HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
Sabtu petang 3 May.
Sambil berjalan dari Chow Kit ke Masjid India, berbagai keadaan dapat dilihat:
1. Kedai elektrik seperti biasa hingar bingar dengan lagu dangdut dan tayangan gusti. Ramai yang menonton dan tidak jelas apa yang mereka dengar. Mungkin sudah biasa dalam keadaan begitu jadi mereka tetap terhibur.
2. Pelacur murahan dan penagih dadah tetap berkeliaran di situ seperti hidup mereka terus mencari sesuatu yang tidak pasti. Tapi mereka menikmati suasana berselerak dan bersampah yang berbau seperti biasa tanpa perlu menutup hidung.
3. Ramai juga yang membawa anak isteri berjalan di sekitar Sogo dan Pertama Kompleks sambil membeli belah di situ. Teringat tahun 1998, inilah kawasan pertemuan mingguan reformis melaung dan menjerit. Tak mustahil kawasan ini akan terus digunakan sebagai gelanggang rakyat menyampaikan pesan kepada pemerintah yang zalim. Bercakap soal demonstrasi, amat pelik di Malaysia polis mengejar demonstrans tapi di Indonesia polis menjaga para demonstrans. Pemimpin UMNO-BN kata mereka lebih maju dan demokrat tapi fru digunakan untuk memukul rakyat yang menyatakan pesan. Yang mana lebih demokrat? ,,
4. Di Masjid India Pak Mad tersandar pada tiang besar sambil tersenyum. Dia memulakan dialog. "Ape kabo program masjid kite? ...tulah saya dah cakap...JAWI takkan bagi punya..." panjang juga pak Mad berceramah..Semua orang takut...Pak Imam takut ke JAWI, Jawi takut ke JAKIM dan JAKIM takut ke ? panjang kaitannya..." ISA ni usah le...sejak dari dulu dah letih...kerajaan takkan dengoo.." Setelah puas..saya minta izin bertanya pak Mad.." Kurung burung salah tak?..Pak Mad salah le.. "Kurung manusia tanpa bicara??...pak Mad angguk kepala dan terdiam sebentar. " Pak Mad...kita nak bagi faham lebih ramai lagi rakyat itu yang kita kene buat kempen anti ISA..(KAI)..sebab masih ramai yang tak tahu dan tak faham..masih ade YB yang kata I LUV ISA, keluarga saya tak kene ISA.." ...Pak Mad rasa macamana? Dia bercakap dengan isteri mangsa tahanan ISA..Pak terdiam aje.." Jadi kita tak boleh biarkan anak dan keluarga merek terseksa Pak Mad.."....OK..Pak Mad mengalah dan setuju nak bantu kempen..Setelah makan sedikit di cafe, kami ke Pudu ambil banner dan banting. Di waktu yang sama kami cuba call beberapa ajk dan akhirnya kami ke Setiawangsa ketemu abang Nurdin p.setiausaha IKRAR. Kami sempat berbincnag panjang soal kepimpinan yang makin pupus, gaya kepimpinan dan politik Melayu, perbandingan kegiatan 4 B dulu dan sekarang.( banyak yang mahu ditulis..nanti). Solat Asar di Masjid atas bukit di Setiawangsa mengingatkan saya suasana malam di Damaskus sebab agak berkabut selepas hujan...Selepas Maghrib kami bersurai..
IKRAR:Ada satu hal yang patut kita renungkan ialah bagaimana nasib rakyat yang dipimpin oleh para Imam/bilal/siak/pengurus/ yang takut kepada JAWI?...Apakah yang mereka takutkan dan apakah yang boleh merugikan mereka?..Tidak masuk akal sungguh dan inilah akibat puluhan tahun di perintah oleh UMNO-BN sehingga cahaya Islam makin pudar dan mereka tenggelam dengan fahaman Hadhari yang dikosmetikkan. Islam harus kembali dirujuk dan diikuti bukan hanya sekadar konsep.. Sempat saya bercakap dengan golongan reformis dari bekas Arqam dan IKRAR bersedia untuk berdialog hatta dengan Abu Ya sekalipun agar mencari titik titik jernih di pasca pr-12. Dulu Arqam diharamkan dan berapa ramai anggota mereka dikenakan tahanan ISA dan tetap juga mereka berjalan terus sekalipun kerajaan mengenakan bermacam tindakan ke atas mereka. Kami menyeru kepada bekas Arqam atau yang masih Arqam agar dapat kita duduk bersama mencari solusi dan strategi baru untuk ummah ke depan. Kita perlu melihat dengan mata hati yang terbuka dan lapang dada tanpa bersangka buruk kepada sesiapa. Ayuh saudara, kekuatan kita bukan dengan berpecah belah tapi kembali menilai semula apa yang perlu kita sumbangkan untuk kebaikan semua. Begitu juga dengan jemaah Tabligh, Hizbuttahrir, Naqsyabandi dan banyak lagi kumpulan tarikat yang berselerak di seluruh Malaysia. Golongan Salafi dan wahabi yang masih menyepikan diri sendiri-sendiri kita duduk bersama berdialog. Inilah masa yang seharusnya kita peka dan mencari solusi terbaik untuk ummat.
Jika melintasi jalan pelacur dan penagih dadah tadi...sebagai seorang yang perihatin kepada nasib mereka.. pasti mereka nanti akan memberi alasan..".aku jadi begini disebabkan kita (pendakwah/group semasa di dunia dulu) tak pernah tegur kami atau nasihat kami...??" Soalnya sekarang ...kita nak jawab apa nanti? ...Alasan Hadhari tak bagi kami buat kerja dakwah? atau apa? ...
Saturday, May 3, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)