foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, May 11, 2008

HARGA BARANG MAKIN GILA -SALAH SIAPA???

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

12 May

IKRAR sedang membuat kajian kenapa harga barang naik mendadak sehingga ada yang naik hampir 50% dari harga asal. Kami melihat indikasi ini amat buruk kepada kebajikan hidup rakyat bawahan yang pendapatan mereka rata-rata di bawah RM 1000/bulan. Kenaikan mengejut mungkin disebabkan beberapa faktur di bawah:

1. Ditinjau dari ilmu ekonomi asasnya harga naik pasti akibat dari berlakunya peningkatan permintaan terhadap sesuatu barang/perkhidmatan dan penawaran barang tersebut di pasaran tidak mencukupi kehendak permintaan. Pelik juga selama ini barang-barang tersebut adalah barang biasa yang harganya agak stabil. Tapi sekarang berbeza. Semoga biro usahawan dan perniagaan dapat memberi pandangan dalam hal ini.

2. Kalau ditinjau dari sudut politik, memang ada baik buruknya kenaikan ini. Buruknya kepada kerajaan BN-UMNO ialah dari segi pengawalan harga pasaran yang tidak masuk akal mendadak selepas 2 bulan pru-12. Jika hanya faktur global rasanya kita boleh membuat perbandingan kenaikan harga di Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand. Apakah kenaikannnya tidak jauh berbeza atau terlalu jauh dengan Malaysia. Suasana ekonomi di Nusantara biasanya tidak terlalu jauh berbeza kerana faktur perubahan faktur ekonominya hampir sama. Apakah ini termasuk program balas dendam BN-UMNO kepada rakyat yang tidak mahu menyokong mereka. Ini bukan mustahil kerana politik BN-UMNO adalah politik menghalalkan cara. Bila rakyat rasa sakit mereka akan kembali menyokong UMNO-BN atau mereka akan memberontak supaya dirubah semula ke politik asal. Ada kemungkinan juga para tokeh yang berhabis ratusan juta mendanai Pru-12 ingin kembali modalnya segera melalui kenaikan ini. Info yang jelas dari banyak kalangan terutama para konglomerat yang amat mengharapkan kepada kemenangan kroninya agar projek terus mereka perolehi walau dengan apa cara sekalipun menindas rakyat. Harapan mereka berkecai dan hutang mereka dengan pihak bank dan institusi kewangan tidak dapat dengan segera ditampung kecuali dengan memaksa naik harga agar segala hutang piutang mereka dapat tertutupi. Semoga pihak PR dapat membuat kajian dan memberi penjelasan dalam hal ini.

3. Solusi yang diharapkan oleh rakyat ialah hidup mereka kembali normal dan mereka tenang. IKRAR akan mengundang beberapa NGO yang berkaitan agar dapat membuat suatu rumusan dan pendekatan terbaik bagi mendesak kerajaan agar percepatkan perlaksanaan strategi merendahkan harga barang. Apa cara sekalipun dan apa juga hujahnya bagi rakyat yang terpenting ialah mereka dapat hidup dalam keadaan tenang. Soal kerajaan mahu menyalahkan sesiapa tidak akan diterima lagi kerana dengan jelas BN masih memerintah.

...nanti sambung lagi..atau jika ada yang boleh bagi idea silakan ye!!

FORUM BERTUKAR MINI DEMO DI DEPAN OCBC BERDEPAN MASJID JAMEK. KL.

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

11 mAY

Sekitar jam 12.00 tengahari kami bertemu di Bazar DBKL Masjid India sambil mengedarkan kad dan mendapatkan sokongan untuk kempen anti ISA (KAI). Bermacam respons dari para penyokong yang sudi menulis nama mereka dan tandatangan. Kami mengucapka ribuan terima kasih atas kesudiaan mereka terutama para penjaja di Bazar tersebut. Semoga sokongan ini berterusan dan IKRAR akan terus memberi perhatian kepada masalah mereka seperti yang telah kami janjikan sebelum ini.

Selepas solat zohor, kelihatan Dr Badrul Amin, Nasir Isa dan tetamu tanpa diundang dari Bukit Aman telah memenuhi kawasan depan pintu masuk masjid. Sekitar jam 2 .30 petang kain rentang tentang program dipamerkan di depan OCBC maka kelihatan para wartawan dan orang ramai mula berdatangan untuk mendapatkan info lanjut. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada wartawan dalam dan luar negara serta reformis yang dengan setia datang memberi sokongan kepada IKRAR dan Kempen Anti ISA. Begitu juga dengan beberapa teman dari AMK pusat Sdr. Syamsul, Fariz dll. Kepada sdr sdri yang belum kami kenali yang datang, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda.

Polis seberang jalan hanya memerhatikan saja kami dan seperti mereka juga faham yang mini demo ini hanya untuk sebuah kempen bukan lebih dari itu. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sikap polis yang semakin profesional. Dan diharap esuk lusa tidak ada AJK yang dipanggil membuat kenyataan tentang program ini. Jika ada pun kami faham dan tidak masalah yang penting program tadi bagi kami amat bererti kerana ke semua pembicara dapat menyampaikan hasrat rakyat secara penuh tanpa masalah apa-apa.

Jam 2.45. Hidir memulakan ucapan aluan dan menyatakan tujuan utama mini demo ini diadakan. Selepas itu Pengersi IKRAR menegaskan lagi akan betapa zalimnya ISA dan betapa tidak profesionalnya kerajaan Malaysia dalam isu ini. Perompak, penjenayah besar dan perosak jiwa dan nyawa rakyat diberi peluang bicara tapi mereka yang tidak bersalah jenayah disumbat dalam penjara tanpa bicara hanya kerana tidak bersetuju dengan BN-UMNO. Contohnya: Kes Altantunya, Rasuah wang negara beratus juta RM dan lain-lain tidak diambil tindakan bahkan dibela oleh undang-undang kerana melibatkan golongan VIP BN-UMNO.
Fariz menekankan hal yang sama dan begitu juga dengan Syamsul. Akhirnya Ust. Dr. Badrul Amin memberi amanatnya tentang ISA dan beliau yang pernah ditahan selama 2 tahun tetap menyatakan bahawa akta ini adalah zalim dan mesti dihapuskan dari bumi Malaysia. Beliau cuba menghimbau betapa zalimnya pemerintah yang ada terhadap rakyat kecil contoh dalam program forum ini, pihak penganjur pada mulanya dizinkan oleh Masjid Jamek tapi sebelum 5 hari dibatalkan oleh JAKIM, kemudian pindah ke restoran Faezamaju, kemudian dibatalkan oleh pihak restoran kerana diugut oleh polis. Jadi akhirnya hanya tinggal ditepi jalan dan kami tetap terus mengadakannya. Setelah lima minit Ust Badrul berpidato, kelihatan 2 orang pegawai polis datang menghampiri kami. Sambil mengarahkan agar diberhentikan dengan segera ucapan itu, Syamsul dan Mustapa datang menghampiri polis untuk memberi sedikit lagi masa agar Ust. Badrul dapat menyelesaikan ucapan beliau. Kami diberi 2 minit dan alhmadulillah kami dapat bersurai dengan aman.

Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dari AJK yang hadir, AMK pusat, media, polis, reformis dari berbagai daerah dan para pengunjung bazar. Insyaallah kami akan adakan lagi dalam jangkawaktu terdekat bagi mengangkat isu rakyat seperti harga barang yang gila sekarang...Sila ikuti info dari kami sepenuhnya...