HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
10 May
Hari ini kami sempat mengadakan perbincangan dengan beberapa teman di Masjid India. Menarik tapi bila bertemu dengan semangat anak muda dan mereka yang berumur harus ada skil tertentu bagaimana agar kekuatan ini tidak disia-siakan. Memang hebat orang muda dengan ketangkasan mereka dan yang tua pula penuh dengan pengalaman. Antara yang dapat diambil dari perbincangan tadi:
1. Isu Karpal dengan Sultan Perak- jelas UMNO sedang dan akan gunakan semaksima mungkin untuk menarik minat Melayu dan senario politik Malaysia pasca pr-12. Jadi IKRAR tak perlu sibuk soal ini kerana ada hal lain yang lebih prioriti. UMNO takkan mampu memancing kemarahan lagi kerana
- jelas yang mula meruntuhkan kekebalan Raja-Raja Melayu adalah dari UMNO sendiri pada tahun 1993 diketuai oleh Mahathir.
- UMNO juga sebelum ini lebih teruk menghina Sultan seperti di Terengganu dan Perlis. Jadi sebenarnya yang patut dianggap derhaka ialah pemimpin UMNO sendiri dan yang mengajar bangsa lain untuk tidak hormatkan Raja Melayu ialah UMNO.
- UMNO sengaja membuat huru hara agar kelihatan pada rakyat mereka masih relevan dan boleh mencorak warna politik Malaysia.
- YB Karpal cukup ahli dalam perlembagaan dan rasanya ia amat mampu untuk berdepan dengan hal remeh seperti ini. Kes yang jauh lebih besar telah berjaya beliau atasi sebeum ini maka rasanya ia akan selesai dengan sedikit waktu. Sepatutnya media perdana tidak terlalu gelojoh untuk memanipulasi isu ini kerana ia adalah salah satu fakta yang dibicarakan di Parlimen yang seharusnya diselesaikan di Parlimen sahaja dan seorang MP.
- IKRAR berharap agar YB Karpal bertenang dalam ujian seperti ini dan kami tetap akan senantiasa mengingati perjuangan YB yang selalu membantu rakyat yang dalam kesusahan. Ramai juga YB PR sebelum ini telah dibantu oleh YB Karpal di mahkamah.
- Kepada Raja-Raja Melayu kami berharap agar dapat menasihatkan para pemimpin UMNO supaya tidak menimbulkan huru hara dan ketegangan kaum semata-mata hanya untuk gimik politik. Penghormatan orang Melayu kepada Raja akan tetap terjamin selagi Institusi Raja tidak dimanipulasi oleh UMNO-BN.
2. IKRAR akan menerbitkan tabloid Suara Reformis pada minggu depan dengan pendekatan lebih telus dan berani. Kepada semua reformis sila hubungi sdr Haidir dan Abang Din jika ada yang berminat untuk memberi sumbangan artikel dll. Kami jangkakan penerbitan permulaan sebulan sekali. Kami amat menghargai siapa sahaja yang mahu turut serta memberi idea demi menjaga kebajikan rakyat khasnya reformis dari segi perkembangan minda dan informasi padat berkualiti.
3. Esuk 11 May, program tetap berjalan seperti yang dirancang dan kami berharap semoga ianya menjadi langkah awal yang boleh menjadi program berterusan di KL khasnya dan di seluruh daerah di Malaysia.
10 malam bersurai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!