HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
11 mAY
Sekitar jam 12.00 tengahari kami bertemu di Bazar DBKL Masjid India sambil mengedarkan kad dan mendapatkan sokongan untuk kempen anti ISA (KAI). Bermacam respons dari para penyokong yang sudi menulis nama mereka dan tandatangan. Kami mengucapka ribuan terima kasih atas kesudiaan mereka terutama para penjaja di Bazar tersebut. Semoga sokongan ini berterusan dan IKRAR akan terus memberi perhatian kepada masalah mereka seperti yang telah kami janjikan sebelum ini.
Selepas solat zohor, kelihatan Dr Badrul Amin, Nasir Isa dan tetamu tanpa diundang dari Bukit Aman telah memenuhi kawasan depan pintu masuk masjid. Sekitar jam 2 .30 petang kain rentang tentang program dipamerkan di depan OCBC maka kelihatan para wartawan dan orang ramai mula berdatangan untuk mendapatkan info lanjut. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada wartawan dalam dan luar negara serta reformis yang dengan setia datang memberi sokongan kepada IKRAR dan Kempen Anti ISA. Begitu juga dengan beberapa teman dari AMK pusat Sdr. Syamsul, Fariz dll. Kepada sdr sdri yang belum kami kenali yang datang, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda.
Polis seberang jalan hanya memerhatikan saja kami dan seperti mereka juga faham yang mini demo ini hanya untuk sebuah kempen bukan lebih dari itu. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sikap polis yang semakin profesional. Dan diharap esuk lusa tidak ada AJK yang dipanggil membuat kenyataan tentang program ini. Jika ada pun kami faham dan tidak masalah yang penting program tadi bagi kami amat bererti kerana ke semua pembicara dapat menyampaikan hasrat rakyat secara penuh tanpa masalah apa-apa.
Jam 2.45. Hidir memulakan ucapan aluan dan menyatakan tujuan utama mini demo ini diadakan. Selepas itu Pengersi IKRAR menegaskan lagi akan betapa zalimnya ISA dan betapa tidak profesionalnya kerajaan Malaysia dalam isu ini. Perompak, penjenayah besar dan perosak jiwa dan nyawa rakyat diberi peluang bicara tapi mereka yang tidak bersalah jenayah disumbat dalam penjara tanpa bicara hanya kerana tidak bersetuju dengan BN-UMNO. Contohnya: Kes Altantunya, Rasuah wang negara beratus juta RM dan lain-lain tidak diambil tindakan bahkan dibela oleh undang-undang kerana melibatkan golongan VIP BN-UMNO.
Fariz menekankan hal yang sama dan begitu juga dengan Syamsul. Akhirnya Ust. Dr. Badrul Amin memberi amanatnya tentang ISA dan beliau yang pernah ditahan selama 2 tahun tetap menyatakan bahawa akta ini adalah zalim dan mesti dihapuskan dari bumi Malaysia. Beliau cuba menghimbau betapa zalimnya pemerintah yang ada terhadap rakyat kecil contoh dalam program forum ini, pihak penganjur pada mulanya dizinkan oleh Masjid Jamek tapi sebelum 5 hari dibatalkan oleh JAKIM, kemudian pindah ke restoran Faezamaju, kemudian dibatalkan oleh pihak restoran kerana diugut oleh polis. Jadi akhirnya hanya tinggal ditepi jalan dan kami tetap terus mengadakannya. Setelah lima minit Ust Badrul berpidato, kelihatan 2 orang pegawai polis datang menghampiri kami. Sambil mengarahkan agar diberhentikan dengan segera ucapan itu, Syamsul dan Mustapa datang menghampiri polis untuk memberi sedikit lagi masa agar Ust. Badrul dapat menyelesaikan ucapan beliau. Kami diberi 2 minit dan alhmadulillah kami dapat bersurai dengan aman.
Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dari AJK yang hadir, AMK pusat, media, polis, reformis dari berbagai daerah dan para pengunjung bazar. Insyaallah kami akan adakan lagi dalam jangkawaktu terdekat bagi mengangkat isu rakyat seperti harga barang yang gila sekarang...Sila ikuti info dari kami sepenuhnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
reformasi!!!!!hapuskan ISA!!! takbirr!!!
ReplyDeleteTerima kasih atas respons pemuda bersih...Sila ikuti info selanjutnya bagi menegakkan kebenaran di bumi Malaysia..
ReplyDelete