarang selesai.

"Itu mungkin pilihan yang lebih baik berbanding dengan pilihan raya di kesemua Dun di Perak kerana ia tentunya melibatkan kos lebih tinggi," katanya ketika ditemui semasa berkunjung bersama rombongan India Muslim Ipoh ke sini, hari ini.

Semalam Majlis Peguam Malaysia mengsyorkan supaya dibubarkan Dun di Perak bagi menyelesaikan krisis politik negeri terbabit yang berlarutan lebih sebulan.

Presidennya, Dato' Ambiga Sreenevasan dilaporkan berkata, situasi yang berlaku di Perak sekarang memerlukan penyelesaian secara konklusif dengan mengadakan pilihan raya baru.

Seorang rakannya juga dari Ipoh Aishah Abdul Kadir, 55 berkata, cara kerajaan baru dibentuk di Perak tidak diterima rakyat kerana bercanggah dengan amalan demokrasi.

"Saya percaya kerajaan seperti itu tidak akan bertahan lama, mungkin tiga Adun yang melompat sebelum ini akan berhijrah semula, dan selepas itu kerajaan Pakatan Rakyat pula mentadbir Perak.

"Selagi tidak diadakan pilihan raya, ramai percaya isu yang berlaku di Perak sukar diselesaikan. Ini kerana undang-undang yang sama ditafsir secara berbeza-beza," katanya.

Beliau juga mendedahkan orang ramai di Ipoh menjadi 'sesak nafas' menonton televisyen sekarang kerana semakin membelakangkan demokrasi dan berlagak seperti hakim.

ImageKata beliau orang ramai terutamanya yang bekerja lebih seronok melayari internet dan SMS bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat.

"Biar pun saya tidak baca Harakah sebelum ini namun perkembangan sebenar yang berlaku kami tahu. Saya juga bimbang institusi yang dihormati sebelum ini turut tercemar dengan isu yang berlaku sekarang," ujarnya.

Sementara itu, anggota jawatankuasa Persatuan India Muslim�Kelantan, Musa Amin berkata, ramai rakannya di Perak kecewa dengan pemimpin utama Umno yang tidak sabar untuk mendapatkan kuasa di Perak.

Kata beliau sebelum ini rakyat Perak tidak mengenali secara dekat peribadi bakal perdana menteri, Dato' Seri Najib Razak kecuali selepas meletus isu Altantuya.

Bagaimanapun sekarang kata beliau rakyat Perak semakin mengenali Timbalan Perdana Menteri sebagai orang yang bertanggungjawab membentuk kerajaan BN secara kudeta dan bukan demokrasi.

"Rakan-rakan di Ipoh yang sebelum ini pernah menyokong Umno dan MIC sekarang sudah beralih sokongan. Malah mereka tidak sabar lagi untuk menghukum Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," katanya.

Sebelum itu Musa yang juga anggota Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyampaikan taklimat mengenai perkembangan pembangunan Kelantan dan perkembangan politik semasa kepada rombongan dari Ipoh tersebut.

Musa juga menyelar tindakan Pemuda Umno yang bertindak seperti gengstar dengan menyerang Pengerusi DAP, Karpal Singh di parlimen baru-baru ini.

Kata beliau tindakan tersebut jelas tidak bertamadun dan menambah lagi kebencian rakyat terhadap Umno dan BN.

"Kami masyarakat India Kelantan amat tidak berpuas hati dan kecewa terhadap tindakan itu, Karpal orang tua dan OKU lagi. Kami tidak boleh menerima tindakan seperti itu," ujarnya.

ImageBeliau juga berpendapat tindakan pemuda Umno menyerang Karpal tidak lebih sebagai usaha mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman Umno menjelang perhimpunan agung parti itu, 24 Mac ini.

Menurutnya selepas gagal menyelesaikan kudeta di Perak, Umno cuba mencari modal lain kononnya untuk menarik simpati rakyat, tetapi keadaan sebaliknya pula berlaku.

"Mereka begitu takut kalau mendengar rakyat mendesak supaya diadakan pilihan raya kecil di Perak kerana orang ramai tahu perkara sebenar yang berlaku.

"Biar pun kerajaan menggunakan televisyen dan akhbar bagi mempengaruhi rakyat namun pemimpin Umno lupa perkembangan ICT sekarang rakyat tidak mudah diperbodohkan," katanya. - mj _

Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan
Tarmizi Mohd Jam
Thu | Mar 05, 09 | 10:05:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.

IKLAN: Ulasan lanjut Profesor Dr Aziz Bari berkenaan isu ini boleh dibaca pada Harakah Bil 1420 (Edisi Jumaat) bertarikh 6 - 8 Mac yang kini berada dipasaran. Dapatkan di kedai-kedai akhbar berhampiran!-tmj_

Media BN...

Permohonan semakan Nizar dirujuk ke Mahkamah Persekutuan

06/03/2009 9:58am

KUALA LUMPUR 6 Mac – Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru. - Utusan

HR9808: Beginilah style UMNO BN..??? Jadi rakyat nak berharap apa dari sebuah mahkamah di bawah kerajaan BN?? Berbelit-belit bila dah tak ada jalan...bagi lambatkan lagi kes..alahai. Kita sebagai rakyat teruskan berdoa.." Ya Allah, ampunkanlah kami dan menangkanlah kami!! Musnahkanlah perancangan jahat mereka!!

Nizar's case referred to Federal Court (updated)

By M. MAGESWARI

KUALA LUMPUR: The High Court today referred to the Federal Court a bid by former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to challenge the legitimacy of his successor’s appointment.

Justice Lau Bee Lan ruled that there are matters for interpretation of Article 16(6) of the Perak Constitution that states:

If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”

The judge stayed the leave proceedings for judicial review pending the determination by the Federal Court over constitutional issues.

On Feb 25, Judicial Commissioner Mohamad Ariff Md Yusof had recused himself from hearing the suit because prior to his appointment as judicial commissioner, he had represented PAS, PKR and even the Barisan Nasional.

Nizar had filed the suit on Feb 13, challenging the legitimacy of the appointment of Datuk Dr Zambry Abd Kadir as Perak mentri besar.

Only Nizar turns up for PAC inquiry

IPOH: The Perak Public Accounts Committee (PAC) was forced to call for another inquiry after four of the five people summoned by it failed to turn up.

Only former Perak mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin appeared for the inquiry at the state secretariat.

Absent yesterday were Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir, state legal adviser Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim and state financial officer Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad.

Jamalludin had informed committee chairman Wong Kah Woh of his absence earlier this week but Ahmad Kamal and Dr Abdul Rahman submitted letters to the committee minutes before inquiry started.

Wong told reporters that the PAC would sit again next Friday at 3pm.

He said the committee might be forced to dispose the matter and submit a report to the state assembly if Dr Zambry did not attend the next inquiry.

On Sunday, it was reported that the PAC would hold the inquiry to determine which mentri besar and their executive councillors should receive salaries and allowances.

In a statement, Dr Zambry said he did not attend the inquiry because Wong, as PAC chairman, had complained about him to the Rights and Privileges Committee.

HR9808: Zambry tak datang kenapa? Apakah ada kekeliruan atau tidak berani menerima hakikat bahawa MB kedua tidak sah?? Lucu tapi benar..Tak Benar tapi tak ngaku salah, inilah UMNO kini dan selamanya..Kesian tapi geram..!!